5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang | Fadzi last pergi ke Pulau Pinang untuk berjalan-jalan setahun yang lepas. Bulan September. Masa buang tebiat jalan-jalan pusing Semenanjung Malaysia dalam masa 2 minggu. Memang kerja gila tapi seronok! Dan antara negeri yang Fadzi rasa sangat menarik untuk dilawati dan nak pergi lagi adalah Pulau Pinang.  

Pulau Pinang adalah negeri yang sangat banyak architecture cantik-cantik. Tengok bangunan saja dah terpesona. Belum lagi tengok tempat-tempat menarik dekat sana. Meh, Fadzi nak kongsikan dengan korang beberapa tempat menarik di Pulau Pinang.

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang 

Dekat bawah ni Fadzi senaraikan 5 tempat menarik di Pulau Pinang yang Fadzi rasa korang boleh kunjungi kalau datang ke sini.

Bukit Bendera

Bukit Bendera

Bukit Bendera atau pun nama lain adalah Penang Hill, rasanya tak asing lagi kot untuk Pulau Pinang. Kalau pergi ke Pulau Pinang untuk bercuti tapi tak naik ke Bukit Bendera, rasa macam tak sah pula, kan? Dekat Bukit Bendera ni korang akan guna train untuk naik ke atas bukit sambil tengok pemandangan kiri kanan yang penuh dengan flora dan fauna. 

Bila dah sampai dekat atas pula, korang akan jumpa pelbagai bangunan bersejarah, masjid yang cantik dan kuil yang unik. Ada juga beberapa viewing deck yang korang boleh duduk berehat dan tengok pemandangan keseluruhan Pulau Pinang. Memang cantik kalau hari tak hujan. Dekat Bukit Bendera juga korang boleh pergi ke Muzium Burung Hantu atau buat lukisan henna di tangan. 

Kalau lapar tak perlu risau, ada je kedai makan dekat sini. Tapi, kalau korang nak beli souvenir macam keychain atau fridge magnet tu, Fadzi cadangkan turun bawah nanti baru beli sebab dekat atas Bukit Bendera, harganya agak mahal. 

Escape Adventureland

Escape Adventureland

Escape Adventureland ni Fadzi baru tau kewujudannya. Bila Fadzi buat research pasal tempat ni, Fadzi rasa excited sangat nak pergi sebab dekat sini korang boleh buat aktiviti-aktiviti menarik dalam suasana semula jadi. Kalau jenis yang suka buat aktiviti outdoor, ini memang tempat yang paling best untuk korang pergi.

Antara aktiviti yang korang boleh buat dekat sini adalah seperti aktiviti panjat bertali contohnya abseiling, canyoning dan flying fox, turun bukit menaiki tube, bungee jumping, wall climbing, tree climbing, go-kart dan banyak lagi. Kesemua aktiviti ini nampak macam betul-betul menguji tenaga korang sambil berseronok.   

Korang boleh beli tiket untuk masuk ke Escape Adventureland ini melalui website diaorang saja untuk elakkan sebarang scam dan sebagainya. Waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Isnin. 

Made In Penang Interactive Museum

Made In Penang Interactive Museum

Kalau masa kecil-kecil dulu, bila dengar je mak atau ayah Fadzi nak bawak pergi muzium, mesti rasa macam whatttt? Muzium? Bosannya. Tapi kan sebenarnya, muzium sekarang ni banyak yang dah moden dan menarik terutamanya untuk budak-budak. Contohnya macam Made In Penang Interactive Museum.

Dekat Made In Penang Interactive Museum ini banyak lukisan-lukisan 3D yang menarik untuk korang ambil gambar. Lebih kurang 30 lukisan 3D yang nampak real yang dilukis oleh artis-artis tempatan dari Pulau Pinang. Korang boleh ambil gambar konon-konon tengah minum kopi dengan CM Lim Guan Eng, jual durian, pegang payung dan pakaikan henna kepada wanita India.    

Tiket untuk masuk ke Made In Penang Interactive Museum ini cuma RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.  

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis

Kalau korang ada masa, singgah sekejap dekat Fort Cornwallis. Fort Cornwallis adalah satu tapak peninggalan sejarah yang berusia lebih 200 tahun. Fort Cornwallis ini berdekatan dengan Padang Kota Lama yang menjadi tempat orang bersantai. 

Dalam kubu ini ada beberapa binaan bangunan lama dan juga meriam yang masih kukuh dan dijaga rapi. Antara bangunan yang masih ada dan elok adalah tempat simpanan stor bahan letupan dan juga sebuah gereja kecil. Terdapat juga tugu peringatan Francis Light yang merupakan individu yang bertanggungjawab membina Fort Cornwallis.  

Dekat Fort Cornwallis ni lebih kepada nak tengok peninggalan sejarah-sejarah lama dan bangunan-bangunan lama. Kalau korang jenis yang suka aktiviti outdoor lasak, mungkin tak berapa sesuai untuk korang kot. 

Cheong Fatt Tze Mansion

Cheong Fatt Tze Mansion

Pertama kali Fadzi nampak gambar dekat website Cheong Fatt Tze Mansion, terus Fadzi jatuh cinta dengan warna bangunan dan seni reka bentuknya. Dengan nama jolokan The Blue Mansion, korang boleh lepak dekat sini dengan suasana yang moden tapi berlatarbelakangkan konsep dan seni bina zaman dulu. 

Cheong Fatt Tze Mansion ini bukan saja menawarkan pilihan tempat tinggal yang menarik tapi juga menawarkan pilihan menu makanan Penang yang penuh dengan perbezaan budaya. Selain itu, korang juga boleh join daily tours yang mana korang akan dibawa berjalan dan menikmati keindahan bangunan serta sejarah Cheong Fatt Tze Mansion.     

Dekat Cheong Fatt Tze Mansion, korang boleh pilih sama ada nak tinggal dalam 4 jenis pilihan bilik iaitu The Han Suites, The Liang Collection, The Ming Collection atau The Tang Suites. Apa yang Fadzi boleh cakap, keempat-empat pilihan bilik ini mempunyai susun atur dan reka bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Dan sangat menarik untuk korang stay.     

Setakat yang ada dalam senarai 5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang ni, cuma satu tempat je yang Fadzi pernah pergi iaitu Bukit Bendera. Sebelum Fadzi tak tau pun ada tempat-tempat seperti Escape Advertureland, Made In Penang Interactive Museum dan Cheong Fatt Tze Mansion. Fadzi rasa tempat-tempat tu memang menarik untuk pergi tengok dan cuba aktiviti-aktiviti yang ada dekat situ.

Tapi, bila dah sampai ke Pulau Pinang, mesti ada soalan-soalan yang Fadzi dengan Zul mesti duk bertanya non-stop:

Where to stay in Penang? Where to eat in Penang?

Selaku tukang research, mestilah Fadzi punya kerja mencari tempat tinggal dan tempat makan dekat Pulau Pinang ni. Kerja Zul senang je, tukang drive, tukang keluar duit dan tukang tanya where to stay in Penang? Where to eat? What to do here? Where to go next? GPS please?  

Tahun lepas kitaorang pergi Pulau Pinang terus, tak ada planning sangat. Google sikit-sikit dan terus pergi. Rugi jugak sebab tak banyak tempat yang kiteorang pergi. Hotel pun duduk hotel yang cikai-cikai. Lepas ni, bila pergi Pulau Pinang lagi sekali, Fadzi dah tau nak check dekat mana bila Zul tanya nak tidur dekat mana, boleh refer dekat sini - Where to stay in Penang.

Fadzi tak puas lagi nak berjalan dalam Malaysia ni tau sebab banyak lagi tempat yang Fadzi tak jejak. Sekarang ni pun tengah mencari-cari lagi tempat-tempat menarik dalam Malaysia untuk pergi. Kalau korang pun tengah mencari tempat menarik di Malaysia, boleh tengok infographic dekat bawah ni.
   Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations
Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations. View the interactive version here
.

Post a Comment

15 Comments

  1. Dah lama teringin nak pergi Pulau Pinang, cuma tak berkesempatan je lagi.

    May be musim cuti sekolah kot, bolehlah check ruang masa free bersama keluarga ke sana.

    Memang banyak tempat menarik di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  2. Dalam 5-5 tu, satu je pernah pergi. Nak kena terjah semua nie once dtg penang. Semua tempat menarik !

    ReplyDelete
  3. Escape Adventureland tak pernah pergi lagi. Kena tunggu cuti sekolah lagi satu la kalau nak pergi. Cuti sekolah akhir tahun ni da suntuk sangat dah....

    ReplyDelete
  4. dah lama teringin nak pergi bukit bendera. tapi apakan daya takde rezeki haritu turun penang bukit bendera tutup sbb banjir

    ReplyDelete
  5. alahai bestnya! last time pergi penang sekadar jalan dekat2 je. memang satu hari teringin nak pergi lagi dan teroka Pulau Pinang sehabis baik! thank you for this list!

    ReplyDelete
  6. BIASANYA kalau pergi ke Penang, aim nak makanan nasi kandar, rojak pasembor, lepak-lepak Batu Feringghi.. rupanya banyak lagi tempat menarik yang tak pergi lagi. Tahun depan kena masukkan trip ke Penang dalam family holiday ni..

    ReplyDelete
  7. Penang salah satu negeri yg sgt menarik. Ana baru 2x ke penang tp tak explore semua lagi. Memang plan nak ke sana lagi ni. Escape adventureland tu nak masuk dalam wishlist juga lah.

    ReplyDelete
  8. Semua best kak. ada satu dua tak pergi lagi hehe

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak pergi Penang. Ni nanti jagi guide masa nak kunjung penang

    ReplyDelete
  10. 2 dah pergi.. 3 lagi. Yeay! Tahun depan boleh rancang vacation ngan family. Thanks for sharing! 😄

    ReplyDelete
  11. I am from Penang but still there are a few places I have yet to go. 😂 Nice recommendation thou!

    ReplyDelete
  12. Memang tengah survey tempat untuk dilawati di Penang. Thanks sharing

    ReplyDelete
  13. Banyak juga tempat menarik di Penang. Dalam list tu, ada yang dah pergi ada yang belum pergi.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. 3 tempat x pernah pergi lagi iaitu Fort Cornwallis, Cheong Fatt Tze dan Escape tu... Next time boleh pergi dan explore tq sharing info berguna jd rujukan nnt.

    ReplyDelete