Intipati Bajet 2018 - Diusulkan Pada 27 Oktober 2017

Intipati Bajet 2018 - Diusulkan Pada 27 Oktober 2017 | Hari semalam pukul 3 petang sampai 7 malam, ada program khas di TV bersempena dengan Bajet 2018 yang diusulkan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Perbentangan bajet ini dah pun diadakan di Parlimen.

Bajet 2018

Fadzi tak sempat tengok pun semalam jadi hari ni Fadzi gigih lah cari apa intipati Bajet 2018 yang dibentangkan semalam. Nak tengok juga apa yang Fadzi sebagai seorang wanita, ibu serta suri rumah dan keluarga boleh benefit pada tahun depan.

Tema Bajet 2018: "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50"

Intipati Bajet 2018

Dekat bawah ini adalah antara intipati perbentangan Bajet 2018 semalam.

Intipati Bajet 2018
Bajet  2018 kali ini dikatakan "Ibu - Segala Bajet". Katanya Bajet 2018 kali ini adalah yang terbaik sepanjang 22 tahun.

Intipati Bajet 2018

Terdapat 8 tunjang utama sempena dengan Bajet 2018 kali ini. Antara tunjangnya fokus kepada merancankan pelaburan perdagangan dan industri, Aspirasi TN50, pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat, pembangunan inklusif, kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan, revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital, GLC dan perkhidmatan awan dan juga keseimabgan duniawi dan ukhrawi.

Intipati Bajet 2018

Berkenaan dengan info ringkat Bajet 2018:
Malaysia telah berjaya mencapai hubungan dagang dan diplomasi yang terbaik dan matang dengan kuasa-kuasa besar dunia. Malaysia juga mampu mengekalkan kewangan negara. Yang kedua tu Fadzi tak berapa pasti. Huhu.

Intipati Bajet 2018

Intipati Bajet 2018
Tunjang Pertama:
Apa yang Fadzi nampak, untuk tunjang pertama - merancakkan pelaburan, perdagangan dan industri, akan lebih banyak peluang industri kecil dan sederhana tingkatkan produktiviti. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lebih mudah unutk mendapat bantuan kewangan dari skim-skim yang disediakan.

Golongan petani, pesawah dan nelayan juga boleh berlapang dada dengan bantuan dalam sektor pertanian dan jugak perikanan.

Dengan pengiytiharan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia, harap-harap ekonomi Malaysia boleh bertambah lagi.  

Intipati Bajet 2018

Tunjang Kedua:
Menuju Aspirasi TN50. Walaupun Wawasan 2020 mungkin tak menjadi kenyataan sebab kemajuan Malaysia jauh daripada apa yang Fadzi bayangkan, tapi Aspirasi TN50 ni pun rasanya tak jauh beza dengan Wawasan 2020. 

Kalau dilihatkan dekat atas ni, banyak yang kita boleh dapat faedah daripada Aspirasi TN50. Mungkin bukan untuk kita tapi lebih kepada untuk anak-anak kita terutamanya dalam bidang pendidikan dan sukan.  

Intipati Bajet 2018
Tunjang ketiga:
Fadzi paling suka tunjang ketiga yang berkaitan dengan mengungguli pembangunan pendidikan, latihan, kemahiran serta bakat ini. Tunjang ini fokus kepada bidang pendidikan sebab bagi Fadzi pendidikan penting untuk kita dan juga masa depan anak-anak kita. Fadzi rasa senang hati bila ada cadangan untuk pembinaan lebih banyak pra sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional dan matrikulasi.

Tapi Fadzi lebih suka kalau silibus untuk sekolah rendah dan pra sekolah disemak semula dan disusun semula.
  
Intipati Bajet 2018

Intipati Bajet 2018
Tunjang Keempat:
Sebagai seorang wanita, Fadzi suka dengan tunjang keempat memacu pembangunan inklusif terutamanya cadangan tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita. Lebih banyak kemudahan serta pengecualian yang diberikan kepada wanita. Fadzi dengar pun Fadzi rasa nak kembali bekerja tau. 

Intipati Bajet 2018

Intipati Bajet 2018

Tunjang Kelima:
Dalam tunjang kelima, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan ni, memang yang Fadzi tunggu-tunggu. Sebab sebagai suri rumah sepenuh masa, Fadzi memang mencari peluang-peluang menambah pendapatan yang Fadzi boleh buat secara fleksibel. Ye lah, sambil sambil duduk rumah jaga anak, Fadzi boleh buat sesuatu yang mendatangkan side income.

Intipati Bajet 2018
Tunjang keenam:
Yang tunjang mempersiaga revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital dan ekonomi baru ni, Fadzi kurang faham. Muingkin sebab bukan dalam bidang yang Fadzi pernah ada sebelum ini.

Intipati Bajet 2018
Tunjang ketujuh:
Tunjang ketujuh - meningkatkan kecekapan dan penyampaian warga GLC dan penjawat awam mungkin Fadzi tak perlu ambil tahu sangat sebab yang ini fokus lebih kepada penjawat awam dan pekerja dalam sektor GLC. Disebabkan Zul pun kerja dalam syarikat swasta, tak perlu ambil tahu sangat kot.

Intipati Bajet 2018

Tunjang kelapan:
Dalam tunjang ini - mengimbangi par excellence duniawi dan par excellence ukhrawi, Fadzi cuma berharap dengan kelonggaran pekerja wanita mengandung 5 bulan dan suami dibenarkan balik awal sejam tu tak menggangu produksi pekerjaan mereka. Itu je yang Fadzi harapkan. Huhuhu.   

Intipati Bajet 2018

Korang dah baca intipati-intipati Bajet 2018 kali ini? Dekat atas ni antara perkara yang dihighlightkan dalam Bajet 2018.
  • Bantuan khas kewangan penjawat awam (RM1500)
  • Bantuan pesawah 3 bulan (RM600)
  • Amanah Dana Anak Malaysia ADAM50 - Dana tabungan permulaan (RM200)
  • Bantuan BRIM diteruskan
  • Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) - Geran sepadan Rm500
  • Bantuan Khas - Tok Batin dan Ketua Kampung RM1500
  • Kenaikan Elaun Warga Emas (RM350)
  • Bantuan Khas - Guru KAFA, Takmir, Imam, Bilal, Siak (RM500)
  • Kenaikan Elaun OKU (RM50)
  • Bantuan Khas - Pesara (RM750)
  • Pengurangan Kadar Cukai Individu dan Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna (Rm300-RM1000)

Kelebihan apa yang korang boleh dapat daripada Bajet 2018 kali ini? Boleh komen sikit dekat bawah.

Sumber grafik: Treasury.GOV.MY

{ 10 comments.. read them below or add one }

NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 29 October, 2017
nice sharing...mls den nk tgk tv
Izni Hafiz Abdul Rashid Izni Hafiz Abdul Rashid 30 October, 2017
mmm... Teman pun tak folow sangat pembentangan budget tu... dengar-dengar gitu je masa drive balik dari office... untuk teman, macam tak ada impact sangat... cuma nak tau lebih detail pasal income tax... and dalam budget tu, sepatutnya perlu di masukkan sekali penghapusan GST pada barangan keperluan hakiki dan perkhidmatan elektrik dan air... baru lah Budget tu betul-betul untuk rakyat...
Julia Tarmidi Julia Tarmidi 30 October, 2017
no komen pasal bajet. hope akan datang ekonomi malaysia lebih kukuh dan lebih baik dr sblm2 ini...
Fadzi Razak Fadzi Razak 30 October, 2017
Heheheh saya pun tak sempat nak tgk dekat tv
Fadzi Razak Fadzi Razak 30 October, 2017
Saya pun nak tau lebih jugak pasal income tax. Nak nak lagi sebab husband sorang je keje. Kalau boleh nak cut sebanyak mana yang boleh. Nanti saya buat research lagi
Fadzi Razak Fadzi Razak 30 October, 2017
Memang harapan besar betul ekonomi malaysia bertambah baik dan investor datang balik ke malaysia. Dah banyak sangat company/brand outlet yang tutup dan keluar dari malaysia ni. rasa terkilan betul
MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman 31 October, 2017
Bantuan untuk simpanan adam50 tu memang best, tahun depan baby baru boleh lah dapat
Fadzi Razak Fadzi Razak 31 October, 2017
Itu lah, tapi harapnya tak ada lah orang saje-saje buat anak pastu tak terjaga semata mata nak kan RM200 tu je kan
Al-Manna Ameer Al-Manna Ameer 02 November, 2017
Mudah-mudahan intipati bajet 2018 yang diusulkan oleh Perdana Menteri dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk rakyat Malaysia.
Fadzi Razak Fadzi Razak 03 November, 2017
InsyaAllah harapnye macam tu lah kan. Tapi tak letak harapan tinggi pun untuk semua point dekat atas ni sebab ye lah kan, baru plan. Laksana tu tak tahu jadi ke tak