Sambut Birthday Aneeq Yang Ke 4 Tahun

Sambut Birthday Aneeq Yang Ke 4 Tahun | Family Fadzi ni sebenarnya bukan jenis yang sambut hari lahir sangat. Setakat 4 tahun Aneeq hidup ni, baru lah 2 kali sambut birthday dia. Masa 2 tahun dan sekali lagi masa dia umur 4 tahun ni.

Sebenarnya birthday Aneeq 21 Mac. Tapi sebab hari Khamis kan. Kiteorang pun celebrate birthday Aneeq hari Ahad 24 Mac. Senang semua orang nak kumpul on weekend. Itu pun tak dapat nak kumpul semua tau.

Sambut Birthday Aneeq Yang Ke 4 Tahun

Sambut Birthday Aneeq Yang Ke 4 Tahun

Sambutan hari lahir Aneeq kali ni pun sama masa sambutan birthday masa dia 2 tahun dulu. Buat simple habis dan ajak keluarga terdekat saja. Mak dan Apak Fadzi, Ibu dah Ayah Zul serta adik beradik Fadzi. Adik beradik Zul pulak tak dapat datang sebab ada urusan lain.

Lagipun kiteorang tak cakap pun dekat Aneeq yang kiteorang nak sambut birthday dia. Sebabnya kiteorang tak nak benda benda macam ni jadi perkara yang wajib untuk disambut setiap tahun. Sekali sekala buat ok lah kan.

Kek Hari Lahir Aneeq

Kek birthday Aneeq ni last minit betul baru kiteorang beli. Sebenarnya Zul dah order awal guna GrabFood. Tapi hari kejadiannya, order kena cancel sebab stock kek tu tak ada. Boleh pulak macam tu kan.

Kek hari lahir

Sudahnya, Zul kena keluar kejap untuk beli kek Aneeq. Aneeq dah lah sejenis yang memang suka kek. Gigih lah jugak Zul pergi beli. Punya sayang ayah dekat anak kan.

Tapi kek yang kiteorang nak beli kan untuk Aneeq tak ada. Jadi rembat je lah mana yang ada. Kiteorang beli kek Secret Recipe. Mahal jugak rupanya kek kek ni. Next time Fadzi nak bake sendiri je lah hahahah.

Menu Makanan Majlis Hari Lahir Aneeq

Manu makanan yang kiteorang buat untuk hari lahir Aneeq ni berubah dari semasa ke semasa. Mula-mula planning just nak buat spageti dengan kuah bolognese, brownies, tembikai dan kek. Last last banyak pulak makanan yang datang sebab orang lain bawak makanan sekali.

Antara makanan yang ada masa majlis hari lahir Aneeq tu macam dekat bawah ni:
  • Satay dan kuah kacang
  • Pulut kuning dan rendang
  • Lemang 
  • Ketupat palas
  • Tembikai
  • Nasi impit
  • Sangwich telur
  • Sandwich tuna
  • Donut
  • Seaweed snack
  • Air mangga oren


Menu makanan majlis hari lahir

Banyak kan? Nasib baik Fadzi tak sempat nak buat spageti lagi masa tu. Kalau tak, ya Allah sape lah nak menghabiskan semua makanan ni. Ini pun Fadzi tapau semua makanan yang banyak berlebih tu bagi semua orang bawak balik.

Masa birthday Aneeq ni, Fadzi sempat jugak lah ambik gambar sikit sikit. Tapi gambar Aneeq dengan Zul dan Fadzi tak teringat pulak nak ambil. Gambar Aneeq dengan Grandpa, Nenek, Atok dengan Wan dia je yang sempat.

Grandpa dan nenek

Ni geng payah nak ambil gambar. Grandpa dengan Nenek. Ni parents Fadzi. Tak pernah kan Fadzi tunjuk gambar dieorang dalam blog Fadzi sebelum ni? Dua dua parents Fadzi ni educator tapi dah bersara lah.

Atok dan wan

Ni pulak geng natural depan kamera. Senang nak ambil gambar heheh. Atok dengan Wan. Ni parents Zul. First time jugak Fadzi tunjuk gambar dieorang dalam blog Fadzi ni. 

Fadzi sebenarnya buat majlis kecil kecil panggil family terdekat je sebab rumah kecil. Kalau ramai-ramai, tak muat pulak. Takut orang tak selesa. 

Dekat school Aneeq boleh dikatakan hampir setiap minggu akan ada birthday celebration pada hari Jumaat. Tapi Fadzi tak buat majlis hari lahir Aneeq dekat school die.

Sambut Birthday Aneeq Yang Ke 4 Tahun

Satunya sebab leceh Zul nak kena ambil cuti. Satu lagi leceh jugak nak prepare goodie bag semua. Bab makan Fadzi tak kisah sangat tapi bab goodie bag tu pening kepala nak fikir. 

Korang biasa sambut birthday anak korang dekat sekolah diaorang ke dekat rumah je dengan family?


Post a Comment

19 Comments

  1. hepi bestday aneeq..mak bg hadiah apa kt aneeq?hihi

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Aneeq! Simple simple pun banyak juga makanan tu hehe. Mesti birthday boy suka 😊

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Aneeq. Wah dah besar ye dia. Qiss pun kalau nak makan kek just buat antara keluarga je. Takpun just kuar makan masa birthday. Takde pulak nak panggil-panggil datang rumah sebab nanti nak kena berkemas pula. Tapi sekurang-kurang kita dapat berjumpa satu keluarga.

    ReplyDelete
  4. happy birthday sayang. Semoga menjadi anak yg sihat dilindungi Allah swt dan dimurahkan rezeki dunia akhirat

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday Aneeq ! Look like the Birthday celebration was so much fun. Wish you many many happy in returns hehe

    ReplyDelete
  6. Happy birthday aneeq! Seronoknya sambut birthday dengan family.semoga membesar jadi anak soleh

    ReplyDelete
  7. Selamat hari jadi Aneeq moga menjadi anak yang berguna dan juga terus berjaya kepada kedua ibu bapa jadi lah anak yang baik. Hehehehe sedpanya makanan tak ajak uncle pun makan sekali hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Anak kita yang pertama, umur setahun dengan 2tahun dia potong kek.
    Excited kan sebab anak baru sorang.
    Tahun lepas konon nak buat juga. Tapi sebab pindah, tak tahu nak beli kek kat mana.
    SR ni mersing memang takde.
    Plan umur 5thn ni mcm nak buatkan kat school dia nti. Kna tnya ckgu dulu la.
    Si adiknya umur sthun, 2tahun tak merasa lagi potong kek. Kesian pulak. Tnggu la besar sikit bagi peluang merasa.
    Seronok buat wlpun kecik2.
    Just nak berkumpul tu yang seronok.

    ReplyDelete
  9. Happy birthday Aneeq. Makin besar anak bujang sornag ni ya .Banyak juga menu untuk sambutan birthday Aneeq. Satay tuh buat air liur meleleh pulak .Hahaha

    ReplyDelete
  10. selamat hari lahir aneeq! tak sangka dah umur 4 tahun sekarang..comel je. mesti dapat banyak hadiah kan. tahun depan dah boleh masuk pra-tadika ni.

    ReplyDelete
  11. waah besday handsome boy seorang ni. happy 4th Aneeq !! sihat selalu dan jadi anak soleh ya..

    ReplyDelete
  12. Cepatnya masa berlalu, aneeq dh 4 tahun. Macam terbayang2 lagi zaman aneeq kecik dulu, fadzi duk kendong atas dukung bawak dia pergi event. Masa tu dia baby lagi, hehe

    ReplyDelete
  13. Akak mmg biasa celebrate anak2 kat rumah jer. Sebab sennag nak plan menu. Dan biasanya sambut di kalangan ahli keluarga jer hehe

    ReplyDelete
  14. happy bestday aneeq..biasanya saya sambut kat rumah jer sebab lebih santai lebih dekat dengan family...kalau kat luar ni masa terhad

    ReplyDelete
  15. Bestnya aneeq dr kecik smpai skrg leh smbut. Kita dulu kcik2 xsmpt merasa nk smbut bifday smpi ke tua ni. Hahaha...btw happy bufday aneeq!

    ReplyDelete
  16. Happy birthday to your son. He must be really happy to be celebrating his big day with friends and family right? I hope you got good presents. :)

    ReplyDelete
  17. Selamat hari jadi Aneeq ! Semoga jadi anak solehah ibu bapa dan sihat sejahtera sentiasa. Happy 4th birthday!

    ReplyDelete
  18. Happy birthday Aneeq. Hehehe bestnya dapat sambut birthday dan gather with family at the same time. Moga ceria selalu Aneeq. Suka tgk kek Aneeq dan family bond sis Fadzi. Errr, terliur juga tgk makanan2 tu... hehe, i cant see foods~

    ReplyDelete