RenoSkin Rawatan Alternatif Untuk Eczema Dan Kulit Sensitif

RenoSkin Rawatan Alternatif Untuk Eczema Dan Kulit SensitifBaru-baru ini Fadzi diperkenalkan oleh seorang kawan dengan RenoSkin Medic Serum. RenoSkin Medic Serum ini dikatakan sebagai penawar yang mampu merawat kulit sensitif secara organik. 


RenoSkin Medic Serum

RenoSkin Medic Serum

RenoSkin adalah satu produk yang boleh digunakan sebagai salah satu cara merawat eczema dan kulit sensitif. Dihasilkan daripada campuran herba semula jadi bersama bahan aktif ekstrak Vitamin A dan Vitamin E, ianya mampu untuk memberi kesan 70-80 kali ganda daripada vitamin sintetik. 

Produk telah pun didaftarkan di bawah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dengan nombor pendaftaran KKM NOT 161106450K. Kalau ikut pada pamplet yang Fadzi dapat ni, RenoSkin ini bebas bahan kimia, bebas pewangi sintetik, bebas pengawet dan bebas paraben. Lega sikit nak pakai bila dapat info yang macam ni. 

RenoSkin Rawatan Alternatif Untuk Eczema Dan Kulit Sensitif

RenoSkin ini banyak manfaatnya terutamanya bagi yang ada masalah kulit. Antara manfaat RenoSkin ini adalah:

  • Cara merawat eczema dan proriasis
  • Melembapkan kulit
  • Merawat dan mencegah ruam lampin
  • Merawat jangkitan kulat dan bakteria
  • Merawat luka melecur
  • Menyuburkan rambut
  • Menghilangkan regangan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Memudarkan parut
  • Merawat gatal-gatal, merah dan alahan kulit

RenoSkin Medic Serum


Syukur sangat Fadzi dan keluarga memang tak ada masalah eczema atau kulit sensitif. Tapi Fadzi ada masalah kulit kering terutamanya kalau berada dalam keadaan berhawa dingin jangka masa yang lama.


Sekarang ni kan malam-malam Fadzi tak boleh tidur dan asyik terjaga sebab panas. Jadi Fadzi pun buka air cond masa tidur. Masalahnya, bila tidur dalam air cond, pagi besoknya bangun kulit muka akan berasa agak kering dan tegang. Kulit bahagian lengan pun rasa gatal-gatal sebab kering. Yang paling kering adalah di bahagian betis. Memang agak teruklah. 

Fadzi baru cuba RenoSkin untuk beberapa hari. Kurang sikit rasa kulit kering ni. Tak ada lah rasa tegang je bila duduk lama dalam air cond. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ResnoSkin ini jugak kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi yang membantu untuk melindungi kelembapan kulit serta memperbaiki sel-sel kulit.  

Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam RenoSkin adalah:

  • Ekstrak Buah Zaitun 
  • Herba Rosemary 
  • Ekstrak Kelapa Asli  
  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Vitamin K


Bahan-bahan dekat atas ni mampu untuk menjadi agen pelembap semula jadi, anti radang dan juga sebagai anti-bakteria serta anti-kulit.
Agen Pelembap Semulajadi - mampu memberi kelembapan hingga 6 jam untuk satu sapuan serta mengelakkan kulit gatal-gatal serta kering menggelupas
Anti-Radang - mampu membantu mengurangkan gejala kulit kemerahan dan bengkak
Anti-Bakteria Dan Anti-Kulat - mampu membantu meyekat pertumbuhan aktiviti bakteria dan kulat serta kulit bebas daripada kuman

Packaging, Tekstur Dan Harga RenoSkin Medic Serum

RenoSkin ini datang dalam bentuk botol pam 80ml. Harga untuk satu botol cuma RM65 (Semenanjung) dan RM69 (Sabah & Sarawak). Bagi Fadzi harga dia agak berbaloi dengan isi kandungan dia. Lagipun, RenoSkin ni banyak kegunaan dia selain untuk eczema dan kulit sensitif.


RenoSkin Medic Serum


Tekstur dia pula antara likat dan cair. Tak terlalu cair macam air dan tak terlalu likat macam krim. Lebih kurang macam minyak. Cecair dia berwarna putih/kuning cair yang jernih. Bau dia tersangat mild tapi sedap je. 

Dengan sekali pam je, korang boleh sapu keseluruhan satu anggota badan korang. Contohlah kan, Fadzi nak sapu dengan lengan. Fadzi pam sekali, cecair RenoSkin yang keluar tu boleh cover keseluruhan dari bahagian siku hingga ke bahagian pergelangan tangan Fadzi. Jangan pam banyak banyak kali, membazir je nanti.

Pada Fadzi, serum ni agak ambil masa untuk meresap ke kulit. Tapi bila dah meresap, Fadzi rasa kulit Fadzi lembut  dan lembap. Bau pun wangi juga. So far, Fadzi puas hati dengan RenoSkin sebab boleh elakkan kulit Fadzi dari kering di bawah penghawa dingin.  

Bagi yang ada masalah kulit seperti eczema atau proriasis atau masalah-masalah kulit lain, korang bolehlah cuba RenoSkin sebagai rawatan alternatif kulit. Tak salah kita mencuba, mana tahu berkesan untuk korang jugak kan?

Untuk maklumat lanjut atau nak dapatkan produk RenoSkin ni, korang boleh tengok website, Facebook atau Instagram RenoSkin. Link Fadzi kongsikan dekat bawah.


Question of the Day

Korang ada masalah kulit tak? Apa petua orang tua yang korang pernah pakai untuk merawat masalah kulit korang? Kongsi sikit.


{ 19 comments.. read them below or add one }

Sally Samsaiman Sally Samsaiman 08 February, 2018
Sally pun guna masa kena percikkan minyak kat perut masa goreng tofu..hahaha...habis melecur kulit perut..serum ni buat Sally rasa selesa..tak rasa pedih masa kena air, tak rasa gatal bila parut tu mengering dan terkopek sikit. Sally masih sambung pakai walaupun tinggal parut hitam je..mana tau kot boleh hilang parut tu kan?
Hasrul Hassan Hasrul Hassan 24 April, 2018
Minyak kelapa dara dalam produk ni memang bagus. Terbukti dah banyak perawatan yang libatkan masalah kulit, guna produk yang ada bahan ni in Sha Allah beri kesan positif.
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 August, 2018
Sakit tu kena minyak. Kita cuba ni boleh hilang parut tu
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 August, 2018
Betul tu. Minyak kelapa dara banyak khasiatnya
syiera firdaus syiera firdaus 10 August, 2018
Banyak jugak ye kegunaan renoskin ni. Wajib simpan satu dekat rumah. Mana tau melecur ke apa. So far syira pun tak dak masalah ekzema. Bahan yg digunakan pun terjamin selamat.
JMR JMR 10 August, 2018
tQ SHARING! Rasanya perlu dapatkan renoskin tu utk my 2nd son..kulit dia terlalu sensitif..nak nak lepas dia menggaru.
adianiez AIDA adianiez AIDA 10 August, 2018
ada jugak baca pasal ni.
time google ekzema Ijat.
yes. kita ni mak-mak kena la ada satu back up gini ekk.
bak kata sally tu, kena percikan minyak.
aida biasa kena. hadoi lah...
bahan2 renoskin ni pun bagus aida baca tu.
Sarah Amirudin Sarah Amirudin 10 August, 2018
Macam best je product ni. Sebab i kadang kadang pun ada masalah kulit. Haha. Boleh jugak kalau nk try.
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 10 August, 2018
Tak pernah lagi dengar pasal produk ni. Anak pun ada masalah eczema, selalunya kalau kena akan bawa dia jumpa doktorlah. Kalau dah ada produk ni, senanglah sikit
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 11 August, 2018
Banyak jugak ya kebaikkan Renoskin ni, nampak gaya kena simpan jugak satu kat rumah ni. Incase ada emergency cam terpercik minyak boleh le pakai..kalau tak, boleh suh Aeysha pakai, kulit dia memang sensitif...cepat kering n naik gatal2
iffah hussin iffah hussin 11 August, 2018
Bagus yea...RenoSkin ni untuk mereka yang mengalami kulit sensitif! Boleh suggest dekat kawan yang mengalami kulit sensitif mana tahu guna ni boleh baik, betul tak?
Mimi Azirah Mimi Azirah 11 August, 2018
Kalau anak anak ada ekzema memang bagus sangat cuba dan amalkan produk renoskin sebab selamat untuk digunakan.boleh share dengan kawan pasal produk ni nanti
Abby Onety Abby Onety 12 August, 2018
Kulit sensitif tak boleh pakai sembarang produknya. Untuk ada produk macam ini yang sangat membantu menjaga kulit yang sensitif. Best ya lengkap dan resmi.
Ibu Syurga Ibu Syurga 12 August, 2018
Serum medik untuk kulit sensitif ya sis,berita baik tu. Senang lah nak jaga kecantikan walaupun kulit mudah merengsa
Mama Hakim Mama Hakim 12 August, 2018
Kulit sensitif dan ekzema memang sangat rumit untuk di jaga, semoga produk ini dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Lega kalau sesuai
Mazni Azmi Mazni Azmi 13 August, 2018
pernah jumpa keluarga di pusat membeli belah yang banyak anak anaknya mempunyai masalah kulit sensitif. Memang susah nak jaga
Precious Cla Precious Cla 13 August, 2018
Jujur, saya belum pernah guna produk ni dan tak tahu nak komen apa. Tapi tengok review orang ramai, produk ni berkesan dan baik. Thanks untuk info ni.
rubydotmy rubydotmy 14 August, 2018
Bagusnya produk ada satu jenis yang boleh kita pakai untuk Serum. Selebihnya guna la produk yang lain. Macam Cleanser dari jenama lain. So kita tak membazir dengan produk yang sedia ada. Serum memang penting. Jika dulu kita fokus mencari toner yang serasi. Sekarang ni Serum lg penting sebab ia lebih mudah meresap. Kemudian essence juga penting. Pakai mana yang serasi dan kesan sampingan dia adalah Fadzi jadi cantik. Hehehe.
Nasa Azman Nasa Azman 14 August, 2018
Nampaknya berita baik untuk mereka yang ada kulit sensisitf dan masalah kulit ekzema. Memang baguslah lepas ni boleh kurangkan kulit gatal