Pages

  • Home
  • Fadzi Razak
  • Hubungi
  • Disclaimer
  • Sitemap

Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog

    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Perkembangan Baby Anas 2 Bulan | Alhamdullilah Anas dah pun masuk bulan pertama dia. Segala komplikasi Anas masa awal bersalin dulu dah pun settle. Tak perlu ke hospital untuk check masalah tu lagi.


    Perkembangan Baby Anas 1 Bulan

    Perkembangan Baby Anas 2 Bulan

    Hari ni Fadzi nak share dengan korang perkembangan Anas bila dia dah masuk 1 bulan ni. So far, Fadzi memang enjoy jaga Anas sebab dia tak banyak ragam sangat. 

    Minggu 1

    Dah masuk bulan pertama ni, Anas suka sangat tengok ke arah tingkap. Tingkap bilik rumah Fadzi jenis tingkap besar. Jadi memang banyak cahaya yang masuk. Bila Anas bosan-bosan baring, dia akan pandang ke arah tingkap tu. 

    Kalau positioning dia Fadzi letak terbalik daripada tingkap tu, memang terteleng-teleng lah kepala dia tengok cahaya. Risau jugak Fadzi takut lenguh kepala dia. Jadi, tiap-tiap kali Fadzi letak Anas dengan position yang senang dia nak tengok cahaya dari tingkap tu.

    Minggu ni, makin lama pulak Anas angkat kepala masa tummy time. Even masa dukung nak burp pun, Anas dah tak letak dah kepala dia dekat bahu Fadzi. Dia angkat je. Tapi Fadzi masih lagi menjaga kepala dia sebab lembik je lagi. Cuma itu lah, kepala dia memang tegak.


    Perkembangan Baby Anas 1 Bulan

    Awal bulan ni Anas ada check up dekat Klinik Kesihatan dan cucuk vaksin Hepatitis B dos kedua. Masa kena cucuk tu, Anas menangis sekejap je. Lepas tu rilek dah tidur semula. Senang hati mak.

    Bila Fadzi, Zul atau Aneeq bercakap dengan Anas, dia pandang je muka kiteorang tau. Rasa macam Anas faham je apa yang kiteorang cakapkan. Padahal, Anas pandang je. Kalau Anas tengah pandang tempat lain, tapi tiba-tiba kiteorang bersuara dekat dengan Anas, mesti dia bagi respon pandang dekat kiteorang.

    Lepas tu, bila dia pandang orang, lagi lama pulak kali ni. Kalau sebelum ni dia tengok sekejap sekejap je. Minggu ni dia tengok orang lebih lama. Kadang-kadang Fadzi tak sampai hati nak alih muka sampailah Anas yang alih pandangan dia dulu.

    Kalau bulan lepas Anas asyik buat bunyi ohh ahh je kan. Bulan ni Fadzi perasan Anas macam buat bunyi lain sikit. Lebih panjang. Tak tau nak describe macam mana tapi bunyi macam tengah berborak. 

    Fadzi perasan satu benda bila Anas sedar, tak tidur dan bila Fadzi saja main-main dengan dia, Anas suka buat eye contact dengan Fadzi. Rasa pandangan mata dia tu tepat masuk ke dalam mata Fadzi. Dan lama pulak tu.

    Yang Fadzi paling suka tengok adalah bila Fadzi pegang objek dekat depan mata Anas, dia akan ikut sambil gerakkan kepala. Kalau bulan lepas dia hanya ikut onjek tu guna mata je, kepala tak gerak. Bulan ni, dengan kepala kepala sekali dia gerak.

    • Suka tengok cahaya
    • Kepala tegak sepanjang masa burp di bahu
    • Angkat kepala lebih lama masa tummy time
    • Pandang bila dengar suara berdekatan
    • Pandang muka orang lebih lama
    • Buat bunyi lebih panjang macam berborak
    • Buat eye contact
    • Ikut objek sambil gerakkan kepala

    Minggu 2

    Masuk minggu kedua bulan pertama ni Anas dah mula senyum masa dia sedar. Biasanya dia senyum masa dia tidur je. Kali ni dia senyum masa kiteorang tengah main main dengan dia. Kali pertama Fadzi yang perasan. Kali kedua, Zul pulak yang perasan.

    Tangan Anas pulak makin lama makin pandai pegang barang. Baru baru ini dia ada pegang tag bantal Fadzi. Pegang yang bersungguh-sungguh tau bukan pegang sambil lewa gitu.


    Perkembangan Baby Anas 1 Bulan

    Masa mandi pulak bila Fadzi pegang Anas dekat bahu sambil terbalik kan dia dan kaki di lantai, Anas akan cuba untuk melonjak. Haih lah, risau jugak die lonjak tinggi tinggi, terlepas pulak dari tangan Fdzi. Jadi Fadzi kena pegang Anas betul betul.

    Sekarang ni Anas rajin bawak tangan dia dekat dekat dengan mulut. Kalau lapar je, dia akan sentuh sentuh mulut dia dan lepas tu dia macam nak makan tangan sendiri.



    • Senyum masa sedar
    • Genggam barang berdekatan
    • Lonjakkan kaki bila kaki sentuh lantai atau permukaan 
    • Bawa tangan ke mulut

    Minggu 3

    Masuk minggu ketiga ni Anas semakin suka senyum dekat orang. Mula-mula Anas akan tenung dulu muka Zul, Fadzi atau Aneeq lama-lama. Lepas tu die akan tersenyum. Ya Allah, seronok betul tengok. Fadzi tak sempat je nak ambil gambar sebab ralik tengok main dengan dia. 

    Tangan Anas pulak sekarang makin kuat dan selalu menggenggam objek. Biasanya dia akan genggam tangan orang, jari orang, baju, hujung bantal, tag bantal dan mainan gantung gantung tu. 


    Perkembangan Baby Anas 1 Bulan

    Bila dah tiga minggu bulan pertama Anas ni, Fadzi detect yang Anas berak sekali seminggu je. Tapi bila dia berak tu kan, Ya Rabbi memang banyak sangat. Lepas tu dia akan jadi lapar teruk. Tiap tiap jam akan minta susu. Kalau sebelum berak tu, dia minum susu tak sekerap ini.

    Zul pulak perasan satu hari tu, Anas menangis sampai keluar air mata. Rasanya itu pertama kali Anas menangis keluar air mata. Sebelum sebelum ni memang tak ada air mata lagi. Die menangis merengek rengek je.



    • Semakin banyak tersenyum masa sedar
    • Semakin kuat menggenggam objek atau baju
    • Berak seminggu sekali
    • Menangis keluar air mata

    Minggu 4

    Minggu keempat ni tak ada banyak perubahan sangat daripada minggu minggu sebelum ni. Cuma Anas makin suka mencebik sebelum dia menangis. Tapi mencebik cebik pun, nasib baik comel haahaha.


    Bila masuk mingu terakhir 1 bulan ni, Anas kerap menangis kalau kena tinggal lepas mandi petang. Biasanya dalam pukul 6 petang tu, Zul akan mandikan Anas. Lepas mandi tu, Anas macam minta kena teman dan pegang tangan.


    Perkembangan Baby Anas 1 Bulan

    Biasanya kalau lepas mandi petang, minum susu, Anas akan terus tidur. Tapi sekarang ni, lepas mandi, minum susu, dia still tak nak tidur. Nak kena teman dekat sebelah dan pegang tangan atau duduk atas riba atau nak kena dukung. Kalau tak menangis.

    Dan biasanya Anas akan tidur dalam pukul 7 malam sampai bangun nextnya pukul 12 tengah malam macam tu untuk minum susu. Tapi sekarang ni, dia tidur agak lewat. Dalam pukul 8 malam macam tu baru boleh tidur.

    Itu pun lepas, kena riba, kena tepuk dodoi atau dukung atau letak atas dada. Orang kata ni nak bertukar bulan. Huhuhu. Jadi kena lah bertabah sikit kiteorang. Nasib baik menangis dia bukan menangis yang jenis teruk. Menangis sikit sikit je.

    • Suka mencebik muka sebelum menangis
    • Sedar lebih lama
    • Tidur lambat sikit daripada biasa
    • Menangis minta diteman, didukung atau dipegang tangan  


    Setakat ni Fadzi masih enjoy menjaga dua orang hero. Walaupun Aneeq kadang-kadang buat Fadzi naik angin tapi most of the time, dia banyak tolong Fadzi. Tolong ambilkan barang, tolong urut kaki walaupun tak sampai 10 saat dan tolong layankan Anas masa Fadzi tengah buat benda lain.
    Continue Reading
    Cari Dan Tempah Pakej Perkahwinan Lengkap Di Pameran Pengantin MEFA 2018 | Dah nak masuk bulan 12 dah kan kita. Biasanya hujung hujung tahun macam ni, mesti Fadzi dapat banyak jemputan majlis perkahwinan saudara atau pun kawan-kawan. 

    Ada sesiapa antara korang yang merancang nak kahwin tak lama lagi? Kalau ada, Fadzi cadangkan korang pergi cari pakej perkahwinan lengkap di Majlis Pameran Pengantin MEFA 2018 nanti. Lagi senang sebab semua benda korang boleh cari bawah satu bumbung je.




    Cari Dan Tempah Pakej Perkahwinan Lengkap Di Pameran Pengantin MEFA 2018

    Fadzi rasa cara paling mudah dan jimat untuk cari dan tempah pakej perkahwinan yang lengkap adalah dengan pergi ke pameran pengantin yang selalunya diadakan pada pertengahan dan  hujung hujung tahun.



    Fadzi dapat tau yang bulan depan dekat Shah Alam Convention Center (SACC) akan diadakan satu lagi Pameran Pengantin MEFA 2018 pada 7 hingga 9 Disember 2018. Mana Fadzi tau? Mestilah Fadzi tau. Rumah betul betul dekat dengan SACC tu hehehe. 

    Rasanya ramai yang tertunggu-tunggu pameran pengantin macam ni kan? Serius boleh jimat banyak sebab waktu ini lah hampir kesemua vendor akan bagi diskaun dan tawaran yang terbaik. 




    Menarik Di Pameran Pengantin MEFA 2018

    Yang menariknya di Pameran Pengantin MEFA 2018 ni nanti, akan ada pelbagai promosi daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti selama 3 hari berturut-turut. 


    Vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling best, korang berpeluang untuk dapat pakej bulan madu secara percuma.



    Antara produk-produk yang korang boleh cari dan tempah di Pameran Pengantin MEFA 2018 nanti adalah:

    • Pakej Perkahwinan Lengkap
    • Dewan Perkahwinan
    • Kad Kahwin
    • Fotografi
    • Videografi
    • Door gift
    • Hantaran

    Selain itu jugak, korang berpeluang untuk menang cabutan bertuah yang diadakan oleh penganjur. Antara hadiah yang korang boleh menang adalah seperti:

    • Baucer
    • Barangan gadget
    • Pakej bulan madu
    • Wang tunai
    • T-shirt limited addition

    Ada lagi tau. Kalau korang adalah pengunjung yang 1000 terawal, penganjur akan sediakan hadiah istimewa. Rugi kalau tak datang awal dan tempah awal. Ada rezeki korang, insyaAllah boleh dapat.



    Korang jugak berpeluang untuk tengok pertunjukan fesyen dan make up secara LIVE di pentas MEFA selama 3 hari semasa pameran tersebut. Make up LIVE tu pulak akan dilakukan oleh MUA ternama di Malaysia.




    LIVE Make up - Jumaat dan Sabtu
    Pertunjukan Fesyen - Ahad

    Kalau korang tengah mencari vendor vendor untuk majlis perkahwinan korang yang akan diadakan tak lama lagi, korang kena pergi ke Pameran Pengantin MEFA 2018 ni. Korang boleh jimat duit, jimat masa dan jugak jimat tenaga. Semua dah ada di bawah satu bumbung.




    Pameran Pengantin MEFA 2018
    Shah Alam Convention Center (SACC)
    7 hingga 9 Disember 2018
    Jumaat hingga Ahad


    Korang boleh tengok video Pameran Pengantin MEFA dekat bawah ni untuk review pameran-pameran yang pernah diadakan sebelum ini. Kira korang boleh bajet lah apa yang korang akan lalui dan jumpa dekat pameran ni nanti.


    Untuk maklumat lanjut pasal Pameran Pengantin MEFA 2018 ni nanti, korang boleh tengok dekat:

    FACEBOOK | INSTAGRAM | WEBSITE

    P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari (012-3871775). Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan korang semua okay.

    Continue Reading
    Cari Jakarta Tour Packages Dengan Mudah Di Traveloka | Tahun 2018 memang Fadzi tak pergi berjalan-jalan ke mana-mana sebab alahan mengandung yang sangat teruk. Habis mengandung, berpantang pula. Memang sepanjang masa duduk terperap di rumah saja. 

    Bila dalam pantang ni, rasa teringin pulak nak pergi travel jauh-jauh sikit dekat luar negara. Tak ada lah jauh sangat tapi terasa nak pergi jalan-jalan ke Indonesia. Dan antara tempat yang Fadzi rasa sangat menarik untuk pergi di Indonesia adalah Jakarta. Sebab tu sekarang ni Fadzi tengah mencari Jakarta Tour Packages yang berpatutan.

    Jakarta Tour Packages
    Kredit: https://www.dentons.com

    Cari Jakarta Tour Packages Dengan Mudah Di Traveloka

    Sambil berbaring rehat sambil berpantang ni, Fadzi banyak buat carian di internet untuk mencari pakej Jakarta Tour dan Fadzi terjumpa pakej untuk Jakarta tour ni di Traveloka menggunakan feature terbaru dieorang.

    Feature Terbaru Traveloka - Pakej Kombo Flight + Hotel

    Sebenarnya feature terbaru Traveloka ini bukannya untuk mencari tour tapi lebih kepada nak mencari kombo flight + hotel dengan harga yang lebih murah dan berbaloi. Dengan feature terbaru ini, korang boleh jimat hingga 11.5%. Jimat duit~~

    3 Sebab Utama Untuk Pilih Pakej Kombo Flight + Hotel Traveloka

    Fadzi rasa pakej kombo flight + hotel ini sangat berbaloi untuk digunakan. Antara sebabnya adalah:

    1. Harga Lebih Murah Dan Berbaloi
    Kalau korang ada budget yang agak terhad untuk pergi bercuti, better korang tempah tiket penerbangan dan bilik hotel dalam masa yang sama. Dengan cara ini, korang boleh dapat harga yang lebih murah. 

    2. Tempahan Yang Lebih Fleksibel
    Dengan pakej kombo flight + hotel ini, korang boleh gabung mana-mana penerbangan hotel pilihan korang. Dan korang akan lebih menikmati kebebasan untuk merancang perjalanan yang lebih fleksibel.

    3. Pilihan Cara Pembayaran
    Korang boleh pilih cara pembayaran mana yang korang lebih suka. Bayar secara tunai atau kad? Korang yang tentukan. Kalau korang guna kredit, korang boleh pilih untuk bayar secara pelan ansuran 0%. 

    Cara Menempah Pakej Kombo Flight + Hotel Di Traveloka

    Nak tempah pakej kombo flight + hotel di Traveloka ni senang sangat. Korang boleh tengok cara-caranya dekat bawah ni. Fadzi tunjuk step by step.

    Flight + hotel packages Traveloka
    1. Cari Flight + Hotel
    Mula-mula sekali, korang isikan destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan dekat borang ini. Contohnya macam Fadzi tengah cari Jakarta Tour packages kan, so Fadzi buat destinasi ke Jakarta.

    Flight + hotel packages Traveloka
    2. Pilih Kombinasi
    Dekat page hasil carian, korang pilihlah mana mana kombinasi Flight + Hotel yang menjadi pilihan korang.

    Flight + hotel packages Traveloka
    3. Ubah Kombinasi
    Kalau korang nak ubah kombinasi, korang tekan je CHANGE pada Your Flight (Traveloka Apps) atau CHANGE ROOM atau CHANGE FLIGHT (Website Traveloka). 

    Flight + hotel packages Traveloka
    4. Tempah Penerbangan Dan Hotel
    Dekat page ini, korang boleh semak balik ringkasan perjalanan dan klik CONTINUE. Isikan butiran penempah dan pelancong dan pastikan semua maklumat adalah tepat.

    Jakarta Tour Packages
    5. Buat Pembayaran
    Dekat sini korang boleh pilih cara pembayaran yang korang prefer. Macam Fadzi, Fadzi lebih suka bayar secara tunai sebab Fadzi tak ada kad kredit dan Fadzi juga memang tak guna kad debit. Selepas pembayaran diterima, e-tiket dan baucer akan dihantar ke email korang dalam masa 60 minit.

    Senang sangat kan? Tapi feature ni hanya boleh didapati di website Traveloka dan aplikasi android je. Untuk iOS, korang sabar jap ye. Nanti nanti ada lah tu. 

    10 Tempat Menarik Yang Perlu Dilawati Di Jakarta

    Sebelum book pakej flight + hotel ke destinasi pilihan korang ni, korang mestilah kena buat research dulu apa tempat menarik dekat situ. Tak kan nak main redah je kan. Fadzi dah buat research awal-awal lagi ke mana nak pergi bila berada di Jakarta nanti. Kalau korang berminat nak ke Jakarta, ini 10 tempat menarik yang korang boleh lawati di Jakarta.


    Monumen Nasional
    1. Monumen Nasional
    Struktur besar ini adalah ikon bandar dan terletak di Dataran Merdeka. Terletak di puncak 132m yang tinggi, Monumen Nasional memberi penghormatan kepada perjuangan untuk kemerdekaan Indonesia dan dihormati di seluruh negara. 

    Selain struktur seni bina yang indah, ia juga mungkin untuk mendaki ke dek pemerhatian untuk pemandangan bandar yang luas.


    Ancol Dreamland
    2. Ancol Dreamland
    Ancol Dreamland adalah tempat yang memang menarik untuk korang pergi. Tarikan di dalam taman yang besar ini termasuk padang golf, arena boling, Taman Pengembaraan Atlantis Water, Fantasy World dan Ocean Dream Samudra. 

    Terdapat sesuatu yang menarik untuk semua orang di sini, dari sukan ke rollercoasters, dan akuarium dan pantai - yang, dengan cara ini, adalah cara yang paling terbaik bersantai.

    Masjid Istiqlal
    3. Masjid Istiglal 
    Sebagai masjid terbesar di Asia Tenggara, Masjid Istigal jelas kelihatan dan merupakan bangunan yang sangat penting di tengah-tengah Jakarta. Dibina pada tahun 1978, masjid ini mempunyai kapasiti 200,000 dan mempunyai halaman marmar yang indah dengan beberapa menara hiasan. 

    Di dalam, tiang yang luas memegang kubah tengah dan dinding dihiasi dengan kesenian Islam dan ikonografi. Ini benar-benar merupakan struktur yang menakjubkan untuk dilihat dan akan membuatkan korang berasa sangat rendah diri.


    Muzium Nasional
    4. Muzium Nasional
    Terletak di dekat Dataran Merdeka, Muzium Nasional menawarkan koleksi barang-barang peninggalan dan artifak yang berkaitan dengan sejarah Indonesia dan warisan budayanya. Tempat ini memang sesuai kalau korang nak tau lebih banyak tentang budaya di Indonesia.


    Merdeka Square
    5. Merdeka Square
    Dataran monumental ini adalah salah satu tarikan utama Jakarta dan menjangkau lebih dari 1km persegi. Di tengah-tengah ruang terbuka ini ialah Monumen Nasional, dan mengelilingi patung ikonik ini adalah satu siri jalan setapak, kawasan hutan, dan ciri-ciri air yang indah. Tempat ni sesuai untuk beriadah petang-petang.

    Gereja Katedral Jakarta
    6. Gereja Katedral Jakarta
    Dicipta pada tahun 1901, gereja ini telah dijadikan sebagai tapak penubuhan Katolik Roma di Jakarta sejak penubuhannya. Pagar depan gereja ini mempunyai hiasan Romanesque hiasan dan dua tiang putih yang menakjubkan.

    Selain itu, kawasan yang menarik mempunyai reka bentuk klasik dan sangat menggambarkan gereja-gereja yang terdapat di Eropah. Katedral Jakarta menawarkan pandangan agama yang berbeza di negara ini dan merupakan peringatan yang hebat dari Katolik negara.


    Pulau Seribu
    7. Pulau Seribu
    Kepulauan Seribu adalah kepulauan yang terletak di pantai utara Jakarta. Percaya atau tidak, korang boleh menikmati keindahan pantai di bandar Jakarta? Di sini korang boleh menemui beberapa restoran yang mengagumkan, resort yang indah dan pulau-pulau yang terpencil yang dipenuhi dengan pantai berpasir emas.

    Pulau-pulau adalah tempat yang sempurna untuk berehat dan menikmati keindahan pantai dan matahari di Indonesia.


    National Gallery
    8. National Gallery
    Dicipta pada tahun 1999, Galeri Nasional bertujuan untuk mempamerkan bakat Indonesia yang indah dan merupakan tempat yang sempurna untuk melawat beberapa karya seni yang agak ketara dari Indonesia. Kompleks hebat ini mengandungi lebih daripada 1700 keping individu dari artis terkenal Indonesia seperti Raden Saleh, Affandi dan Basuki Abdullah. 

    Galeri seni juga mempunyai beberapa karya asing di sini dari artis seperti Hans Harting dan Victor Vasarely. Bagi pencinta seni, galeri ini akan memberikan kepuasan kepada korang.


    Taman Mini Indonesia Indah
    9. Taman Mini Indonesia Indah
    Untuk mendapatkan pemahaman sebenar budaya Indonesia dan kehidupan seharian penduduknya, tidak ada tempat yang lebih baik daripada Taman Mini Taman. Dengan keluasan lebih 250 ekar, taman ini memaparkan sejumlah besar warisan dan tradisi Indonesia dalam bentuk astaka bertema yang berlainan. 

    Selain itu, ia juga merupakan miniatur terperinci indah kepulauan Indonesia, kereta kabel, Pawagam IMAX dan teater tradisional.


    Jakarta Chinatown
    10. Jakarta Chinatown
    Lebih dikenali sebagai Glodok oleh penduduk setempat, kawasan Jakarta ini adalah Chinatown di bandar ini. Jakarta telah didiami oleh pendatang China sejak abad ke-17 dan penduduk ini tetap menjadi sebahagian komuniti yang penting dari kota ini. Chinatown mempunyai beberapa seni bina tradisional yang hebat dan banyak gerai makanan, pasar dan kuil berwarna-warni.

    Di dalam sempadan bangunan yang menarik ini adalah koleksi seni lukisan Hindu-Buddha, bilik berharga yang penuh dengan artifak emas, koleksi seramik kuno dan juga pilihan penemuan prasejarah seperti fosil dan senjata upacara.

    Menarik kan semua tempat yang Fadzi dah senaraikan di atas ni. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati di Jakarta ini. Cumanya Fadzi tak habis buat research lagi.

    Fadzi dah pun survey Jakarta tour packages yang Fadzi berkenan dekat sini. Kalau korang tengah berkira-kira nak melancong tapi budget korang agak terhad, korang boleh book je flight dan hotel dengan Traveloka ni. Banyak boleh jimat.

    Tahun depan korang nak pergi melancong ke mana tu?


    Continue Reading
    3 Sebab TIME Pilihan Internet Paling Bagus | Fadzi banyak buat kerja dari rumah. Blogging, freelancing dan bayar macam-macam bil. Shopping online pun selalu jugak. Jadi internet tu bagaikan nyawa lah kiranya untuk Fadzi. 

    Zul pun sama sebab kadang-kadang dia kena kerja dari rumah hujung minggu. Tak pun sebab dia nak main game. Kalau internet tak power selalu down, memang tak syok main game. Sebab tu lah kiteorang pakai TIME Fibre Home Broadband.


    TIME Internet

    3 Sebab TIME Pilihan Internet Paling Bagus

    Mesti korang tertanya-tanya kenapa kiteorang pakai TIME internet padahal banyak lagi internet service provider yang ada dekat kondo kiteorang ni kan. Ha, dekat sini Fadzi nak share dengan korang 3 sebab kenapa Fadzi pakai TIME Fibre Home Broadband di rumah.

    1. Kurang Downtime

    Setakat yang Fadzi pakai TIME ni dah setahun lebih, tak banyak downtime yang jadi. Kalau ada pun sekejap-sekejap je. Tak ada lah sampai berjam-jam atau berhari-hari. 

    Sebelum pakai TIME, Fadzi ada pakai plan dari internet service provider lain. Ya Allah, ada beberapa kali jugak lah berhari-hari tak boleh pakai internet. Geram betul. Tapi bila pakai TIME, setakat ni memang tak ada masalah macam tu lagi. 

    2. Automatik Upgrade

    Pakej yang Fadzi guna untuk TIME sebelum ni adalah plan 100Mbps. Hari tu ada major perubahan pada plan internet TIME ni. Jadi TIME terus upgrade plan kiteorang dengan plan yang baru.

    Kalau internet service provider yang lain, memang existing customer tak ada automatik upgrade ni kalau tak silap Fadzi. Kalau nak upgrade atau downgrade, kena buat sendiri walaupun company diaorang ada buat perubahan pada plan diaorang. Dan kalau nak upgrade atau downgrade tu, adalah fee yang perlu dibayar. 

    TIME ni bagus. Kiteorang tak perlu nak upgrade pun diaorang dah automatik upgrade berdasarkan bayaran bulanan yang kiteorang bayar. Maksudnya sebelum ni kiteorang ambil plan 100Mbps, sekarang TIME upgrade terus plan kiteorang kepada 500Mbps dengan bayaran bulanan yang sama. Berbaloi kan?  

    3. Harga Bulanan Yang Kompetitif

    Sebenarnya, Zul ambil plan internet TIME ni bukan apa. Sebab harga dia murah kalau nak dibandingkan dengan plan daripada internet service provider yang lain. Kiteorang dapat jimat lebih sedikit daripada plan yang kiteorang ambil dengan internet service provider lain sebelum ini dengan kelajuan yang lebih. 

    Dan kalau korang nak tau, 7 Oktober yang lepas, TIME baru saja lancarkan servis fibre home broadband yang paling pantas di Malaysia dengan kelajuan hingga 1Gbps. Masa pelancaran tu, TIME ada keluarkan senarai harga baru untuk kesemua plan yang diaorang ada.
    TIME Internet

    Dan dalam banyak-banyak plan yang TIME ada, plan 100Mbps tu memang paling terbaik kalau ikutkan kelajuan dan harganya. Dengan hanya RM99, korang boleh dapat internet dengan kelajuan 100Mbps.

    Kalau korang ambil plan 100Mbps tu, korang akan dapat:
    • Harga - RM99/bulan
    • Upload speed - 100Mbps
    • Download speed - 100Mbps
    • TIME Voice Home Basic - Bayar ikut apa yang korang guna 

    TIME Internet

    Tapi untuk plan 100Mbps ni, cuma boleh daftar melalui online saja. Senang saja nak daftar secara online ni, sekejap saja dah siap. Korang boleh daftar TIME 100Mbps dekat sini - Daftar TIME 100Mbps Plan. 

    Dan kalau korang sign up untuk plan ini melalui online, korang akan dapat RM100 off dari bil korang. Jimat weh. Lagipun bayar bulan-bulan dia pun memang murah sangat kalau nak compare dengan internet service provider yang lain.   



    Continue Reading
    ST Property

    Property investment in Singapore is pretty common for Singaporeans and they would love to afford invest in properties to build their wealth. Singapore’s land is scarce and when there’s scarcity, there is demand. It is a great investment choice for some of the richest people in Singapore and it is still the top investment choice in Singapore. There are many online property platform in Singapore with thousands of property listings like ST Property, PropertyGuru and others platform that you can easily hunt for properties. But, we all know that property is requires a hefty price to commit and being one of the most expensive places in the world to own property and it will be challenging to invest without deep pockets. Luckily, there are ways to invest without going through the traditional method of buying a physical property. Here are few alternatives for investors who are looking to invest in the lucrative property market. 

    Real estate investment trust (REIT)

    REIT is a structure where investors can buy shares from companies that own or manage portfolio of income-producing properties. It is popular among investors looking to earn some yields because there are regular dividend income. There are couples of benefits investing in REITs - liquid investment tool, low entry barrier where you don’t need huge sum of capital and you have the options to choose a real estate type like residential or hospitality. Though what seems like the most accessible way to invest in real estate with lesser upfront cost and almost zero management but there’s risk that is determined by macro and micro in nature like the political risk, interest rate hike or the market situation. 

    Property stocks

    One of the easiest and most directly method to invest in real estate market without buying any property. Companies that owns number of properties that either lease out or sell out are the property counters and these property counters may have diversified into other business that may affect the overall stock’s valuation. The difference between property stocks and REITs is that you can pay at least 90% of their net income after tax as dividend. But then again it is up to the management of property counters to pay out dividends. Although REITs are tax-exempt but it is up to management fees that is needed to be deducted from their yields before the dividend distributions.

    Property Exchange - traded Fund (ETF)

    Exchange - traded fund (ETF) is a type of fund that pulls the money from many investors to own an underlying asset and divides the ownership of these assets into shares. It may seems like complex but ETF can trade like listed stock and you can buy and sell easily. Recently, Singapore Exchange (SGX) announced that they will offer new REIT ETF in the later part of year 2016. Now it has launched an index that tracks a basket of 30 REITS across the Asia Pacific region. The index is based on REITs from various countries that you get to diversify your investment risks and also capture the returns from other countries that have higher yield properties. 

    Real estate crowd funding

    Crowd funding has been a great enabler for most startups or creators over the past few years and it is finally in Singapore’s real estate. Although it is still in it’s infant stage with many platforms that offers investors how it works. Here’s how it works; by collecting small amounts of money from individuals using online platform. After the money has been pooled enough, it can be used to fund developing real estate projects. However, it depends on the project as investors can look towards earning the high-interest rates between 6 to 20% on the amount for crowd funding (normally between $10,000 to $50,000). The key attractive feature is the promise for high-interest rate returns, considering how low the local banks offering you to deposit your money in savings account. But, it could come with high risks where most developers in crowd funding are those boutique developers with higher chances of failure. The fear is that project may not be complete on time or the project might need more funds. There have been many successful projects through the crowd funding platforms in Singapore and it doesn’t guarantee success all the theme, there are some cases where similar schemes have gone sour. 

    There are variety of ways that require lesser capitals, shorter investment period and liquid market but we would advise you to do couple more research before starting to pour your money into the investments. 

    Continue Reading
    Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin | Entry sebelum ni Fadzi ada cerita kan pasal pengalaman bersalin dekat Avisena Specialist Hospital kan. Korang boleh baca dekat sini - Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital.



    Dalam entry kali ni, Fadzi nak cerita sambungan kepada entry pengalaman Fadzi bersalin tu. Kali ni bukan pengalaman bersalin tapi lebih kepada pengalaman anak Fadzi, Anas kena warded sebab tak kencing dalam masa 24 jam selepas bersalin.

    30 September 2018 - Ahad

    Hari semalam Fadzi bersalin, hari ni Fadzi dah boleh discaj dah. Tengah tunggu turn Anas pulak untuk di discaj. Manalah nak tahu rupa-rupanya Anas kena tahan di hospital sebab tak kencing dalam masa 24 jam selepas bersalin. 

    Dah lah semalam nurse minta izin untuk bagi susu formula sebab bila minum susu badan Fadzi, Anas asyik termuntah. Jadi hari ni Fadzi dapat discaj tapi Anas kena tahan wad. 

    Dekat hospital Fadzi cool je, tak ada apa-apa. Bila dah sampai dekat tempat parking rumah, Zul tanya Fadzi ok ke tak, terus merembes air mata. Sedih weh orang balik rumah berpantang ada anak, kita tak ada anak.

    1 Oktober 2018 - Isnin

    Hari kedua Fadzi tinggal Anas dekat hospital. Masuk-masuk je dekat bilik nursery nampak Anas dalam katil dia. Dekat sebelah dia ada mesin untuk drip sebab semalam Anas dehydrated. 

    Anas duduk bawah warmer dengan tak pakai baju. Tinggal pampers je sebab dia baru lepas kena xray dan ultrasound untuk check bahagian buah pinggang dia.  Bila nurse tengah get ready kan Anas untuk bagi pada Fadzi, termenangis jugak lah Fadzi dekat situ.

    Sedih sebab rasa macam kesian gila dekat Anas. Lama jugak Fadzi nangis. Zul pun duk peluk Fadzi. Bila dah ok sikit, nurse angkatkan Anas untuk letak dekat pangkuan Fadzi. Fadzi susu kan lah sekejap. 

    Ya Allah pedihnya hati nampak Anas macam tu. Rasa macam nak pindah je semua benda yang Anas rasa waktu tu pada Fadzi. Lepas rasa macam dah lega hati ni, kiteorang pun gerak balik rumah. Tak sampai hati rasa nak balik. Kalau boleh nak duduk je dekat situ. Tapi tak boleh. 

    2 Oktober 2018 - Selasa

    Hari ni tak tahu kenapa emosi sangat. Masuk bilik nursery nak bagi Anas susu. Nampak pulak wayar masih berselirat dan bertambah wayar dalam mulut Anas. Rupanya Anas masih lagi muntah-muntah.

    Jadi Doktor pasangkan wayar dalam mulut Anas untuk dapatkan sample muntah dia. Kali ni Fadzi tak sempat nak susu kan Anas sebab dia baru lepas minum susu. Dan dalam plastik untuk ambil sample tu ada sikit muntah dia.

    Alahai kesian Anas. Kenapa dengan anak Mak ni. Cepat sihat. Mak tak sanggup nak tengok Anas macam ni lama-lama. Fadzi dan Zul duduk tengok Anas je. Cuit cuit Anas. Gelak bila Anas buat muka. Tak sabar nak tunggu Anas sihat.

    3 Oktober 2018 - Rabu

    Hari ni Fadzi rasa seronok sikit sebab even Anas masih dalam rutin antibiotik dia, tapi hari ni dah tak payah drip dah. Seronok nya tengok kurang wayar dekat badan Anas. Cuma dekat bahagian kaki Anas masih ada tempat untuk cucuk antiobiotik dia.


    Bila tengok tangan Anas lagilah sedihnya. Hari pertama wayar untuk drip dieorang cucuk belah kanan. Lepas tu hari kedua dieorang cucuk belah kiri. Hari ni pulak dekat kaki untuk antibiotik. Kesian tengok tangan Anas lebam lebam ada kesan cucuk.

    Kali ni Fadzi sempat datang time Anas nak menyusu. Fadzi pun tunggu nurse bawak kan Anas ke bilik menyusu. Sempat lah Fadzi susukan Anas sampai dia tertidur. 

    4 Oktober 2018 - Khamis

    Hari ni kiteorang datang, nampak Anas dekat bawah mesin fototerapi. Adui, kena jugak kuning Anas ni. Sebenarnya Fadzi dah perasan sebelum ni muka Anas kuning sikit. Fadzi pun macam sure tak sure Anas kena jaundis ke tak.

    Jadi hari ni, Anas dah kena duduk bawah mesin fototerapi, bawah warmer dan dekat bawah kaki dia ada strap untuk check heart beat. Fadzi tak ingat kena check heart beat dia kenapa tapi kaki tu berwayar lah.

    Bila dah 4 hari Anas dalam hospital, Fadzi dah kental dah. Tak menangis dah bila tengok Anas macam ni. Anas kuat kan, mak dia kena lah kuat jugak. Hari ni tak sempat nak myusukan Anas sebab Anas dah minum tadi. Jadi kiteorang datang tengok Anas je.  

    5 Oktober 2018 - Jumaat

    Hari ni Fadzi rasa gembira sangat dan rasa tak sabar gila nak pergi ke hospital sebab nak bawak Anas balik. Dari hari first Anas kena warded dan bila nurse bagitau Jumaat boleh balik kalau tak ada apa-apa, Fadzi memang menunggu saja hari Jumaat datang.

    Semalam dah dapat call dari hospital kata bila Anas dah boleh discaj, diaorang akan call. Dan diaorang akan call sebelum tengah hari sebab Doktor Vidya akan melawat baby dalam pukul 10, 11 macam tu.

    Fadzi ni sejenis yang tak sabar sebenarnya. Bila dah pukul 11 tapi orang hospital tak call lagi, terus Fadzi ajak Zul pergi hospital. Zul dah kata tunggu hospital call dulu tapi Fadzi degil jugak nak pergi terus.

    Jadi kiteorang pun pergi je lah ke hospital. Terus masuk ke nursery untuk tengok Anas.  Elok kiteorang sampai, Doktor Vidya pun sampai sekali sebab nak tengok baby dalam nursery. Nurse suruh Fadzi dan Zul tunggu dekat bilik meyusu sementara Doktor Vidya tengok kan Anas.

    Masa tu Anas dah tak pakai wayar-wayar ape semua dah. Lampu fototerapi pun dah tutup. Dalam bilik tu cuma tinggal Anas dan seorang lagi baby. Bila Doktor Vidya dah siap check Anas, dia pun keluar jumpa kiteorang.

    Dia explain pasal condition Anas. Katanya semua dah ok. Kencing dah banyak. Muntah dah berhenti. Dia ada cakap pasal possible infection tapi waktu Fadzi dah tak dengar apa-apa sebab excited nak bawak Anas balik.

    Bila Doktor Vidya kata besok (Sabtu) baru boleh balik, Fadzi macam rasa terkesima kejap. Apa ni kan. Kata hari Jumaat. Fadzi dah down gila. Sedih gila. Tapi Fadzi tahan je sambil dengar apa Doktor Vidya cakap. 

    Rupa-rupanya nurse salah sebut hari. Zul pun salah kira hari. Tengah-tengah Zul bercakap dengan Doktor Vidya, tiba-tiba je air mata ni laju jatuh. Tak ada teresak apa, cuma air mata laju jatuh. Lama sikit baru Fadzi kesat-kesat air mata tak nak doktor dan Zul nampak.

    Tapi obviously memang nampak lah. Doktor Vidya dah siap "sorry, sorry mummy". Bila Doktor Vidya cakap macam tu, lepas tu Zul pulak pandang Fadzi, terus teresak menangis. Weh, sedih gila bila korang ada harapan tinggi melangit lepas tu tak menjadi. Rasa hati tu hancur sangat.

    Lepas explain sikit-sikit lagi, Doktor Vidya pun tinggalkan Fadzi dengan Zul. Zul peluk Fadzi. Dia pun mintak maaf sebab salah kira hari. Sebenarnya rutin antibiotik Anas ada lagi sampai 6 pagi besok. 

    Bila Fadzi dah okay sikit, nurse bawa Anas datang dekat kiteorang. Fadzi pun susukan Anas. Tengah-tengah menyusu boleh pulak budak Anas ni poop. Dah lah waktu tu dah dalam pukul 12.30 tengah hari. Zul pulak nak solat Jumaat. Dia tak nak tinggal Fadzi sesorang dekat hospital sebab takut lama sangat. Takut Fadzi sakit duduk lama. Jadi kiteorang pun balik rumah dengan perasaan yang sedih.

    6 Oktober 2018 - Sabtu

    Akhirnya hari yang Fadzi tunggu-tunggu kan. Antiobiotik Anas dah habis dan Doktor Vidya pun dah bagi Anas balik. Ya Allah happynya tak terkata weh. Penat ulang alik hospital seminggu. Paling penat tengok tangan dan kaki baby sendiri kena cucuk wayar sana sini. Sedih.


    Setakat yang Fadzi pergi ke hospital, 2 kali jugak lah Fadzi termenangis dekat hospital. Sekali masa tengok kaki dan tangan Anas penuh dengan wayar, lebam bahagian tangan atas sebab kena cucuk. 

    Dan sekali lagi masa hari Jumaat yang Fadzi ingat Anas dah boleh balik. Tapi Doktor Vidya kata rutin antibiotik Anas belum habis lagi. Ya Allah terus berderai air mata ni. Fadzi ingatkan boleh tahan. Tapi dia mengalir sendiri.

    Pengalaman bila tengok anak sendiri kena warded dan wayar berselirat buat Fadzi betul-betul serik nak mengandung dan beranak lagi. Rasa tak kuat nak alami pengalaman tu lagi. 

    Walaupun dekat luar sana lagi ramai parents yang tengah struggle tengok anak sendiri sakit, tapi Fadzi rasa sakit sangat tau bila tengok Anas macam tu. Padahal Anas sakit tak lah seteruk anak-anak orang lain. Tapi tu lah kan. Perasaan mak mak ni, melebih sikit.

    So far, setakat sebulan Fadzi jaga Anas ni, Anas tak banyak karenah sangat. Behave je. Menangis kalau nak susu, diapers penuh, meneran dan bosan berbaring lama. Selain daripada tu, sikit pun Anas tak pernah nak menyusahkan Fadzi.

    Fadzi bersyukur sangat sebab Allah bagi dugaan yang tak berat sangat untuk Fadzi. Kalau tak, Fadzi tak taulah macam mana nak hadap. 

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search This Blog

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Press

    recent posts

    Blog Archive

    • ►  2019 (46)
      • ►  September (1)
      • ►  August (1)
      • ►  July (7)
      • ►  June (4)
      • ►  May (8)
      • ►  April (7)
      • ►  March (7)
      • ►  February (4)
      • ►  January (7)
    • ▼  2018 (46)
      • ►  December (4)
      • ▼  November (7)
        • Perkembangan Baby Anas 2 Bulan
        • Cari Dan Tempah Pakej Perkahwinan Lengkap Di Pamer...
        • Cari Jakarta Tour Packages Dengan Mudah Di Travelo...
        • 3 Sebab TIME Pilihan Internet Paling Bagus
        • What Are The Ways To Invest In Properties Without ...
        • Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing...
        • Throwback: Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di PPU...
      • ►  October (4)
      • ►  September (3)
      • ►  August (6)
      • ►  July (5)
      • ►  June (2)
      • ►  February (7)
      • ►  January (8)
    • ►  2017 (131)
      • ►  December (10)
      • ►  November (13)
      • ►  October (10)
      • ►  September (6)
      • ►  August (6)
      • ►  July (9)
      • ►  June (10)
      • ►  May (21)
      • ►  April (15)
      • ►  March (16)
      • ►  February (2)
      • ►  January (13)
    • ►  2016 (133)
      • ►  December (15)
      • ►  November (17)
      • ►  October (31)
      • ►  September (7)
      • ►  August (9)
      • ►  July (5)
      • ►  June (13)
      • ►  May (10)
      • ►  April (5)
      • ►  March (9)
      • ►  February (7)
      • ►  January (5)
    • ►  2015 (154)
      • ►  December (6)
      • ►  November (2)
      • ►  October (14)
      • ►  September (13)
      • ►  August (15)
      • ►  July (10)
      • ►  June (20)
      • ►  May (6)
      • ►  April (12)
      • ►  March (9)
      • ►  February (20)
      • ►  January (27)
    • ►  2014 (48)
      • ►  December (28)
      • ►  November (9)
      • ►  September (1)
      • ►  July (7)
      • ►  June (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (1)

    NEWSLETTER

    Followers

    Contact Us

    Name

    Email *

    Message *

    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top