Pages

  • Home
  • Fadzi Razak
  • Hubungi
  • Disclaimer
  • Sitemap

Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog

    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Recap April 2019 | Dah masuk penghujung bulan keempat dalam tahun 2019 ni kan. Azam korang macam mana? Kehkehkeh. Azam Fadzi? Krik krik krik lah gitu.


    Recap April 2019

    Bulan April ni macam kurang best sikit sebab tak birthday, tak ada cuti dan tak ada benda yang menarik sangat pun terjadi dekat kiteorang. Tapi, nak share jugak lah kan.

    Rezeki Blogging Fadzi Mula Datang 

    Bulan April ni bulan yang Fadzi slowly mula dapat offer job dekat blog dan social media. Alhamdullilah sangat sebab sepanjang tahun lepas Fadzi banyak tolak offer job sebab pregnant. 



    Masa Fadzi pregnant memang teruk alahan sampai satu kerja pun tak boleh buat. Jadi Fadzi macam takut jugak lah nak terima offer mana mana sebab takut tak boleh nak komited dengan job tu.

    Bila tahun lepas Fadzi banyak tolak offer job, makin kurang lah offer yang Fadzi dapat daripada PR PR yang biasa Fadzi dapat. Tapi tahun ni Alhamdullilah sangat slowly offer datang. Tak banyak tapi boleh lah sebagai permulaan.

    Zul Lulus Course Certificate ITIL

    Awal bulan ni Zul ada ambil course certificate dekat KL. Dia ambil course certificate ITIL. Sampai 2 kali weekend kelasnya. Fadzi pulak ingatkan kelas biasa je. Rupanya ada exam sekali. 

    Alhamdullilah lepas lulus Zul dalam exam dia. Bertambahlah koleksi certificate yang dia ada. Certificate macam ni sebenarnya sedikit sebanyak membantu dia dalam kerja dia lah.

    Disebabkan kelas 2 minggu ni dan Fadzi pulak ada jemputan event, weekend bulan April kiteorang seriously memang padat. Dan sangat penat. Bukan penat untuk kiteorang je. Penat untuk anak-anak jugak.

    Aneeq Join Kinderkaizen Family Playday 2019

    Bulan ni Aneeq banyak tolong Fadzi buat job blogging dan social media sebab kebanyakan offer yang Fadzi dapat berkaitan dengan parenting. Kena lah tunjuk anak sikit kan. Huhuh thank you sayang.



    And bulan ni jugak ada Family Day school Aneeq. Ahad lepas diaorang adakan Family Day tu. Aneeq lah manusia yang paling seronok dalam rumah ni bila ada apa-apa pasal school dia.

    Fadzi seronok tengok Aneeq happy bila main macam macam benda dekat Family Day Kinderkaizen tu. Menyanyi, menari, melompat, ape je lah yang dia tak buat. 

    Anas Dah Start Makan

    Bulan ni Anas dah pun masuk 6 bulan. Fadzi pun dah mula biasakan Anas dengan makanan-makanan puree. Tapi kali ni agak struggle sebab ada Aneeq. Masa Aneeq dulu senang je rasanya nak intro makanan. 

    Time Anas ni agak susah. Tak tahu lah kenapa. Fadzi rasa Fadzi busy uruskan hantar dan ambil Aneeq dari sekolah. Lepas tu, groceries asyik lambat beli sebab setiap minggu bulan April ni sangat pack dengan aktiviti.


    Setakat ni Fadzi sempat kenalkan puree epal dan bubur kosong je dekat Anas. Fadzi guna konsep 4 days rule. Tapi lepas 2 minggu, Fadzi stop sebab Fadzi tak sempat. Cuma bagi susu badan je. 

    Lepas ni Fadzi akan cuba intro kan semula makanan makanan puree untuk Anas. Dan kali harap-harapnya lebih konsisten dari bulan April ni huhuhu.

    So korang? Apa yang best best untuk bulan April ni? Oh dan, selamat menyambut bulan Ramadan. Tak sabar nak tunggu mula puasa!


    Continue Reading
    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam | Minggu lepas Fadzi ada ambil masa untuk me time melepak dengan kawan-kawan sambil makan-makan. Rasa macam dah bertahun tak ada me time. 

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam

    Zul pulak faham Fadzi stress sikit lately. Jadi, dia jagakan Anas dan Aneeq dan bagi Fadzi keluar lepak dengan kawan. Kiteorang pergi lepak makan dekat Restoran Mangkuk Ayam di DPulze Mall Cyberjaya.

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam

    Fadzi bukan selalu pergi jalan jalan ke Cyberjaya ni. Jadi tak tau sangat lah mana tempat makan yang best dekat Cyberjaya. Restoran Mangkuk Ayam ni pun Ida yang suggest. 

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam

    Disebabkan restoran ni dalam mall, jadi senang lah sikit nak parking. Ada aircond lagi. Sejuk. Ruang makan dia pun jenis santai-santai je. Memang tempat best untuk lepak lepak dengan kawan-kawan ataupun keluarga.

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
    Menu Restoran Mangkuk Ayam

    Makanan dia pun boleh tahan harganya. Tak mahal mana. Standard je. Harga makanan dan minuman bermula dari RM1.20 dan paling mahal pun belas belas ringgit je. Tak ada yang lebih RM20 pun.

    Bab portion makanan dia, kalau korang ambil jenis-jenis nasi, kalau makan seorang tak ada hal. Confirm boleh habis. Tapi kalau korang order jenis makanan dalam mangkuk, Fadzi cadangkan korang kongsi je lah. Sebab portion dia besar gila.

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Bubur Ayam

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Nasi Indo Ikan Siam

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Nasi Air Special Kelantan

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Nasi Lemak Ayam Goreng Panas

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Nasi Lemak Ikan Tongkol

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Nasi Lemak Kari Ayam

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Nasi Lemak Rendang Daging

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
    Nasi Lemak

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
    Asam Laksa

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Kari Bebola Ikan

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Kue Teow Sup Ayam

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Mee Kari 

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Mee Rojak Sotong

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Pecal Sayur

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Mee Rojak Ayam

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Rojak Biasa

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Rojak Buah

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
    Taufu Sumbat

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Mangga Ais 

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     Lai Chi Keng

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
     ABC

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
    Cendol

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
    Minuman

    Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
    Free flow pop corn

    Korang pun boleh enjoy makan pop corn yang disediakan secara percuma dekat Restoran Mangkuk Ayam ni. Korang pergi dekat area kaunter, korang akan nampak bekas pop corn ni.

    Ambil mangkuk yang disediakan, bukak mesin pop corn ni dan ceduk lah sendiri berapa banyak yang korang nak. Nak refill lepas habis pun boleh jugak. Tak ada masalah.

    Kalau korang ada dekat sini dan tak tau tempat makan di Cyberjaya, korang boleh cuba Restoran Mangkuk Ayam ni. 

    Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
    P10, D’Pulze Shopping Centre
    Cyberjaya

    Facebook : Restoran Mangkuk Ayam Malaysia


    Continue Reading
    Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Citarasa Dua Sempadan Laman Kayangan | Kalau korang tercari-cari tempat mana untuk berbuka dalam bulan puasa tak lama lagi, mungkin korang boleh consider berbuka puasa di Laman Kayangan.


    Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Citarasa Dua Sempadan Laman Kayangan 

    Terdapat lebih kurang 80 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.  

    Antaranya adalah Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef dan Laksa Ikan Sekoq yang merupakan antara ‘signature dish’  yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti. 

    Kalau tak ada kambing panggang rasa macam tak sah pulak kan pergi buffet ramadan 

     Antara lauk pauk yang ada nanti



     Miang Kam - pembuka selera makanan Thai




     Aneka makanan Melayu

    Kuih-muih Melayu

    Juga menampilkan pelbagai menu yang menarik dari Utara semenanjung Malaysia hingga ke Selatan Thailand yang pastinya akan membuat korang rambang mata nak makan mana satu.

    Kemudahan Yang Ada Di Laman Kayangan
    - Lokasi selesa
    - Parking percuma
    - Surau disediakan
    - Berhawa dingin
    - Pelbagai menu istimewa
    - Persembahan ghazal
     


    Harga Buffet Ramadan Citarasa Dua Sempadan Laman Kayangan 

    Harga untuk Buffet Ramadan Citarasa Dua Sempadan Laman Kayangan adalah seperti di bawah.


    Early Bird (pembelian awal sehingga 28 April 2019)
    RM 59 Dewasa
    RM 35 Kanak-kanak dan warga emas

    Harga Normal
    RM 69 Dewasa
    RM 39 Kanak-kanak / warga emas

    Selain daripada pembelian individu, korang jugak boleh beli pakej korporat. Biasanya pakej korporat ini untuk berbuka puasa secara beramai-ramai contohnya untuk event atau untuk satu ofis macam tu. 

    Pakej Korporat
    BELI 50 MEJA 
    PERCUMA:
    5 MEJA 
    5 PAX
    5 SETTING MEJA VIP
    500 CENDERAHATI ISTIMEWA
    5 HAMPER
    1 BACKDROP 10’X10’
    PENGGUNAAN PA SYSTEM & PROJECTOR
    DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA.

    BELI 40 MEJA
    PERCUMA :-
    4 MEJA
    5 PAX
    4 SETTING MEJA VIP
    400 CENDERAHATI ISTIMEWA
    4 HAMPER
    1 BACKDROP 10’X10’
    PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
    DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

    BELI 30 MEJA
    PERCUMA :-
    3 MEJA
    5 PAX
    3 SETTING MEJA VIP
    3 HAMPER RAYA
    1 BACKDROP 10’X10’
    PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
    DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

    BELI 20 MEJA
    PERCUMA :-
    2 MEJA
    5 PAX
    2 SETTING MEJA VIP
    PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
    DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

    BELI 10 MEJA
    PERCUMA :-
    1 MEJA
    5 PAX
    DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA


    Korang boleh mula berbuka puasa di Buffet Ramadan Citarasa Dua Sempadan Laman Kayangan pada waktu seperti di bawah.

    9 Mei hingga 2 Jun 2019

    Untuk tempahan atau pun sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi:

    En Azahari 019-2331351
    Pn Hasmal 019-2503090 / 012-2533973

    Follow di Facebook: Buffet Ramadhan Malaysia 
    Instagram: @buffetramadhanmalaysia

    Laman Kayangan d/a
    Dataran Karyawan Kompleks Belia & Kebudayaan
    Negeri Selangor, Seksyen 7,4000
    Shah Alam, Selangor


    Kalau korang yang tak pernah datang ke Laman Kayangan ni, korang mesti suka bila datang sini. Sebab tempat dia memang cantik. Biasanya diaorang buat event perkahwinan dan macam-macam event lagi.

    Tempat cantik, makanan sedap, servis okay. Mesti pengalaman korang berbuka dekat sini berbaloi. Cepat cepat beli voucher berbuka sempena promosi sampai 28 April ni tau.




    Continue Reading
    Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Tengah | Pernah tak pergi berbuka puasa dekat SACC Shah Alam? Pada Fadzi, berbuka puasa dekat SACC ni paling best. 

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019

    Jadi entry kali ni, Fadzi nak kongsikan dengan korang, apa yang menarik dalam buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah untuk tahun 2019 kali ni. Alang-alang kan sebab hari tu Fadzi sempat pergi ke prebiu buffet Ramadan SACC. 

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Tengah

    Setiap tahun mesti SACC akan menghidangkan Nasi Kambing Kebuli semasa buffet Ramadannya. Kalau yang memang suka kan masakan Arab, Nasi Kambing Kebuli ni korang memang kena cuba. 

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
    Nasi Kambing Kebuli

    Selain daripada hiangan utama Nasi Kambing Kebuli, tahun ini SACC akan menyediakan pelbagai hidangan khas dari Timur Tengah seperti Kebab Ayam Irani, Sup Harira, Tabbouleh, Tahina, Baba Ganoush (masakan terung) dan Qayatef.

    Kalau korang tak biasa makan makanan masakan Timur Tengah, tak perlu risau. Sebab SACC pun ada menyediakan masakan tradisi Melayu seperti Rendang Negeri Sembilan, Daging Goreng Berlado, Ayam Percik, Asam Pedas Tetel, Lala Cili Padi dan Singgang Ikan Tongkol.

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
    Lauk pauk Melayu tradisi

    Ada juga dibuka booth untuk pelbagai jenis pilihan makanan seperti:
    • Ikan Goreng Tepung/Ikan Bakar
    • Sup Periuk dan Aneka Roti
    • Roti John
    • Pecal dengan Kuah Kacang
    • Laksa Utara
    • Kacang Pool dengan Telur Separuh Masak dan Roti Bakar
    • Kakiage Tempura dan Chicken Kaarage
    • Lemang, Ketupat, Nasi Impit, Rendang dan Kuah Kacang
    • Pat Thai Kuey Teow
    • Apam Lenggang
    • ABC
    • Teh Tarik dan Kopi Tarik
    • Buah-buahan Potong dan Buah-buahan Dusun
    • Aneka Goreng-Goreng dan Pengat

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Booth Ikan Bakar dan Ikan Goreng Tepung

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Booth Kacang Pool

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Booth Laksa Utara dan Mee Kari Nyonya

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Booth Lemang, Ketupat, Nasi Impit dan Rendang

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Booth Pat Thai Kueh Teow dan Fried Noodle Mamak

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
    Booth Pecal dan Lontong

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Booth Popia Basah

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
    Booth Rojak Mamak

    Dekat booth Aneka Goreng-Goreng dan Pengat tu korang boleh cuba macam-macam jenis makanan. Antaranya untuk goreng-goreng adalah seperti keledek, pisang, cucur bilis, cekodok dan  ubi kayu.

    Untuk pengat pulak korang boleh cuba bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur jagung, pengat pisang dan pengat keledek.

    Yang suka kan durian, jangan lepaskan peluang untuk cuba cucur durian. Fadzi banyak kali tambah cucur durian tu. Sedap!

    5 Sebab Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Tengah Mesti Jadi Pilihan Berbuka Puasa Tahun 2019

    Fadzi nak kongsikan dengan korang kenapa pada Fadzi SACC BUffet Ramadan ini adalah buffet Ramadan yang Fadzi tunggu-tunggu kan setiap tahun.

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Booth Sup Periuk

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Sup Periuk

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
    Pilhan condiments untuk Sup Periuk

    1. Menu-menu Menarik
    Menu-menu yang disediakan dekat SACC Buffet Ramadan memang sedap-sedap dan ada macam-macam pilihan. Setiap tahun mesti diaorang dartang dengan tema yang berbeza tapi masakan Melayu tradisi mesti ada juga disediakan.

    2. Ruang Makan Yang Besar Dan Selesa
    Setakat yang Fadzi pernah pergi buffet Ramadan, SACC menyediakan ruang makan yang paling selesa. Ruang nya besar, air cond sejuk, ruang antara meja dengan meja orang lain besar. Memang selesa nak makan.

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
    Air Panas

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Air Sejuk

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Buah-buahan Potong

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
    Buah-buahan Dusun

    3. Flat Rate Parking
    Untuk yang datang guna kereta, korang boleh parking kereta di SACC dengan kadar bayaran RM5 flat rate. Affordable kan. Senang pulak tu. Macam hari tu, Fadzi park kereta dekat bahagian basement, naik lift dan terus sampai. 

    4. Surau
    Surau SACC ada dekat tingkat atas. Mudah. Senang. Selesa. Bersih. Nak makan pun tak rushing. Bila azan Maghrib dah berkumandang, korang makan lah ala kadar, lepas tu pergi solat dekat tingkat atas. Habis solat, boleh je nak sambung makan semula.

    5. Ada Persembahan
    Masa korang berbuka puasa tu nanti, akan ada persembahan nyanyi dekat atas pentas. Tak lah bosan sangat kan ada hiburan sikit. Fadzi kadang kadang bila dengar oran gbuat persembahan tu siap boleh join nyanyi sekali.

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
     Pencuci Mulut

    Buffet Ramadan Shah Alam 2019
    Turkish Barrel Ice Cream

    Harga Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah

    Harga untuk Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah adalah seperti di bawah.

    Dewasa RM88+
    Kanak-kanak RM44+

    Nota:
    • Pembelian awal sebelum 10 Mei, korang dapat harga RM78+ untuk dewasa.
    • Setiap pembelian voucher, RM1.00 akan disumbangkan kepada "Tabung Kebajikan Gelandangan"
    • Harga untuk kanak-kanak bermula dari umur 7 hingga 10 tahun.
    • 6 tahun ke bawah makan percuma.
    • Pembelian voucher untuk kanak-kanak hanya ada secara walk in saja.
    • Voucher untuk dewasa boleh beli secara online.
    • Pakej Korporat ditawarkan dengan harga bermula RM70+ dengan minimum 80 orang.
    • Untuk Pakej Korporat, korang akan dapat ruang khas untuk berbuka puasa.


    Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Tengah

    Korang boleh mula berbuka puasa di Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah pada waktu seperti di bawah.

    11 Mei hingga 3 Jun 2019

    Untuk tempahan atau pun sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi:

    Shah Alam Convention Centre
    No.4 Jalan Perbadanan 14/9,
    40000 Shah Alam,
    Selangor
    03 5511 8858/03 5511 8848
    enquiry@sacc.com.my

    Untuk tengok menu penuh, korang boleh tengok dekat sini -> Menu Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah 2019.

    SACC memang dah jadi salah satu venue yang boleh kata Fadzi harus pergi berbuka puasa tiap tiap tahun. Dengan makanan yang sedap-sedap, performance yang santai, tempat yang selesa dan kemudahan yang cukup.

    Sesiapa yang tengah mencari tempat berbuka puasa sama ada untuk family atau untuk tempat kerja, korang boleh cuba Buffet Ramadan Cita Rasa Timur Tengah SACC 2019 kali ni. Memang berbaloi.


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Search This Blog

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Press

    recent posts

    Blog Archive

    • ▼  2019 (46)
      • ►  September (1)
      • ►  August (1)
      • ►  July (7)
      • ►  June (4)
      • ►  May (8)
      • ▼  April (7)
        • Recap April 2019
        • Tempat Makan Di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam
        • Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Citarasa Dua Sempa...
        • Buffet Ramadan Shah Alam 2019 - Cita Rasa Timur Te...
        • Buffet Ramadan KL 2019 - Bazaria Buffet Dinner At ...
        • 10 Pilihan Pelaburan Dalam Malaysia
        • Huawei P20 Pro Black Screen Problem
      • ►  March (7)
      • ►  February (4)
      • ►  January (7)
    • ►  2018 (46)
      • ►  December (4)
      • ►  November (7)
      • ►  October (4)
      • ►  September (3)
      • ►  August (6)
      • ►  July (5)
      • ►  June (2)
      • ►  February (7)
      • ►  January (8)
    • ►  2017 (131)
      • ►  December (10)
      • ►  November (13)
      • ►  October (10)
      • ►  September (6)
      • ►  August (6)
      • ►  July (9)
      • ►  June (10)
      • ►  May (21)
      • ►  April (15)
      • ►  March (16)
      • ►  February (2)
      • ►  January (13)
    • ►  2016 (133)
      • ►  December (15)
      • ►  November (17)
      • ►  October (31)
      • ►  September (7)
      • ►  August (9)
      • ►  July (5)
      • ►  June (13)
      • ►  May (10)
      • ►  April (5)
      • ►  March (9)
      • ►  February (7)
      • ►  January (5)
    • ►  2015 (154)
      • ►  December (6)
      • ►  November (2)
      • ►  October (14)
      • ►  September (13)
      • ►  August (15)
      • ►  July (10)
      • ►  June (20)
      • ►  May (6)
      • ►  April (12)
      • ►  March (9)
      • ►  February (20)
      • ►  January (27)
    • ►  2014 (48)
      • ►  December (28)
      • ►  November (9)
      • ►  September (1)
      • ►  July (7)
      • ►  June (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (1)

    NEWSLETTER

    Followers

    Contact Us

    Name

    Email *

    Message *

    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top