Recap Jun 2019

June 30, 2019
Recap Jun 2019 | Dah habis pun bulan keenam tahun 2019 ni. Dah setengah tahun, dah macam macam yang terjadi dekat Fadzi dan family. Bulan ni benda yang Fadzi paling tunggu-tunggu adalah Hari Raya!

Recap Jun 2019

Recap Jun 2019

Tahun ni Fadzi beraya 4 orang. Ada tambahan ahli keluarga baru lah kata kan. Rasa macam meriah sikit. Tak ada lah orang tanya, bila nak tambah baby baru macam tahun lepas hahahaha.

Persiapan Raya Keluarga Fadzi 

Tahun ni tak tahu lah kenapa rasa macam nak raya sedondon di Hari Raya. Jadi tahun ni Fadzi decide nak pakai bau raya warna kuning satu family.

Fadzi macam biasalah kalau shopping ke buat persediaan apa-apa ke, mesti last minit punya. Shopping raya kali ni pun last minit. Ingatkan senang je nak cari baju raya warna kuning. Tapi Ya Allah susahhhh.

Tema baju raya kuning
Tema baju raya tahun 2019 - kuning. The struggle is real guys nak ambik gambar dengan anak anak.


Fadzi plan memang nak warna kuning yang betul betul kuning. Tapi banyak jumpa warna kuning mustard. Fadzi tak berapa suka warna tu. Tapi susah sangat nak cari warna kuning yang Fadzi berkenan. 

Fadzi siap cakap dekat Zul, nak tukar warna tema lah. Nasib baik lah Zul kata, jangan give up. Cari punya cari. Yang paling awal dapat cari baju Fadzi. Warna dah cantik. Kuning yang Fadzi suka. 

Tapi baju jubah. Terus grab. Harga pun murah RM20 je. Brand Gene Martino. Dieorang tengah buat sale masa tu.

Lepas tu jumba baju Zul. Terus grab. Warna cantik tapi agak terang. Zul macam segan segan sikit nak pakai warna macam tu tapi beli lah jugak. Harga dalam RM100 lebih. Tak ingat dah.

Lepas tu, cari lah baju budak budak ni. Ya Allah penat nya berjalan tapi tak jumpa jumpa jugak. Yang susahnya cari baju budak budak ni lah. Punyalah tak ada warna tu.

Last last jumpa lah jugak. Walaupun warna kuning baju raya budak budak ni agak cerah dan warna baju raya Fadzi dan Zul agak pekat, tapi asalkan tema on, okay lah kot. Huhuhu.

Hadiah Hari Lahir Zul

30 Jun adalah birthday Zul. Sebelum sebelum ni Fadzi pernah tanya Zul, dia nak hadiah birthday apa. Saja saja lah nak beli kan untuk dia. Jarang jarang Fadzi nak beli kan apa-apa untuk Zul sebab selalunya akan guna duit dia ja kan.

Sekali, korang nak tau apa yang Zul mintak? Kereta. Kereta Proton X50. Keretanya tak release lagi dekat Malaysia waktu ni tapi dia demand nak yang tu pulak. 

Mintak hadiah kereta memang Fadzi tak dapat lah nak bagi. Hahahha. Mintak lah bukan bukan dari isteri yang tak bergaji ni. Tapi korang doakan lah Fadzi boelh jadi kaya raya macam Blogger Cik Epal. Boleh Fadzi beli hadiah kereta cash untuk suami. :D

Aneeq Pergi Ke Zoo Negara

Bulan ni sekolah Aneeq ada buat Parent-Play Leader Meet Up dan Field Trip ke Zoo Negara. 

Untuk Parents-Play Leader Meet Up, so far Aneeq dekat sekolah, perkembangan dia is as expected. Aneeq makin berani bercakap dan bercerita masa circle time, makin bagus bonding dengan playleaders, makin pandai express perasaan dia.

So far, Fadzi rasa keputusan Fadzi untuk tunggu Aneeq masuk umur 4 tahun baru hantar ke sekolah dan hantar pulak ke Kinderkaizen adalah pilihan yang tepat. Tak apa lah kalau tak pandai membaca lagi yang penting perkembangan emosi dan fizikal dia makin bagus.

Field trip Zoo Negara
Gambar anak-anak orang lain kite blur kan lah ye. Muka Aneeq je yang clear walaupun gambar ni sebenarnya tak lah clear sangat. Huhuhu. 

Untuk field trip ke Zoo Negara pulak, ni first time ni Aneeq pergi school field trip dengan Play Leader dan kawan-kawan. Tengok-tengok Fadzi yang gabra lebih. Padahal Aneeq rilek je seronok seronok dengan kawan-kawan dia.

Bila balik dari field trip tu, Aneeq cerita lah apa yang dia nampak dekat Zoo, apa yang dia buat dekat Zoo. Dia kata giraffe kawan dengan zebra. Lion dengan tiger tak kawan dengan zebra. Pastu kata gorilla duduk sorang sorang. Hahaha.

Seronok Fadzi rasa bila Aneeq happy keluar field trip dengan kawan-kawan sekolah. Tapi kesian dia penat. Memang penat sungguh lah sebab dia tidur petang dalam pukul 5 lebih sampailah besok pagi nya nak dalam pukul 6.30 pagi.

Perkembangan Anas Paling Laju Masa 8 Bulan

Sebelum ni Fadzi agak risau sebenarnya dengan perkembangan Anas. Ye lah, umur 7 bulan baru start rajin nak golek-golek badan. Sebelum ni memang ada dia pusing tapi sekali dua je lepas tu tak buat dah.

Bila masuk 8 bulan ni, ya Allah macam macam dia nak buat. Dari rajin pusing meniarap belah kiri ke laju pusing meniarap kedua dua belah. Dari mengesot ke belakang ke slowly mengesot ke depan. 

Perkembangan Anas

Kalau pertengahan bulan ni Anas mengesot ke depan macam Ju-on, slow slow macam tu. Sekarang, dia mengesot macam ulat dah. Hahahha. Serius kelakar kalau tengok. 

Duduk pun Anas dah boleh duduk tanpa sokongan. Berdiri pun dah mula. Pertengahan bulan tu dia berdiri kena peluk. Sekarang dah boleh berdiri kita tak payah pegang. Dia yang pegang benda sendiri.

Menjerit pun dia dah power sekarang. Aduh, Aneeq dah ada geng menjerit. Yang paling Fadzi geram sikit, bila Anas pun dah pandai usik abang dia. Tarik tarik rambut lah, cucuk mata, cubit tangan Aneeq. Haih, macam macam.

Tapi Alhamdullilah sangat lah. Walaupun perkembangan Anas tak laju macam baby lain, tapi bila nampak bulan ni satu satu makin aju dia buat, Fadzi rasa lega.

Lepas ni kena banyak kan lagi ransangan untuk Anas terus kan perkembangan dia. Dan kena cari banyak lagi makanan-makanan yang sedap untuk buat bagi Anas makan. Heee.

So far, itu je lah kehidupan Fadzi untuk bulan Jun ni. Korang pulak macam mana bulan Jun? Best ke tak best?


You Might Also Like

17 comments

  1. Bagusnya sebab me catatkan laporan bulanan keluarga. Catatan macam ni akan mengimbau kenangan di masa akan datang. Walaupun bagi orang lain hal ni takde apa-apa, tapi sebagai parents ini yang akan dikenang

    ReplyDelete
  2. Yang best raya tahun ini di dalam cuti sekolah. Boleh planing jalan2 tempat yang di sukai.. hehe

    ReplyDelete
  3. Suka betol kita baca artikel Recap dari Fadzi. Btw happy belated birthday Zul.

    ReplyDelete
  4. Wahhh Anas dah besar dah ekk, dah leh ngensot dah..tapi auntie ni tak jumpa2 lagi, bila lah kita nak jumpa ekk, nak gi beraya..raya dah lepas..:D

    ReplyDelete
  5. Hehe. Dapat bayangkan time Aneeq bercerita ke Fadzi. Rasa nak tergelak sebab gorilla duduk sorang-sorang. Hahaha. Kesian gorila tu! Btw, kalau baju rya susah nak sedondon kalao Bella. Ada iras2 kene kalernya jadilah. hiks

    ReplyDelete
  6. Seronok plak baca recap nie kan. A good idea gak, sebagai kenangan kan.
    Paling best adalah perminta X50 tu.
    Nanti kalau ada rezki, nak satu gak please?

    ReplyDelete
  7. Comelnya Anas! Mata bulat betul, rasa macam cepat betul dia besar. Tengok keluarga Fadzi pakai kuning cantiklah. Rasa macam tahun depan nak try kuning pulak. Nampak soft je colour. Tengok post Fadzi macam ni pun rasa macam nak tulis macam ni jugak. Dulu masa awal2 blogging rajin buat post2 macam ni. Sekarang macam dah tak ada dah.

    ReplyDelete
  8. Kejap je kan masa berlalu.. tup tup dah masuk bulan 7 dah. Macam saya pun banyak juga dugaan tahun ni. Tapi kan permintaan zul tu sama macam impian saya, proton x50. dah tengok, cantik design dia. Semoga kita sama2 murah rezeki ye dan dapat memiliki proton x50...

    ReplyDelete
  9. Bagus betul Fadzi buat recap macam ni. Atleast kita boleh tahu apa yang kita dah capai, apa yang belum, apa yang boleh dibaiki kan. seronok tengok fadzi menguruskan anak dan kongsikan dengan semua.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya tema kuning raya kak Fadzi! Soft yellow, lembut je sejuk mata memandang. Btw suka tengok sekolah Aneeq. Macam banyak activity yang melibatkan ibu bapa untuk turut serta. Bagus untuk monitor perkembangan anak-anak kan.

    ReplyDelete
  11. Jun is my favorite month because is my birthday month. Nothing really fancy, but I always love the month of June.

    ReplyDelete
  12. Rajin fadzi buat recap bulanan. Tapi bagus ada recap ni kan. Kita nampak perjalanan kehidupan kita.
    Tema raya warna kuning ya. Kalau kita tak berani warna cerah macam tu. Haha..
    Risau kotor cepat je nampak.

    ReplyDelete
  13. cantik je kaler baju raya tu Fadzi. nampak sesuai je. Cantik sedondon semuanya di pagi raya. murah sangat tu harga 20 ringgit utk sepasang jubah. mana nak dapat harga mcm tu. tak sangka dekat Gene Martino ada jual pada harga mcm tu. ingatkan mahal2

    ReplyDelete
  14. Its really nice to do a recap post, thanks for sharing with us. I think i might do a recap for some months that I have special occasions to remember.

    ReplyDelete
  15. Fun June, it seems! Balqis pun pegi school trip jugak bulan Jun hari tu.

    Good job, Anas. Semoga membesar cepat nanti boleh main kejar kejar dgn Abang Aneeq. Hehe

    ReplyDelete
  16. Haaa.. xpernah buat pun recap post.. baguslah ada plan mcm tu utk anak2

    ReplyDelete