Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh | Setiap 2 minggu sekali mesti Fadzi akan pergi beli barang-barang basah. Beli groceries ni lebih kurang macam terapi tau untuk housewife macam Fadzi ni.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Minggu lepas Fadzi try beli groceries dekat SegiFresh Subang Permai. Kalau ikutkan, itu cawangan SegiFresh yang paling dekat dengan rumah Fadzi. Nak pergi ke sana dari rumah dalam 20 minit macam tu. 

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Fadzi sampai dekat SegiFresh agak awal jugak. Dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Waktu tu parking tak penuh pun. Tapi orang ramai jugak dekat dalam. Sebelah kiri SegiFresh tu ada perumahan. Mesti dieorang yang ramai-ramai tu kan. Huhu.

Ruang Parking Dan Ruang Shopping Besar

Perkara pertama yang Fadzi perasan bila pergi shopping barang basah dekat SegiFresh Subang Permai ni, parking dia banyak. Bahagian depan SegiFresh ada 2 line parking. Banyak jugak kereta yang boleh park. Belah tepi dan belakang bangunan pun ada lagi tempat parking.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Yang keduanya, dalam SegiFresh tu sendiri besar. Hari tu Fadzi fokus beli barang basah je. Fadzi tak tengok sangat bahagian barang-barang lain. Lalu je. Itu pun dah rasa besar sangat tempat ni.

Susunan Barang Yang Teratur

Jarak antara satu line barang dengan line barang yang lain besar. Kiranya kalau nak berjalan antara satu rak dengan rak yang lain, memang selesa lah dengan bawak troli tu. Nak jalan dua troli sebelah menyebelah pun boleh lagi.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Lepas tu, dieorang susun barang ikut kategori. Jadi senang bila nak cari barang-barang yang korang nak beli walaupun baru first time datang dekat situ. Diaorang start dengan telur, barang-barang kering, sayur-sayur, barang-barang frozen dan hujung sekali barang-barang basah. 

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Tapi cuma satu lah bendanya Fadzi tak berkenan sangat. Lantai dekat area barang-barang basah macam seafood, ayam dan daging tu basah. Rasa memang tak boleh buat apa dah kot sebab dieorang letak floor blower dekat lantai pun masih basah.

Harga Berbaloi

Kebanyakan harga barang basah dekat sini memang berbaloi. Fadzi paling excited bila tengok harga daging. Biasa Fadzi beli sekilo dalam RM26 lebih. Tapi dekat SegiFresh, boleh dapat dalam RM19 lebih untuk sekilo.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Belum lagi bila beli barang secara borong. Boleh dapat lebih murah harganya. Rasanya kalau korang buka kedai makan ke buat jual-jual makanan dari rumah ke, memang berbaloi sangat beli barang mentah dekat sini.

Cuma korang kena alert sikit masa pergi timbang barang. Macam hari tu, Fadzi ambil sotong saiz L. Masa timbang, orang yang timbang tu dia kira harga sotong saiz XL. 

Nasib baik Fadzi check balik harga dan nama barang yang dia timbang tu. Jadi Fadzi bagitau dia balik yang Fadzi ambil saiz L. Dia ambil balik untuk timbang harga lain. 

Yang ni korang kena tengok-tengok sikit. Ye lah kan, orang nak timbang sorang je. Barang yang nak timbang banyak. kadang-kadang mestilah dieorang pun tak perasan saiz apa kan.

Banyak Pilihan Dan Segar

Dekat SegiFresh ni serius banyak betul pilihan barang. Ada macam-macam jenis buah-buahan dari epal, oren, betik, kelapa, buah naga sampai lah buah tembikai. Nasib baik tak ada buah durian.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Sayur pulak memang banyak jenis sayur yang ada. Ada sayur batang keras, ada sayur hijau, ada yang jenis ubi. Kalau korang datang sini rasanya jadi rambang mata nak beli apa kalau tak bawak list groceries nak beli.

Pendek kata, Fadzi memang rambang mata lah bila datang shopping dekat sini. Konon hari tu malas nak buat groceries list kan. Acah acah boleh ingat semua barang yang nak beli dalam otak. 

Hambik, sekali sampai sini, memang rasa nak beli semua barang yang ada. Rasa macam cantik sangat sebab warna warni buah-buahan dan sayur-sayuran tu. Lepas tu nampak segar sangat barang-barang dekat sini.

Ini hasil Fadzi shopping barang mentah di Segifresh. Hampir nak penuh jugak lah satu troli ni. Fadzi rasa kalau tak bawak Aneeq dan Anas, lagi lama Fadzi jelajah satu SegiFresh ni, lagi penuh satu troli.

Shopping Barang Basah Di SegiFresh

Lepas balik dari shopping groceries, biasanya Fadzi terus cuci bahan-bahan mentah, potong-potong ikut portion sekali masak dan simpan siap-siap terus dalam bekas. 

Shopping Barang Basah Di SegiFresh
Bahan mentah

Shopping Barang Basah Di SegiFresh
Sayur-sayuran

Shopping Barang Basah Di SegiFresh
Buah-buahan

Korang pun macam Fadzi jugak tak? Buat food preparation, simpan bahan-bahan mentah ikut portion sekali masak atau potong sayur-sayuran siap-siap terus macam ni? Kalau ye, kite geng. Senang nak masak kalau macam ni kan.


Post a Comment

20 Comments

  1. Harga cantik..susunan kemas..barang basah segar..memang seronok sangat nak berbelanja..

    ReplyDelete
  2. Tempat besar dan banyak pilihan, ramailah orang suka. Susun atur pulak cantik.

    ReplyDelete
  3. Memang segar. Kak min pun suka shopping kat sini. Tapi syarat gi awal pagi utk dpt bekalan lebih segar

    ReplyDelete
  4. Seronok ada market macam ni. Bersih dan kualiti terjamin. Nak cari barang pon convenience. Bawak anak pon selesa je

    ReplyDelete
  5. Ramai bloggers peegi beli-belah kat sini ek? Kak Fas belum pernah pergi sebab selalu pg pasar yang terdekat sahaja. InshaAllah satu hari nanti dapat gak pergi sana... nak tunggu siapa bole bawa hihi...

    ReplyDelete
  6. Besar betul tempat membeli belah. Lawas nak berjalan. Takde la nak terlanggar troli. Susunan setiap barang kemas elok je. Hasil jualan basah pun nampak segar.

    ReplyDelete
  7. wah, haritu tengok iklan SegiFresh ni dekat Youtube pun dah menarik, bila baca review ni, rupanya memang menarik. Nasib baiklah jauh, kalau tidak, memang tiap-tiap minggu beli barang basah kat situ.

    ReplyDelete
  8. Memang banyak betul barang basah dia. Mmg dah macam pegi pasar je, cuma lg best sbb barang lain pun senang nak beli.

    ReplyDelete
  9. Rata2 rakan blogger , di kawasan yang sama ka? sebab pergi supermarket ini. Lihat harga nampak berpatutan. kalau ayam Naim lebih prefer pasar tani kerana lebih terjamin cara pemyembelihan ayam itu. itu pendapat peribadi Naim

    ReplyDelete
  10. kita first time pegi kat balakong aritu.haah mmg fresh dan dan ba pilihan kat situ..penuh troli punasih murah lagii..berbaloilah soping kat segifresh

    ReplyDelete
  11. Syiok beli brg kat segi ni. Murah2 dan barang dia pun fresh..tapi nk fresh kena rajin dtg pagilah kan. Ni pun sis baru je restok brg mentah dr sana, bolehlah tahan seminggu dua lagi..:)

    ReplyDelete
  12. kak lily pi segi yang balakong ni pun beso jugak, macam-macam pilihan ada sampai juling mata nak pilih yang mana satu sebab murah sangat.

    ReplyDelete
  13. aduhai, fadzi, terung tu berkilat!!!
    semua nyer memang tersusun teratur lah. menarik.
    aida memang suka sgt gi tempat brg basah. memilih. memang best rasanya.
    kita sama. aida akan susun elok2 dlm peti.
    ikut portion sekali masak. senang. keluarkan satu persatu.
    tapi sayur aida akan balut. nak masak baru aida siang / potong, fadzi.

    ReplyDelete
  14. banyak betul fadzi shopping kat segi fresh. betul la orang kata kalu datang beli barang dapur kat sini memang puas hati sebab banyak pilihan, harga murah & semua segar. sama macam nama kedai segi fresh tu sendiri. tunggu gaji BBL datang beli barang dapur kat sini jugak

    ReplyDelete
  15. wa SegiFresh looks so good to shop for fresh ingredients. Good for ppl who cook especially with family. I need to make my visit to it soon

    ReplyDelete
  16. macam menarik je. setakat ni belum pernah lagi singgah mana2 segi fresh punya cawangan. teringin pun ada. in shaa Allah nnti nak pgi yg terdekat & shopping :)

    ReplyDelete
  17. Kita tengok gamabr pun dah rasa teruja sebab semua barang basah ni memang namaok segar..pulak tu murah..hasih memang nak kena pergi beli dekat segi la macam ni

    ReplyDelete
  18. bnyknya kengkawan gi SEGI ni.... tp kalau sis dok dekat sis pun gi gak! Fresh n murah kot... bagus kalau semua pasaraya awesome macam ni... barulah happy shopping and mood masak sampai... hehe

    ReplyDelete
  19. Port paling best shopping barang basah kat sini lah. Akk memang selalu beli ikan dan sayur kat segi. Sbb murah dan segar

    ReplyDelete
  20. I have really so many awesome reviews about people's shopping experiences at segi fresh. If only we have a branch here in Melaka. :D

    ReplyDelete