Hari Pertama Aneeq Ke Kinderkaizen

Hari Pertama Aneeq Ke Kinderkaizen| Tahun ni Aneeq akan masuk umur 4 tahun. Disebabkan Aneeq asyik selalu duduk dengan Fadzi dan kurang bergaul dengan orang lain, Fadzi plan dari tahun lepas nak hantar Aneeq ke sekolah.

Tujuannya satu je. Nak bagi Aneeq bergaul dengan budak budak lain dan nak Aneeq belajar cara tunggu giliran dan sebagainya. Kalau duduk dengan Fadzi je, susah Aneeq nak belajar semua tu.

Hari Pertama Aneeq Ke Kinderkaizen
Pakai baju uniform school

Hari Pertama Aneeq Ke Kinderkaizen

Hari ni (Khamis) hari betul betul Aneeq mula bersekolah. 3 hari sebelum ni (Isnin, Selasa dan Rabu) Aneeq pergi trial class je. Dan antara banyak-banyak sekolah preschool yang ada dekat Malaysia ni, Fadzi pilih untuk hantar Aneeq ke Kinderkaizen. 

Trial Class

Untuk trial class ni, Aneeq pergi sekolah untuk 2 jam je selama 3 hari - Isnin, Selasa dan Rabu. Kelas trial ni lebih kepada nak tengok Aneeq boleh handle ke tak kena tinggal dek mak dia di sekolah. 

Dan dalam masa yang sama, principal Kinderkaizen tu pun nak tengok sama ada Aneeq dah ready atau tidak untuk bersekolah dan diaorang mampu atau tidak untuk handle Aneeq dekat sekolah.  

Untuk trial class ni Fadzi bayar RM60 untuk 3 hari, 2 jam setiap hari. Hari pertama Aneeq dekat kelas percubaan, Fadzi terus tunjuk pada Aneeq mana toilet. Jadi senang lah nak membuang bila dia rasa nak pee or poop.

Lepas tu dia nampak banyak toys. Terus dia main non stop. Fadzi pulak pergi jumpa teacher nak tanya pasal silibus dan fee. Dalam setengah jam macam tu, tiba tiba ada teacher lain cari mak Aneeq (Fadzi lah tu).

Katanya Aneeq menangis meraung-raung. Ya Allah, hati Fadzi ni risau teruk. Terus Fadzi cari Aneeq. Ada teacher lain tengah nak peluk Aneeq. Aneeq tolak tolak sambil menangis meraung. Fadzi cepat cepat pergi dekat Aneeq panggil nama dia tanya kenapa.

Hari Pertama Aneeq Ke Kinderkaizen
Fadzi tunggu Aneeq dalam kereta je masa trial class hari pertama

Bila Aneeq nampak Fadzi, terus die peluk sambil sedu sedan. Aneeq tak pakai seluar, kaki dia dah basah. Bila tanya tanya, rupa rupanya, Aneeq pergi pee tapi terkencing sikit dalam pants. Dia basuh pee dan basuh pants.

Sebab pants dah basah, dia panggil Fadzi tapi Fadzi tak dengar. Fadzi tengah discuss dengan teacher. Bila Fadzi tak datang, menangis lah Aneeq.

Fadzi pun cuba pujuk Aneeq kata Aneeq main ape tadi. Sambil keluarkan seluar dan pakaikan pada Aneeq. Bila dah pakai seluar, dah peluk sikit sikit, Aneeq dah boleh sambung main semula.

Waktu balik, Fadzi tanya Aneeq kenapa Aneeq menangis tadi. Aneeq jawab Aneeq pee, pants basah, Aneeq panggil mak, mak tak datang. Mak hilang. Ya Allah, sebaknya rasa. Mak tak hilang sayang. Mak tak hilang.

Baru pasal anak menangis sebab tak ada pants nak pakai, cari mak, mak tak datang, mak dah sebak. Ni belum lagi pasal benda lain.

Tapi silap Fadzi jugak sebab Fadzi tunjuk toilet dekat Aneeq tapi Fadzi tak tunjuk teacher mana satu. Aneeq menangis sebab tak tau nak panggil sape bila Fadzi tak datang.

Hari kedua dan ketiga Aneeq dah cool dah. Sampai-sampai je dekat sekolah, terus dia main dengan toys dan kawan-kawan. Bila time nak ajak die balik, Ya Rabbi susahnya. Dia tak nak balik! Hahahahha.


Hari Pertama Aneeq Di Kinderkaizen

Masa hari terakhir kelas percubaan, Fadzi tanya principal, bila Aneeq boleh mula kelas. Fadzi ingatkan next week nya baru boleh mula kelas. Rupanya principal kata boleh mula kelas besoknya (Khamis). 

Fadzi pun macam oh okay. Boleh. Tak ada masalah. Hari Rabu ambil baju uniform saiz M dan terus basuh dan keringkan malam tu jugak. Hari ni dah boleh pakai untuk ke sekolah.

Hari Pertama Aneeq Ke Kinderkaizen
Hari pertama breakfast awal

Hari pertama ni Aneeq bangun awal. Pukul 6 pagi dia dah bangun. Bila dah siap-siap mandi, breakfast, tukar baju uniform, terus kiteorang pergi ke Kinderkaizen. 

Sampai-sampai je dekat Kinderkaizen, laju je Aneeq masuk sekolah tinggal Mak huhuhu. Fadzi bagi borang dekat principal, shake hands, kiss Aneeq semua dan terus balik rumah dengan Anas.

Hari pertama Aneeq pergi school, Fadzi rasa rumah kosong je. Wuuu, sedih pulak mak ni kan. Macam ni rupanya rasa bila anak tak ada dekat rumah. Nasib baik Anas ada. Terubat jugak sunyi ni.

Waktu nak ambil Aneeq balik, susah jugakkkkk. Jenuh nak ajak dia balik. Dah lah dengan Fadzi tengah dukung Anas lagi. Lagi payah nak heret dia balik rumah. Last last balik jugak kiteorang. Hew. 


Post a Comment

23 Comments

  1. semoga aneeq cemerlang dlm pelajaran :)

    ReplyDelete
  2. budak bagus aneeq ni... semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. hi hi hi :) good boy, aneeq.
    anak2 aida semua start kindy umur 4 thn, fadzi.
    bukan nak dera. bukan tak syg.
    tapi nak bagi diorang bergaul :)

    ReplyDelete
  4. i x leh bayangkan anak i nanti... eventhough anak i baru nak masuk 3 years old this year.. i mmg plan nak masukkan dia tgh tahn ni.. but i can imagine dia akan menangis and raung camaner.. ur lucky anak you x menangis teruk pun.. huhu

    ReplyDelete
  5. Good boy Aneeq...haaa..mmg macam tu la rasanya bila anaanak first time pi sekolah..lagi sebak bila dia halau kita suruh balik...sedih tau..mama nak tgok dia kat school tp dia halau..

    ReplyDelete
  6. Alahai, ciannya aneeq. mesti cari2 mak dia tu.. hihi

    ReplyDelete
  7. Wah dah masuk school ye. Gitulah gayanya, mak pak akan risau lebih bila pertama kali nak hntr anak ke preschool. Tapi hakikatnya diorg mi cepat adapt dgn persekitaran. Good job Aneeq!

    ReplyDelete
  8. Fist time pergi sekolah, teringat dekat budak kecik kami, pergi sekolah nangis tak nak tinggal, balik sekolah pun menangis sebab tak nak balik, masih nak main dekat sekolah.

    ReplyDelete
  9. wah! mula-mula tu biasalah, dia tak biasa. Hehe. Tapi bila dah biasa. Balik pun tak nak. Haha.

    Semoga aneeq terus cemerlang.

    ReplyDelete
  10. Cute je cerita anak masa kecik2 ni kan? Dah pernah merasa dah dulu masa Dania pergi sekolah tapi demi untuk bagi Dania tu pandai berinteraksi dengan rakan sebaya....kita go with the flow. Hehe....

    ReplyDelete
  11. ala siannya dia...anak saya mula2 nangis juga.tp lama2 dah ok..semoga aneeq rajin belajar ye..

    ReplyDelete
  12. Alooo loop...comel nya aneeq....good boy...kejap je dia ketakutan...masuk hari kedua ke tiga dh ok dh...tahniah aneeq...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, Aneeq boleh biasakan diri ke sekolah. Huda pun rasa kosong jer rumah tahun ni sebab dua2 anak dah masuk sekolah. Setiap hari tengok jam, tak sabar nak tunggu anak-anak balik sekolah.

    ReplyDelete
  14. Bagus Aneeq ni bangun awal pagi semangat nak pergi kelas heheheheh bagus belajar rajin-rajin tau jadi anak yang berguna dan juga berjasa pada ibubapa dan keluarga. Nanti boleh jadi blogger berjaya hehehehe...

    ReplyDelete
  15. Pakwe kita besar dah dia. Dah sekolah dah haaaa... Jadi anak yang baik ye Aneeq sayang. Good try Aneeq even kelas trial dia menangis. Tapi kita yang kecik memang akan ada perasaan macam tu bila kena tinggal dengan parents kan?

    ReplyDelete
  16. Wahh Aneeq da sekolah... Rajin-rajin belajar yea, nanti Mak upah mainan he he he

    ReplyDelete
  17. Amboi Aneeq. Sampai tak nak balik jadinya. Haha. Bagus la dia suka sekolah tu (walaupun rasanya sebab mainan banyak tu hahaha). Jadikan budaya maka esok dah besar sikit dia makin suka sekolah kan.

    ReplyDelete
  18. Alaaaa sedih lak baca bila aneeq kata pant dia basah panggil mak, mak hilang..ye la 1st day dia mesti agak susah utk dia

    ReplyDelete
  19. Aneeq makin besar dah lain dah muka dia... tak macam baby dah tapi sekarang dia dah nampak macam maskulin dan matang.. ohhh cepat gila masa berlalu. :( rindu pula nak ada baby tecik tapi nenanti je la.. nak fokus abang ngan adik dulu handle diri sendiri dan berdikari... harap aneeq had so much dekat kinderkaizen

    ReplyDelete
  20. Yeay aneeq dh msuk school la... Xpe.. Belajar msuk awl umur 4 thun xpe.. Sbb nnti mudah utk uruskn masuk tadika pula.. Mula2 bdk mmg cmtu nk nangis . Sama la situasi aneeq dgn ank buah wawa.. Nangis smpi suh moksunya dtg amik. Pdhal moksunya kt Muar. Dia kt kt jb, dh terpaksa moksu trun on the spot amik dia kt taska. Haha.. Uminya geleng2 kepala sbb xnk ngn umi (umi grg). Ni blom ank sendiri kan.. Pengalaman btul... InshaaAllah aneeq akan selesa lepas ni.. Be goodboy k Aneeq !

    ReplyDelete
  21. Seronoknya baca. Kenangan yg bermakna kann? Feel you as mom. Good boy Aneeq encem, semoga jadi anak yang soleh. Aamiin

    ReplyDelete
  22. Bestnya Fadzi dh ada moment mcm nie. Mesti sebakkan thok anak sndri dah besar n finally nk pergi ke sekolah. Semoga Aneeq belajar sungguh2 kt sekolah. Anyway, first time dgr nama Kindergaizen nie.

    ReplyDelete
  23. Teringat pulak anak saya yang dulu pun saya hantar waktu umur 4 tahun. Tujuannya pun sama iaitu untuk mereka bergaul dengan kanak-kanak lain. Moga-moga dia dapat bermain dan belajar dengan gembira. :)

    ReplyDelete