Girls Day Out Di Eat & Repeat Shah Alam

Girls Day Out Di Eat & Repeat Shah Alam | Bukan selalu Fadzi nak dapat girls day out bila dah berkahwin dan ada anak ni. Nak keluar tinggal anak, mesti duk teringat-ingat dan terbayang-bayang Aneeq je. Tapi, penting kot nak ada me time untuk diri sendiri. Zul pun okay je bila Fadzi nak keluar lepak kejap-kejap dengan kawan-kawan.

Dua minggu lepas Fadzi lepak keluar dengan kawan. Tak jauh pun, dalam Shah Alam jugak. Saja lah nak keluar makan-makan dengan kawan. Biasa Fadzi pergi lepak dengan kawan lain makan sushi. Kali ni Fadzi keluar lepak makan dekat salah satu tempat makan di Shah Alam iaitu Eat & Repeat Cafe Shah Alam.

Eat & Repeat Shah Alam

Dah lama dah teringin nak pergi makan dekat Eat & Repeat Cafe ni sebenarnya. Asyik baca orang lain pergi makan dekat sini je. Kali ni Fadzi nak pergi makan dan rasa sendiri.

Eat & Repeat Cafe Shah Alam

Eat & Repeat Cafe Shah Alam ni konsep nya portion makanan sikit-sikit dihidang dalam mangkuk. Lebih kurang Boat Noodle tapi dengan stail Malaysia. Yang bestnya harganya memang murah. Satu mangkuk hanya berharga RM1.90 saja. Korang jangan risau,even portion dia sikit-sikit tapi Fadzi hari tu, makan 3 mangkuk nasi pun dah boleh kenyang perut dah. 

Eat & Repeat Shah Alam

Menu Eat & Repeat Cafe Shah Alam

Dekat Eat & Repeat ni kalau tak silap ada 18 menu semuanya. Antaranya adalah Nasi Putih Ayam Cincang, Nasi Goreng Cina, Nasi Lemak Telur, Nasi Putih Ayam Paprik, Mee Kari, Mee Hailam, Mee Sup. Mee Hoon Sup, Mee Bandung, Mee Rebus, Soto Ayam, Laksa Utara, Mee Celup, Lontong, Rojak Petis dan Kepak Ayam Tandoori.


Eat & Repeat Shah Alam
17 jenis menu yang ada. Ahak, nampak tak sejenis manusia kebulur makan banyak ni untuk 2 orang. Jangan buat gini tau.


Eat & Repeat Shah Alam
Ayam tandoori

Ada jugak pencuci mulut yang korang boleh cuba dekat sini dengan harga yang sama iaitu Pulut Mangga, Sagu Gula Melaka dan Brownies dengan Ice Cream.

Untuk minuman pulak korang boleh pilih untuk order Sarsi, Oren, Ais Krim Soda, Mango, Kopi 'O' 434 (Panas atau Sejuk), Teh 'O' (Panas atau Sejuk), Anggur dan Sirap


Eat & Repeat Shah Alam
Air minuman dia guna kole okay. Bukan pakai cawan biasa. Puas minum. 

Kesemua menu dekat sini harganya RM1.90 termasuklah air minuman, kepak ayam tandoori dan pencuci mulut tu. Berbaloi kan? Nak lagi berbaloi tak? 

Korang datang makan dekat Eat & Repeat Cafe Shah Alam dalam masa pukul 3 petang hingga 6 petang setiap hari Isnin sampai Jumaat, korang akan dapat Happy Hour! Untuk Happy Hour ni, bila korang order 5 mangkuk, korang akan dapat satu mangkuk percuma. Jimat weh! Rugi Fadzi tak pergi waktu macam ni dulu hahahaa.


Eat & Repeat Shah Alam Happy Hour

Tak cukup lagi beli 5 percuma 1? Tak pe tak pe. Korang boleh download satu apps ni dekat sini - Kiple - untuk dapat diskaun best bila makan dekat Eat & Repeat Cafe Shah Alam. Yang bestnya bukan untuk Eat & Repeat Cafe je korang boleh guna apps ni, restoran-restoran lain pun boleh. Korang boleh check restoran-restoran lain dekat sini - Merchant Locator

Menu Eat & Repeat Pilihan Fadzi

Eat & Repeat Cafe ni offer macam-macam jenis menu utama daripada nasi, mee, mee hoon dan soto. Menu yang Fadzi suka adalah Rojak Petis, Mee Bandung, Mee Rebus, Laksa Utara, Mee Celup dan Pulut Mangga

Untuk menu jenis nasi Eat & Repeat ni okay je tapi Fadzi tak lah begitu berminat. Tapi sambal nasi lemak dia sedap. Korang boleh cuba order Nasi Lemak dia. Dan satu lagi lauk nasi diaorang yang sedap dan korang boleh cuba order adalah Ayam Cincang tu. Memang sedap.  

Personally Fadzi rasa konsep dan harga makanan dekat Eat & Repeat Cafe Shah Alam ni memang sesuai dengan area Pusat Komersial Seksyen 7. Cafe ni bukan saja salah satu tempat makanan di Shah Alam yang kiranya macam hipster sikit tapi dalam masa yang sama ianya sesuai sebab kebanyakan yang duduk dekat sini adalah student.

Eat & Repeat Shah Alam

Dah namanya tempat student kan, mesti lah nak cari tempat makan yang murah-murah tapi dalam masa yang sama sedap. Bagi Fadzi Eat & Repeat Cafe memang patut pun jadi pilihan student-student dekat sini. Dah lah murah, portion pun kalau makan 2 3 mangkuk nasi dah kenyang. 

Kalau yang family tu, Fadzi cadangkan korang datanglah hujung minggu awal-awal pagi dan waktu petang. Sebab most of time Fadzi perasan memang student ramai lepak dekat sini. Tengah hari dan malam tu memang ramai student yang datang. 


Eat & Repeat Shah Alam

Jangan sedih kalau meja full tau. Korang boleh je nak tunggu sekejap. Nanti adalah meja kosong. Nah, kalau korang nak pergi makan dekat sini, korang boleh pergi ke Eat & Repeat Cafe cawangan Shah Alam yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Ni adalah salah satu tempat makan di Shah Alam yang korang kena cuba.


Alamat:
YG24, Jalan Plumbum Y7/Y
PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7
40000 Shah Alam
(Belakang McDonalds)


Waktu Operasi:
11 pagi hingga 11 malam

Happy Hour:
3 petang hingga 6 petang 
Isnin hingga Jumaat

Post a Comment

4 Comments

  1. haa, baca entry ni macam nak kena try jugaklaa makan kt sini. biasa tgk lalu je dari luar. tak pernah nk try pun :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha boleh lah pergi try nanti. Harga dia berbaloi la jugak

      Delete
  2. Patutlah kena repeat sebab menunya sedap dan berpatutan harganya. Boleh try next time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada cawangan lain jugak. So senang la sikit kalau yang bukan dari shah alam tu

      Delete