Cara Beli Barang China Murah Dengan SGShop Malaysia

August 28, 2018
Cara Beli Barang China Murah Dengan SGShop | Perasan tak kebanyakan barang yang ada dijual di Malaysia ni buatan China? Kalau rasa barang-barang China yang dijual dekat Malaysia ni mahal, apa kata korang beli sendiri barang China murah dengan SGShop Malaysia?  


Cara Beli Barang China Murah Dengan SGShop Malaysia

SGShop Malaysia

Bagi yang masih tak tau. SGShop adalah satu website yang mana korang boleh beli barang-barang daripada China. SGShop ni tak jual apa-apa tau tapi lebih kepada jadi "orang tengah" atau forwarder.

Dengan kata yang lebih mudah, korang beli 10 barang daripada kedai di China yang berbeza dan barang-barang tu semua akan dikumpulkan oleh SGShop sebelum dihantar ke alamat korang.  

Features Dalam Website SGShop Malaysia

Dalam website SGShop Malaysia ini ada beberapa features yang bagi Fadzi agak menyenangkan kita yang nak membeli dekat sini. 

Member Center SGShop

Member 
Dalam bahagian Member Center, korang boleh tengok Points, Credit Balance, Rewards, Message dan Notice daripada SGShop.

Dekat bahagian Member ini juga, korang boleh tengok Status Order, Favourites (Barang dalam Wish List), Account History dan Topup atau Withdraw Money. Segala Setting termasuk Payment Password, Mailing Address dan kalau perlu update details korang pun boleh dibuat di bahagian Member.

Kalau ada masalah dan korang nak complain apa-apa, korang boleh Submit Ticket kepada Customer Service diaorang. Ataupun gunakan ruangan Chat diaorang pun boleh.

Categories
Bawah Categories ni, korang boleh pilih dan cari barang mengikut kategori masing-masing. Contoh kalau korang nak cari baju lelaki, korang klik pada tab What's In Store - Categories - Men's Fashion - dan pilih sub kategori di bawah Men's Fashion tu. 


SGShop Shop For Me, Buy For Me

Buy For Me
Kalau korang ambil option Buy For Me, korang cuma perlu register dengan SGShop saja. Lepas tu, SGShop yang akan deal untuk beli barang korang dengan supplier. Pembayaran pun cuma bayar pada SGShop saja untuk pembayaran pertama dan kedua.

Ship For Me
Kalau ambil option Ship For Me, korang kena register SGShop dan e-commerce yang lain. Korang akan deal dengan supplier sendiri untuk beli barang. Untuk pembayaran pertama korang kena bayar direct pada supplier dan pembayaran kedua buat kepada SGShop. 


Smartshop
Smartshop 
Kalau korang nampak logo Smartshop dekat mana-mana barangan yang korang pilih, pembelian barang tersebut dah termasuk dengan shipping cost. Bila barang yang ada Smartshop tu dah sampai ke warehouse SGShop, terus check dan hantar ke Malaysia. Kiranya tak ada lah dua kali bayaran.

Kalau ikutkan Fadzi, option Smartshop paling senang dan cepat. Tapi nak cari barang yang ada logo Smartshop tu agak susah. Kalau SGShop boleh buat filter untuk keluarkan barangan yang ada logo Smartshop saja pun bagus juga. Lagi senang.

Cara Beli Barang China Murah Dengan SGShop

Disebabkan hari tu baru je Fadzi beli barang China murah dengan SGShop, Fadzi nak kongsikan dengan korang step by step cara untuk beli barang China dengan SGShop ni.

Register website SGShop

1. Register atau Login ke website SGShop. 

Bagi yang belum register lagi dekat website SGShop ni, korang boleh pergi ke website www.sgshop.com.my dan register dekat sini - REGISTER SGSHOP.

Dekat sini korang kena masukkan email, username, password dan phone number lepas tu klik butang REGISTER. Jangan lupa untuk klik check box accept term and conditions tu sekali. Nanti korang akan dapat validation code. 

Register SGShop

Lepas setel semua, korang dah boleh mula shopping barang China murah dengan SGShop!

2. Cari Barang Yang Nak Dibeli

Ada dua cara untuk korang cari barang yang nak dibeli dengan SGShop ini.

Cari Barang Yang Nak Dibeli

Yang pertama, korang boleh guna SEARCH button yang ada di belah kanan atas. Dekat ruangan "Please enter keywords or product URL" tu, korang boleh taip barang apa yang korang nak atau copy paste link URL daripada website Taobao atau Tmall.

Yang kedua, korang boleh klik dekat tab "What's In Store" di bahagian atas kiri, di sebelah logo SGShop. Dekat situ ada banyaaakkkkkk kategori barang yang korang boleh beli.  

3. Buat Pilihan Barang

Bila korang dah pilih barang apa yang korang nak beli, korang boleh pilih design, saiz dan kuantiti barang tu. Kalau ada apa-apa nota korang nak tambah untuk supplier, korang boleh taip dekat bahagian "Remark".

Buat Pilihan Barang

Sebagai contoh pilihan preferences, kita guna baju tshirt ni.
  1. Pilih warna
  2. Pilih Saiz
  3. Pilih kuantiti
  4. Tulis remark kalau korang nak tinggalkan nota untuk supplier

Bila dah puas hati dengan semua pilihan, tekan butang "Add To Cart" (5). 

Korang boleh teruskan shopping atau kalau korang dah siap shopping, klik "My Cart" di bahagian kanan atas dan klik "View Cart". Dekat situ nanti, korang boleh tengok semua barang yang korang dah beli. 

Dekat bahagian itu juga, korang akan dapat tengok total berapa RM barang-barang yang korang kena bayar. Kemudian klik "Next' sampai korang jumpa bahagian "Pay Order".

4. Buat Pembayaran Pertama

Untuk pembayaran yang pertama ini, korang kena bayar harga barang dan juga harga domestic shipping. Domestic shipping ni untuk penghantaran dari kedai third party ke warehouse SGShop di Guan Zhao. 

Pembayaran pertama SGShop

Pembayaran pertama: Harga barang + domestic shipping (kalau ada)

Dalam gambar dekat atas ni, korang boleh nampak Domestic Shipping tu RM0.00. Sebab Fadzi pilih semua barang yang mana Domestic Shipping nya (kos penghantaran daripada supplier ke warehouse SGShop) adalah percuma. Jimat sikit duit.

Pembayaran pertama SGShop

Di bahagian ini, korang boleh pilih cara pembayaran korang. Pilih sama ada nak guna:
  • Account Balance - Boleh topup atau withdraw guna ATM transfer atau online banking.
  • Visa/Mastercard - Ada transaction fee 2.35% atau RM0.50, yang mana lebih tinggi. 
  • FPX - Ada transaction fee RM2.00.
  • Online Banking - Ada transaction fee 2.8% + RM0.80.
Bila dah pilih jenis pembayaran, klik butang "Next" dan korang akan dibawa ke page untuk pembayaran. Bila korang dah buat pembayaran, korang akan dapat notification melalui email dan juga SMS.

SGShop email verification

Setiap kali barang daripada supplier sampai ke warehouse SGShop, korang pun akan dapat notifikasi melalui email dan SMS. Pendek kata, kalau ada update pasal barang yang korang beli tu, memang SGShop akan bagi notification lah. Baru rasa lega sikit kan?

SGShop Parcel Arrived Email Notification

Kadang-kadang ada barang yang asalnya harga agak mahal, tapi bila kita dah bayar harga mahal tu, tiba-tiba dia turunkan harga. Jadi macam tu sebab bila Fadzi tengah pilih-pilih barang, lepas tu Fadzi peram 2 3 hari baru buat bayaran. Tiba-tiba supplier turunkan harga.

Jadinya, SGShop akan ikut harga terbaru dan refund semula duit tu dalam akaun kita dalam bentuk credit.
SGShop Price Discrepancy Email Notification

Ada masa pulak, ada barang harga dia naik. Samalah kes nya dengan kat atas. Fadzi peram dan tiba-tiba harga barang tu naik. SGShop akan bagi notifikasi problematic order untuk korang buat pilihan sama ada nak refund atau proceed dengan order.

SGShop Problematic Order Email Notification

Punya lah Fadzi lama fikir pasal harga barang yang naik tu. Tiba-tiba dapat notification lain bagitau produk tu dah out of stock. Jadi, SGShop refund je lah dalam bentuk credit juga.

SGShop Refund Email Notification

Kalau korang nak tengok barang apa yang dah sampai dan barang apa yang belum sampai atau apa status setiap order, korang pergi ke Member - My Order - AllDekat bahagian Status setiap barang diaorang akan update apa status barang tu.

Status Barang

Order Status
Kalau ada order status yang korang agak-agak kurang faham, korang boleh refer dekat sini - Order Status SGShop.

Kalau korang nak tengok barang-barang yang dah sampai dekat warehouse pulak, korang boleh pergi ke Member - My Order - Arrived China Warehouse

Arrived in China warehouse

Dalam gambar dekat atas ni ada Fadzi highlight kan satu barang ni. Rupa-rupanya ada barang yang tak boleh dibawa shipping dengan Air Shipping. Jadi untuk LED light tu Fadzi kena pilih Sea Shipping.

5. Buat Pembayaran Kedua

Dalam masa 1 hingga 5 hari, kesemua barang yang korang dah pilih akan dihantar dan dikumpulkan di warehouse SGShop. Kesemua barang akan diperiksa supaya tak ada kerosakan dan sebagainya. 

Submit Delivery

Bila barang dah sampai di warehouse, korang boleh klik "Submit Delivery". Masa ini lah korang kena buat pembayaran kedua. Pembayaran kedua ini termasuk international shipping fee, service charge dan juga clearance fee untuk pihak SGShop.

Update Address And Shipping Method

Bila korang dah submit delivery, korang akan dibawa ke page macam dekat atas ni. Nanti korang check lah betul atau tidak Total Order korang cukup items nya. 
1. Letak alamat rumah di Malaysia dan nombor telefon.
2. Pilih Shipping Method mana yang korang nak guna. 
3. Dan bila dah confirm, klik butang Next.

Oh ye, international shipping tu korang boleh pilih nak guna shipping yang mana. Harga dan masa penghantaran adalah berbeza ikut shipping method yang korang pilih.
  • Express Air
  • Economy Air
  • Special Air
  • Sea Shipping 

SGShop Shipping Methods

Gambar dekat atas ni harga dan masa penghantaran untuk setiap kaedah shipping. Paling murah Sea Shipping tapi ambil masa agak lama. Kalau guna Air Shipping mahal sikit tapi lebih cepat.


Shipping Fee SGShop

Bila korang tekan butang Next lepas pilih Shipping Method tu, akan keluar page macam dekat atas. Page ni lebih kurang macam summary untuk harga second payment korang. Belah atas diaorang akan tunjukkan Shipping Method apa yang korang pilih, berat kesemua barang yang korang beli, payment pertama dan juga Shipping Fee.

Bila korang klik pada Shipping Fee tu, akan ada pop up text box yang tunjukkan pula macam mana harga berat barang korang dikira, original Shipping Cost, Clearance Fee dan Discount.

Kalau ikutkan Shipping Cost barang-barang Fadzi total semuanya RM134 tapi sebab ada diskaun RM20.10, Shipping Fee jadi RM114.88. 

Dekat page yang sama, bila korang scroll sikit ke bawah, korang akan dapat tengok berapa jumlah sebenarnya yang korang perlu bayar.
Total Second Payment SGShop

Untuk pengiraan pembayaran kedua ni, korang boleh tengok formula dekat bawah. Tapi korang tak perlu pening-pening kepala sebab diaorang dah kirakan siap-siap untuk korang. Korang tinggal nak bayar je.


Pembayaran kedua: International shipping fee + service charge + clearance fee 

Bila dah setel semua bayaran, korang boleh duduk rileks dan tunggu barang korang sampai. Waktu ini, dalam sehari barang-barang korang akan di'repack' untuk dihantar ke Malaysia. Kalau nak tengok status, korang boleh pergi ke Member - My Order - My Collection.


Order Status Repacking
Sekarang dah boleh goyang kaki tunggu barang korang sampai. Kalau nak lebih faham, korang boleh tengok video yang Fadzi buat dekat bawah ni. Senang sikit nak follow cara beli barang China murah dengan SGShop.


TIPS:
Fadzi nak share sikit tips untuk membeli belah dengan SGShop untuk lebih jimat.
  1. Cari barangan yang tak ada "Domestic Shipping". 
  2. Bandingkan harga barang yang korang nak beli tu. Ada kedai yang jual harga yang mahal dan ada jugak kedai yang jual dengan harga yang jauh lebih murah.
  3. Pilih penghantaran secara Sea Shipping. Walaupun lebih lambat tapi lebih murah.
  4. Tunggu semua barang dah sampai dekat warehouse SGShop di Guan Zhou, baru submit delivery untuk penghantaran ke Malaysia.
  5. Cari barang yang ada logo Smartshop supaya korang tau total nak bayar awal-awal. Tak perlu bayar 2 kali sebab kalau barang yang ada Smartshop ni, dia total kira satu harga daripada harga barang sampai ke shipping.

Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal SGShop Malaysia ni, korang boleh lawat:

Website: http://www.sgshop.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/SGshopMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/sgshop_malaysia/

Sekarang ni SGShop tengah buat promosi gila tau sempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 ni.


Buat pembelian dan Pembayaran Pertama dalam tarikh

28 Ogos 2018 hingga 31 Ogos 2018

Dan korang akan dapat diskaun:
RM10 off untuk barangan yang dibeli atas RM199
RM20 off untuk barangan yang dibeli atas RM299
RM30 off untuk barangan yang dibeli atas RM399
Dan dapat Free Service Charge jugak

Nak lagi best? Guna code voucher dekat bawah ini untuk dapat extra 10% diskaun untuk international shipping fee.

FADZI10%

Korang boleh baca dekat sini untuk Terms & Conditions. - Celebrate Malaysia's 61 Birthday Promotion.

Baca sini untuk tengok barang apa yang Fadzi beli dekat SGShop dan apa condition dia apabila dah sampai ke Malaysia - SGShop Haul.


You Might Also Like

34 comments

  1. Selalu beli kat sini...barangan memancing murah2 je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, ada nampak entry elih pasal SGShop ni. Sebelum shopping hari tu dah survey survey jugak blogger lain buat

      Delete
  2. mcm best jer..nak try la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak fuzy. Pilih barang-barang yang murah tau

      Delete
  3. Banyak platform belian barang2 sekarang ni. Menyenangkan dah. Kalau barangan dari china kena pilih yang betul2. Ada yang kualiti hem.....tapi kalau murah...berbaloi la kot dengan apa yang kita akan dapat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kali kedua saya shopping dekat SGShop. Masa first tu beli android box dengan powerbank. So far, dua dua barang tu okay. Dah 2 tahun dah

      Delete
  4. Bagus la..byk tawaran dan plg menarik bleh dpt refund sbb ikut harga semasa..lain dr yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik boleh refund. Kalau tak mereput huhuh

      Delete
  5. airah pun suka cuci mata dekat sgshop ni tapi tak pernah beli lagi.banyak sangat dah masuk wishlist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya kan. Banyak barang murah, banyak pilihan pulak tu

      Delete
  6. skarang byk je portal shopping online...tk pernh try lg bli brg thru SGShop..tq share tips tu utk yg nk start shopping kt SGShop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Mana tau one day akak nak shopping dekat sgshop kan hehehe

      Delete
  7. Kalau beli barang kat sgshop memang mata jadi rambang sebab murah2. Pernah beli dekat sgshop sampai sakit kepala tak tahu nak beli apa.. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahha saya pun pening nak beli ape tau. Semua murah dan banyak sangat pilihan

      Delete
  8. Makin mudah la shopping barang dr China. As long as website ni truster, ok je walaupun lambat sket sampai. Kan guna airfregiht, lain la plak harga dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah 2 kali beli dekat sini. So far memang semua barang sampai

      Delete
  9. Tak pernah try lagi shopping kat SG Shop ni. Tapi pernah la jugak cuci mata kat situ. Murah rupanya bandingkan dengan website lain cuma kena pandai pilih je la item dan faham konsep SG Shop ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena pandai compare sebab setiap seller jual lain lain harga

      Delete
  10. Saya dah buka link web sg shop. Semua barangan diorg cantik. Harga pun ada yang mahal dan murah . Hehe . Thanks for sharing 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada barang murah dan ada barang mahal. Kene pandai compare harga

      Delete
  11. akk memang tak pernah beli kat sini..tak kuat lagi nak membeli hahahahahah..karang terbabas belanja..tapi ramai yang kata shopping kat sini memang murah dan berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha saya pun hampir hampir terbabas walaupun dah letak limit :p

      Delete
  12. First time dengar online shopping website nie. Kalau dah ada yg review so boleh lah cuba. Sbb takut kne tipu. Terima kasih kongsi guidelines utk membeli di sgsshop nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 2 kali saya shopping sini. Alhamdullilah 2 2 kali semua barang sampai selamat

      Delete
  13. Teringin juga nak shopping kat SgShop lepas tengok fadzi beli barang kat sana. Nanti free time nak belek apa yang nak beli nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Make sure ada letak limit tau berapa nak belanja. Fadzi dah hampir hampir nak terbabas beli barang dekat sini hahaaha

      Delete
  14. Wow! Thank you! I've always love shopping online.been buying on various channels now got this with discount lagi! Best

    ReplyDelete
    Replies
    1. They always make new promotion. go and check them out

      Delete
  15. Nak beli barang dari china pun senang sekarang ni kan, cuma selamat ke nak beli dari china ni? barang sampai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah shopping dekat sgshop 2 kali ibu. alhamdullilah 2 2 kali semua barang sampai dengan selamat. Ada kemek sikit tapi masih boleh digunakan

      Delete
  16. Barang barang dari china memang murah, sebab tu ramai orang meniaga suka borong terus dari sana saja. sampai bila kan? Sampai masa jadi mahal juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ni. Ramai yang beli borong dari china untuk jual balik dekat malaysia

      Delete
  17. I'm already addicted to online shopping blow I got more place to spend lol

    ReplyDelete