Shocking Sale Shopee Malaysia Sempena Shopee 2nd Birthday 1 - 14 Disember 2017

Shocking Sale Shopee Malaysia Sempena Shopee 2nd Birthday 1 - 14 Disember 2017 | Shopee Malaysia buat hal lagi weh! Shopee buat hal lagi! Ha, minggu lepas Fadzi sempat join Shopee Birthday Bash yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya. Waktu tu lah Fadzi tau Shopee nak buat hal tak lama lagi. Sebelum tu Fadzi nak tanya, korang tau ke tak Shopee ni?

Shopee Malaysia

Shopee Malaysia

Siapa yang tak kenal platform shopping online nama Shopee ni nampaknya korang tak pernah merasa nikmat shopping dengan harga yang murah dan selamat. Hahahaha. Gitu. 

Sejak Fadzi first time shopping dekat Shopee kan, terus Fadzi jatuh cinta dengan platform shopping online ni. Harga barang-barang dekat sini jauh lebih murah daripada website-website lain. Dan confirm korang tak akan tertipu punyalah sebab cara pembayarannya unik dan selamat.

Banyak benda yang korang boleh beli dekat Shopee contohnya macam barangan elektronik, perkakas rumah, produk-produk kesihatan dan kecantikan, produk bayi dan permainanan, fesyen dan sebagainya. Biasanya Fadzi beli barang-barang mainan untuk Aneeq dekat Shopee. Kadang-kadang beli juga barang-barang aksesori elektronik.  

Shopee Birthday Bash

Masa Fadzi pergi ke Shopee Birthday Bash hari tu, meriahnya bukan main. Siap ada hadiah lucky draw menang iPhone X lagi. Tapi, Fadzi tak menang. Sedih. Tak apalah bukan rezeki. 

Shopee Malaysia

Masa Shopee Birthday Bash tu, banyak gila aktiviti yang diaorang buat untuk kiteorang. Mula-mula tu adalah ucapan-ucapan sikit. Banyak perkara yang diaorang reveal masa ucapan tu. Nanti Fadzi kongsikan dengan korang dekat bawah. 

Lepas je habis ucapan tu, ada diaorang tunjukkan iklan TVC terbaru dan yang pertama kali Shopee buat untuk TV Malaysia. Bagi Fadzi okay lah iklan tu walaupun nampak macam ada tiru iklan one of the online website beberapa tahun lepas (hiks).


Lepas tu ada pertunjukan api. Yang tu memang best gila tengok. Fadzi macam "Wahhhhh, wooooo, wehhhhhh!" Punya excited bila tengok pertunjukan tu. Tapi Fadzi tak record pulak sebab tengah excited tengok. Sayang betul. Serius memang mengkagumkan gila persembahan tu. 

Shopee Malaysia

Lepas tu pulak, ada jugak persembahan stand up comedy daripada Harith Iskander. Harith Iskander kalau tak buat lawak memang tak sah kot. Terhibur juga lah dengar lawak dia tu. 

Ha, dah habis cerita pasal masa dekat Shopee Birthday Bash haritu. Ni Fadzi nak share dengan korang, apa yang diaorang reveal dalam event tu bersempena dengan Hari Lahir Shopee yang Kedua ni.

Untuk meraikan ulangtahun platform diaorang yang kedua ini, Shopee akan buat pelbagai jenis promosi dan juga pertandingan dekat sosial media. Fadzi memang kaki kontest. Jadi, Fadzi excited gila nak join kontest diaorang buat.

Promosi Ulang Tahun Shopee Yang Kedua

Bermula dari 1 Disember 2017 hingga 14 Disember 2017, Shopee akan buat jualan kilat Shocking Sale dengan harga serendah RM12. Jahat tau Shopee ni. Saja je bagi harga rendah-rendah. Sure lah Fadzi nak beli. Lagi teruk Shocking Sale ini akan berlangsung selama 5 kali sehari. Over sangat kan.

Shopee Malaysia

Itu baru satu. Ada lagi promosi gila lain yang diaorang nak buat termasuklah Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 untuk dimenangi dan banyak lagi. 

Partner Shopee - Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinite, FPX dan Photobook pun akan buat promosi eksklusif untuk barang-barang diaorang dekat Shopee.

Promosi kemuncak termasuklah baucar aksesori Digi bernilai RM50 yang terhad dijual pada RM12 dan cabutan bertuah yang membolehkan 121 pembeli bertuah memenangi 1,212 B Points daripada B Infinite. 

Shopee Malaysia

Ada juga hadiah menarik yang korang boleh menang termasuk percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja oleh FPX. Korang hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian (FPX) sepanjang bulan Disember untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini.

Fadzi rasa nanti setiap hari mesti Fadzi buka apps Shopee nak tengok sale apa yang best-best dan murah untuk grab.  

Pertandingan Media Sosial Sempena Ulang Tahun Shopee Yang Kedua

Kalau korang kaki kontest macam Fadzi pulak, korang boleh join pertandingan yang diadakan di sosial media. Antara kontest yang ada:

Shopee Malaysia

Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir 
21 November hingga 12 Disember. Pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad mini 4 bernilai RM1,899 dan 500,000 Shopee Coin dengan memuat naik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook masing-masing.

Pertandingan Snap & Win
Shopee ada menawarkan hadiah mingguan wang tunai bernilai RM500 untuk pemenang pertandingan Snap & Win dari 21 November hingga 22 Disember 2017. Korang boleh mengambil dan berkongsi gambar dari pembelian yang dilakukan di Shopee di Instagram mereka dan seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu. 

Dah dah, tak lama dah ni nak start sale besar-besaran dekat Shopee dan pertandingan diaorang. Korang jangan lupa download apps Shopee dan mula shopping dengan promosi gila-gila 1 Disember 2017 nanti okay. Dan jangan lupa tarikh untuk shopping murah dekat Shopee.

Shopee Shocking Sale
1 Disember 2017 hingga 12 Disember 2017

Kalau korang nak tau lagi pasal ni, korang boleh tengok website, Instagram atau Facebook diaorang. Link Fadzi share dekat bawah.



{ 10 comments.. read them below or add one }

Mek Onie Mek Onie 03 December, 2017
Wahhhhhhh! Macam best je hadiah dia...selalu gak tolong belikan susu,pampers anak member .haaaa ada can ni nak menang. Hik
Ana Suhana Ana Suhana 03 December, 2017
Meriahnya fadzi shopee birthday bash tu. Ada harith iskandar lagi. Untungnya siapa dpt Iphone tu kan.hehe.

Kaki shopping online wajib terjah web shopee skrg ni. Rugi kalau tak terjah. Harga serendah rm12 tu.
Kak Sue Kak Sue 03 December, 2017
Kak Sue belum pernah lagi shopping kat Shopee nie.. nak kena singgah juga nanti nie macam menarik je..
cc kak fas cc kak fas 03 December, 2017
Untung beli kat shoppee ni... ada peluang menang hadiah lagi...
Nadia Johari Nadia Johari 03 December, 2017
dah jadi pembeli tegar shopee ni..adoii lagi sale..huhu..kene tengok maybank jap..ahaha..hadiah pun menarik oii
Ririey Zaries Ririey Zaries 03 December, 2017
Tak pernah lg shopping di shopee.. Hadiah semua tgk best2, lps ni bolehlah try shopee
Amanda Suria Amanda Suria 03 December, 2017
Shopee birthday bash meriah giler...menarik...x pernah shopping kat sini..ari tu tgok dan cuba gak la nak shopping tp byk item sold out..nanti akak check semula la
JMR JMR 03 December, 2017
tahu pasal Shoppee ni tapi tak pernah lg shopping guna ni..kurang lagi satu nikmat online shopping!
Ika Sani Ika Sani 05 December, 2017
Amboi menariknya byk sale kat shopping. Nanti ika nk shopping juga.
Bro Framestone Bro Framestone 06 December, 2017
Sale sana sini.... T-T

Bahaya nie... awal tahun 2018 nak kena pakai duit lebih nie