Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

July 02, 2018
Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster | Anak korang jenis macam anak Fadzi tak? Even lepas mandi pun, main sekejap dah berpeluh satu badan termasuklah rambut dia. Aneeq ni dah lah sejenis rambut tebal. Kalau berpeluh memang cepat berbau.

Selama ni Fadzi duk mencari jugak shampoo yang boleh tahan lama. Banyak dah cuba tapi sama jugak baunya. Bila dapat tau Carrie Junior ada keluarkan shampoo baru, terus Fadzi nak cuba.  

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Fadzi baru tau yang Carrie Junior ada keluarkan shampoo baru namanya Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster. Katanya bau dia boleh tahan sampai 24 jam. 

Shampoo ni dirumus khas untuk kanak-kanak sebab kulit kepala dan rambut kanak-kanak kan halus dan sangat sensitif. Nak nak pulak Aneeq ni jenis main sampai berpeluh dan rambut berbau peluh. Shampoo ni selamat untuk digunakan setiap hari sebab ianya ada pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. . 

Bau Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Kalau korang bau Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni mesti korang rasa best sangat. Bau Perky Peach Fruity Burst sangat sedap sampai Fadzi sendiri sorok-sorok pakai shampoo ni hahahha.

Yang lagi best, ada satu hari tu, Fadzi dengan suami duk tengah mandikan Aneeq. Lepas tu suami Fadzi kata bau shampoo baru Aneeq ni wangi sampai dia rasa nak gigit-gigit kepala Aneeq. Amboi sangat kan?

Fadzi baru je dalam 2 minggu pakai kan shampoo ni untuk Aneeq. Dan Fadzi suka shampoo ni sebab bau dia lama. Kalau sebelum ni, Aneeq mandi lepas tu dia main lari-lari, memang terus berbau rambut dia dengan bau peluh. Sekarang ni, Fadzi tak perasan langsung bau busuk peluh dekat kepala dia.  

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Tekstur Dan Warna Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Tekstur Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni sama je dengan produk dia yang lain. Tak terlalu cair dan licin. Pam sekali je dah cukup untuk satu kepala. Tak payah pam banyak-banyak kali. Boleh jimat sikit.

Warna shampoo ni pulak oren kuning cair. Cantik jugak lah warna dia. Dan dan, bila lepas mandikan Aneeq guna shampoo ni, bau wangi Perky Peach melekat dekat tangan Fadzi. Lama juga. Sedap bau.    

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Harga Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni datang dalam dua saiz iaitu:

  • 280g    RM10.10 (Semenanjung)    RM10.60 (Sabah & Sarawak)
  • 700g    RM20.70 (Semenanjung)   RM21.70 (Sabah & Sarawak)


Kalau korang nak beli Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni atau produk-produk Carrie Junior yang lain, korang boleh cari dekat kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Fadzi kalau nak senang memang cari dekat Giant je. Sebab Fadzi memang kalau pergi beli barang dekat Giant je.

Since Aneeq baru 3 tahun, dia tak kisah pun bau apa sabun dan shampoo dia. Asalkan bersabun dan bershampoo, dah kan. Mak bapak dia lah yang concern pasal bau tahan lama ke tak, bau sedap ke tak.

Tapi so far, Fadzi dengan suami memang suka dengan bau wangi Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster dan paling seronok bila bau dia memang tahan lama. 

You Might Also Like

34 comments

  1. terbaek produk ni :)

    jemput join segmen ejulz :)

    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. Macam menarik la... kalau org dewasa try takpe ke eh...
    sbb kdg shampoo org dewasa pon cam xde efek sgt je. Bau gak kepala bile peloh

    ReplyDelete
  3. Carrie Junior ni dari ruby kecik pun guna. La ni guna kat anak-anak pula. Kita cium dia pun sedap bau. Anak lelaki kuat berpeluh. Bau masam dia lain macam wo. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Budak laki punya masam lain macam hahahah

      Delete
  4. Carrie junior memang wangi dan produk terbaik untuk kanak kanak.anak anak mimi memang guna produk nih dari dulu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasa tukar-tukar jugak. Tapi so far carrie junior paling best

      Delete
  5. Kalau sebut CJ ni...anak akak, anak- anak buah menjerit2 suka..maybe sebab karakter cute kan..wangi dan dah selamat di wakafkan kat rumah seremban

    ReplyDelete
  6. wah ada mainan ni, kena belikan untuk anak sedara kak lily si aakif tuh lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mainan dia kecik je tapi boleh lah bawak umpan pergi mandi hehehehe

      Delete
  7. Suka dengan shampoo ni, anak buah Tarot pon pakai shampoo ni

    ReplyDelete
  8. Haa.. memang best bau dia. . Irfan guna yg warna biru.. Kalau dah mandi sure lebih sejam dlm bilik air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, over tau diaorang mandi sampai sejam. Nasib baik tak habis satu botol satu hari hehehe

      Delete
  9. ni produk ohsem ni, fadzi.
    ijat terpikat dgn produk ni, hasutan iklan kat tv.
    gajah tu kuar dari bath tub kalau x silap.
    lagipun wangi!
    aduhai, semerbak. sedap cium dia lepas mandi.
    kakak-kakak pun songlap Ijat punyer nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha haah iklan tu keluar dalam bath tub huhuhu

      Delete
  10. Anak saya suka sungguh dengan produk CJ ni. Memang sentiasa kena simpan stok kat rumah. Kami pun kadang-kadang tumpang guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh saya ingat kan kiteorang laki bini je suka tumpang. Hahahha. Rupanya mak ayah orang lain pun suka tumpang mandi guna carrie junior anak juga

      Delete
  11. Huda pun suka anak-anak mandi dengan Carrie Junior. Bau wangi dan tahan lama, berbaloi sangat dengan harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya suka sebab bau dia tahan lama

      Delete
  12. Best sangat shampoo carrie junior odour buster ni sebab bau nya wangi sangat. Suka product carrie junior ☺

    ReplyDelete
  13. Carrie junior memang jenama yang kita dah lama dengar, Mama sekolah rendah lagi pun dah selalu keluar di tv. Lagu tema iklan pun tak tukar sampai hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, saya tak tau pun lagu tema tu dari dulu lagi

      Delete
  14. Anak anak yang lasak dan sedang membesar memang seanang dan banyak berpeluh. Sebab tu sabun yang sesuai penting untuk wangikan mereka. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu, anak saya mandi sekejap, main tak sampai setengah jam dah masam semula hahaha

      Delete
  15. Anak anak kalau mandi dalam tab mesti suka sebab buihnya banyak dan berbau wangi. Satu lagi, kena cek juga bahan produk mandi ni selamat atau tidak untuk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far tengok feedback orang lain kata carrie junior ni okay

      Delete
  16. Kak pun memang suka produk Carrie junior, belikan utk cucu memanglah suka sangat

    ReplyDelete
  17. Carrie Junior produk lajen. Dulu kecil2 mak selalu beli. Wangin, bagi hamper baby kepada kawan pun Ika beli yg ada Brand Carrie Junior.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lejen habis. Dulu pakai bedak carrie junior masa dekat asrama sekolah menengah

      Delete