Tasneem Naturel Balm Set Review

Tasneem Naturel Balm Set Review | Aneeq sekarang dah umur 2 tahun tapi masih ada masalah untuk tidur. Aneeq tak boleh tidur sendiri malam-malam. Nak kena peluk dulu baru tidur. Bila dah tidur pula, dia senang terjaga tak kisah lah masa tidur malam ataupun tidur petang. 

Tasneem Naturel Balm

Serius Fadzi rasa penat gila sebab waktu malam lah Fadzi mula buat kerja depan PC. Tapi bila dah seronok buat kerja, tiba-tiba Aneeq bangun tidur masuk bilik Fadzi dan tarik tangan Fadzi masuk bilik dia. Mintak kena teman tidur. Rasa geram juga sebab waktu malam tu je lah Fadzi ada masa untuk setelkan segala kerja tapi Aneeq pula bangun 2 3 kali setiap malam ajak tidur dengan dia.  

Mulanya Fadzi nak cuba beli essential oil dengan diffuser salah satu brand terkenal ni sebab orang kata boleh bagi anak tidur selesa. Tapi bila survey harga Ya Allah, mahal jugak ye. Kang beli-beli tak menjadi, menangis je Fadzi. Jadi Fadzi cuba lah satu set balm yang agak murah sikit iaitu Tasneem Naturel Balm Set.


Tasneem Naturel Balm

Tasneem Naturel Balm Set

Tasneem Naturel Balm ini adalah balm yang Fadzi rasa sangat berguna untuk ibu bapa yang ada anak kecil ataupun bayi. Ianya digunakan untuk membantu mengurangkan masalah-masalah yang selalunya dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak seperti susah nak tidur malam, kembung perut, demam, selsema serta tantrum. 

Fadzi jadi tertarik nak guna Tasneem Naturel Balm ini sebab balm ini tak ada sebarang bahan kimia berbahaya terutamanya kepada budak-budak termasuklah paraben, SLS dan bahan pewarna. Balm ini dihasilkan menggunakan bahan semula jadi dan juga kombinasi  100% minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. 

Tasneem Naturel Balm ni pun dah dapat kelulusan daripada KKM. Jadi Fadzi tak risau bila nak pakaikan pada Aneeq. Dan ianya datang dalam empat jenis dan variasi bergantung kepada apa masalah dan keperluan anak-anak kita iaitu:


Tasneem Naturel Balm

Sleep Time

Sleep Time Balm ini tujuannya untuk membantu memudahkan anak tidur dengan lena, membaiki kualiti tidur serta membantu anak bangun dalam mood yang ceria

Balm ni Fadzi rasa memang antara banyak yang orang guna sebab nak bagi anak-anak senang tidur. Aneeq pun jenis tidur asyik terbangun tengah malam dan nap pun sekejap sekejap. Sesuai sangat nak pakai Sleep Time Balm ni kalau anak korang ada masalah tidur.
  
Tasneem Naturel Balm

CoughFlu Time

CoughFlu Time Balm ini boleh digunakan untuk membantu mengurangkan selsema dan mencairkan kahak, melegakan asthma serta mengurangkan suhu ketika anak-anak demam

Balm ini pulak sesuai kalau anak tengah demam, selesema atau bila dah mula nampak badan dia rasa tak selesa. Kalau rasa badan anak panas je, sapu je terus balm CoughFlu Time. Kalau dah nampak hidung diaorang mula berair tu, sapu juga bagi diaorang selesa.


Tasneem Naturel Balm

Calm Time

Calm Time Balm pula digunakan untuk memberikan keselesaan kepada bayi, mengurangkan keletihan dan tekanan serta membantu anak-anak supaya diaorang rasa lebih tenang

Sesuai sangat kalau nak sapukan balm ini masa anak mengamuk atau tantrum lebih-lebih lagi kalau diaorang buat macam tu masa korang tengah keluar berjalan-jalan. Masa sapu tu, urut-urut sikit badan diaorang bagi bertambah selesa.

Tasneem Naturel Balm

Tummy Time

Tummy Time Balm ini sesuai digunakan untuk membuang angin dalam perut dan membantu melegakan perut sebu dan kembung. Kalau ada masalh cirit birit pun, boleh juga kalau korang nak cuba sapukan balm ini. 

Disebabkan Aneeq jarang nak sakit perut jadi Fadzi tak berapa pakai kan sangat pada Aneeq balm yang ni. Tapi Fadzi buat back up jugak mana tau nanti Aneeq ada sakit perut ke apa kan. Dan kadang-kadang Fadzi sendiri yang pakai kalau Fadzi rasa perut tak selesa.  

Harga Dan Packaging Tasneem Naturel Balm

Setiap jenis Tasneem Naturel Balm dijual dengan harga RM49 sekotak untuk Semenanjung Malaysia dan RM52.00 sekotak untuk Sabah dan Sarawak. Kalau korang tengok kotak packaging dia alahai, comelnya. Simple pun simple. Balm pulak diletak dalam bekas botol kaca yang tebal bersaiz 18 gram berwarna lutsinar.

Tasneem Naturel Balm

Fadzi suka dengan saiz botol tu. Senang nak selit balm ni dalam beg Fadzi. Kalau Aneeq rasa tak selesa je bila keluar, Fadzi boleh terus keluarkan balm dari beg dan sapu pada Aneeq. Senang sangat.


Cara Guna Tasneem Naturel Balm

Nak guna Tasneem Naturel Balm ni senang je. Korang cuma perlu sapukan balm pada bahagian-bahagian seperti belakang tulang, pergelangan tangan, belakang telinga, perut dan nadi.  Pasal bau balm ni, korang tak perlu risau. Baunya sedap je. Mild dan tak terlalu kuat. Ada yang bau macam limau purut dan juga lavender. 

Kalau korang nak tau, selain digunakan untuk bayi dan kanak-kanak, set balm Tasneem Naturel ini pun sesuai digunakan untuk orang dewasa.  

Tasneem Naturel Balm

Korang nak tau? Aneeq ni suka sangat dengan Tasneem Naturel Balm. Kadang-kadang dia tak ada tantrum ke, sakit perut ke, demam selsema ke. Tapi dia ambil keempat-empat botol balm ni dan bawak ke tengah ruang tamu sambil panggil Fadzi.

Rupanya dia nak Fadzi tolong sapu pada belakang badan dia. Bila Fadzi sapu, dia pulak mengekek ketawa sebab geli. Lepas tu dia suruh Fadzi pulak yang baring sebab dia nak sapukan pada belakang badan Fadzi. Fadzi layan kan aje sambil buat-buat geli. 

Fadzi rasa Tasneem Naturel Balm ni pun selain boleh membantu mengurangkan masalah-masalah yang selalunya budak hadapi, boleh jugak digunakan untuk merapatkan bonding antara mak ayah dan anak. Tak caya? Cuba lah sendiri. 

Korang boleh beli dekat mana-mana stokis atau agen Tasneem Naturel Balm ni. Atau korang boleh je beli direct terus melalui HQ diaorang. Link korang boleh tengok dekat bawah.


Atau korang boleh juga hubungi nombor-nombor telefon dekat bawah ini untuk order atau untuk daftar jadi stokis dan agen.

011 2096 4665 (Order) | 010 8453 469 (Daftar agen/stokis) 

Post a Comment

42 Comments

  1. Memang guna produk Tasneem Naturel Balm ni masa anak susah demam sebab selsema/demam. Lepas sapu, mesti lega. Tiap-tiap malam mmg kena standby kat tepi katil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak aku, dia nak bermanja, dia ambik je botol memana mintak urut belakang letak balm ni

      Delete
  2. Packaging dia memang comel dan mudah nak dibawa kemana-mana.. Boleh selit je dalam handbag..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Suke sebab saiz dia kecik dan tak ambik banyak ruang

      Delete
  3. Memang kena ada dalam setiap rumah. Best kan. Rose sendiri suka sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak kecik suka, orang besar lagi suka kan

      Delete
  4. Alalalalla kiutnya balm tu hihi

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni dah mula banyak produk untuk kanak-kanak dan bayi bukan. Tak payah susah nak cari. Tasneed Naturel Balm ni menarik lah dengan harga berpatutan dan saiz yang mudah dibawa. Yang paling penting dapat merawat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lia. Benda benda macam ni nampak remeh tapi sebenarnya memudahkan

      Delete
  6. Balm ni sangat membantu. Pernah juga bawa balm ni travel tapi jenama lain la. Time tu pening kepala. Bila pakai balm rasa lega. Tidur pun lena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang membantu sangat balm ni sebenarnya

      Delete
  7. selama ni pakai vicks je. memang dah turun temurun sejak zaman mak lagi. bolehlah nak bertukar produk kepada Tasneem Natural Balm. inisiatif baru untuk mencuba. tak salah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tasneem ni rasanya lebih baik sebab guna bahan semulajadi

      Delete
  8. The balm seems good. Is there a retail outlet to tryout or if there is any sample pack?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm not sure about sampl epack but you can try ask them through their fb

      Delete
  9. Rase nak try sebab baby Bing pun dah 19 bulan tapi tak sleep through the night lagi. Mommy letih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu macam tu jugak. Penatttt

      Delete
  10. bagusnya Tasneem Naturel Balm ni. rasa macam nak cuba guna jugaklah, kadang-kadang perut kembung

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pakai jugak yang tummy tu kalau sakit perut or tak selesa perut hehee

      Delete

  11. balm tasneem ni bagus bukan setakat bayi jer boleh guna kita dewasa pun boleh.. suka dengan tummy n sleep time hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya kalau tak selesa perut pun saya pakai jugak yang tummy tu

      Delete
  12. Macam menarik jer yg sleep time dan cough/flu tu. 😍
    Packaging pun senang nak bawak kemana-mana.

    sisintan.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, saiz dia memang convenient habis untuk bawak ke mana mana

      Delete
  13. Wahh memang bagus sangat ni kalau nak dibawa travel. Mudah! Yang penting packaging dia pun comel. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ramai suke balm tasneem ni sebab packaging die comel kot hahaha

      Delete
  14. Sejak dah guna balm ni mmg akk dah jatuh chenta. Wangi dia pun mmg dijadikan terapi. Ccol ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sedap tidur sebab ada bau lavender tu

      Delete
  15. Dah guna keeempat-empat balm ni . Memang bagus . Bagus untuk bayi bagus jugak untuk dewasa . Semua golongan boleh guna . Istimewa balm ni bila sapu tak rasa panas pun . Aroma pun lembut je baunya . Packing pun comel .tak sia- sia ada balm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tak ada rasa panas or minty pun guna balm ni. Sebab tu dia sesuai untuk budak

      Delete
  16. Tak sangka ada pelbagai jenis balm macam ni untuk melegakan kanak-kanak. Baguslah ada kesan yang positif bila Fadzi guna pada Aneeq. Memang boleh cubalah balm Tasneen ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Susah kot nka cari produk yang serasi dengan anak ni

      Delete
  17. Belum pernah try tasneem ni. Essential oil memang tengah trend sekarang ni. Bagus.

    ReplyDelete
  18. Sangat femes balm ni. Mana2 pun mesti nampak org share. Harus try. Nak buat standby utk anak2 selsema & sakit perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand ni dah makin dapat perhatian ramai ni

      Delete
  19. selain kanak-kanak oreng dewasa pon boleh guna balm tasneem ni jadi kalau kemana-mana jangan lupa bawa sekali tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tu yang saya suke dengan balm ni sebab orang dewasa pun boleh pakai

      Delete
  20. best..keempat2 empat ni akk dan anak-anak suka !

    ReplyDelete