Lovera Magic Jelly - New Enhanced Formula Review

Lovera Magic Jelly - New Enhanced Formula Review | Lately Fadzi suka sangat mencuba produk-produk baru dekat pasaran dan bila sesuatu produk tu memang berkesan, Fadzi jadi excited nak share dengan korang semua. Baru-baru ni Fadzi ada cuba satu produk iaitu Lovera Magic Jelly dan Fadzi nak kongsi dengan korang baik buruk tentang produk ni.

Lovera Magic Jelly Review

Lovera Magic Jelly

Lovera Magic Jelly ini adalah satu produk multipurpose yang dikatakan boleh membantu melindungi, memperbaiki dan meningkatkan tekstur kulit serta rambut. Produk ni bebas paraben dan selamat digunakan untuk semua orang. Bila Fadzi cakap ianya selamat digunakan maksudnya Magic Jelly ini ada kelulusan KKM, sijil Halal daripada JAKIM dan dihasilkan daripada kilang yang mempunyai sijil GMP.   

Antara banyak-banyak produk keluaran Lovera, Magic Jelly ini adalah best selling product diaorang sampai dah terjual lebih daripada 70000 botol. Disebabkan banyak review yang best pasal Lovera Magic Jelly yang Fadzi baca dekat blog-blog di luar sana, Fadzi sendiri nak cuba Lovera Magic Jelly ni. 

Lovera Magic Jelly Review

Tekstur Lovera Magic Jelly

Lovera Magic Jelly ni datang dalam bentuk gel yang jernih. Bau gel ni memang sedap dan tak terlalu kuat. Kira kalau korang pakai gel ni sebelum tidur, memang lena lah tidur korang tu sebab bau dia menenangkan. 

Bila Fadzi sapu pada kulit, boleh rasa macam sejuk-sejuk pada kulit tu. Dan gel ni cepat je meresap dalam kulit. Tak ada rasa melekit. Dan bila dah meresap tu, tak ada rasa macam ada lapisan lain atas kulit macam bila korang pakai certain-certain losyen kat luar sana. 

Lovera Magic Jelly Review
Selepas sapu gel rata-rata pada kulit. Langsung tak nampak dan tak rasa berminyak.

Bahan-Bahan Lovera Magic Jelly

Fadzi suka sangat guna produk yang dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi macam Lovera Magic Jelly ni. Antara bahan-bahan aktif yang ada dalam Magic Jelly ni adalah:
- Aloe vera
- Timun
- Chamomile
- Jicama (Sengkuang)

Kalau korang biasa dengan petua-petua orang tua, korang mesti tau yang aloe vera dan timun tu memang salah satu bahan yang diaorang selalu guna untuk kecantikan dan kesihatan kulit zaman-zaman dulu. Fadzi pun masa kecil-kecil dulu selalu guna aloe vera untuk sapu pada luka dan lembapkan kulit. Timun pulak Fadzi selalu letak pada mata untuk cooling effect. Kadang-kadang Fadzi blend timun untuk buat mask. Sejuk je rasa. 

Kelebihan Lovera Magic Jelly

Macam yang Fadzi ada cakap dekat atas tadi, Lovera Magic Jelly ini ada macam-macam kegunaan. Lovera Magic Jelly dikatakan boleh membantu:
- Merawat jerawat dan memudarkan bintik hitam
- Menghilangkan kulit kusam dan parut (lama/baru)
- Merawat sunburn
- Mengecilkan liang roma
- Anti penuaan
- Melembapkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut 
- Melegakan meringankan ekszema, ruam, kulit alergi dan sensitif
- Mengurangkan kelemumur
- Mengurangkan rambut kusut
- Menggalakkan pertumbuhan rambut
- Membantu merawat luka dan kesan terbakar
- Merawat bibir pecah dan kering
- Digunakan sebagai pelembap kulit, pembersih make up, serum muka, serum rambut, serum bulu mata, pelembap bibir dan make up primer.

Lovera Magic Jelly Review

Kebanyakan masa Fadzi pakai Lovera Magic Jelly ni untuk sapu pada kulit Aneeq bila dia kena gigit nyamuk atau bila dia duk tergaru-garu kulit. Dan nampak gaya memang berkesan efek cooling tu sebab lepas sapu, Aneeq tak garu dah cuma dia mintak lagi gel ni sebab nak main sapu-sapu pada kulit dia. Haih, sabar je lah.

Kalau Fadzi pulak, Fadzi pakai untuk sapu pada muka, hujung rambut, siku dan tapak kaki. Pada muka, Fadzi biasa pakai waktu malam sebelum tidur. Rasa muka lebih sejuk dan selesa. 

Hujung rambut tu Fadzi pakai untuk elak rambut bercabang dan kering. Bila Fadzi sapu pada keseluruhan rambut, boleh rasa rambut jadi lebih lembut. Yang ni memang Fadzi tak sangka. 

Fadzi sapu juga di bahagian siku untuk kurangkan kulit kering. Fadzi punya tapak kaki memang teruk pecah sebab lantai rumah sejuk. Fadzi sapu untuk kurangkan pecah tapak kaki. Boleh rasa tumit pecah makin kurang dan siku makin lembut.

Fadzi ada jugak sapu pada parut dekat beberapa bahagian badan, tangan dan kaki tapi sebab Fadzi baru je pakai dalam seminggu so tak nampak pun efeknya lagi. Maybe untuk parut, mungkin ambil masa sikit. 

Korang tau tak, Mat Dan omputih cakap melayu tu pun pakai Lovera Jelly ni tau.




Packaging Lovera Magic Jelly

Lovera Magic Jelly ni datang dalam bentuk botol pump dengan saiz 60ml. Jujur Fadzi cakap Fadzi lebih suka botol jenis pump macam ni sebab senang nak pakai. Pakai satu tangan pun dah boleh bukak penutup botol dan pump gel keluar. Dan bila guna botol jenis pump ni, lagi senang nak bajet banyak mana nak keluar supaya tak membazir. Lagipun, bila dalam bentuk botol pump macam ni, rasa lebih bersih.

Saiz 60ml ni memang terbaik untuk korang bawak travel ke mana-mana. Letak je dalam handbag dan anytime korang perlukan just keluarkan dan sapu. Botol macam ni tak makan ruang yang banyak dan ringan je. 

Cuma Fadzi harap Lovera boleh keluarkan botol yang lebih besar sikit sebab well, Fadzi guna Magic Jelly ini dari hujung rambut ke hujung kaki kot. So, for sure akan cepat habis kalau pakai botol 60ml je. Kalau ada botol besar, tahan lama sikit, iye dak? Hahahahha.

Harga Lovera Magic Jelly

Harga untuk sebotol Lovera Magic Jelly ini adalah RM70. Nampak macam agak mahal tapi korang cuba fikir, Lovera Magic Jelly ini produk multi use kot. Korang boleh guna untuk rambut, kulit muka, badan, kaki dan tangan. Fadzi rasa memang berbaloi dengan harga itu untuk kegunaan satu badan. 


Lovera Magic Jelly

Pendapat Fadzi Tentang Lovera Magic Jelly

Overall Fadzi memang suka dengan Lovera Magic Jelly ni. Fadzi baru je pakai Magic Jelly ni seminggu dan setakat ni memang tak ada masalah alergik. Aneeq yang umur 2 tahun pun okay je pakai. Tak ada masalah juga. 

Fadzi suka tekstur gel tak berwarna dan bau lembut Magic Jelly ni. Fadzi suka fungsi multi purpose Magic Jelly yang boleh pakai dari hujung rambut ke hujung kaki ni. Dan Fadzi suka sebab so far Magic Jelly ni berkesan untuk kulit dan rambut kering serta gatal-gatal gigit nyamuk. Fadzi suka travel size botol Magic Jelly tapi kalau boleh buatlah botol yang lebih besar. Dan lastly, Fadzi definitely recommend Lovera Magic Jelly untuk korang cuba dan pakai.

Kalau korang nak maklumat lanjut atau nak dapatkan Lovera Magic Jelly ni, korang boleh tengok website, Facebook ataupun Instagram Lovera dekat bawah.

Website Lovera | Facebook Lovera | Instagram Lovera 


Kalau nak beli terus laju-laju tak nak PM PM tak nak whatsapp, korang klik je link dekat bawah ni.
Lovera Magic Jelly


Post a Comment

5 Comments

  1. Kalau produk yang memang betul bagi kesan, tak kisah pun berapa yang nak kena bayar

    ReplyDelete
  2. Bahan-bahan yang terkandung dalam lovera magic jelly new enhanced formula ini adalah semula jadi. Produk yang menggunakan bahan yang selamat dan mendapat kelulusan JAKIM menepati citarasa ramai.

    ReplyDelete
  3. wah..menarik. yelah ada botol bsr pun bgus

    ReplyDelete
  4. hehehe... glemer bertambah la mat Dan tu

    ReplyDelete