2 Hari 1 Malam Escape With Traveloka

2 Hari 1 Malam Dengan Escape With Traveloka | Dah lama Fadzi tak keluar lepak dan keluar lama-lama dengan kawan-kawan. Jadi bila ada peluang untuk menginap di salah satu boutique hotel yang sangat stylish dengan aktiviti-aktiviti menarik bersama komuniti blogger yang lain, Fadzi pun tak nak lepaskan peluang ini. 


Escape With Traveloka

Fadzi pun setuju untuk turut serta dalam staycation Escape With Traveloka di The Journal KL bersama-sama dengan komuniti The Butterfly Projects! Excited guys! Excited gila. Jom Fadzi kongsikan dengan korang apa yang Fadzi buat masa staycation Excape With Traveloka hari tu.   


Escape With Traveloka Day 1

Sabtu 

10.00 pagi
Dari pukul 10 pagi pendaftaran dimulakan. Fadzi sampai dalam pukul lebih kurang 10.30 pagi. Fadzi drive sendiri tau dari Shah Alam ke KL. Ini pertama kali Fadzi drive sendiri dalam KL. Takut pun ada sebab tak biasa. Jalan Shah Alam lagi senang daripada jalan KL. Tapi Alhamdullilah sampai jugak walaupun 2 3 kali salah masuk simpang ke The Journal KL Hotel.


The Journal KL

Waktu Fadzi nampak The Journal KL Hotel tu, Fadzi rasa kagum sangat. Bayangkan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur (Bukit Bintang to be exact) yang penuh sesak, masih ada tempat yang senyap, selesa dan terlindung macam The Journal KL. Weh, serius Fadzi kagum. 

Okay, lepas Fadzi parking kereta dekat tempat letak kereta di bawah bangunan The Journal KL, Fadzi pun naik ke Tingkat 1 untuk pendaftaran. Masa pendaftaran tu, kiteorang diberi goodie bag daripada Traveloka. Kiteorang pun diberi peluang untuk pilih aktiviti workshop yang akan diadakan petang nanti.

11.00 pagi
Dalam 11 pagi lebih dah makin ramai yang register. Ada muka-muka yang Fadzi dah kenal dan selalu jumpa dalam event lain. Ada juga yang Fadzi baru berkenalan dan yang bestnya, peramahnya lahai diaorang semua ni. Seronok memang seronok.


The Journal KL

Bila semua blogger dah sampai dan ready, kiteorang mulakan game ice breaking. Ye lah, ada lagi yang masih tak kenal antara satu sama lain kan. Ini lah waktu terbaik untuk berkenalan. Mula-mula kiteorang dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dalam kumpulan tu kiteorang mula ice breaking.


The Journal KL

Untuk game kedua pula, kiteorang dipecahkan kepada dua kumpulan. Kiteorang kene berbaris dalam line yang panjang dan pegang tangan antara satu sama lain. Orang pertama di setiap barisan akan buka mata sementara yang lain kena tutup. Bila dapat que untuk picit tangan, orang pertama akan picit tangan orang kedua, orang kedua picit tangan orang ketiga dan seterusnya. Dan orang terakhir yang dipicit tangannya akan tepuk pengadil di hujung barisan. Line mana yang tepuk dulu akan menang. And guess what, team Fadzi menang walaupun dah nak kalah di saat-saat akhir hahahaha. 

12.00 tengah hari
Lepas habis game yang fun fun, waktu untuk serius sikit. Untuk sesi ini, kiteorang diperkenalkan kepada jenama Traveloka, apps Traveloka dan juga kepada hotel The Journal KL.


Apps Traveloka

Introduction kepada Traveloka dan Apps Traveloka
Dalam sesi ini, kiteorang dapat penjelasan lebih lanjut tentang jenama Traveloka. Korang pernah dengar pasal Traveloka tak? Fadzi pun memang dah selalu dengar pasal Traveloka tapi tak pernah guna lagi. 

Kalau korang yang masih tak tau, Traveloka ni adalah sebuah syarikat perlancongan dalam talian yang menyediakan macam-macam jenis keperluan untuk travel seperti hotel dan juga flight. Ada lebih 100 penerbangan domestik dan internasional yang korang boleh book melalui Traveloka. Untuk hotel pulak, korang boleh pilih dari pelbagai jenis penginapan yang berbeza seperti hotel, guest house, apartment, homestay dan villa. Semuanya dalam satu website.  

Dieorang pun ada juga jelaskan pasal Traveloka Apps. Menarik juga sebenarnya bila book percutian melalui aplikasi Traveloka. Fadzi pun nak cuba juga nanti book percutian untuk tahun ini sebab banyak kelebihan kalau book guna apps dia. 

Antara kelebihan yang korang boleh dapat kalau book hotel atau flight melalui apps Traveloka adalah:

  • Harga tetap, tiada hidden charges, tiada booking fees
  • One tap multi-airlines pairing 
  • Dapat e-Tiket dengan mudah dan cepat
  • Pelbagai pilihan penerbangan dan hotel yang murah
  • Paperless e-Tiket/voucher hotel
  • Penjimatan 40% untuk penerbangan antarabangsa dengan Smart Combo
  • Lebih banyak penerbangan dan hotel murah dengna App-Only Deals
  • Perkhidmatan Pelangan 24 Jam Pelbagai Bahasa

Serius memang berbaloi kalau korang download apps Traveloka ini. Banyak yang korang boleh jimat. Korang boleh download apps Traveloka tu dekat link yang Fadzi share dekat bawah.



The Journal KL

Introduction kepada The Journal KL
Untuk sesi ini pula, Big Boss The Journal KL sendiri turun untuk berkongsi cerita tentang The Journal KL. Bila dengar cerita dia pasal The Journal KL ni, Fadzi makin excited nak masuk bilik, nak ke lobi dan nak ke Kedai Kopi (restoran The Journal KL) dan explore lebih lagi pasal hotel ini. 


1.00 petang
Bila dah selesai sesi pengenalan kepada Traveloka, apps Traveloka dan juga hotel The Journal KL, masa untuk penuhkan perut dengan makanan. Kiteorang dibawa untuk makan tengah hari di Kedai Kopi yang terletak dalam The Journal KL juga tapi di ground floor. 


Kedai Kopi The Journal KL

Kedai Kopi ini sangat cantik. Kalau nak ambil gambar untuk Instagram sangat sesuai. Dekorasi dan susunan dalam Kedai Kopi pun cantik, kemas dan selesa. 

Makan tengah hari kiteorang hari itu ada buffet dan juga ada yang dihidangkan. Makanan buffet di Kedai Kopi banyak dan bermacam-macam jenis. Untuk main course pula, Fadzi pilih untuk makan Nasi Pilaf dengan Ayam.  

2.00 petang
Lepas habis makan tengah hari, kiteorang naik untuk check in ke bilik masing-masing. Fadzi dapat satu bilik dengan Onie! Dah lama tak jumpa Onie sebenarnya ni. Tak ingat bila last jumpa dekat event.


Mek Onie

Bila masuk je ke dalam bilik, ya Allah serius cantik sangat. Dekorasi dia ringkas je tapi selesa dan luas. Pilihan warna bilik pun menarik. Feature wall di belakang katil pun classy sangat. Toilet pun nampak mewah. Dan boleh nampak view KLCC daripada bilik Fadzi. Best best best!


3.00 petang
Lepas ambil gambar bilik dan bersiap semua, Fadzi pun turun balik ke Level 1 untuk join D.I.Y workshop.

D.I.Y workshop yang Fadzi pilih masa pendaftaran tadi adalah Traveller Leather Notebook. Dekat workshop ini kiteorang diajar untuk buat cover untuk passport menggunakan kulit. Serius rupanya susah nak buat benda ni. Siap kena ketuk-ketuk pakai hammer, kena jahit guna jarum besar dan kena asah bagi kulit jadi licin. 


Traveller Leather Notebook

Jadi , kalau korang nak beli apa-apa barang kulit yang dibuat secara manual dan tangan, jangan lah komplen mahal. Serius harga mahal itu berbaloi dengan kerja-kerja yang dibuat. Fadzi buat hari tu, sampai lenguh-lenguh tangan tau.

Dan nak buat benda ini memang ambil masa yang lama. Workshop kiteorang yang paling lambat siap. Workshop lain seperti Bathbombs & Essential Oils, Art Journaling dan Floral Watercolor dah siap, kiteorang tak siap-siap lagi. Tapi memang puas hati bila dah siap semua. 

Nasib baik kiteorang sempat curi-curi masa untuk makan petang. Duduk dekat sini makan je kejenya kan. Hahahha.  

7.30 malam
Bila dah siap buat Traveller Leather Notebook, Fadzi cepat-cepat naik untuk mandi dan tukar baju. 

Lepas tu, Fadzi turun dekat Kedai Kopi sekali lagi untuk makan malam pula. Makan malam kali ini buffet. Macam-macam Fadzi makan sebab tu lah badan makin naik. 


Santa Gift Echange Ceremony

Lepas makan pulak, ada Santa Gift Echange Ceremony. Masa ni kiteorang bertukar-tukar hadiah dengan roomate masing-masing. Fadzi dapat hadiah yang cukup best daripada Onie. Fadzi dapat satu set produk dari BodyShop! Wah, sayang betul nak pakai rasanya. 

Thank you Onie. Terharu sangat dapat produk BodyShop ni.  

9.30 malam
Lepas habis makan malam dan bertukar hadiah, dah boleh buat aktiviti bebas. Ada yang pergi keluar shopping dekat Pavilion dan kawasan sekitar. Ada yang stay back untuk enjoy performance dekat Kedai Kopi dan ada juga kumpul dalam bilik kawan-kawan untuk bergosip. Mesti korang dapat agak sape yang lepak bilik kawan untuk bergosip tu kan hahahahha. 

Di akhir hari Sabtu, fuh serius penat juga ya. Fadzi pun terus tidur sebab penat.  



Escape With Traveloka Day 2

Ahad

7.00 pagi
Pagi-pagi lagi Fadzi dah bersiap-siap. Bukan untuk pergi breakfast tapi sebab nak naik ke tingkat paling atas hotel untuk tengok kolam renang. Waktu Fadzi pergi dengan Onie, tak ada orang langsung dekat situ jadi memang kiteorang conquer terus satu area untuk ambil gambar. Onie pun ada bawa barang-barang review untuk ambil gambar juga.


The Journal KL
View infinity pool dekat tingkat paling atas di The Journal KL. Pool dia tak besar tapi cukup selesa.

Lepas puas ambil gambar, Fadzi pun turun ke Kedai Kopi. Bukan untuk makan lagi tapi untuk ambil gambar. Heheheh. Tapi pagi tadi kamera Fadzi habis bateri, tak sempat charge. Terpaksa guna phone saja. Gambar tak berapa cantik. Tapi boleh lah daripada tak ada langsung kan.

Lepas settle semua ambil gambar dan video dekat depan hotel The Journal KL dan Kedai Kopi, Fadzi baru mula sarapan. Makanan untuk breakfast pun boleh tahan sedapnya. Sambil makan, sambil borak-borak dengan blogger-blogger lain untuk kali terakhir. Sebabnya hari ini dah nak check out.

Dah kenyang dan habis berborak, Fadzi naik balik ke bilik untuk kemas-kemas apa yang patut. Nak tunggu waktu check  out pukul 11 pagi, ada lagi masa untuk lepak-lepak atas katil empuk. Rugi kalau tak duduk lama sikit.   

11.00 pagi
Bila dah nak dekat pukul 11 pagi, Fadzi dah siap-siap untuk check out. Kiteorang pass semula kad dekat receptionist dan balikkkk.


The Journal KL
Cuba tengok dekat luar tu. Apa yang korang boleh nampak? Ada view KLCC tau dari dalam bilik Fadzi.

Overall, Fadzi suka gila dengan hotel The Journal KL. Walaupun letaknya di tengah-tengah bandar, tapi suasana dekat situ rasa aman dan selesa. Dekorasi di lobi, di Kedai Kopi, di hall depan bilik dan dalam bilik pun cantik-cantik semuanya. 

Dan best juga dapat satu bilik dengan Mek Onie. Banyak yang Fadzi belajar dari dia terutamanya dalam perihal ambil gambar review produk dan hotel. Fadzi tengok je cara Mek Onie buat kerja dan yes, Fadzi ambil apa yang Fadzi boleh aplikasikan dalam kerja blogging Fadzi.

Apa pun, Fadzi sangat enjoy dua hari satu malam Fadzi di The Journal KL bersama-sama komuniti Butterfly Project Malaysia dan Traveloka. Terima kasih semua yang terlibat. Harap next time boleh lagi join aktiviti macam ini.

Traveloka
Website: https://www.traveloka.com/ms-my/
Facebook: https://www.facebook.com/TravelokaMY/
Instagram: https://www.instagram.com/travelokamy/

The Journal KL
Website: http://www.kljournalhotel.com/
Facebook: https://www.facebook.com/thekljournal/
Instagram: https://www.instagram.com/thekljournal/

Butterfly Project Malaysia
Website: http://www.butterflyproject.my/
Facebook: https://www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/butterflyproject.my/


Question of the Day

Bila masa last korang ada me time untuk diri sendiri tanpa suami, isteri, anak, mak ayah dan sebagainya? Korang buat apa dan pergi mana?


Post a Comment

42 Comments

  1. seronoknya dapat join aktiviti camtu..mesti meriah giler kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah habis. Dapat kenal dengan blogger blogger lain lagi

      Delete
  2. Penat kannnn buat passport holder tu hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat gila rasa nak give up dah hahahha

      Delete
  3. Menarik dan bergaya... lagi best dapat tidur kat hotel free...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidur hotel memang best. Tidur hotel free lagi best hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Heheheh nasib baik anak bagi kerjasama tak mengamuk dekat rumah dengan bapak dia

      Delete
  5. aktiviti paling best , lepak bilik kawan dan bergosip..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha bukan selalu kak d nak bergosip sesame blogger

      Delete
  6. Seronok jumpa semua butterflies beauty blogger yang cantik2.. patut diadakan selalu kan..akak pun mula2 x percaya kat KL ada hitel yang cantik macam The Journal KL..nak pergi pun senang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la senang nak pergi. Boleh guna public transport je

      Delete
  7. Bestnya spent masa utk me time. Kerja mmg buatkan kita stress. Sesekali dpt rehatkn diri tenangkn minda dgn aktiviti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe saya tak kerja. Fully housewife dengan 1 baby boy yang lasak. Still need me time

      Delete
  8. wah wah bestnya buat craft. kita ni dah lama x buat craft. rindu plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok buat craft ni kan. Tapi kalau jenis yang ambil masa banyak dan susah, tak minat pulak tu, memang kelaut jadinya

      Delete
  9. Bestnyaaa Fadzi...ramai tengok blogger gi event ni, nampak seronok sangat. The Journal KL pun tak pernah gi lagi...nampak menarik, bila lah dapat merasa ke sana ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok kak hanny. Dapat kenal blogger lain and tempat dia pun cantik sangat sangat

      Delete
  10. wah cam bes jerr.. :-) teringin nak join..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok. InsyaAllah ada masa dan rezeki nanti, boleh join event macam ni

      Delete
  11. Rindu rasanya nak lepak-lepak lagi..borak-borak..walhal bukannya rapat mana tp semua sgt peramah :)

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat staycation. Boleh rileks kan diri drp family kejap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kekadang ke lari sikit untuk dapatkan me time and jauh dari family

      Delete
  13. syok nya dapat staycation mcm ni..siap ada aktiviti2 menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti tu yang buat kiteorang bonding tu

      Delete
  14. Bestnya korang.
    Dapat la me time skit kan utk sahm mcm kita ni kan fadzi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan selalu dapat masa macam ni hehehe

      Delete
  15. Bestnya 'me time' gini. Boleh lepak dengan kawan-kawan. Aku nyer 'me time' kat ofis je la, dari jam 9-6 petang..lain-lain 'anak's time' haha..

    Tak perasan lak The Journal KL ni ke sebab kami dah lama tak masuk KL ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh 9-6 tu keje time. Penat jugak tu

      Dia punye tempat tersorok sikit. Memang tak perasan punye

      Delete
  16. wah pengalaman staycation luar biasa. bisa untuk tempat me time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tempat yang sesuai untuk me time

      Delete
  17. Replies
    1. Kiye kite orang perempuan ni kena ada masa untuk me time kak su

      Delete
  18. Seronokna berpeluang join aktiviti macam ni dapat kenal dengan blogger-blogger lain lagi. :D

    lakiterok.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dapat bernetworking ni best sebenarnya

      Delete
  19. I miss the staycation and is fun especially the program that arrange for us.

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. Memang best. InsyaAllah ada rezeki awak nanti

      Delete