Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017

Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017 | Hari ni dah start #MYCYBERSALE! Korang dah ready ke nak beli barang yang korang idam-idamkan dengan harga yang murah?
Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE

Apa Itu #MYCYBERSALE?

Kalau korang masih lagi tak tau, #MYCYBERSALE ni kiranya sales dalam talian besar-besaran yang diadakan dalam Malaysia. Waktu ni semua online shop yang mengambil bahagian akan buat sale gila-gila tapi semuanya secara online saja. Kalau kedai fizikal, tak dapat lah sale macam ni.

#MYCYBERSALE untuk tahun 2017 ni hanya akan berjalan selama 5 hari saja iaitu seperti tarikh dekat bawah ni:

9 Oktober (12pm) - 13 Oktober 2017


Sebenarnya sebelum tarikh ni pun, dah ada online shop yang buat pre sale tau contohnya macam BookCafe ni. Fadzi pun sempat jugak beli beberapa buah buku dekat BookCafe sempena dengan pre sale #MYCYBERSALE yang diaorang buat seawal 7 Oktober 2017 lagi. Kalau korang nak beli buku-buku dengan harga yang murah, korang boleh beli dekat website BookCafe ni. 

#MYCYBERSALE 2017

Berbaloi Ke Beli Masa #MYCYBERSALE

Berbaloi atau tidak tu, korang kena pandai nilaikan sendiri. Ada online website yang betul-betul turunkan harga kaw kaw. Ada juga yang acah-acah turunkan harga, konon-konon letak sampai 90% diskaun padahal tak pun. 

Jadi korang kena pandai-pandai survey barang yang korang nak tu dekat online shop, buat perbandingan harga yang paling murah dengan nilai yang bersesuaian. Fadzi baru je nak start survey barang-barang yang Fadzi nak. 

Kalau korang rajin, korang tunggulah waktu waktu online shop buat flash sale. Yang tu rasanya memang berbaloi kalau beli. Macam dekat website BookCafe tu, masa flash sale tu boleh dapat harga serendah RM0.01. betul ni tak tipu. Fadzi dah tengok tadi. Tapi sebab limited, so dah habis. Tak sempat Fadzi nak beli. 


Peluang Menang Banyak Hadiah! 

Selain daripada dapat beli barang dengan harga yang lebih murah, masa #MYCYBERSALE ni jugak korang boleh menang macam-macam hadiah. Salah satunya adalah melalui pertandingan yang dianjurkan oleh #MYCYBERSALE sendiri.


#MYCYBERSALE Contest

Cara nak join senang sangat. Korang cuma perlu buat pembelian minimum RM50 dan hantarkan resit korang dekat sini - #MYCYBERSALE Lucky Draw. Diaorang ada sediakan macam-macam jenis hadiah dariapda 29 penaja yang juga antara online website yang turut serta dalam #MYCYBERSALE kali ini.

Korang juga boleh tengok dekat setiap online website yang join #MYCYBERSALE untuk join contest-contest yang mereka sendiri anjurkan. Barulah rasa berbaloi kalau nak membeli belah macam ni kan? 


Antara Online Shop Yang Serta #MYCYBERSALE

Boleh dikatakan hampir semua online shop buat #MYCYBERSALE ni. Dan antara yang favourite online shop Fadzi adalah macam:


#MYCYBERSALE 2017 Lazada

Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017
Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017
Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017

Banyak lagi sebenarnya online shop yang ada buat #MYCYBERSALE ni. Sekarang ni pun start salenya dekat semua website yang terlibat. Korang boleh tengok sekarang. Fadzi memang ada beberapa barang yang Fadzi dah target nak beli. Kalau harga memang jauh lebih murah dari yang biasa, memang Fadzi nak grab terus.

Untuk maklumat lanjut lagi pasal #MYCYBERSALE ni, korang boleh tengok website diaorang dekat bawah. Jom shopping online :D :D

{ 10 comments.. read them below or add one }

mrhanafi dot com mrhanafi dot com 09 October, 2017
Sale gila gila memang bagus..

Yang gila gila habis bajet pun ada nanti..
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 09 October, 2017
best dpt shopping murah..heheh
prescription eyeglasses prescription eyeglasses 12 October, 2017
Good post, love this sharing so much, thank you!
Jelita dan Awet Muda Jelita dan Awet Muda 15 October, 2017
Borong buku time cybersale ni pun best juga, banyak yang murah
Fadzi Razak Fadzi Razak 28 October, 2017
Saya sempat shopping pampers anak je masa tu
Fadzi Razak Fadzi Razak 31 October, 2017
Nampak macam tahun ni kurang meriah orang membeli. maybe sebab ekonomi lemah sikit
Fadzi Razak Fadzi Razak 31 October, 2017
Memang best. Time ni lah baru boleh shopping dengan berbaloi heheh
Fadzi Razak Fadzi Razak 31 October, 2017
Time dah besar macam ni, dah ada duit sendiri baru seronok nak shopping buku sendiri kan