5 Sebab Phone Neffos X1 Power

5 Sebab Phone Neffos X1 Power | Fadzi ni sebenarnya dah lama tak tukar telefon. Sepanjang hidup Fadzi, pernah pakai 5 telefon je dari umur 17 tahun sampai sekarang. Baru-baru ni Fadzi ada tengok satu phone yang boleh dikatakan agak baru lah kot - Neffos X1. Fadzi suka sebab Fazura jadi duta Neffos kot hahahaha.

Neffos X1 Power

Neffos X1

Neffos X1 ni adalah salah satu phone keluaran jenama Neffos. Diaorang buat trick tau guna Fazura jadi duta. Terus Fadzi teringin nak pakai. So far yang Fadzi pakai ni, not bad lah. Antara benda yang buat Fadzi suka dengan Neffos X1 ni adalah:  

1. Design Cantik

Fadzi suka sangat dengan design Neffos X1 yang nipis ni. Dah lah nipis, ringan pulak tu. Saiz dia pulak kecil muat-muat tangan Fadzi. Rasa selesa pegang walaupun guna satu tangan saja. Even pakai tangan kiri pun Fadzi boleh tekan fungsi kamera dengan senang. Rasa pergerakan tangan lebih licin dan smooth.

Neffos X1 Power
Kahkahkah kantoi main lagi Candy Crush. Level baru sangat pulak tu

Design badan bahagian belakang yang melengkung tu buat phone ni lebih selesa kalau nak pegang, kiri dan kanan. Nak scroll pun rasa lebih natural. Guna satu tangan je dalam masa yang agak lama pun tak ada masalah dan tak ada rasa kejang ke sakit ke. 

2. Bateri Cepat Charge Dan Tahan Lama

Sejujurnya Fadzi memang agak hardcore online Facebook, Instagram, email, blogging dan sebagainya menggunakan telefon. Itu pun sebab Fadzi memang full time buat income melalui blogging dan sosial media. Memang biasa bateri phone habis cepat tapi bila pakai Neffos X1 ni, boleh tahan lama sikit berbanding dengan phone lama. Mungkin sebab bateri baru? Fadzi pun tak pasti. Ada satu hari tu, Fadzi cas tak full pun. Adalah dalam 40-50% macam tu. Lepas tu Fadzi biar je tak pakai, boleh tahan sampai 2 hari bila tak guna langsung.   

Lagi satu, bila nak charge, laju jugak nak full tu. Rasa macam tinggal sekejap je dah full tapi sekejap tu tak adalah sampai 10 minit ke kan. Tapi yang pasti tak sampai sejam pun dah siap full.  

3. Sound Sedap

Fadzi memang suka tengok youtube. Fadzi banyak belajar melalui video-video tutorial Youtube. Aneeq pun suka tapi Fadzi limitkan satu video je untuk Aneeq tengok satu hari. Bila dia nak tengok video dekat Youtube mesti Aneeq akan cakap "One only, one only." Pandailah kau. Haih. Fadzi pun layan lah satu video tu, kesian jugak kadang-kadang tu tapi Fadzi tak nak Aneeq biasa sangat dengan telefon. 

Neffos X1 Power
Itu bukan tahi telinga XD XD

Bila Fadzi pasang video atau audio guna Neffos X1 ni, bunyi dia sedap. Clear dan tak ada noise. Tapi bila pakai earphone dia, lagi sedap dengar. Cumanya earphone yang disertakan dalam kotak Neffos X1 ni tak sesuai dengan telinga Fadzi. Tak boleh melekat. Kena pegang je dekat telinga. Tapi, serius bunyi dia memang sedap kalau pakai earphone tu.

4. Fungsi Fingerprint

Senang nak unlock phone. Tak perlu banyak gerakan sebab kedudukan fungsi fingerprint memang dekat dengan jari telunjuk. Kalau sebelum ni Fadzi pakai password je tapi leceh kan tiap kali nak unlock kena swipe password pattern tu. Kadang-kadang boleh pulak tersilap swipe. Geram je.

Neffos X1 Power

Kalau guna fungsi fingerprint ni senang je. Sekali letak jari, dia terus unlock. Dan kalau Aneeq nak unlock phone, memang tak dapek lah. Fadzi gelakkan je dekat die. 

5. Gambar Dan Video Cantik

Kalau korang ada friend dengan Fadzi dekat Facebook, mesti korang perasan wall Fadzi tak habis-habis dengan gambar dan video Aneeq. Memang keerja Fadzi ambil video dan gambar Aneeq membesar. Nanti bila Aneeq dah besar, Fadzi nak tunjuk semua tu dekat dia. Best sebenarnya bila dapat simpan gambar-gambar dan video anak ni. nak nak lagi kalau video dan gambar tu semuanya jelas dan cantik. 

Neffos X1 Power
Gambar back camera no filter dengan natural light indoor. Fokus pada objek

Neffos X1 Power
Gambar back camera no filter indoor

Bila Fadzi guna phone Neffos X1, so far Fadzi puas hati jugak lah. Video ada autofocus jadi video tak blur dekat objek. Gambar waktu malam jelas dan cantik. Kamera depan belakang ada fungsi Beautify Mode. Siap boleh setting lagi nak saiz gambar 1:1, 4:3 atau 16:9.  

Video back camera no filter indoor natural light

Banyak fungsi dekat kamera Neffos X1 ni yang Fadzi suka. Walaupun Fadzi rasa result dia tak sehebat kamera-kamera yang ada fungsi kamera yang powerful tapi apa yang Neffos X1 bagi ni pun dah cukup bagus.

Boleh tak Fadzi nak tambah satu lagi sebab kenapa Fadzi suka Neffos X1 ni? Satu lagi sebab, Fazura duta dia. Mana tau kan, Fadzi ambil gamar selfie guna Neffos X1, tiba-tiba boleh jadi cantik cun melecun macam Fazura hahahahaha. Kbai!  


Post a Comment

6 Comments

  1. Eh Fadzi pun cantik apa... cuma, fazura tue cantik lebih sikit je...

    ReplyDelete
  2. Ramai juga yang review Neffos X1 ni. Menarik juga rupa bentuknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suke curve belakang die. selesa pegang even satu tangan je pun

      Delete
  3. Kan best...suka desing nya..eh² domok nya sayaaaaaaa uwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha kan best phone ni. Memang ada yang lemah sikit sana sini but overall okay je

      Delete