Beli Baju Budak Di Parkson

Beli Baju Budak Di Parkson | Sabtu lepas Fadzi pergi jalan-jalan dekat Parkson Subang Parade dengan Zul dan Aneeq. Kiteorang pergi ke Subang Parade sebab dekat situ adalah Parkson yang paling dekat dengan rumah kiteorang. Plannya nak shopping lah sikit sebab bulan lepas Zul dapat voucher Parkson sebagai kudos. Dan antara barang yang kiteorang beli guna voucher Parkson tu adalah:

Beli baju kanak-kanak
Baju kereta brand Anakku. Harga RM39. Kiteorang saja beli ada gambar kereta sebab Aneeq ni sejenis manusia yang suka gila dengan kereta, truck, aeroplane, motorcycle, helicopter dan boleh kata semua jenis kenderaanlah dia obses. 

Baju ini datang sekali dengan seluar pendek. Pun ada gambar kereta seketul dekat bahagian lutut. Sepasang ni berwarna campuran biru tua dan biru muda.

Beli baju kanak-kanak
Baju lengan pendek jenama Anakku. Yang ini harga agak murah RM19 sepasang sekali dengan seluar pendek. 

Kiteorang beli dua sebab yang ini boleh dikatakan agak murah berbanding yang lain. Gambar pula gambar motor satu dan gambar beruang satu. Masalahnya, warna seluar agak pelik daripada warna baju. Macam tak masuk pulak kan?  

Beli baju kanak-kanak
Yang ini tengah ada promosi. Harga asal RM29 untuk sehelai. Tapi kalau beli dua dapat RM39 untuk kedua-duanya. Baju lengan panjang beserta seluar panjang. Kalu baju macam ni, biasanya kiteorang buat baju tidur Aneeq je.  

Beli baju kanak-kanak
Jeans jenama Baby KIKO. Antara banyak-banyak pakaian kanak-kanak yang kiteorang beli hari Sabtu lepas dekat Parkson, inilah yang paling mahal. RM66. 

Awalnya Zul ambik jeans warna biru pekat. Tapi Fadzi request untuk warna selain biru sebab jeans Aneeq dah banyak yang warna biru. Nak lah jugak warna lain kan. Baru ada variety.  

Beli baju kanak-kanak
Dan last sekali kiteorang beli stokin. Aneeq dah lama tak berstokin. Kasut pun dah lama tak pakai. Stokin lama semua dah kecil-kecil. Jadi, kiteorang pun belilah stokin untuk Aneeq. 

Susah juga sebenarnya nak beli stokin ke baju ke seluar ke untuk Aneeq. Sebab Aneeq ni sejenis yang tak suka test baju dekat luar. Pemalu sangat. Nak test stokin pun segan. Alahai. 

Total semua baju, jeans dan seluar yang kiteorang beli untuk Aneeq hari tu adalah RM184.80. Tapi kiteorang kena bayar RM4.80 je sebab yang lain tu kiteorang guna voucher membeli-belah Parkson.

Dan apparently, kalau korang berbelanja lebih daripada RM150 dekat Parkson, korang akan dapat RM10 voucher lagi. Kiteorang pun lepas bayar barang yang dibeli, pergi redeem voucher percuma lagi dekat customer service. Dapatlah voucher RM10.

Disebabkan voucher RM10 tu valid sampai 18 Februari ni, kiteorang terus beli barang lagi dekat Parkson. Nak habiskan terus voucher tu sebab tak tau bila lagi nak pergi ke Parkson lepas ni. Kiteorang pergi Parkson pun sebab dapat voucher percuma tu. Kalau tak, memang tak pergi. 

Setakat yang kiteorang pernah pergi shopping dekat departmental store ni, Parkson adalah tempat yang agak eksklusif dan agak mahal berbanding dengan departmental store macam AEON dan The Store. Barang-barang dekat Parkson agak mahal. Jadi, waktu-waktu macam ini je lah (dapat voucher percuma) baru rasa berbaloi untuk pergi Parkson.   

Beli permainan budak-budak

Nak tau kiteorang beli apa dengan voucher RM10 yang kiteorang dapat lepas beli baju-baju dekat atas? Kiteorang bagi Aneeq pilih mainan pulak. Kan dah kata, Aneeq obses dengan kenderaan. Terus dia capai toy kereta.

Bukan satu tapi tiga. Tapi yang buat Fadzi terharu sangat, dia ambil tiga kereta bukan sebab untuk dia seorang je. Aneeq ambil tiga kereta sebab dia kata, "Satu untuk Mak, satu untuk Ayah." Weh sweet nak mampus. Baik sangat hati Aneeq ni. 

Tapi tu lah, kiteorang ambil satu je sebab voucher pun RM10 je. Kereta paling murah dekat situ RM8 lebih. Aneeq pulak ambil kereta yang harga RM14.90 sebab kereta ni jenis boleh bukak kedua-dua belah pintu. Cool kan. Kalau kereta biasa, tak ada nak buka sana sini ni.

Dah habis settle shopping dekat Parkson Subang Parade. Sebenarnya sebelum pergi Subang Parade tu, kiteorang plan nak ke Sunway Piramid. Dekat Sunway Piramid ada Parkson dan AEON. Zul sebenarnya dapat voucher Parkson dan AEON. Plannya nak shopping dekat AEON pulak lepas tu. 

Tapi disebabkan masa nak masuk ke jambatan parking Sunway tu, banyak gila kereta bersusun nak masuk, terus kiteorang tukar plan pergi ke Subang Parade. Nak elak sesak punya pasal. Rupanya weekend tu ada event HOME LIVING dekat Sunway Piramid. Patutlah orang ramai.

Jadi, lepas kiteorang pergi Parkson Subang Parade, kiteorang pun pergi ke AEON Shah Alam untuk habiskan voucher AEON pulak. Plannya nak beli air fryer. Survey lah air fryer dekat AEON tapi mak oih, mahalnya. Tak cukup pula, harga paling murah RM399. Voucher cuma ada RM300. Zul ok je nak tambah RM100 lagi. Tapi Fadzi ni kedekut sikit. Terus tak jadi beli. Lagipun tak penting sangat pun air fryer tu. 

Last-last kiteorang tak beli pape pun dekat AEON. Itu pun sebab Fadzi sakit perut. Terus nak balik. Minggu depan lah nak datang tengok lagi apa yang boleh dibeli dekat AEON nanti. Setakat hari Sabtu lepas, Fadzi dah puas hati dengna baju-baju Aneeq yang kiteorang beli dekat Parkson tu.

Question of the Day

Dekat mana biasanya korang beli baju kanak-kanak? Korang lebih suka beli baju branded mahal atau baju murah-murah je?




{ 44 comments.. read them below or add one }

Hans Hans 14 February, 2018
dekat Sport Direct yang dalam tesco pun ada murah2 juga baju budak2
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 17 February, 2018
Kalau untuk anak-anak memang selalunya Parkson atau Aeon lah, time SALES memang ada juga jengah ke sana
Azeni Azeni 16 March, 2018
Baju budak sekarang dah makin mahal. Tapi tubuh anak semakin menumbuh dan mungkin dalam 1 tahun sudah tak boleh pakai. Lebih baik dapatkan baju daripada saudara mara.
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 31 May, 2018
time paling best memborong kat Parkson adalah time ada celebration. paling syok time CNY lagi kaw2 dari hari raya. tapi kena hadap semua warna merah eheh..
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 August, 2018
Time sales memang boleh tahan harga dia. Sepasang baju tidur boleh dapat RM10
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 August, 2018
Saudara mara jauh huhuhu. Memang tak sempat nak tukar-tukar.
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 August, 2018
Memang time ada celebration murah murah boleh dapat. CAntik pulak tu
adianiez AIDA adianiez AIDA 15 September, 2018
sedih la, fadzi. parkson melaka mall da tutup! frust.
tu la tempat aida shopping biasa nyer. adakah pembelian aida tak mampu buat parkson untung.
baju anak & baju asben. lebih murah dari aeon.
dekat dari rumah. naik motor 5 minit da sampai. tutup la plak.
parkson di mahkota parade, ya Rabbi, tak la jauh. tapi trafik jem memanjang weekend nak ke sana.
Faries Faries 15 September, 2018
Murah jugak. Boleh la singgah parkson sbb mmg suke beli baju untuk anak2 buah. Hehehe. Anak sendiri belom ad lg.
Amanda Suria Amanda Suria 15 September, 2018
Akak suka shopping kat Parkson..semua murah2..especially baju dewasa dan kdan kanak-kanak
qaseh dalia qaseh dalia 15 September, 2018
Lama tak tak shopping luar sebenarnya sebab sekarang banyak shopping online , tapi selalunya shopping di aeon , lama da xmasuk parkson
mama tisya mama tisya 15 September, 2018
Shopping parkson guna voucher mmg syok.. Akak jrg la shopping parkson sbb mahal.. Slalunya aeon je.. Pi shopping parkson bila ada voucher menang contest hehe
iffah hussin iffah hussin 16 September, 2018
Masa Fatin kecik-kecik dulu selalu shoppingkan baju dia dekat parkson juga, harga sangat berbaloi dan boleh collect point bonus link, cantik-cantik baru Fadzi pilih
AyuArjuna BiGoshh AyuArjuna BiGoshh 16 September, 2018
Wah untuk aneeq semua dia dapat hahahha. Tapi akk klu shopping kat parkson suka koleksi baju tido dia semua cantek2 dan menarik
Mrs Liez Mrs Liez 16 September, 2018
Kak liez beli jugak dkt parkson klau ada promosi .. sbb nak ke parkson mmg jarang sgt.. pernah dpt voucher rm150 mmg pergi shopping beli baju anak-anak je..
Opah Nak Cantik Opah Nak Cantik 16 September, 2018
Mesti suka kan Aneeq dapat baju baru dapat mainan kereta baru lagi. Best nya, memang good boy verybig heart and generous Aneeq ya, pandai ibu mengasuh
Petua Awet Muda Untuk Opah
idayu nim idayu nim 17 September, 2018
Kalau dulu suka beli baju anak2 dekat the store jerk sebab the store tu sepan ofc jerk. Tapi sejak dah tukar ofc ni x pergi dah the store. Sekarang bli kat Brand Outlet jerk sebab dekat dengan umah jerkk
Tekkaus Tekkaus 17 September, 2018
Cantiknya baju-baju budak ini. Design semua sangat menceriakan, amat sesuai untuk si kecil kan. :)
Jia Shin Lee Jia Shin Lee 17 September, 2018
I usually purchase from H&M or mothercare sometimes sales mmg berbaloi.
Along Murni Along Murni 17 September, 2018
Kalu beli brg2 anak memang agak mahal sedikit dr tmpt lain tapi kualiti mmg terbaik la kan.. tapi kaluda voucher cam awak, AM pun sanggup turun beli brg utk anak2 AM.. ada brg yg kualiti, tahan lebih lama lagi..
Bella Enveeus Bella Enveeus 17 September, 2018
Banyak je baju kat Parkson ni yang murah2. Untuk dewasa pun sama jg. Tapi kena tengok season, sebab sesetengah season je yg banyak design2 baru n harga2 pun jadi rendah. Haritu masa nak travel, Bella cari baju lengan panjang yang tak terlalu tebal (sebab cepat berpeluh since dah pakai tudung ni) and banyak pilihan di Parkson. Harga pun berpatutan sangat. Apatah lagi baju kanak2 kan
Ibu Syurga Ibu Syurga 17 September, 2018
Banyak jenama pakaian yang mahal mahal di jual di parkson. Kalau kita berkemampuan tak ada masalah. Saya prefer beli di pasaraya lain. Hehe
Mama Hakim Mama Hakim 17 September, 2018
Kalau nak beli di pasaraya macam ni ramai yang tunggu promosi baru harganya lebih berpatutan. Cuma orang ramailah kan
Mazni Azmi Mazni Azmi 17 September, 2018
Mazni jarang beli barang di parkson, bukan apa sebab tak banyak pasaraya ni di kawasan kediaman. Yang ada pun agak jauh
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Jujur fadzi cakap, parkson punya barang agak mahal kalau nak compare dengan tempat lain. mungkin sebab tu dieorang tak boleh nak sustain kot
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Hahha tak pe. Nanti ada lah tu
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Baju kanak kanak paling syok shopping
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Parkson tak banyak sangat kan. Kalau Aeon rasanya merata ada
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Saya pun beli dekat Parkson ni sebab ada voucher. kalau tak memang tak pergi. Sebab memang mahal sikit barang dia kalau nak compare dengan tempat lain
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Saya baru nak apply untuk bonus link tu. Berbaloi tak kalau pakai?
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Hehhehe rezeki suami terlebih dapat voucher. Kite spend lebih sikit untuk aneeq
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Haah saya pun jejak ke parkson ni kalau ada voucher je. kalau tak, harga dia mahal sikit kan
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Sekali sekala ada rezeki lebih, kita spoil kan sikit barangan untuk dia. bukan selalu kan
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
The store fadzi jarang pergi sebab dekat shah alam ni macam sempit sikit ruangan shopping dia
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Comel kan. Aneeq kalau ada kereta ke boat ke memang dia suka sangat
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Uhhh, H&M and Mothercare branded one. Very good quality
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Kalau ada voucher memang sanggup beli yang mahal sikit.
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Betul tu. Hari tu pergi, boleh tahan harga dia berbaloi sebab tengah sale
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Ini pun sebab husband dapat rezeki lebih. dia dapat voucher parkson. kiteorang pun belanja lah lebih sikit
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Aeon dan Sogo rajin buat sale. Parkson macam kene tunggu perayaan baru ada kan
Fadzi Razak Fadzi Razak 23 September, 2018
Betul tu. Parkson tak banyak sangat tempat yang ada kan