Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

July 22, 2019
Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras | Jumaat lepas kali pertama Fadzi jejak kaki ke Lulu Hypermarket. Bila masuk dalam tu, betul lah orang cakap harga barang-barang dekat sini memang murah.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Nak nak pulak sekarang ni ada promosi Food Carnival. Lagi banyak barang yang harganya lagi murah daripada biasa. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Kalau korang nak tau, Lulu Hypermarket dekat 1Shamelin Mall ni cawangan diaorang yang kedua di Malaysia. Ada satu lagi cawangan diaorang di Capsquare.

Tapi Fadzi pergi yang dekat 1Shamelin Mall ni sebab lagi dekat dengan rumah family Fadzi dekat KL. Dalam 20 minit macam tu dah sampai. Plannya nak beli barang groceries sikit.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Bila masuk je dalam Lulu tu, rasa best jugak. Sebabnya cara diaorang susun barang kemas. Ikut kategori. Senang sangat nak cari barang. Bahagian barang basah pun kemas, teratur dan lantai tak basah.

Rupanya dalam Lulu tu ada tempat makan sekali. Kalau rasa lapar, boleh beli makanan dekat bahagian Hot Food. Dekat situ banyak sangat pilihan makanan dari nasi, lauk pauk, pencuci mulut dan macam-macam lagi lah.

Yang Fadzi terkejut sikit, harga murah. Fadzi beli kan aneeq Nasi Mandy dengan Ayam. RM4.09 je korang. Penuh satu bekas tapeware biasa. Banyak tau nasi dia sampai Aneeq pun tak habis. Tapi murah.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Sekarang pulak diaorang tengah buat promosi Food Carnival. Katanya untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan dari seluruh dunia kepada warga Malaysia. 

Jadi dari 19 Julai sampai 31 Julai 2019, korang boleh beli macam-macam jenis barang ready-to-eat dari negara luar atau pelbagai jenis barang makanan dengan harga promosi.

Dekat bahagian Hot Food ni, korang boleh cuba pelbagai jenis makanan tempatan, makanan Arab, India dan makanan Oriental. Selain itu, korang jugak boleh dapatkan pencuci mulut, cookies dan jus yang sedap sedap belaka.

Pagi tadi sebenarnya dieorang ada buat pelancaran promosi Food Carnival. Dieorang ada potong kek besar. Terlepas pulak nak join. Kalau tak boleh merasa nak makan kek free hahahah.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
YB Datuk DR Shahruddin bin Md Salleh merasmikan event promosi Food Carnival 2019.

Tapi nanti 31 Julai 2019, dieorang akan buat pulak majlis potong pizza besar dekat Lulu Hypermarket Capsquare. Kalau korang free, boleh lah pergi sana pulak nak tengok. 

Masa Fadzi tengah shopping barang dekat sini, diaorang ada buat announcement ada coloring contest untuk budak-budak. Fadzi pun saja lah suruh Aneeq join.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Ini pertama kali tau Aneeq join contest mewarna macam ni. Awal-awal tu, Aneeq macam segan segan sikit. Budak-budak ni diberi masa selama 40 minit untuk mewarna. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Disebabkan Aneeq macam segan nak join, Fadzi pun teman lah dia mewarna. Bila dah siap mewarna, dieorang nak umum pemenang. Aneeq dapat hadiah saguhati. Seronok melompat-lompat berlari lari dia. Lepas ni nak suruh Aneeq join lagi lah contest macam ni.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Selain daripada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, ada jugak pertandingan lain seperti Pertandingan Briyani, Pertandingan Resepi, Perhiasan Kek dan lain-lain lagi.

Lepas habis coloring competition dan dah ambil hadiah, Fadzi sambung semula shopping barang dekat sini.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Dalam banyak-banyak barang yang dijual dekat Lulu Hypermarket ni kan, Fadzi paling suka pergi dekat bahagian Roastery Lulu Hypermarket ni. Dekat sini banyak makanan yang diimport dari luar korang boleh jumpa.

Macam-macam jenis kurma, kekacang dan gula-gula yang jarang-jarang nak jumpa kalau dekat tempat lain. Datang dekat Lulu ni, korang kena singgah tengok barang-barang dekat sini. Mesti ada yang beli jugak.

Promosi Food Carnival

Masa promosi Food Carnival kali ini, korang boleh cuba nasib untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menyertai Dream Drive Contest. Selain itu, akan ada sale sehingga 70% untuk pelbagai barang di Lulu Hypermarket & Department Store.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras

Dream Drive Contest (1 May - 1 September 2019)
Kalau korang berbelanja sebanyak RM75 ke atas dalam satu resit, korang boleh dapatkan kupon lucky draw dan berpeluang untuk menang hadiah-hadiah yang best. Hadiah utama dia 2 buah Proton X70 weh. Wuuu, harap-harap Fadzi menang. 

Ada juga hadiah-hadiah lain seperti Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan Lulu Gift Voucher. Cabutan lucky draw akan diadakan pada 5 Julai dan 6 September 2019. Alah, alang-alang dah shopping barang dekat sini kan, join je lah. Ada rezeki menang.

Sale Sehingga 70% Diskaun (19 Julai - 31 Julai 2019)
Dari sekarang hingga 31 Julai 2019, korang boleh jimat bila bershopping barang dekat Lulu Hypermarket ni. Banyak jugak barang-barang yang ada diskaun. Dekat bawah ni antara harga diskaun yang Fadzi sempat tengok hari tu:

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Susu  Goodday boleh dapat harga RM5.99. Dutch Lady lagi murah! RM4.75. Lupa nak ambil gambar. Fadzi memang selalu beli susu kotak. Harga RM4 lebih tu memang paling murah boleh dapat tau.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Sos Prego pulak RM3.25. Nampak je harga macam ni, terus Fadzi ambil 4 sos Prego yang berbeza. Lepas tu kakak Fadzi ambil 3 tin. Serius murah ni. 

Kitaorang siap beli pasta 3 4 plastik sorang. Harga pun murahhhhh. Geram tengok harga. Stock pasta dan sos pasta untuk 3 bulan kot. Heheh.

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Milo kotak kecil macam ni pulak boleh dapat dengan harga RM6.95. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Kalau korang jenis memasak guna butter atau buat kek, better korang grab butter brand Lurpark dekat Lulu ni Fadzi dah compare harga memang sini paling murah boleh dapat RM11.99. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Ni lagi satu. Memang dahsyat harga murah dia. Kalau dekat luar Fadzi survey RM14.90. Dekat Lulu RM9.90 je weh. Jauh beza. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Bagi peminat Nando's, korang boleh beli sos diaorang dekat Lulu dengan harga yang murah RM9.90/ Sos sos jenama lain pun murah-murah dekat sini. 

Food Carnival Lulu Hypermarket @1Shamelin Mall Cheras
Bukan makanan je yang murah dekat sini. Barangan elektrik pun ada diskaun tau. Korang cari je tanda Food Carnival tu. Yang tu memang harga tengah dalam promosi.

Peti ais, microwave, oven, blender, TV LED 4K pun antara barang yang tengah ada promosi sempena dengan Food Carnival ni sekarang. 

Kalau korang memang tengah mencari barang elektrik, datang lah dekat sini. Tapi promosi dieorang sampai 31 Julai 2019 ni je tau. Untuk maklumat lanjut, korang tengok je website atau sosial media Lulu Hypermarket.





You Might Also Like

18 comments

  1. wah bestnya ada food carnival. memang kerja makan je la nanti! suka lah dengan lulu, bersih dah murah, bilalah nak buka kat setia alam ni.katanya ada satu outlet kat situ

    ReplyDelete
  2. wah... murah tu, fadzi!!! berbaloi.
    hmmm aida x naik Cheras plak few weeks akan dtg.
    if not, boleh terjah layan offer yg terbaik ni!

    ReplyDelete
  3. Murahnya nasi Mandy tu..kat lua tak dapatla dengan harga RM5! Memang harga kat LuLu ni murah juga dan kompetitif dgn store lain. Stress nak pergi sebab sesak ke area tgh bandar KL. Huhu

    ReplyDelete
  4. Alahai..
    Bestnya fadzi..
    Dah la hypermarket dia kemas je.
    Syok shopping ni.
    Bersih.. Terjaga je kawasan persekitaran dia..
    Kalau dekat, memang nak pergi ke sana...
    Ramai yang share pasal lulu hypermarket ni..

    ReplyDelete
  5. wahh murah nya!! teringin nak pgi sini. in shaa Allah bila dapat gaji nnti nak shopping sini. :) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  6. bestnya! I was there on Saturday to get my groceries too! Bought some of their hot food at the food carnival hehe

    ReplyDelete
  7. Serius lah memang murah gilerrr harga barang makanan dan juga keperluan dapur kalau beli kat LuLu ni memang Maha suka shopping sini penuh troli harga masih murah tambah ada promosi Food Carnival ni tengok tu harga jauh lagi murah gilerrr...

    ReplyDelete
  8. oh my, rasa nak pergi je esok..ahhaa..tengok fadzi tunjuk harga dia murah..dahla stok barang dalam rumah ni tinggal sikit

    ReplyDelete
  9. Best kalau ada promosi cam gini. Macam2 boleh beli dgn harga yg murah.
    Hari ahad baru2 ni ada gak gi Lulu KL tapi tak ada pulak food testing cam kat samerlin tu. Rugi lak tak ke sana

    ReplyDelete
  10. Memang best shopping kat lulu. Akk kalau datang sini mmg aim coklat jer. Sbb coklat dia mmg murah dan berbaloi

    ReplyDelete
  11. Nampaknya Lulu terus mengorak langkah dengan buka cawangan ke 2.

    Biznes kalau jaga pelaanggan, harga pun bagus, pasti biznes akan terus berkembang

    ReplyDelete
  12. saya Keling Langit bekerja sebagai Teknisi sekaligus Blogger inginlah shoping seperti temen temen, namun jauh sekali ya,,,,

    pasti murah murah ya di sana, tempatnya bagus

    ijin share lewat blog saya Cerita Dan Biografi Mudah2an bermanfaat

    Terimakasih Admin

    ReplyDelete
  13. pizza nanti sebesar kek tu ke? Excited jugak nak tengok. Potongan harga dia best sangat, memang murah & berbaloi nak shopping dekat sini.

    ReplyDelete
  14. Ala jealous nya murah banyak! Lulu Hypermarket ni taknak bukak dekat utara ke!? Nad baru je beli sos Prego dekat Giant sini time discount dapat rm3.50 satu tin, rasa macam dah murah betul tu. Terus ambil 4 tin jugak. Sekali Lulu lagi murah daa hahah.

    ReplyDelete
  15. Aaaa kenapa murah2 sangat niii. stress pulak kita yang menengoknya. nanti nak try ajak husband ke sini la weekend nanti.

    ReplyDelete
  16. Wohooo bestnya. takpernah lagi ke Lulu ni. nampak ramai betol orang dok kata best shopping kat sini. nampak gaya lulu kena bukak banyak lg cawangan dia ni.

    ReplyDelete
  17. lama nmak pergi sini tapi tak pergi2 sebab tengok semuanya ada ..barang dapur , pakaian , perabut , hiasan rumah , beg kasut semua dan macam2 ada ....

    ReplyDelete
  18. Memang puas kalau shopping kat LuLu. Barang keperluan semua lengkap ada, fresh and harga tu memang best best kalau ada sale lagi ohsem.

    ReplyDelete