The Three Village Boys Daripada Dr Liza Mydin

The Three Village Boys Daripada Dr Liza Mydin | Dari Aneeq umur setahun lagi, memang dia suka sangat baca buku. Walaupun Aneeq tak pandai membaca lagi, asalkan dapat tengok gambar dan acah-acah keluarkan bunyi macam membaca pun, dah boleh buat dia puas hati.

Jadi, Fadzi rasa seronok nak bagi Aneeq banyak buku. Baru-baru ni Fadzi dapat tau ada pelancaran buku cerita baru iaitu The Three Village Boys by Liza Mydin. Fadzi pun apa lagi, semangat nak pergi tengok dan dapatkan sendiri buku tu untuk Aneeq.

The Three Village Boys

The Three Village Boys

Buku The Three Village Boys yang mengandungi 26 muka surat ini adalah buku cerita kanak-kanak yang bagi Fadzi membuka minda even kepada kita yang dah dewasa. Sebenarnya buku ini dah pun ada di pasaran pada tahun 2012 dan dijual di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble untuk pasaran antarabangsa. 

Ceritanya bermula dengan 3 orang kanak-kanak yang bernama Youssef, Zayyed dan Omar yang nak meneroka kampung-kampung yang berdekatan dengan kampung mereka. 

The Three Village Boys

Setiap daripada mereka memilih untuk meneroka satu kampung. Semasa meneroka kampung tersebut, ketiga-tiga mereka dapat lihat pelbagai perspektif yang berbeza daripada kampung mereka. Setiap apa yang kanak-kanak ni tengok dekat kampung-kampung tu sedikit sebanyak menjentik perasaan Fadzi.

Kalau korang nak tau apa yang Youseff, Zayyed dan Omar nampak dekat setiap kampung tu, korang boleh beli buku ni. Mesti time baca tu, korang tersentap sikit. 

The Three Village Boys

Dr Liza Mydin

Buku The Three Village Boys ini ditulis oleh Dr Liza Mydin. Dr Liza Mydin adalah seorang ibu kepada 3 orang anak. Yang buat Fadzi kagum sangat dengan Dr Liza adalah pada usia 36 tahun, Dr Liza telah pun mendapat PhD dalam bidang Islamic Finance dan dalam masa yang sama beliau adalah Head of Research and Advisory di salah satu bank Islam di Malaysia.

The Three Village Boys adalah buku carita kanak-kanak pertama hasil tulisan Dr Liza. Tapi sebelum itu, Dr Liza dah menulis beberapa buku ilmiah yang lain termasuklah Reformation and Development in the Muslim World by Palgrave Macmillan.


The Three Village Boys

Pelancaran Buku The Three Village Boys

Majlis pelancaran buku The Three Village Boys telah pun diadakan di Pusat Kreatif Tuanku Bainun, Taman Tun Dr Ismail pada 12 November 2017. Majlis hari itu sangat meriah dengan aktiviti bercerita, seni pasir dan dekorasi tarbus.

The Three Village Boys

Majlis turut diserikan dengan ucapan Prof Abbas Mirakhor. Beliau merupakan mentor kepada Dr Liza Mydin dan dalam ucapan beliau memang boleh nampak kedua-dua individu ini sangat rapat antara satu sama lain. Boleh dikatakan Prof Abbas ni merupakan salah seorang tulang belakang kepada Dr Liza.

The Three Village Boys

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Dr Liza sendiri. Dalam ucapan Dr Liza, beliau ada cakap yang buku ini dihasilkan untuk menerapkan nilai-nilai murni pada anak-anak kecil untuk melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di masa akan datang.

Dr Liza juga ada cakap tujuan buku The Three Village Boys ini ditulis dengan dua tujuan iaitu:
  • Meningkatkan keupayaan imaginasi kanak-kanak bagi mengasah minda kritis semasa mereka mengembara bersama karekter Youssef, Zayyed dan Omar
  • Menyingkap persoalan perbezaan dalam masyarakat di mana terdapat jurang agihan pendapatan dan juga ketidakadilan yang berlaku


The Three Village Boys

Selepas habis ucapan dari Dr Liza, kiteorang semua dihiburkan dengan persembahan daripada Story Teller bernama Shena bersama kumpulan AWAN buskers. Persembahan ni sangat menarik bagi Fadzi sampai naik bulu roma tau. 

Dari malam hari kiteorang dapatkan buku The Three Village Boys tu sampailah ke malam semalam, Aneeq tak habis-habis mintak Fadzi atau Zul bacakan buku The Three Village Boys ni untuk dia. Tak kira waktu tau. Kadang-kadang sebelum tidur. Kadang-kadang siang-siang hari pun ada. Suka betul dia baca buku. Seronok Fadzi tengok.

The Three Village Boys

Kalau korang berminat untuk dapatkan buku The Three Village Boys ni jugak, korang boleh order dekat The TVB Store. Have fun reading guys!



Post a Comment

0 Comments