Recap April 2019

April 30, 2019
Recap April 2019 | Dah masuk penghujung bulan keempat dalam tahun 2019 ni kan. Azam korang macam mana? Kehkehkeh. Azam Fadzi? Krik krik krik lah gitu.

Recap April 2019

Recap April 2019

Bulan April ni macam kurang best sikit sebab tak birthday, tak ada cuti dan tak ada benda yang menarik sangat pun terjadi dekat kiteorang. Tapi, nak share jugak lah kan.

Rezeki Blogging Fadzi Mula Datang 

Bulan April ni bulan yang Fadzi slowly mula dapat offer job dekat blog dan social media. Alhamdullilah sangat sebab sepanjang tahun lepas Fadzi banyak tolak offer job sebab pregnant. 


Fadzi Razak

Masa Fadzi pregnant memang teruk alahan sampai satu kerja pun tak boleh buat. Jadi Fadzi macam takut jugak lah nak terima offer mana mana sebab takut tak boleh nak komited dengan job tu.

Bila tahun lepas Fadzi banyak tolak offer job, makin kurang lah offer yang Fadzi dapat daripada PR PR yang biasa Fadzi dapat. Tapi tahun ni Alhamdullilah sangat slowly offer datang. Tak banyak tapi boleh lah sebagai permulaan.

Zul Lulus Course Certificate ITIL

Awal bulan ni Zul ada ambil course certificate dekat KL. Dia ambil course certificate ITIL. Sampai 2 kali weekend kelasnya. Fadzi pulak ingatkan kelas biasa je. Rupanya ada exam sekali. 

Alhamdullilah lepas lulus Zul dalam exam dia. Bertambahlah koleksi certificate yang dia ada. Certificate macam ni sebenarnya sedikit sebanyak membantu dia dalam kerja dia lah.

Disebabkan kelas 2 minggu ni dan Fadzi pulak ada jemputan event, weekend bulan April kiteorang seriously memang padat. Dan sangat penat. Bukan penat untuk kiteorang je. Penat untuk anak-anak jugak.

Aneeq Join Kinderkaizen Family Playday 2019

Bulan ni Aneeq banyak tolong Fadzi buat job blogging dan social media sebab kebanyakan offer yang Fadzi dapat berkaitan dengan parenting. Kena lah tunjuk anak sikit kan. Huhuh thank you sayang.


Kinderkaizen Family Playday

And bulan ni jugak ada Family Day school Aneeq. Ahad lepas diaorang adakan Family Day tu. Aneeq lah manusia yang paling seronok dalam rumah ni bila ada apa-apa pasal school dia.

Fadzi seronok tengok Aneeq happy bila main macam macam benda dekat Family Day Kinderkaizen tu. Menyanyi, menari, melompat, ape je lah yang dia tak buat. 

Anas Dah Start Makan

Bulan ni Anas dah pun masuk 6 bulan. Fadzi pun dah mula biasakan Anas dengan makanan-makanan puree. Tapi kali ni agak struggle sebab ada Aneeq. Masa Aneeq dulu senang je rasanya nak intro makanan. 

Time Anas ni agak susah. Tak tahu lah kenapa. Fadzi rasa Fadzi busy uruskan hantar dan ambil Aneeq dari sekolah. Lepas tu, groceries asyik lambat beli sebab setiap minggu bulan April ni sangat pack dengan aktiviti.

Anas start makan

Setakat ni Fadzi sempat kenalkan puree epal dan bubur kosong je dekat Anas. Fadzi guna konsep 4 days rule. Tapi lepas 2 minggu, Fadzi stop sebab Fadzi tak sempat. Cuma bagi susu badan je. 

Lepas ni Fadzi akan cuba intro kan semula makanan makanan puree untuk Anas. Dan kali harap-harapnya lebih konsisten dari bulan April ni huhuhu.

So korang? Apa yang best best untuk bulan April ni? Oh dan, selamat menyambut bulan Ramadan. Tak sabar nak tunggu mula puasa!


You Might Also Like

20 comments

  1. Comey nya Anas! Anak dah start makan biasanya mama dia yang seronok sebab macam² menu nak try bagi kann?
    My April busy dengan rutin harian as housewife, anak exam, anak pi kem, anak ngempeng. Huhuuu... .
    Alhamdulillah husband amat memahami so masih dapat terus blogging dan sempat pegi jemputan. Ni pun tengah berperang curi masa nak siapkan draft. HAhaaa

    ReplyDelete
  2. Untung kalau husband jenis memahami kerja kita sebagai blogger kan.. so, dapat jugak kita merasai kepuasan kita dalam dunia blogging ni.. ala syian.. Fadzi busy sangat ye sekarang.. takpe susu badan pun dah cukup baik dan berkhasiat untuk baby.. kalau fadzi nak buat puri untuk stock lama sikit.. boleh kot blend siap2 and letak dalam sejuk beku..

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah..rezeki anak2 tu..aneeq dah boleh jd assistant bila mama dia pergi event or dpt job parenting hihi..tahniah buat tok laki..dan anas..eh makan apa tu hihi

    ReplyDelete
  4. Macam macam juga ye Fadzi in April ni. Moga makin murah rezeki blogging nanti.

    ReplyDelete
  5. ah nice to hear that. now become a mother is more topics to blog about kan. keep up the good work ya see you in next event hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya suka tengok keluarga bahagia macam ni hehehe dapat suami yang baik dah juga penyanyang hehehehe moga terus kekal bahagia dan menjadi keluaga bahagia...

    ReplyDelete
  7. rajin betul throwback aktiviti bulan 4 ni. rasanya macam baru seminggu masuk bulan april tetiba dah start bulan mei pulak. nanti puasa lagi la cepat masa berlalu..

    ReplyDelete
  8. banyak juga significant things yang berlaku pada hidup Fadzi pada bulan April ya. kita punya banyak pergi review je. hahahaha. nanti kalau rajin, nak buat jugaklah entri macam nie. lama dh tak buat entri personal.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Bulan 4 ni penuh dengan job juga.. Walaupun tak ambil semua.. Sama sebab sibuk dengan anak, rumah lagi.. Hahaha... Takut tak komit.. Apa lagi erk... Hahah.. Tak tau la.. Tapi benda macam smaa je

    ReplyDelete
  10. Wah semoga dipermudahkan segalanya ye dan terus dimurahkan rezeki untuk fadzi tahun ni dan tahun-tahun seterusnya. Kite baru jumpa kan ritu. hehehe.

    ReplyDelete
  11. Wah.. mcm macam berlaku dlm bulan 4 ini yer. Bulan 4 ni mmg byk jemputan previeww ramadhan jkan.. siap perut jerlah hahaha

    ReplyDelete
  12. wahh alhamdulillah banyak achievement yang fadzi capai...anas dah makan, zul dapat cert..satu milestone yang kita boleh rujuk pada masa akan datang

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah syukur nikmat rezeki yang ALLAH berikan. Dapat suami yang memahami pun rezeki juga kan. Semoga sukses selalu. Dah start dpt income tu insyaALLAH makin masyuk lah nanti hihi

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Welcome back Fadzi. Insya Allah, kalau dah rezeki tak kemana.

    ReplyDelete
  15. Samalah kita. Masa preggy mmg stop dulu blogging. Ena plak alahan teruk smpai kandungan 6bulan. Takde mood nk buat kerja lain. Tahun ni anak nk masuk 4tahun memang senang nak attend event. Biasa writing je. Tp bulan april byk dpt attend event. Suami pon sporting jaga anak. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. Tahnuah untuk husband fadzi sbb dah lulus ITIL cert. Husband fadzi kerja bahagian IT ke? Biasa dengar org IT yg ambik cert ni. Dia ada banyak level. Emi sendiri belum start ambik lagi cert ITIL ni. Tapi senior2 & bos kat ofis selalu duk cerita pengalaman dorg ambik ujian utk ITIL cert ni.

    ReplyDelete
  17. Waaah.. Baby boy dah start makan ya..
    Erm.. Sama la fadzi. Kita pun job tak meriah mana. Ni pun mana yang ada ambil. Kalau takde, tunggu je la.
    Bagi kita bestnya bulan april ni sebab my birthday. Hehe
    Then balik ipoh jumpa mak abah adik2 semua..
    Bawak anak2 berjalan. Tu je la..

    ReplyDelete
  18. Bestnya dapat tgk perkembangan dan pencapaian anak2.. Nnti dah besar boleh tgk semua diari mama diaorg pasal nie kan?? Best Best..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, kalau betul rezeki kita, tak akan salah alamat. In Sha Allah getting better and better untuk all of your family. :)

    ReplyDelete