Tempat Menarik Dan Makanan Popular Di Malaysia

Tempat Menarik Dan Makanan Popular Di Malaysia | Korang rasa bertuah tak duduk dalam Malaysia? Fadzi rasa sangat bertuah sebab lahir dan dibesarkan di dalam Malaysia sebab banyak tempat-tempat menarik dan makanan yang sedap-sedap ada di sini. Tambah lagi Malaysia adalah salah satu negara yang masih selamat untuk diduduki.




Malaysia

Malaysia terbahagi kepada dua kawasan iaitu bahagian semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia. Di semenanjung Malaysia ada 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan manakala di bahagian Borneo Malaysia pula ada 2 negeri dan satu wilayah persekutuan.

Ibu negeri Malaysia adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Maksudnya segala urusan pentadbiran negara terletak di Putrajaya. Kalau korang tengok Putrajayapunya tempat, serius cantik gila.

Ketua negara Malaysia adalah Yang Dipertuan Agong. Yang dipertuan Agong ini dipilih secara turutan dari kalangan sembilan sultan atau raja negeri Melayu. Ketua kerajaan pula adalah Perdana Menteri. 

Malaysia ini letaknya berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika. Iklim tropika bermaksud Malaysia mengalami musim lembap dan musim kering sepanjang tahun.
  

Negeri-Negeri Dalam Malaysia

Dalam Malaysia kita ada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan.  


Peta Semenanjung Malaysia

Selangor
Selangor terletak di bahagian barat semenanjung Malaysia. Ibu negeri bagi Selangor adalah Shah Alam. Fadzi jugak sekarang ni tengah menetap di Shah Alam. Nama rasmi bagi Selangor adalah Darul Ehsan. Selangor terbahagi kepada 9 daerah.

Negeri Sembilan
Negeri Sembilan terletak di bahagian barat semenanjung Malaysia. Negeri Sembilan juga adalah negeri mak mentua Fadzi duduk. Eh tetiba hahaha. Ibu negeri Negeri Sembilan adalah Seremban. Nama rasmi bagi Negeri Sembilan adalah Darul Khusus. Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih yang amna mementingkan kaum perempuan daripada kaum lelaki. Negeri Sembilan terbahagi kepada 7 daerah.

Melaka
Melaka terletak di bahagian barat semenanjung Malaysia. Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah. Ibu negeri Melaka adalah Bandar Melaka. Melaka tak ada sultan macam negeri-negeri lain tapi ianya diperintah oleh Yang Dipertua Negeri. Negeri Melaka terbahagi kepada 3 daerah.

Johor

Negeri Johor terletak di bahagian selatan semenanjung Malaysia. Ibu negeri Johor adalah Johor Bahru. Nama rasmi Johor adalah Darul Takzim yang bermaksud tempat perlindungan yang bermaruah. Johor terbahagi kepada 10 daerah kesemuanya. 

Pahang
Negeri Pahang terletak di timur semenanjung Malaysia. Kalau korang nak tau, Fadzi asalnya dari Pahang. Ibu negeri bagi negeri Pahang adalah Kuantan. Nama rasmi bagi negeri Pahang adalah Darul Makmur yang bermaksud tempat perlindungan yang tenang. Pahang merupakan negeri paling besar dalam semenanjung Malaysia. Ianya terbahagi kepada 11 daerah.

Terengganu
Negeri Terengganu terletak di bahagian timur semenanjung Malaysia. Ibu negeri Terengganu adalah Kuala Terengganu. Nama rasmi Terengganu adalah Darul Iman. Ianya terbahagi kepada 8 daerah. 

Kelantan
Negeri Kelantan terletak di Timur semenanjung Malaysia. Ibu negeri bagi negeri Kelantan adalah Kota Bharu. Nama rasmi bagi Kelantan adalah Darul Naim. Kelantan terbahagi kepada 11 daerah atau jajahan mengikut bahasa Kelantan. 

Perlis
Perlis terletak di bahagian paling utara semenanjung Malaysia. Ibu negeri Perlis adalah Kangar. Nama lain bagi Perlis adalah Indera Kayangan. Ianya merupakan negeri paling kecil dalam Malaysia. Perlis terbahagi kepada 3 daerah.

Kedah
Negeri Kedah terletak di utara semenanjung Malaysia. Ibu negeri Kedah adalah Alor Setar. Nama rasmi Kedah adalah Darul Aman. Kedah terbahagi kepada 12 daerah. 

Pulau Pinang

Pulau Pinang terletak di bahagian utara semenanjung Malaysia. Ianya juga terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka iaitu Seberang Pulau dan Seberai Perai. Kedua-dua bahagian ini disambung melalui 2 jambatan ataupun pengangkutan feri. Ibu negeri bagi Pulau Pinang adalah George Town. Nama lain bagi Pulau Pinang adalah Penang atau Pulau Mutiara. Ianya terbahagi kepada 5 daerah.

Perak
Negeri Perak terletak di utara semenanjung Malaysia. Ibu negeri Perak adalah Ipoh. Nama rasmi bagi Perak adalah Darul Ridzuan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai KL terletak di tengah-tengah semenanjung Malaysia. Ianya dikelilingi oleh negeri Selangor. Terdapat 11 daerah.

Wilayah Persekutuan Putrajaya
Putrajaya terletak di tengah-tengah semenanjung Malaysia dan selatan Kuala Lumpur. Ianya dikelilingi oleh negeri Selangor. Ianya merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Nama asal Putrajaya adalah Prang Besar. Putrajaya terbahagi kepada 21 daerah (precinct).


Peta Sabah Sarawak

Sabah 
Sabah terletak di bahagian utara Bornea Malaysia. Ianya merupakan negeri kedu aterbesar di Malaysia. Ibu negeri Sabah adalah Kota Kinabalu. Nama lain bagi negeri Sabah adalah Negeri Di Bawah Bayu sebab kedudukan Sabah yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun. Sabah terbahagi kepada 5 bahagian dan 25 daerah.

Sarawak
Sarawak terletak di bahagian Borneo Malaysia. Ibu negeri Sarawak adalah Kuching. Nama lain bagi Sarawak adalah Bumi Kenyalang. Negeri paling besar di Malaysia. Sarawak terdiri dariapda 12 bahagian dengan 26 daerah. Dekat Sarawak ada 6 kumpulan etnik utama iaitu Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu. 

Wilayah Persekutuan Labuan 
Labuan terletak di Bornea Malaysia dan sekitar 10km dari pantai Sabah. Labuan terbahagi kepada 29 kampung. Ianya merupakan pulau terbesar dan mempunyai 5 lagi pulau kecil yang berada di sekitarnya.   

Dari apa yang Fadzi baca, beza negeri dengan wilayah persekutuan ini adalah cara ianya ditadbir. Kalau untuk negeri, ianya ditadbir oleh kerajaan negeri. Kalau wilayah persekutuan pula, ianya ditadbir oleh persekutuan dan diperintah oleh Yang Dipertuan Agong sendiri.


wilayah persekutuan

Dalam ketiga-tiga wilayah persekutuan ini, setiap satunya ada fungsi masing-masing.
Kuala Lumpur - ibu kota persekutuan.
Labuan - pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa.
Putrajaya - pusat pentadbiran persekutuan.


Tempat Menarik Di Malaysia

Dekat Malaysia ni banyakkkkk gila tempat menarik. Fadzi share sikit dengan korang tempat yang Fadzi rasa kalau tak pergi ke main attraction yang Fadzi senaraikan bagi setiap negeri di bawah ni, rasa tak sah pulak.


KLCC


  • Menara KLCC, Kuala Lumpur
  • Batu Caves, Selangor
  • Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kota A Famosa, Melaka
  • Legoland, Johor
  • Cameron Highland, Pahang
  • Pulau Redang, Terengganu
  • Wakaf Che Yeh, Kelantan
  • Gua Kelam, Perlis
  • Pulau Langkawi, Kedah
  • Bukit Bendera, Pulau Pinang
  • Kellie's Castle, Perak
  • Gunung Kinabalu, Sabah 
  • Tugu Kucing, Kuching, Sarawak


Sebenarnya
banyak lagi tempat-tempat yang menarik korang boleh pergi dalam Malaysia. Untuk entry kali ini Fadzi cuma senaraikan satu tempat menarik bagi setiap negeri. Nanti dalam entry-entry yang lain, Fadzi akan cuba untuk senaraikan sebanyak mungkin tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi setiap negeri.  

Makanan Dan Minuman Popular Di Malaysia

Di bawah ini Fadzi ada senaraikan beberapa makanan yang popular dan selalu mendapat perhatian dalam Malaysia. Bukan untuk orang Malaysia je, orang luar bila masuk Malaysia mesti nak cuba juga.


Nasi lemak


  • Nasi Lemak
  • Roti Canai
  • Teh Tarik
  • Laksa
  • Nasi Kandar
  • Char Kuew Teow
  • Rojak
  • Sate
  • Mee Goreng Mamak
  • Cendol
  • Ais Kacang
  • Durian
  • Mee Kolok


Sejujurny
a Fadzi rasa masih banyak yang Fadzi tak tahu pasal Malaysia. Nak nak lagi tempat-tempat menarik, tempat makan best dan budaya di Malaysia ni. Tahun 2018 Fadzi plan untuk explore lebih lagi pasal Malaysia.

Kalau korang baca balik sejarah pembukaan setiap negeri termasuk wilayah persekutuan, menarik tau. Bila Fadzi nak buat pasal entry ni Fadzi banyak membaca balik sejarah-sejarah Malaysia. Ya Allah tak sangka memang menarik sejarah Malaysia ni. 

Kalau lah ada peluang, Fadzi rasa nak pergi travel setiap daerah dalam negeri di Malaysia, duduk dalam 2 3 bulan dekat situ dan explore setiap ceruk yang ada dalam daerah tu. Mesti seronok dan boleh belajar benda baru. Korang tak teringin ke nak buat macam tu?


Question of the Day

Korang asal dari negeri mana? Dan makanan tradisi apa yang paling rare dari negeri korang tu? Komen sikit dekat bawah, Fadzi nak tau. 

Post a Comment

20 Comments

  1. alhamdulillah separuh dari tempat menarik di malaysia dah pergi dan merasa makanan sedap. nyum3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya. Malaysia ni banyak tempat menarik kan?

      Delete
  2. Itulah.. kalau orang yang suka travel, dalam negara pun banyak tempat untuk travel.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Banayk lagi dalam Malaysia ni tempat-tempat best

      Delete
  3. rasa sangat bertuah duduk kat Malaysia ni. makanan semua best. saya asal Perak. tempoyak, rendang tok, antara yang femes di Perak. tempat menarik pun banyak

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. Ena asal dari johor. Banyak sgt mkanan bestlah awk mcm laksa johor.

    Di batu pahat famous mee racun kena cuba taw. Memang gian makan.yg penting xde racun..hehe..

    Kat muar famous mee bandung, sate, nasi ayam penyet, mee siput, kopi 434 muar. Minum sekali tak minum kopi lain dah.

    Ena asal org pontian famous 1tempat ni soto dia jadi kegilaan jugakla.

    Yok jalan sini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa pergi johor nak singgah kopi 434 tu tapi kedai dia dah tutup. Rugi habis rasanya

      Delete
  5. yang palinng bes kat malaysia ni makanan dia la... klu nasi lemak tu bole dapat kat smua negeri... cuma kena pnadai cari ikut selera masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka nasi lemak di kelantan sebab rasa dia manis manis pedas

      Delete
  6. Hampir semua negeri dah jejak..tinggal johor, pahang, sabah dan sarawak ja belum explore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah Sarawak tu alahai bile entah nak pergi. Saya ni

      Delete
  7. Sal org Melaka..Fadzi kena try 'mee bodoh' kat area Tengkera.. ramai yg kata sedap situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kalau pergi ke melaka, saya nak cuba. Thank kak salina :)

      Delete
  8. Asal Terengganu, nasi dagang & nasi kerabu..hehehe.. sejujurnya, banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang masih belum dikunjungi. Makanan pun banyak gak tak cuba lagi ni...fuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi dagang sedap oh. Nasi dagang tu sebenarnya lauk ayam ke lauk ikan original dekat terengganu?

      Delete
  9. I always say Malaysia is the best place to stay. Cos you find the best food in Malaysia especially Kuching. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Never been to kuching before. would love to go there one day

      Delete