Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam

Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam | Bagi yang tengah planning untuk berkahwin pada tahun depan tapi masih tak jumpa perkhidmatan perkahwinan yang berkenan di hati, nah ini untuk korang. Tak perlu nak pening-pening kepala lagi sebab dekat pameran ini nanti semua perkhidmatan akan ada dan korang cuma perlu survey dan book saja.


Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam

JOM REWANG 2018

JOM REWANG 2018 ini adalah satu pameran pengantin yang menyediakan pelbagai servis persiapan perkahwinan untuk korang-korang yang sekarang ni tengah sibuk membuat persiapan untuk berkahwin. Untuk pengetahuan korang, event ini adalah kerjasama antara Puspawangi Event Management dengan Kerja Kahwin.

Dulu sebelum Fadzi kahwin dulu, memang Fadzi ada pergi juga pameran pengantin macam ini. Dan bagi Fadzi pameran macam ni memang berbaloi sebab boleh survey semua perkhidmatan yang korang perlukan, survey serta bandingkan harga setiap vendor, dapatkan promosi besar-besaran dan terus book untuk menyenangkan hidup korang.

JOM REWANG 2018
Tempat: Plaza Alam Sentral Shah Alam
Tarikh: 26 hingga 28 Januari 2017 
Hari: Jumaat hingga Ahad
Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Untuk event JOM REWANG 2018 nanti ada lebih kurang 30 syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan persandingan dan perkahwinan akan datang untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Antara servis yang turut dipamerkan pada hari tersebut adalah melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dna sebagainya. 

Untuk Bakal Pengantin

Korang boleh tengok dan survey lebih daripada 300 syarikat perkhidmatan perkahwinan dari satu Malaysia dekat event JOM REWANG 2018 tu nanti. Jadi kalau korang bekerja di Shah Alam atau kawasan lembah Klang tapi bercadang nak buat majlis perkahwinan dekat negeri lain, dah tak ada masalah. Datang je masa hari event sebab banyak vendor dari negeri lain yang akan turut serta dalam pameran perkahwinan kali ini. Tak payah korang ambil cuti semata-mata nak selesaikan persiapan perkahwinan dekat negeri masing-masing.  

Pasal parking, korang tak perlu risau. banyak tempat letak kereta dekat sini dan harga pun murah saja. Korang boleh park kereta dekat bangunan Plaza Alam Sentral sendiri ataupun dekat bangunan-bangunan berdekatan seperti PKNS dan SACC.

Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam


Untuk Vendor Perkhidmatan Perkahwinan

Bagi vendor-vendor perkhidmatan perkahwinan pula, masih ada peluang untuk korang buat pameran semasa event JOM REWANG 2018 nanti. Antara kelebihan yang korang akan dapat kalau jadi vendor semasa event ini adalah:
  • Harga booth mampu milik
  • Hebahan event melalui media sosial, media elektronik, bunting di sekitar tempat pameran dan 30km radius serta edaran flyers
  • Khas untuk bumiputera sahaja
  • Pelaburan jangka pendek yang efektif
  • Crowd yang ramai 

Untuk pengetahuan korang, hebahan event melalui sosial media akan dilakukan menerusi blast di FB 'Si Rashid' yang mempunyai lebih daripada 500 000 followers, FB 'Tinta Media' yang mempunyai lebih daripada 500 000 followers, group-group perkahwinan di Facebook di mana ada lebih kurang 20 000 target market, FB Jom Rewang serta Instagram Jom Rewang. 

Sementara itu, untuk hebahan melalui media elektronik pula, ada beberapa slot di TV dan di radio yang akan diadakan dalam masa yang terdekat. Rasanya dengan hebahan melalui media elektronik dan media sosial ni, memang dah cukup untuk tarik ramai orang ke event ini.   
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam

Kalau korang yang tengah mencari dan survey perkhidmatan untuk majlis perkahwinan korang akan datang dan nak tau lebih lanjut, boleh lah datang masa event JOM REWANG 2018. Bagi vendor yang berminat untuk book tapak booth, tengok dekat Facebook diaorang. 



{ 12 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria 12 December, 2017
Terus rasa nak kahwin lagi sekali la...ehhhh...hehehe...sekarang ni semua mudah..sediakan ongkosnya aja...
mama tisya mama tisya 12 December, 2017
bakal2 pengantin bole la pi Jom Rewang ni tgk pakej2 yg menarik kn
Ana Suhana Ana Suhana 12 December, 2017
bagus untuk bakal2 pengantin yng masih tercari2 pakej yang menarik. kena save the date ni.
Maha Mahu Maha Mahu 12 December, 2017
Masa untuk merewang lak hehehe teringat zaman dulu2 kat kampung orang kampung memasak beramai-ramai kat KL dah tak ada hehehehe..
Choulyin Tan Choulyin Tan 13 December, 2017
ni mesti save the date, boleh juga pergi tengok tengok mana tahu mungkin ada pakej yang berpatutan
Kak Sue Kak Sue 13 December, 2017
Zaman sekarang senang, pilih ja pakej mana yang berkenan kan..
tenku butang tenku butang 13 December, 2017
sesuai untuk bakal pengantin yang tengah survey2 pskej murah tu
Rabiatul Adawiyah Rabiatul Adawiyah 13 December, 2017
Masa zaman ruby dulu, nak cari baju, catering dan dekorasi pelamin semua kawasan berdekatan rumah. Sekarang, dah duk kl. Jiran pun takda. Semua busy kerja keluar pagi balik malam. Tak ada dah nak rewang-rewang. Elok la bakal pengantin pergi survey di expo atau pameran jom rewang ni. Tengok harga, ikut bajet yang ada. Jangan gaduh k. Apa yang penting halal akad korang dan kehidupan lepas berumahtangga. Amin.
Azlinda Azman Azlinda Azman 13 December, 2017
Teringat masa nak kawen 5thn lps..semua pameran kami pi hehegege. Cari idea
alia farhan Said alia farhan Said 13 December, 2017
Bagus la lepas ni bakal2 pngantin boleh la mai survey dekat sni ja...
Xpayah serabut2 nak pi satu kedai..satu kedai
idayu nim idayu nim 13 December, 2017
Sekarang ni mcm2 kemudahan dh ada. Xda memcabar mcm org2 dulu nak kawin, semua kena wat sndr. Tp zaman lg memcabar klu nk kawin tp modal ciput
Bro Framestone Bro Framestone 14 December, 2017
Alamak, tak de terplan nak kahwin dalam masa terdekat nie... so xtau nak g survey pakej dengan siapa hahahah