Kinderkaizen Get Together 2019

Kinderkaizen Get Together 2019 | Kalau korang masih tak tahu, sekarang ni Aneeq dah pun masuk sekolah. Fadzi hantar dia pergi sekolah dekat Kinderkaizen. Dan Sabtu lepas Kinderkaizen tempat Aneeq pergi tu ada buat program Get Together.

Kinderkaizen Get Together 2019

Kinderkaizen Get Together 2019

Program Kinderkaizen Get Together ni saja-saja je dieorang buat nak bagi parents, play leaders (person in charge budak-budak dekat Kinderkaizen) dan anak-anak berkumpul dan have fun sama-sama. Tak wajib pergi pun tapi Fadzi saja nak bawak Aneeq join jugak.

Aktiviti Kinderkaizen Get Together 2019

Aktiviti yang diadakan dalam program ni simple je. Untuk parents, lebih kepada nak kenal parents lain. Waktu ni lah kiteorang kenal kenal parents kawan anak-anak kite.

Untuk anak-anak pulak, dieorang lebih kepada nak main-main sama-sama diaorang. Biasa main indoor dalam school je kan. Kali ni main outdoor pulak. Macam-macam mainan yang disediakan oleh playleaders Kinderkaizen antaranya:

Aktiviti Sensory 1: Main Ais

Kinderkaizen Get Together 2019
Dalam tray ni ada ais dan ada beberapa mainan. Jadi bila budak-budak main, ada lah rasa sejuk sejuk ais tu. Aneeq suka betul main ni.Lama jugak dia main dekat sini.

Aktiviti Sensory 2: Main Pasir

Kinderkaizen Get Together 2019
Yang ni sama macam mainan pertama tu cumanya dalam tray ni dieorang letakkan pasir. Kemudian ada beberapa mainan lain. Dah last-last baru Aneeq main yang ni. Sampai playleaders nak kemas dah pun, Aneeq masih main lagi.

Aktiviti Sensory 3: DIY Bubble

Kinderkaizen Get Together 2019
Untuk mainan ni, budak budak cuma kena tiup untuk hasilkan buih daripada sabun. Tapi tak tau mana kurangnya sebab bubble tak menjadi sangat. Last last tak berapa ramai pun yang nak main benda ni.

Aktiviti Sensory 4: Buat Smiley (Rasanya)

Kinderkaizen Get Together 2019
Disebabkan kiteorang sampai agak lewat, mainan yang ni Fadzi tak berapa faham nak main. Dia macam ada paper plate lepas tu ada daun dan ranting kayu. Ada juga kanta pembesar. Sama ada untuk tengok bahan-bahan dalam tu atau buat muka smiley atas paper plate guna bahan-bahan yang ada. 

Makanan Potluck Kinderkaizen Get Together 2019

Kali ni makanan semua jenis potluck. Sikit sorang bawak. Bagi Fadzi ni first time join potluck jadi macam blur sikit nak bawak makanan apa. Lagipun, aktiviti ni buat outdoor jadi Fadzi rasa leceh sikit kalau buat makanan yang susah nak diambil dan dimakan.

Gigihlah Fadzi duk buat survey tanya dekat dalam IG story makanan apa yang sesuai dibawak untuk potluck. Ramai yang bagi suggestion. Terima kasih sangat-sangat. 

Kinderkaizen Get Together 2019

Sudahnya Fadzi bawak roti dalam plastik je. Jenis single pack. Kan senang orang nak makan. Tak payah share share. Ambil satu plastik dan makan. Kalau tak habis, simpan bawak balik rumah.

Tapi parents masing-masing serius bawak makanan sedap sedap. Ada mini burger, muffin, brownies, nasi lemak, pulut kuning, mee goreng, air kotak, cakoi, karipap. Haih banyak lah. Seronok makan. 

Apa pun, program kali ni memang seronok. Budak budak seronok main sampai lencun baju, parents pun seronok kenal-kenal dengan parents lain. 

Next time kalau ada aktiviti macam ni lagi, Fadzi nak borak lebih lagi dengan parents lain sebab masa program ni Fadzi macam malu-malu pulak nak berborak. Huhuhu. Introvert la katakan. Nak tegur orang lain tu payah sikit. 

Post a Comment

18 Comments

  1. Bestnya ada aktiviti macam ni. Boleh kenal dengan kawan-kawan anak. biasala tu baru jumpa malu-malu la. Tapi bila dah start berbual, mesti takkan habis cerita punya.

    ReplyDelete
  2. such a lovely get together where everyone bonding is closer.. nice idea of gathering by kinderkaizen.. enjoy ur time to maximum..

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya kalau macam ni kan best. Xda lagi provram macam ni.. myb skg cuaca xmngizinkan..

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat luang masa dengan anak-anak kalu macam ni. boleh picnic sambil rehat kat taman permainan kan. tu dia main pasir & toys bukan main suka hati lagi. tambah lagi sekarang dah musim cuti sekolah

    ReplyDelete
  5. Sama lah macam sis ni, kalau ada perjumpaan dengan keluarga atau sukan ke..memang sis jarang berborak dengan parents yg lain, senyum memanjang je..org tanya baru jawab..hahaha. Tapi seronok jugak bila ada aktiviti macam ni..sekurang2nya kita tahu keuarga kawan2 anak kita

    ReplyDelete
  6. Banyak juga aktiviti sensory yang dibuat untuk Aneeq dan kawan kawan main kan. Budak budak memang suka dan seronok. Bagus diadakan program macam ni sebab oleh eratkan silaturrahim sesama guru ,parent dan murid.

    ReplyDelete
  7. bagus pedekatana pendidikan yang dibawakan oleh kinderkaizen....da macama ktiviti luar yang melibatkan parents jug auntuk hadir sama...mesti seronokkan join popluck boleh kongsi2 makanan dengan parents yang lain

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada aktiviti macam ni dekat school anak. Mak terlibat sekali nak kenal antara satu sama lain. Permainan anak-anak pun nampak menarik.. Good la dia buat macam ni. .Mavam beriadah bersama gitu. .

    ReplyDelete
  9. This is definitely a great activity for colour little ones right? They get to learn something extra outside of their classroom. The best part is parents can get involved as well. 😁

    ReplyDelete
  10. Best la dia buat macam ni. Yela, sometimes parents budak-budak ni perlu kenal satu sama lain jugak tau, untuk pantau progress anak-anak. Patut setiap tadika buat macam ni jugaklah.

    ReplyDelete
  11. Suka laaaa ada aktiviti mcam ni. Memupuk semangat setiakawan antara satu sama lain malahan dengan parents sekali. Program yang menarik. Potluck tu kita pun suka! Hehee... Bagusnya Kinderkaizen!

    ReplyDelete
  12. Bagus aktiviti aktiviti ni utk perkembangan awal kanak-kanak. Lagipun anak2 mmg suka aktiviti camni hehe

    ReplyDelete
  13. wah piknik time... menarik pula yang MAIN AIS tu i tak pernah terfikir aktiviti tu boleh promote sensory sense... heee... bestnya buat POTLUCK rasa macam dah lama tak buat gaya gini macam BEST je.. heee hehehe...boleh eratkan silatulrahimm

    ReplyDelete
  14. Bestnya aneeq dapat join aktiviti macam ni.. mesti dapat ilmu dan pengalaman baru kan.. TB pun nak join kalau ada aktiviti macam ni.. kadang kita pun dapat ilmu jugak kan

    ReplyDelete
  15. I like this kind of outdoor activities with the family and kids. Its a good and healthy way for bonding too.

    ReplyDelete
  16. Seronok tau klu dpt jpa dgn parent dorang, masing2 bwk bekal dan mcm berkelah plk

    ReplyDelete
  17. Bestnya ada aktiviti2 mcm ni.. Involvement both side parents n kids kan. Memang bagus kids boleh buat aktiviti2 mcm ni sambil parents pun dpt kenai2 each other kan

    ReplyDelete
  18. Bestnya acara sebegini. Anak-anak dan parents boleh bonding bersama di samping meningkatkan skills anak-anak ye tak. Hari tu nampak kawan pun bawa anak dia pergi aktiviti yang lebih kurang sama - seronok tengok baby dia main pasir

    ReplyDelete