Perkembangan Baby Newborn Anas

October 30, 2018
Perkembangan Baby Newborn Anas | Masa Aneeq dulu Fadzi tak ada pun buat entry pasal perkembangan dia. Dan Fadzi rasa agak menyesallah sikit sebab banyak perkembangan Aneeq yang Fadzi dah tak ingat.


Perkembangan Baby Newborn Anas

Jadi kali ini, untuk Anas, Fadzi nak buat perkembangan Anas setiap bulan. Nak tulis buat kenangan apa yang terjadi pada Anas, apa yang Anas boleh buat setiap bulan. Nanti bila dah tua, Anas dah besar dan rasa rindu pada dia, boleh lah Fadzi throwback dekat entry blog ni je. 

Perkembangan Baby Newborn Anas

Okay, perkembangan untuk Anas masa dia mula-mula baru lahir. Dari keluar perut Mak sampailah 4 minggu. Cukup masuk umur Anas sebulan.


Perkembangan Baby Newborn Anas

Minggu 1

Dalam minggu pertama ni, Anas duduk di hospital. Kebanyakan masanya Anas duduk dekat dalam Nursery. Tak banyak perkembangan yang Fadzi boleh nampak sebab Fadzi datang ke hospital pun sekejap sekejap je. Sempatlah juga direct breastfeed Anas. 

Tapi tiap kali Fadzi datang untuk melawat dan susukan Anas, nurse yang jaga kata Anas aktif, tak nangis teruk pun. Setakat ook ekk ook ekk nak susu atau buntut dah basah je.


Perkembangan Baby Newborn Anas

Minggu 2

Minggu kedua ni pulak Anas dah boleh keluar hospital. Most of the time Anas masih kuat tidur sebab ada jaundis sikit. Jadi Fadzi dan Zul lebih kepada nak menyusukan setiap 2 jam, dan tukar diapers bila Anas berak.

Dalam minggu ini jugak, Fadzi dan Zul cuba untuk biasakan diri handle baby baru. Ye lah kan. Dah lama tinggal kerja-kerja menjaga baby kecik ni. Nak kena biasakan mandi, basuh berak dan kencing Anas.

Fadzi selalunya burp kan Anas, cara dukung. Waktu tu Anas mula cuba untuk angkat-angkat kepala dia. Tapi Fadzi kena tahan lah kepala dia supaya tak terjatuh ke belakang. 

Anas pulak bila dah masuk minggu kedua ni, dah pandai gerak gerak badan untuk pusing. Tapi of course dia tak pusing badan lagi. Cumanya ada lah nampak effort dia untuk pusing kan badan. Itu pun waktu dia lapar cari susu.

Hujung hujung minggu ni baru Fadzi berkesempatan untuk buat tummy time untuk Anas. Itu pun dua dua nampak kekok sangat. Fadzi letak Anas atas perut dan dada Fadzi. Anas duduk je situ. Dia just try nak pusing kepala je dan cuba untuk angkat. Maybe sebab tak larat lagi.

Bila Fadzi sapu tapak kaki dia guna jari perlahan-lahan, mesti Anas macam tarik kaki dan tangan dia sampai badan dia melengkun sikit. Mungkin sebab dia geli kot. Kalau ikutkan itu adalah Plantar Reflex.
  • Cuba tegakkan kepala semasa dukung pada bahu
  • Cubaan untuk pusing badan
  • Angkat kepala sekejap sekejap semasa dukung untuk burp dan tummy time
  • Bengkokkan sedikit badan kalau tapak kaki kena sentuh berulang kali

Perkembangan Baby Newborn Anas

Minggu 3

Masuk minggu ketiga ni, Fadzi dah start selalu kan buat tummy time dengan Anas. Hari pertama minggu ini Anas boleh angkat kepala agak lama jugak masa tummy time. 

Hujung hujung minggu ketiga ni, Fadzi perasan mata Anas dah boleh follow objek. Tapi kena letak objek tu dekat betul dengan mata Anas.

Dalam minggu ni Fadzi perasan yang Anas lebih kerap terjaga. Kalau 2 minggu sebelum ni, Anas lebih suka tidur je. Tapi masuk minggu ni, Anas selalu terjaga terutamanya pada belah malam. 

Minggu ketiga ni juga Fadzi perasan yang Anas lebih kerap minum susu berbanding dengan minggu lepas. Mungkin sebab minggu lepas Anas masih ada kuning. Sekarang kuning dah hilang dan kerap berjaga. Mungkin juga sebab perut dia dah makin membesar dan mampu untuk minum dengan lebih banyak.

Sekarang ni bila nak dukung Anas, Fadzi kena lebih berhati-hati sebab Anas dah pandai menendang. Walaupun tak kuat tapi risau jugak lah terutamanya masa nak mandikan Anas. Risau terjatuh dari dukungan masa dia tendang kuat.

Fadzi paling suka bila ada masanya Fadzi berborak dengan Anas, dia akan buat bunyi ohh ahh. Macam dia tengah membalas apa yang kita cakap pada dia. Fadzi layankan saja, konon-konon faham apa yang Anas cakap kan.

Bila Fadzi letak jari Fadzi dekat dalam tangan Anas, terus dia genggam. Rasa macam alooo, sweet sangat ni. Tapi sebenarnya itu adalah Palmar Grasp Reflex. Palmar Grasp Reflex ni adalah bila baby genggam bila ada objek kecil diletakkan dalam tapak tangan dia.
  • Tegakkan dan angkat kepala lebih lama masa tummy time dan dukung semasa burp
  • Mata ikut objek
  • Lebih kerap berjaga terutama pada waktu malam
  • Lebih kerap menyusu
  • Mula pandai menendang
  • Buat bunyi ohh ahh
  • Genggam tangan bila letak jari dekat tapak tangan

Perkembangan Baby Newborn Anas

Minggu 4

Tangan Anas dah mula menggenggam baju. Masa Anas menyusu, Anas akan grab belakang badan Fadzi atau dia akan genggam baju Fadzi. Masa Zul mandikan Anas pun dia sempat genggam baju Zul. Hujung-hujung minggu keempat ni pulak, Anas dah pandai grab dada Fadzi masa menyusu. Siap kena cakar woih. 

Bila kiteorang dukung Anas, mata Anas pandang je dekat muka kiteorang. Mungkin sebab pengelihatan baby kan agak terhad. Jadi bila kiteorang dukung die, baru dia nampak jelas muka mak ayah dia. Pandangan Anas ke arah muka pun makin lama. Tenung bukan main lama dan kusyuk tau.

Kaki Anas makin kuat. Setiap kali mandi dalam bath tub atau sink, Anas akan gunakan kakinya untuk menendang. Makin risau dibuatnya.

Hujumg-hujung minggu keempat ni, baru Fadzi perasan yang Anas suka tengok cermin. Fadzi bila nak burp kan Anas, Fadzi berdiri sebelah dengan cermin besar. Fadzi perasan yang kepala Anas asyik pusing ke belah kiri. Bila Fadzi tengok semula, rupa-rupanya Anas tengah tengok cermin. 
  • Genggam baju orang
  • Pandang muka dengan lebih lama apabila didukung
  • Makin kuat menendang
  • Suka tengok cermin

Setakat sebulan dengan baby baru ni, Fadzi masih lagi waras hahahha. Kurang tidur pada waktu malam itu dah pasti. Minggu ni Zul dah mula kerja dan Fadzi yang handle Anas dan Aneeq waktu siang.

So far, masih mampu nak kawal. Aneeq pun dengar cakap tapi kena pandai ambil hati dia. Bab memasak pun masih sempat. Anas pun behave je. Menangis kalau nak lapar, diapers penuh dan bosan berbaring dalam bilik.

Sekarang ni dah nak masuk umur sebulan Anas ni. Mesti makin banyak ragamnya. Semoga Fadzi dapat handle kedua dua Anas dan Aneeq dengan minda yang waras selalu. Heee.


You Might Also Like

44 comments

  1. jgn risau abg aneeq ada bantu fadzi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah dia banyak betul membantu

      Delete
  2. wah.. terasa macam menyesal jugak tak buat entri perkembangan harraz kat blog.. sekarang dah nak masuk 2 tahun pun.. huhu... fadzi dah buat untuk anas.. syok je nanti bila baca balik moment2 anak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. MAsa aneeq dulu tak terfikir nak tulis perkembangan dia dalam blog. Rasa rugi pulak.

      Delete
  3. Tahniah atie diatas kelahiran anas.Aneeq ada jealous tak?hehehe.semoga terus kuat untuk menjadi tunjang keluarga..biasala,ibu-ibu kan. :)
    Banyak jugak perkembangan anas dalam masa sebulan ni ye,budak-budak sekarang kenapa cepat pnadaiiii sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you thank you kak noni. Itu la kan. Nampak seram je bile tengok perkembangan budak budak sekarang ni laju betul

      Delete
  4. hehe.. nice pics of you baby, so nice bro is helping you to take care baby. It's nice bonding time for bros, precious time together nice sharing this post that you can giv him to read one day when he's older. breatmilk is good for newborn and up to 2 yrs old :D, I weaned eldest at 3yr old and half.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, your oldest wean off at 3 years. Salute!

      Delete
  5. Development baby sekarang memang cepat. Bagus anas... Dah tegap and dah pandai nak borak. Time menyusu paling best sebab bonding ibu dengan baby. Kita belek dia... dia tenung kita ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time die tenung kite tu rasa alahai, seronok betul

      Delete
  6. sekejap je dah besar anas yea.. memang patut pun fadzi catat dan update perkembangan anas kat blog.. nanti mesti bila baca balik teringat balik moment2 indah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila dieorang dah besar nanti, rindu masa dieorang kecik kecik, boleh belek balik entry entry lama

      Delete
  7. Comelnya botak minggu ketiga hehehehe tengok yang buka mata tu ala comelnya. Selamat menjalani tempoh pantang dan terus membesarkan baby Anas dengan baik menjadi anak yang berguna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nak botak kan tu payah nye lahai

      Delete
  8. Your baby looks so cute. Congrats for having a newborn in your family !!!

    ReplyDelete
  9. Amboiii kemain baby tidur macam macam gaya. Budak sekarang ni kan.. Geram je tengok. Semoga membesar dengan sihat ya

    ReplyDelete
  10. Wah tahniah fadzi. Comel baby anas. Dah lama tak bersalin jadi kekok yer. Kite bile lah nak merasa semua ni.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha haah kekok habis. Tak apa, ada rezeki nanti, lagi ramai anak untuk faries hehehe

      Delete
  11. aww sooo cute your newborn, congrats yeaa! alhamdulillah semuanya okay dan baik2 jee kan, just nice laa tu perkembangannya. moga baby membesar dengan sehat dan baik lagi 👍🏿😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah semua baik je. Senang nak handle baby baru ni hehehe

      Delete
  12. tahniah fadzi! anak kedua ni nampak tak kekok macam anak pertama sebab dah ada pengalaman. comel baby, macam muka abang dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang muke anas copy paste je abang die masa aneeq kecik kecik dulu hahaha

      Delete
  13. Good info sharing pengalaman. Boleh buat panduan org lain dan nanti kalau rindu baca entri sendirik! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tibe tibe rasa tak sanggup tenogk anak sendiri membesar. Hahahha

      Delete
  14. Assalamualaikum kak Fadzi ... Comelnya Anas ... Tanniah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam AL. Thank you thank you

      Delete
  15. Tahniah mommy dan baby. Semoga mommy dan baby sihat dan kuat. Selamat berpantang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Heheheh pantang tak pantang sangat lah ni

      Delete
  16. Comelnyaaaa anas. Mesti aneeq suka dah ada geng buat melasak lepas ni, hehe. Tahniah fadzi, moga anas membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die dah start melasak dah dengan adik die ni huaaaa.

      Delete
  17. Congratulations on your new baby, it's always so interesting to see them grow.

    ReplyDelete
  18. selamat berpatang fadzi...suka tengok baby kecik hehehehe..tak cukup tidur mmg keadaan yg terpaksa dilalui mak tang..bagus fadzi monitor perkembangan anak...at least kita tahu perkembangan tumbesarannya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuh nanti dah besar sikit dia ni, boleh lah dapat tidur lena sikit kan

      Delete
  19. alolololo assalamualaikum anas darling. hensem boy.
    welcome to the world dear.
    tahniah, fadzi. rindu nyerrrr lah bau newborn baby.
    harum nyer lain mcm. tanpa bedak. tanpa cream. tanpa perfume.
    sedap jer cium nyer, kan.
    subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam auntie hehehe. Thank you thank you

      Delete
  20. Tahniah dpt baby kedua, setiap anak yg dilahirkan sememangnya kerektor xsama,harap baby kedua tidak byk meragam..sedialah mental & fizikal dlm menjaga baby hingga dia besar.

    ReplyDelete
  21. Adudu comelnya baby. Rindu bau baby. Selamat berpantang Fadzi. Haha. Jaga diri. Semoga Anas terus sihat membesar. Hencem boy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha ape lagi kak ruby. On sorang lagi hahahha

      Delete
  22. Great milestone achieved for little baby... happy confinement and welcome to motherhood... cute baby, welcome to the world..

    ReplyDelete