Makan Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Makan Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam | Waktu tengah hari adalah waktu yang paling hectic bagi Fadzi. Bagi korang yang bekerja lagilah hectic kan sebab nak cari tempat makan tengah hari yang sedap tapi nak cepat. Kalau korang kerja dekat area Shah Alam, apa kata korang cuba makan tengah hari dekat Restoran Sajian d-Hidang?


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Restoran Sajian d-Hidang

Restoran Sajian d-Hidang ini terletak dekat bangunan pejabat UMNO di Seksyen 11 Shah Alam. Kalau korang tau tempat ni, mesti korang perasan dekat sini banyak ofis-ofis. Jadi, dekat Restoran Sajian d-Hidang ni banyak hidangkan makanan tengah hari.

Disebabkan restoran ni dekat belakang rumah Fadzi je, Fadzi pun pergilah try sekali sebab tengok diaorang tengah buat promosi untuk perkenalkan menu makan tengah hari terbaru diaorang iaitu Nasi Dalai.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Nasi Dalai adalah singkatan bagi Nasi Masak Lemak Daging Salai. Kalau korang jenis yang suka makanan tradisi Melayu asli, korang kena cuba Nasi Dalai ni. Harga satu set makan tengah hari ni RM9.90. 

Kalau korang order set Nasi Dalai ni, korang akan dapat air Teh O Ais sekali. Dah jimat kan. Tak payah tambah duit nak beli air pulak. 


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Dalam set Nasi Dalai ini korang akan dapat:
Nasi Putih

  • Semangkuk daging salai masak lemak
  • Kerabu Sayur
  • Ikan Masin Berlada
  • Sambal Belacan


Kalau ikutkan rasa tekak Fadzi ni, lauk Daging Salai Masak Lemak agak pedas. Kalau bagi Aneeq makan, memang dia tak boleh nak makan. Tapi rasa dia cukup lemak dan cukup pekat. Daging salainya pun lembut dan tak liat. Daging dah siap dipotong kecil-kecil dan senang nak makan. 

Lauk Kerabu Sayur pula dalamnya ada kacang botol, taugeh dan kelapa parut yang digoreng. Taugeh dalam lauk ni buat tekstur Kerabu Sayur ni ranggup-ranggup sikit.

Yang paling Fadzi suka adalah Ikan Masin Berlada dia. Ya Allah, serius sedap. Rasa dia masin tapi tak lah terlalu masin sampai pening kepala. Bila korang makan, akan ada rasa pedas-pedas sikit tapi pedas dia masih boleh tahan. Tak pedas teruk pun. 

Bila korang makan kesemua lauk dengan nasi putih panas tu, memang kena habis. Balance rasa lemak, masin, ranggup dan pedas dia. Memang Fadzi rekemen sangat korang order Nasi Dalai ini.


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Makan Percuma Nasi Dalai Di Restoran Sajian d-Hidang

Dekat sini sebenarnya kan korang boleh makan secara percuma. Seronok kan bila tau ada tempat boleh makan percuma. Kehkehkeh. Fadzi pun sama. 

Kalau korang nak makan percuma jugak dekat Restoran Sajian, korang cuma perlu minta KAD SAJIAN dekat kaunter pembayaran. KAD SAJIAN ni lebih kurang macam REWARD CARD lah, di mana bila korang berbelanja lebih RM10 dalam satu resit, korang akan dapat satu cop atau pelekat. Bila dah cukup 9 cop/pelekat, korang boleh redeem makanan percuma bernilai RM10. Okay lah tu kan?   

Lepas tu, kad yang dah cukup cop/pelekat tu, korang boleh bagi pada penjaga kaunter diaorang dan join Cabutan Bertuah pulak. Tapi hadiah untuk cabutan bertuah tu Fadzi tak tau lah pulak apa kan.


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Menu Makan Tengah Hari Di Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Selain daripada menu Nasi Dalai, Restoran Sajian d-Hidang ada juga menghidangkan menu-menu makan tengah hari yang lain. 


Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Fadzi masa kerja dulu, area tempat Fadzi tak banyak kedai lauk Melayu. Kebanyakkannya kedai mamak. Kadang-kadang rasa kembang tekak juga asyik makan lauk-pauk mamak. Tapi kalau lauk pauk Melayu ni, makan hari-hari pun tak ada masalah. Untung korang yang tempat kerjanya belambak kedai lauk masakan Melayu.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Kalau tak silap Fadzi, lauk yang restoran ni hidangkan adalah lebih dari 20 lauk juga. Tu tak kira ada kuih muih sekali diaorang jual.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Banyak juga pilihan lauk tengah hari dekat sini. Kalau yang duduk atau ofis dekat-dekat area Bangunan UMNO, korang boleh datang sini untuk makan tengah hari.  

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Ada enam jenis sambal yang ada disediakan untuk korang cuba dekat sini.  

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam

Bagi yang tak boleh tinggal ulam-ulaman tu, korang ada pelbagai pilihan ulaman untuk korang cuba dekat sini. Cicah pulak dengan sambal-sambal yang ada, memang puas hati.

Restoran Sajian d-Hidang Shah Alam


Suasana dalam Restoran Sajian d-Hidang. Kedainya tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Tapi pada Fadzi dah cukup selesa dah. Waktu Fadzi datang ni dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Orang dah ramai keluar masuk tapi tak lah terlalu sesak sangat. 

So far, Fadzi baru cuba Nasi Dalai diaorang. Tak cuba lagi lauk pauk lain. Dan Fadzi sendiri suka dengan Nasi Dalai diaorang terutamamnya lauk Ikan Masin Berlada tu. Kalau korang jenis nak makan tengah hari cepat, datang je dekat sini dan order Nasi Dalai. Gerenti sedap.



Facebook 
Lot 10, Pusat Dagangan Umno Bahagian Shah Alam, 
Jalan Persiaran Damai, Seksyen 11, 
40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
03-5511 4015
7.30 pagi hingga 5.00 petang



Question of the Day

Dekat area kawasan ofis atau rumah korang, ada tak tempat makan tengah hari yang paling best korang pernah cuba? Dekat mana tu? Share sikit.


{ 10 comments.. read them below or add one }

Ciklily Putih Ciklily Putih 07 February, 2018
harus kena cuba pi shah alam ni ek
Hans Hans 07 February, 2018
perghhh
geram tengok daging salai masak lemak tu
Mimi Azirah Mimi Azirah 07 February, 2018
Daging Salai Masak Lemak pedas tuh yg sedap...Nasi Dalai tu unik namanya..Bileh try nanti kalau datang ke sini. Makan tengahari dengan menu macam ni lah buat selera makan membuak buak
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 08 February, 2018
Oh nasi masak lemak daging salai. Ini feveret encik suami lahhh
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 August, 2018
Haah dekat shah alam. Nanti cuba tau nasi dalai diaorang. Ikan masin berlada tu serius the best
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 August, 2018
One day kena cuba dekat sini. Sedap tau
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 August, 2018
Kan. Makan panas panas uishhhh
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 August, 2018
Wah, nanti kena bawak dia datang sini sekali untuk cuba