Apa Itu Black Friday Cyber Monday?

Apa Itu Black Friday Cyber Monday? | Dari mula Fadzi kahwin sampailah sekarang, tiap-tiap tahun mesti Zul tertunggu-tunggu hari Black Friday. Mula-mula Fadzi tak faham, apa benda lah Black Friday tu kan. Jadi Fadzi Google lah apa itu Black Friday. Bila dah Google, barulah Fadzi faham kenapa Zul beria betul tunggu Black Friday tu.

Black Friday Cyber Monday

Black Friday

Black Friday adalah hari jualan murah yang diadakan secara besar-besaran dan biasanya ia disambut di Amerika Syarikat. 

Black Friday akan diadakan selepas hari Jumaat selepas sambutan Thanksgiving. Disebabkan masa hari Thanksgiving, semua kedai akan ditutup, jadi pada hari Jumaat selepas menyambut hari Thanksgiving, kedai-kedai ini akan membuat jualan barang dengan harga yang gila murah. Black Friday juga menandakan bermulanya musim membeli belah sempena cuti dan Hari Krismas.


Black Friday Cyber Monday

Cyber Monday

Cyber Monday pun benda yang sama dengan Black Friday. Disambut meriah di Amerika Syarikat. Waktu ini memang akan ada sales secara besar-besaran tapi kali ini lebih kepada pembelian secara maya ataupun secara online. Kalau Black Friday lebih kepada pembelian fizikal seperti membeli belah di kedai-kedai. 

Cyber Monday ini mula diperkenalkan pada tahun 2005. Ianya 'disambut' pada hari Isnin selepas sambutan Hari Thanksgiving. Cyber Monday dikatakan akan menjadi hari membeli belah yang paling besar untuk tahun ini! 

Sebabnya ramai orang nak elak kesesakan di kedai-kedai masa Black Friday. Dan kalau beli masa Cyber Monday secara online, senang nak bandingkan harga dekat setiap online website. Tambahan lagi, online kan 24 hours. Tak payah terkejar-kejar nak pergi ke kedai takut kedai dah tutup. 

Black Friday Cyber Monday

Dari apa yang Fadzi nampak, sambutan Black Friday Cyber Monday dekat Malaysia baru je nak menaik. Mungkin tak meriah secara luarannya tapi kalau dalam online, memang rata-rata online shop akan buat Black Friday Sales. Waktu inilah online shop akan menurunkan harga semurah yang mungkin dan korang boleh dapatkan barangan yang korang nak beli dengan harga yang berbaloi. 

Semak dan tanda kalendar korang semua. Hari Thanksgiving disambut pada 23 November 2017. Black Friday Cyber Monday Malaysia tahun ini akan bermula pada 24 November hingga 27 November 2017! Tak boleh lepaskan peluang ini. Siap sedia depan PC, laptop dan handphone masing-masing okay :D


Black Friday Cyber Monday

Website Pilihan Untuk Shopping Online

Fadzi sendiri memang tak sabar nak tunggu Black Friday dan Cyber Monday ini. Sebabnya Fadzi sendiri ada beberapa barang yang Fadzi tengah aim untuk beli termasuklah jam tangan untuk Zul, kamera waterproof serta shockproof untuk Aneeq, pakej travel untuk kami sekeluarga dan set produk SKII untuk Fadzi sendiri.

Fadzi dah survey dah keempat-empat benda yang Fadzi nak beli dekat atas ni. 

Jam Tangan 
Jam tangan untuk Zul Fadzi plan untuk beli dekat Lazada. Jam tangan Zul dah lama rosak tau. Fadzi ingatkan dia tak kisah. Rupa-rupanya dia teringin nak jam baru. Itu pun Fadzi tau sebab masa Fadzi buka komputer, Fadzi nampak ada tab Zul buka details pasal beberapa jam dekat website Lazada.

Kamera Nikon Coolpix W100
Kamera waterproof dan shockproof iaitu kamera Nikon Coolpix W100 untuk Aneeq, Fadzi pun plan nak beli dekat Lazada. Sebenarnya Fadzi dah lama aim nak belikan Aneeq kamera ni sebab Fadzi nampak Aneeq suka betul ambil gambar. Tapi disebabkan Aneeq masih kecil, kenalah beli yang waterproof dan shockproof untuk elak cepat rosak. Nanti bila dia dah pandai ambil gambar dengan betul, baru boleh beli kamera yang lebih bagus.

Set SKII
SKII Fadzi nak beli dekat Zalora. Dah lama berkenan nak beli set SKII tapi kena kumpul duit dulu. SKII memang mahal tapi tengok review memang berbaloi hasilnya dengan harga yang mahal tu. 

Pakej Travel
Untuk pakej travel kiteorang satu family pula Fadzi plan untuk beli dekat Expedia sebab dekat boleh beli complete hotel sekali dengan hotel. Lebih jimat kalau beli pakej macam tu daripada beli satu-satu.

Dan ada juga beberapa barang-barang yang agak macam tak penting yang Fadzi nak beli dekat Shopee. Website Shopee memang bahaya bagi korang yang suka bershopping. Barang-barang dekat Shopee kebanyakannya murah-murah daripada online website yang lain. 


Black Friday Cyber Monday


Kalau korang perasan, Fadzi nak beli barang sampai dua benda dari Lazada saja. Website Lazada ni memang salah satu online website favourite Fadzi untuk shopping online. Nak nak lagi bila dah sampai masanya Lazada 1212 Sales

Kalau ikutkan bukan Lazada saja yang buat 1212 Sales ni. Banyak lagi online website lain yang buat sales besar-besaran masa tarikh 12.12. 

Fadzi rasa bagi korang yang tengah dalam perancangan nak beli barang-barang yang harganya agak mahal terutamanya barang elektrik, baik korang semak harga bila sales Black Friday Cyber Monday nanti. Sebab masa inilah kebanyakan online shop akan bagi harga murah untuk barang-barang diaorang. Zalora, Shopee, 11Street, Nile dan Shopback pun akan buat sales masa Black Friday Cyber Monday ni nanti. 

Tapi kena beringat jugak. Kadang-kadang ada juga online shop yang kononnya kata bagi diskaun hingga 10%-80%, tapi sebenarnya tak pun. 

Tips Fadzi, korang tengok harga barangan yang korang nak beli sekarang. Simpan dalam cart. Bila dah sampai masa Black Friday Cyber Monday tu, korang tengok balik harga barang tu. Lagi murah ke lagi mahal. Kalau lagi murah, grab terus. Kalau lagi mahal, better korang jangan beli. Korang boleh cari seller lain atau website lain. Tak pun, kalau rajin, tunggu sampai habis sales dan tengok sama ada diaorang akan turunkan harga semula atau tak. Hehehe. 

Fadzi memang tak sabar nak tunggu waktu Black Friday Cyber Monday nanti. Dah simpan duit siap-siap dah. Korang ada tak nak beli apa-apa waktu sales tu nanti? Dah plan nak beli dekat mana?

Post a Comment

14 Comments

  1. patot la selau duk tengok black friday cyber monday. ingt jumaat pkai tema hitam ke ap

    ReplyDelete
  2. Akak pun aim kamera yang sama untuk kakak anith. Better kamera dari henfon kan? Tak sabar tggu sale

    ReplyDelete
  3. kenapa ni asyik ada sale je..haahhaa...kita pun selalu shoping kat shopee

    ReplyDelete
  4. Tengah mengumpul dana utk anak nak sekolah nxt year..kita ignore je segala cyber what Friday what tu..hahahha

    ReplyDelete
  5. Bestnya shopping shopping ni. Siapkan poket je.

    ReplyDelete
  6. Betul tu, dulu ada kawan yang suka sangat beli barang-barang gadget ni. Selalu tunggu Black Friday. Dari situlah baru tahu masa hari tersebut barang jual murah.

    ReplyDelete
  7. menyesal tak menabung dari awal tahun kalau tak hujung hujungbtahun ni bolehlah menghabiskan duit😂

    ReplyDelete
  8. asal hujung tahun je mesti ada sale. start tahun depan kena menabung hujung tahun nanti boleh shopping haha

    ReplyDelete
  9. Baru tahu maksud Cyber Monday tu. Adakah bermaksud Rawlins pun bakal terpengaruh selepas ini?

    ReplyDelete
  10. Okey..ketinggalan zaman...selalu tau yg sales gila2 kaw tu sehri selepas xmas tu...apa nama ntah...kalau time tu kwn2 kt oversea masa zaman belajaq dulu mesti shopping kaw2 pnya

    ReplyDelete
  11. Ala black friday ni buat ika geram. Banyak sale yang menarik. Nak je beli semua huhu

    ReplyDelete
  12. Uwahhhh tgh musim berjimat cermat nie... tp tetap usha juga kot2 memang murah... kita sapu je

    ReplyDelete
  13. Yesss tips simpan barang dalam cart tu memang tips yang bagus. Ruby selalu buat gitu. Hekhekhekhek.

    ReplyDelete