5 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Yang Boleh Buat Bersama Keluarga

5 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Yang Boleh Buat Bersama Keluarga | Sekarang kan dah masuk musim cuti sekolah. Memang waktu ini yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar sekolah sebab tak perlu datang ke sekolah dan boleh release tension katanya. 

5 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Yang Korang Boleh Buat Bersama Keluarga

Tapi kalau ikut pengalaman Fadzi dulu, Fadzi memang tak suka cuti sekolah sebab bosan tak ada apa-apa yang menarik boleh dibuat. Jadi Fadzi nak kongsikan pada korang semua 5 idea aktiviti yang korang boleh buat bersama-sama keluarga pada cuti sekolah kali ini supaya anak-anak korang tak bosan.


1. Melancong

Pada Fadzi bila dah sampai hujung tahun waktu cuti sekolah, inilah waktu terbaik untuk satu family ambil cuti panjang dan pergi melancong. Tak kisahlah nak melancong dalam atau luar negara, asalkan dapat pergi berjalan-jalan. Semasa melancong inilah banyak benda yang kita boleh belajar. Bukan setakat belajar perkara baru di tempat orang tapi juga belajar cara uruskan masa perjalanan dan kawal perasaan. 

Melancong

Melancong terutamanya di negara orang bukannya perkara yang mudah. Banyak yang kena ambil perhatian. Kadang-kadang banyak dugaan dalam melancong, tapi dari situ lah kita dapat belajar tentang banyak perkara. 

2. Menonton Wayang

Kalau ibu bapa yang tak ada cuti panjang dan cuma boleh cuti pada hujung minggu, Fadzi rasa menonton wayang ini adalah aktiviti yang paling mudah dan sesuai untuk korang buat bersama-sama anak cuti sekolah ini. 

Menonton Wayang

Kali ini, minta anak yang pilih filem apa yang diaorang nak tonton. Dan berikan diaorang peluang serta pengalaman untuk membeli tiket serta snek sendiri tanpa bantuan korang. Mesti diaorang excited habis. Kalau nak lagi senang, korang boleh check pilihan filem apa yang masih ditayangkan di panggung wayang yang korang nak pergi tu dekat showtimes2u.com

3. Kelas Kursus Pendek

Waktu cuti sekolah biasanya tak panjang. Dalam sebulan saja kan? Tapi waktu inilah yang terbaik untuk anak-anak korang belajar benda baru selain daripada akademik. Cari kelas kursus-kursus pendek seperti kelas bahasa asing, memasak, bermain alat muzik atau menjahit. 

Kursus Pendek Archery Untuk Kanak-kanak

Bulan lepas Fadzi ada bawa Aneeq ke kelas trial untuk memanah di Bangi. Saja bawa ke sana walaupun tak cukup umur lagi. Mana tahu Aneeq dah mampu nak berlatih memanah kan? Minggu depan pula ada satu lagi kelas trial berenang yang Fadzi nak bagi Aneeq cuba. Aneeq memang jenis suka main air. Jadi mesti dia suka kelas berenang tu nanti.

4. Pergi Karnival

Masa musim cuti sekolah inilah macam-macam jenis karnival yang akan diadakan. Tak percaya? Baru saja 2 minggu lepas Fadzi bawak Aneeq pergi ke Karnival Upin Ipin 2017. Memang Aneeq enjoy sangat. 

Karnival Upin Ipin 2017

Jumaat ini pulak akan ada Karnival Buku Big Bad Wolf KL 2017. Waktu ini lah terbaik untuk korang pupuk minat membaca anak-anak korang. Bawa diaorang ke sana dan bagi diaorang pilih buku yang diaorang nak baca. Banyak lagi karnival yang diadakan untuk kanak-kanak dan remaja sepanjang cuti sekolah ini. Kena pandai cari saja. 

5. Bagi Tanggungjawab Urus Rumah Pada Anak

Anak-anak kita ni patutnya dari awal lagi kita ajak diaorang bersama-sama jaga rumah. Bukan setakat mengemas bilik sendiri saja tapi termasuklah kemas rumah, pakaian dan juga memasak. Serius Fadzi cakap, budak-budak kan kalau kita bagi diaorang tanggungjawab, memang diaorang akan rasa dihargai. 

Kerja Rumah Sesuai untuk kanak-kanak

Budak-budak kan asyik kata diaorang dah besar, tak sabar nak jadi besar. Ha, korang bagi diaorang tanggungjawab kemas rumah, cuci pakaian, lipat baju, sapu lantai, buang sampah dan masak. Gerenti diaorang memang suka dan akan buat tugasan tu dengan bersungguh-sungguh. Tapi cuma satu yang Fadzi nak bagi nasihat awal-awal - jangan cepat naik angin. Nama pun budak-budak. Ada kalanya diaorang tak pandai buat sesuatu perkara tu. Korang jangan marah, sebaliknya korang tunjuk cara yang betul untuk buat perkara itu. Baru anak-anak rasa seronok nak buat. Betul?

Sebenarnya banyak gila aktiviti yang korang boleh buat bersama-sama keluarga korang musim cuti sekolah ini. Yang pentingnya adalah komunikasi. Bincang sesama ahli keluarga apa yang nak dibuat, apa yang menarik dan rancang kewangan kalau aktiviti yang melibatkan yuran dan sebagainya. Libatkan anak-anak dalam perbincangan tu supaya mereka tau apa yang berlaku dan dalam masa yang sama boleh mengajar mereka untuk merancang juga.

Selamat bercuti semua!

Post a Comment

11 Comments

  1. Woah thanks for sharing the tipss !! Nak kena kemas rumah ni biar budak budak ni tolong sekali

    ReplyDelete
  2. Banyak kem2 juga time cuti sekolah ni..cuma kena keluarkan kos sikit.. :)

    ReplyDelete
  3. Suka idea yg last tu..cheap and sgt bagus dlm mendidik anak2..lg2 anak pompuan..haha

    ReplyDelete
  4. Semua tu betul sesuai. Tapi depend kepada attitude anak ni. Hahaha. Anak ruby dia takleh masuk panggung wayang. Bising dia tanya itu ini. Hari tu bawa pi tengok movie COCO. Ada cerita Olaf 20 min. Dia tanya kenapa frozen. takmo frozen. jom balik ibu. yada yada yada. hahaha

    ReplyDelete
  5. Cuti sekolah ni lah time yang sangat best especially untuk kanak-kanak.sbg sebagai ibu-bapa, jangan pula disia-siakan cuti sekolah mcm tue je .kalau tak rancang dengan teliti,anak-anak dh confirm buang masa dengan YouTube, cartoon, main game, tido dan sebagainya.

    ReplyDelete
  6. kem / kursus pendek tu tak pernah try lagi kat anak-anak..soon kot..

    ReplyDelete
  7. I like the 5 idea. Next time if I have kid, I also want to train them do housework

    ReplyDelete
  8. Zaman Rawlins dulu, cuti je parents akan hantar ke kampung untuk menoreh, berkebun dan sebagainya untuk cari duit nak naik sekolah semula. Hahaha. Jauhnya zaman dah berubah kan

    ReplyDelete
  9. Cuti sekolah... ok dah habis cuti dah.. now banyak spend masa dekat rumah je hahahah tgu ummi ada cuti lagi next time ;)

    ReplyDelete
  10. kem kursus tu benda yang baru ..bole sarankan pada parent .

    ReplyDelete