Azam Tahun Baru 2018 - Panduan Dan Idea Buat Azam Tahun Baru

Azam Tahun Baru 2018 - Panduan Dan Idea Buat Azam Tahun Baru | Alhamdullilah, dah masuk pun tahun baru 2018. Untuk hari pertama tahun 2018 ini, korang dah tau ke apa arah tujuan korang untuk tahun ini? Dah ada azam tahun baru? Ke masih tak tahu apa yang korang nak buat tahun ini?

Tahun Baru 2018

Kalau tak tahu apa azam tahun baru korang, tak ada masalah. Fadzi nak kongsikan dengan korang panduan serta idea-idea untuk buat azam tahun baru untuk tahun 2018 ini.

5 Panduan Buat Azam Tahun Baru

Lepas banyak tahun Fadzi cuba buat azam tahun baru dan cuba nak capai semuanya, banyak kali juga yang Fadzi gagal. Tapi lepas praktikkan beberapa panduan yang Fadzi dapat melalui pembacaan, tahun lepas Alhamdullilah banyak juga azam tahun baru yang Fadzi dah capai. Nah sedikit panduan untuk korang buat azam tahun baru cara Fadzi.

1. Azam/Matlamat Perlu Jelas
Azam yang korang buat mesti jelas. Pastikan masa korang nak buat azam tahun baru, korang menjawab soalan apa, kenapa, berapa, bagaimana dan sebagainya. Contohnya, azam tahun baru - jogging setiap hari. Nampak kan kurang jelas dekat situ?

Cuba korang spesifikkan sikit. 

Jogging setiap petang sebanyak 1 pusingan

Itu pun dah sudah cukup. Jadi, korang boleh set minda untuk turun berjogging setiap hari pada waktu petang sebanyak 1 pusingan. Kalau mampu, lebihkan pusingan. Itu lebih bagus.

2. Azam Yang Logik/Mampu Dicapai
Azam yang korang buat kenalah mampu untuk korang capai. Bagus kalau nak cuba keluar dari comfort zone sendiri tapi korang kena ukur baju di badan sendiri juga. Tengok mampu atau tidak.



Cuba bayangkan korang buat azam untuk kumpul RM1 juta di hujung tahun 2018. Tapi gaji korang cuma RM2500 dan tidak ada side income lain yang mampu membuat korang berjaya untuk mengumpul wang sebanyak itu di hujung tahun. Kena fikir apa yang korang mampu buat dulu okay?


3. Azam Tidak Membebankan
Bila buat azam tahun baru,  perkara yang korang nak capai itu mestilah tidak menyebabkan korang rasa sangat susah. Sebagai contoh korang buat azam untuk simpan duit sebulan RM1500 padahal gaji korang hanyalah RM2200. 

Lepas simpan RM1500, bayar sewa rumah, bil air bil elektrik, bayar kereta, duit korang tinggal RM100 untuk digunakan dalam masa sebulan. Tak kan nak ikat perut sampai sakit pula kan? Jangan disebabkan azam korang yang membebankan itu menyusahkan diri sendiri serta orang di sekeliling korang.  

4. Jadikan Perancangan Mencapai Target Sebagai Azam
Mungkin ramai yang tak berapa faham point ini tapi ini adalah perkara yang paling logik. Kita ambil contoh korang nak turunkan berat badan. Jadi korang akan tetapkan azam tahun baru adalah turun 10kg. Sebenarnya dekat situ yang kita silap.

Daripada menjadikan target korang untuk turun 10kg sebagai azam, apa kata korang tukar sikit. Korang jadikan PERANCANGAN untuk turunkan berat badan sebagai azam. Masih tak faham?

Okay macam ini. Apa yang korang nak buat supaya berat badan boleh turun? Exercise 30 minit 3 kali seminggu? Lebihkan makan ketika sarapan dan kurangkan makan ketika makan tengah hari dan makan malam? Bagus! Jadi itulah azam korang -  Exercise 30 minit 3 kali seminggu dan lebihkan makan ketika sarapan dan kurangkan makan ketika makan tengah hari dan makan malam. Dah faham? Good job!

5. Buat Senarai Semak Azam
Mungkin ini agak leceh bagi korang tapi pada Fadzi ini sangat penting. Kadang-kadang benda-benda yang tak bertulis ini lagi senang kita lupa atau buat-buat lupa untuk dibuat. Apa kata sediakan satu buku atau journal, dan setiap kali korang dah buat azam tersebut, korang tick kan saja.

Selain daripada nak ingatkan korang pasal azam yang korang cuba untuk capai itu, senarai semak ini pun boleh digunakan untuk korang post mortem bila dah sampai hujung tahun nanti. Baru korang boleh nampak dengan jelas sama ada korang berjaya capai azam tahun baru korang atau tidak.



Kalendar 2018



Azam Tahun Baru 2018 Fadzi

Dekat bawah ini Fadzi senaraikan antara azam tahun baru yang Fadzi cuba nak capai pada tahun 2018. Tahun lepas sebenarnya ada di antara azam yang tersenarai di bawah Fadzi buat tapi sekejap-sekejap. Tahun ini InsyaAllah nak konsisten. Korang boleh gunakan contoh-contoh di bawah sebagai idea azam tahun baru korang.

Ibadah
1. Solat Dhuha setiap hari
2. Baca surah Al-Waqiah setiap kali lepas Solat Dhuha
3. Baca satu muka surat Al-Quran setiap kali lepas solat fardhu
4. Puasa setiap hari Isnin dan Khamis

Kesihatan
1. Breakfast setiap hari 
2. Makan 1 senduk nasi dan lebih lauk
3. Makan buah setiap kali sebelum makan nasi
4. Tidur awal pukul 10 malam setiap hari
5. Bangun awal 5.30 pagi setiap hari
5. Exercise/jogging 30 minit setiap pagi
6. Bawa Aneeq main setiap petang satu jam
7. Tidur sekejap 15 minit sebelum waktu Zohor
8. Minum 1.5 liter air kosong setiap hari


Baca buku
Ilmu
1. Baca 3 buku setiap bulan
2. Belajar satu bidang ilmu/skill baru setiap bulan
3. Kongsi ilmu yang baru dibelajar setiap bulan di dalam blog
4. Satu hari satu entry blog

Ekonomi
1. Simpan RM50 sebulan dalam ASB sendiri dan Aneeq
2. Simpan RM50 sebulan dalam Tabung Haji sendiri dan Aneeq
3. Sedekah setiap bulan (tak boleh nak spesifik kan dekat sini huhuhu) 
4. Belanja keluarga atau kawan makan sebulan sekali
5. Dapat 5 lead daripada affiliate setiap bulan
6. Buat 4 job berbayar untuk blog dan social media setiap bulan
7. Masak setiap hari setiap waktu makan

Relationship
1. Cari waktu untuk dating dengan husband tanpa anak sekali sebulan
2. Lebihkan engagement dengan kawan-kawan di sosial media
3. Respon lebih kerap dalam Whatsapp group (benda yang bermanfaat saja)


Dekat atas adalah antara azam tahun baru yang Fadzi nak cuba capai pada tahun 2018 kali ini. Dan semestinya Fadzi akan gunakan journal untuk semak aktiviti yang Fadzi nak buat setiap hari. Harap-harap tahun ini lebih berjaya. 

Dan Fadzi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada korang semua juga. Semoga tahun ini lebih membawa banyak kebaikan, kemewahan, kebahagian dan keindahan. Aminnn.

Questions of the Day


Apa satu azam tahun baru 2018 yang korang paling nak buat untuk tahun ini? Dan apa plan korang untuk capai azam itu?
   

{ 22 comments.. read them below or add one }

Warisan Petani Warisan Petani 01 January, 2018
Mudah2an azamnya akan terlaksana.
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 01 January, 2018
nice sharing...selamat tahun baru
AziRahmanDotCom AziRahmanDotCom 02 January, 2018
Moga tahun 2018 ini lebih baik dpd sebelumnya.
Ezna Ahmad Khalili Ezna Ahmad Khalili 02 January, 2018
Azam takde tapi impian ada....moga dengan kedatangan 2018 ni akan membawa seribu kebahagiaan kepada kita....
Cik Tie Cik Tie 02 January, 2018
Banyaknya list target! Kita pun plan satu hari satu entry tapi semalam tak sempat nak publish. So, kena cover balik la entry hari yang terlepas tu. Apapun semoga berjaya mencapai target tahun ni
Cik Ash Cik Ash 02 January, 2018
selamat tahun baru fadzi.. tahun baru saya masih sama setiap tahun.. harap dipermudahkan dan tercapai la nanti...
Lia Hasty Lia Hasty 02 January, 2018
Wah banyak betul azam Fadzi lah. semoga kita sama-sama capai azam tahun 2018 ni. Tabah dan kuat!
penaberkala nuar penaberkala nuar 03 January, 2018
Menarik cara fadzi come out dengan axam tahun baru. Thanks for sharing. InshaAllah, semoga kita semua istiqamah dalam merealisasikan azam kita masing-masing untuk tahun 2018.

Selamat tahun baru dan all the best!
Cik Puan Ena Cik Puan Ena 03 January, 2018
Semoga azam awk tahun ni akn tercapai.. doakan ena juga semoga sentiasa diberikan kesihatan yg baik selepas setahun operation.
Diana Rashid Diana Rashid 03 January, 2018
haha..ni sama macam akak..azam penuh satu muka surat..dah tulis siap ..Akak pun jenis buat azam banyak2 ..bila satu tak tercapai ada la yang lain buat hati ni gembira sikit..
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 January, 2018
Terima kasih banyak banyak :)
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 January, 2018
Selamat tahun baru juga
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 January, 2018
Azam dengan impian mungkin lebih kurang sama je kot. Hehhehe. InsyaAllah aminnn
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 January, 2018
List banyak tapi tak tahu boleh capai semua ke tak
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 January, 2018
Selamat tahun baru juga Cik Ash!
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 January, 2018
Hahaha tulis je banyak banyak. Mana yang bleh buat, Fadzi buat
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 January, 2018
Hhehehe thanks. Same goes to you moka :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 January, 2018
Ya Allah Ena sakit ape. Semoga semuanya ok saja
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 January, 2018
Hahahha sep sikit kak diana :D :D :D