Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin

November 05, 2018
Baby Newborn Anas Kena Tahan Wad Sebab Tak Kencing Dalam Masa 24 Jam Selepas Bersalin | Entry sebelum ni Fadzi ada cerita kan pasal pengalaman bersalin dekat Avisena Specialist Hospital kan. Korang boleh baca dekat sini - Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Avisena Specialist Hospital.



Dalam entry kali ni, Fadzi nak cerita sambungan kepada entry pengalaman Fadzi bersalin tu. Kali ni bukan pengalaman bersalin tapi lebih kepada pengalaman anak Fadzi, Anas kena warded sebab tak kencing dalam masa 24 jam selepas bersalin.

30 September 2018 - Ahad

Hari semalam Fadzi bersalin, hari ni Fadzi dah boleh discaj dah. Tengah tunggu turn Anas pulak untuk di discaj. Manalah nak tahu rupa-rupanya Anas kena tahan di hospital sebab tak kencing dalam masa 24 jam selepas bersalin. 

Dah lah semalam nurse minta izin untuk bagi susu formula sebab bila minum susu badan Fadzi, Anas asyik termuntah. Jadi hari ni Fadzi dapat discaj tapi Anas kena tahan wad. 

Dekat hospital Fadzi cool je, tak ada apa-apa. Bila dah sampai dekat tempat parking rumah, Zul tanya Fadzi ok ke tak, terus merembes air mata. Sedih weh orang balik rumah berpantang ada anak, kita tak ada anak.

1 Oktober 2018 - Isnin

Hari kedua Fadzi tinggal Anas dekat hospital. Masuk-masuk je dekat bilik nursery nampak Anas dalam katil dia. Dekat sebelah dia ada mesin untuk drip sebab semalam Anas dehydrated. 

Anas duduk bawah warmer dengan tak pakai baju. Tinggal pampers je sebab dia baru lepas kena xray dan ultrasound untuk check bahagian buah pinggang dia.  Bila nurse tengah get ready kan Anas untuk bagi pada Fadzi, termenangis jugak lah Fadzi dekat situ.

Sedih sebab rasa macam kesian gila dekat Anas. Lama jugak Fadzi nangis. Zul pun duk peluk Fadzi. Bila dah ok sikit, nurse angkatkan Anas untuk letak dekat pangkuan Fadzi. Fadzi susu kan lah sekejap. 

Ya Allah pedihnya hati nampak Anas macam tu. Rasa macam nak pindah je semua benda yang Anas rasa waktu tu pada Fadzi. Lepas rasa macam dah lega hati ni, kiteorang pun gerak balik rumah. Tak sampai hati rasa nak balik. Kalau boleh nak duduk je dekat situ. Tapi tak boleh. 

2 Oktober 2018 - Selasa

Hari ni tak tahu kenapa emosi sangat. Masuk bilik nursery nak bagi Anas susu. Nampak pulak wayar masih berselirat dan bertambah wayar dalam mulut Anas. Rupanya Anas masih lagi muntah-muntah.

Jadi Doktor pasangkan wayar dalam mulut Anas untuk dapatkan sample muntah dia. Kali ni Fadzi tak sempat nak susu kan Anas sebab dia baru lepas minum susu. Dan dalam plastik untuk ambil sample tu ada sikit muntah dia.

Alahai kesian Anas. Kenapa dengan anak Mak ni. Cepat sihat. Mak tak sanggup nak tengok Anas macam ni lama-lama. Fadzi dan Zul duduk tengok Anas je. Cuit cuit Anas. Gelak bila Anas buat muka. Tak sabar nak tunggu Anas sihat.

3 Oktober 2018 - Rabu

Hari ni Fadzi rasa seronok sikit sebab even Anas masih dalam rutin antibiotik dia, tapi hari ni dah tak payah drip dah. Seronok nya tengok kurang wayar dekat badan Anas. Cuma dekat bahagian kaki Anas masih ada tempat untuk cucuk antiobiotik dia.


Bila tengok tangan Anas lagilah sedihnya. Hari pertama wayar untuk drip dieorang cucuk belah kanan. Lepas tu hari kedua dieorang cucuk belah kiri. Hari ni pulak dekat kaki untuk antibiotik. Kesian tengok tangan Anas lebam lebam ada kesan cucuk.

Kali ni Fadzi sempat datang time Anas nak menyusu. Fadzi pun tunggu nurse bawak kan Anas ke bilik menyusu. Sempat lah Fadzi susukan Anas sampai dia tertidur. 

4 Oktober 2018 - Khamis

Hari ni kiteorang datang, nampak Anas dekat bawah mesin fototerapi. Adui, kena jugak kuning Anas ni. Sebenarnya Fadzi dah perasan sebelum ni muka Anas kuning sikit. Fadzi pun macam sure tak sure Anas kena jaundis ke tak.

Jadi hari ni, Anas dah kena duduk bawah mesin fototerapi, bawah warmer dan dekat bawah kaki dia ada strap untuk check heart beat. Fadzi tak ingat kena check heart beat dia kenapa tapi kaki tu berwayar lah.

Bila dah 4 hari Anas dalam hospital, Fadzi dah kental dah. Tak menangis dah bila tengok Anas macam ni. Anas kuat kan, mak dia kena lah kuat jugak. Hari ni tak sempat nak myusukan Anas sebab Anas dah minum tadi. Jadi kiteorang datang tengok Anas je.  

5 Oktober 2018 - Jumaat

Hari ni Fadzi rasa gembira sangat dan rasa tak sabar gila nak pergi ke hospital sebab nak bawak Anas balik. Dari hari first Anas kena warded dan bila nurse bagitau Jumaat boleh balik kalau tak ada apa-apa, Fadzi memang menunggu saja hari Jumaat datang.

Semalam dah dapat call dari hospital kata bila Anas dah boleh discaj, diaorang akan call. Dan diaorang akan call sebelum tengah hari sebab Doktor Vidya akan melawat baby dalam pukul 10, 11 macam tu.

Fadzi ni sejenis yang tak sabar sebenarnya. Bila dah pukul 11 tapi orang hospital tak call lagi, terus Fadzi ajak Zul pergi hospital. Zul dah kata tunggu hospital call dulu tapi Fadzi degil jugak nak pergi terus.

Jadi kiteorang pun pergi je lah ke hospital. Terus masuk ke nursery untuk tengok Anas.  Elok kiteorang sampai, Doktor Vidya pun sampai sekali sebab nak tengok baby dalam nursery. Nurse suruh Fadzi dan Zul tunggu dekat bilik meyusu sementara Doktor Vidya tengok kan Anas.

Masa tu Anas dah tak pakai wayar-wayar ape semua dah. Lampu fototerapi pun dah tutup. Dalam bilik tu cuma tinggal Anas dan seorang lagi baby. Bila Doktor Vidya dah siap check Anas, dia pun keluar jumpa kiteorang.

Dia explain pasal condition Anas. Katanya semua dah ok. Kencing dah banyak. Muntah dah berhenti. Dia ada cakap pasal possible infection tapi waktu Fadzi dah tak dengar apa-apa sebab excited nak bawak Anas balik.

Bila Doktor Vidya kata besok (Sabtu) baru boleh balik, Fadzi macam rasa terkesima kejap. Apa ni kan. Kata hari Jumaat. Fadzi dah down gila. Sedih gila. Tapi Fadzi tahan je sambil dengar apa Doktor Vidya cakap. 

Rupa-rupanya nurse salah sebut hari. Zul pun salah kira hari. Tengah-tengah Zul bercakap dengan Doktor Vidya, tiba-tiba je air mata ni laju jatuh. Tak ada teresak apa, cuma air mata laju jatuh. Lama sikit baru Fadzi kesat-kesat air mata tak nak doktor dan Zul nampak.

Tapi obviously memang nampak lah. Doktor Vidya dah siap "sorry, sorry mummy". Bila Doktor Vidya cakap macam tu, lepas tu Zul pulak pandang Fadzi, terus teresak menangis. Weh, sedih gila bila korang ada harapan tinggi melangit lepas tu tak menjadi. Rasa hati tu hancur sangat.

Lepas explain sikit-sikit lagi, Doktor Vidya pun tinggalkan Fadzi dengan Zul. Zul peluk Fadzi. Dia pun mintak maaf sebab salah kira hari. Sebenarnya rutin antibiotik Anas ada lagi sampai 6 pagi besok. 

Bila Fadzi dah okay sikit, nurse bawa Anas datang dekat kiteorang. Fadzi pun susukan Anas. Tengah-tengah menyusu boleh pulak budak Anas ni poop. Dah lah waktu tu dah dalam pukul 12.30 tengah hari. Zul pulak nak solat Jumaat. Dia tak nak tinggal Fadzi sesorang dekat hospital sebab takut lama sangat. Takut Fadzi sakit duduk lama. Jadi kiteorang pun balik rumah dengan perasaan yang sedih.

6 Oktober 2018 - Sabtu

Akhirnya hari yang Fadzi tunggu-tunggu kan. Antiobiotik Anas dah habis dan Doktor Vidya pun dah bagi Anas balik. Ya Allah happynya tak terkata weh. Penat ulang alik hospital seminggu. Paling penat tengok tangan dan kaki baby sendiri kena cucuk wayar sana sini. Sedih.


Setakat yang Fadzi pergi ke hospital, 2 kali jugak lah Fadzi termenangis dekat hospital. Sekali masa tengok kaki dan tangan Anas penuh dengan wayar, lebam bahagian tangan atas sebab kena cucuk. 

Dan sekali lagi masa hari Jumaat yang Fadzi ingat Anas dah boleh balik. Tapi Doktor Vidya kata rutin antibiotik Anas belum habis lagi. Ya Allah terus berderai air mata ni. Fadzi ingatkan boleh tahan. Tapi dia mengalir sendiri.

Pengalaman bila tengok anak sendiri kena warded dan wayar berselirat buat Fadzi betul-betul serik nak mengandung dan beranak lagi. Rasa tak kuat nak alami pengalaman tu lagi. 

Walaupun dekat luar sana lagi ramai parents yang tengah struggle tengok anak sendiri sakit, tapi Fadzi rasa sakit sangat tau bila tengok Anas macam tu. Padahal Anas sakit tak lah seteruk anak-anak orang lain. Tapi tu lah kan. Perasaan mak mak ni, melebih sikit.

So far, setakat sebulan Fadzi jaga Anas ni, Anas tak banyak karenah sangat. Behave je. Menangis kalau nak susu, diapers penuh, meneran dan bosan berbaring lama. Selain daripada tu, sikit pun Anas tak pernah nak menyusahkan Fadzi.

Fadzi bersyukur sangat sebab Allah bagi dugaan yang tak berat sangat untuk Fadzi. Kalau tak, Fadzi tak taulah macam mana nak hadap. 

You Might Also Like

34 comments

  1. alahai kuatnya fadzi..moga anas mmbesar dgn sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kuat jugak huhhu. Menangis jugak lah saya waktu tu

      Delete
  2. Alhamdulillah semoga cepat sembuh dan besar jadi anak yang soleh yer sayangg... aunty baca ni pun rasa sebak jugak..dpt bayangkan situasi tu... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn insyaAllah semoga Anas jadi anak soleh. Sedih sangat waktu tu

      Delete
  3. Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete
  4. Termenangus pula baca entry Fadzi ni. I feel you. Bila anak sakit leoas tuh berselirat wayar memang kita akan jadi sedih. Mimi pun anak kena cucuk nak ambil darah pun dah sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucuk ambil darah pun bila dengar suara anak menangis, terjentik jugak kan hati mak mak ni

      Delete
  5. Ohhh Avisena ni nama baru hospital DEMC kat Shah Alam. Memang ada kawan yang bersalin kat sini. Dia kata sangat la selesa bersalin kat sini. Untung la ye. Moga anak Fadzi sihat ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah memang selesa sangat. Alhamdullilah anas dah sihat dah

      Delete
  6. yaallah siannya baby..sian tgk kena cucuk sana sini..semoga mummy and baby kuat kuat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah anas dah sihat sekarang. Syukur sangat

      Delete
  7. Alhamdulillah semuanya dah ok, baby Anas pun nampak sihat jerk. Insyaallah tiada apa yang buruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah anas dah ok sekarang. Lega hati ni rasanya

      Delete
  8. Perasaan ibukan. Bila dah lahirkan anak mmg nak sangat anak kat sebelah kita. Nak bawa balik. Nak rehat puas ngan anak. Moga anas membesar dengan sihat dan ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak ayu. Sedih gila bila kena balik tak ada anak dekat tepi

      Delete
  9. Alhamdulillah Anas kuat macam mak dia juga. Semoga Anas terus membesar dengan baik dan sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah anas memang kuat. Mak dia je yang tak kuat. Meleleh leleh air mata huhuh

      Delete
  10. ALhamdulillah segalanya dipermudahkan..semoga Anas terus membesar dengan sihat dan kuat! BOleh main-main dengan abang nanti kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Aneeq pun semangat nka main dengan anas sekarang ni

      Delete
  11. Allahu, Moga Baby Anas terus sihat dan baik dari masalah tak boleh kencing, Bahaya untuk baby seusia Anas. Fadzi jaga diri dan baby baik-baik yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya. Tapi Alhamdullilah semua dah ok

      Delete
  12. Pernah ada penglmn balik umh, tp baby x ikut balik. Masa tu anak pertama. Bby tetiba demam. Adoiyai. Masa hantar baby kat ward 6C, doctor cakap nak tido situ ke tak. Kita cakap taknak sebab 3malam kita dah tak dapat tdo. Memang nak balik berehat. Tapi masa sampai umah tu, rasalain sangat. Tapi kalau nak tido kat spital pun, dorang bagitahu katil penuh. Dorang suh tido kat kerusi malam. Allah lagi la tak sanggup. Tawakal je baby kena tinggal. Syukur malam tu kebetulan kakak kawan baik duty jaga baby mlm tu. Dia tolong jaga kan bby kita.

    Pengalaman seorang mak kan. Bila balik tanpa baby disisi, memang sedih..
    Alhamdulillah Anas pun baik2 je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan tak ada baby dekat sebelah masa pantang. Huii

      Delete
  13. Siannya baby anas. Semoga dipermudahkan ye Fadzi.Kite belum merasa lagi pengalaman ni.Tak tahu nak describe lebih-lebih.Hope baby anas membesar dgn sihat dan baik ya.Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah dia dah ok dah sekarang. :)

      Delete
  14. Kalau bab anak kene tahan, kene cucuk memg nangisla kita. Tak tahan tengoknya. Kene cucuk lagila.. Fariza pun pernh kene sebab demam. .Kita ni nak balik sangat, tapi takleh balik lagi. Bila dapat balik, seronoknyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batul tu nad. Time anak dapat balik, seronok bukan main. Rasa nak nangis terharu

      Delete
  15. Sabar ye Fadzi dugaan je tu. Ada hikmah di sebalik semua ni. Janji Fadzi ada zuriat dan jaga amanah Allah ni yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah memang amanah Allah yang kena jaga betul betul

      Delete
  16. Masa anak baru lahir, kita pun tengah berpantang. Memang mudah mengalir air mata. Salah cakap skit nangis. Tengok wayar kat anak pun nangis. Macam anak kita sakit kronik plak kan. Haha. Ruby pun mcm tu juga. Tapi ruby lagi lah berpantang kat hospital terus. Berbaldi ayor mata ni teman. Demi anak. Itulah kasih ibu. Tapi Hati-hati boleh meroyan kalau selalu nangis ni. Lemah semangat. Ruby kat NICU lg stress. Sebab ibu lain pun sedang stress. Pernah susu la. Jalan tengok anak la. Makanan dah sejuk. Huwaa. Takleh kenang saat tu.

    ReplyDelete
  17. Budak baru lahir mmg kadang kala pelbagai masalah dan dugaan,mcm menantu kak anak dia lahir xcukup bln,jd kena duduk hospital selama 4 bln sampai baby ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kesian nya lama betul dalam hospital

      Delete