Tips sebelum interview dan semasa interview saya dah kongsikan dengan korang semua sebelum ini. Tips selepas interview pula, macam mana?
Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan beberapa tips yang patut kita buat selepas temuduga kerja.
Tips Selepas Menghadiri Interview
Alhamdullilah, dah habis pun temuduga kerja korang. Risau, panik dan macam-macam perasaan yang tak elok letak tepi.Baca juga:
Jadi, apa yang perlu kita buat lepas kita balik dari interview?
Saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut berkenaan dengan keputusan permohonan kerja ini.
Thank you so much for meeting with me on {Date}. It was such a pleasure to learn more about {Company Name}, the team and the {Position Role}.
I look forward to hearing from you about the next steps in the hiring process. Do let me know if I can provide additional information.
Best regards,
{Your Name}
1. Hantar emel terima kasih.
Dalam emel terima kasih tu, ucapkan berbanyak terima kasih pada syarikat sebab bagi peluang pada korang untuk menghadiri interview kerja tersebut.
Tulis sekali betapa korang enjoy dengan interview yang lepas dan betapa korang berminat dengan perkerjaan itu.
Sebaik-baiknya kita bagi emel terima kasih ini dalam jangka masa 24 jam selepas habis sesi temuduga.
Salah satu sebab kita kena hantar emel terima kasih adalah supaya diaorang ingat pada kita.
Kiranya, dalam ramai-ramai orang yang datang untuk temuduga, nama kita akan muncul balik lepas habis semua interview.
Kemungkinan besar, penemuduga akan semak resume kita semula.
Dan mungkin akan mempengaruhi keputusan penemuduga sama ada nak ambil kita bekerja.
Kedua, diaorang akan rasa korang bersungguh-sungguh nak dapatkan kerja tersebut.
Jadi, potensi korang untuk diberikan kerja tersebut mungkin lebih tinggi berbanding orang lain yang tak begitu menonjol.
Ketiga, kita boleh tambah info yang mungkin kita terlupa nak bagitau masa interview.
Contohnya, korang ada skill menulis content media sosial dan website. Tapi masa interview tak sebut pula.
Masa hantar emel terima kasih inilah waktu terbaik untuk bagitau bakap majikan yang korang ada kemahiran ini.
Boleh gunakan contoh di bawah sebagai panduan untuk tulis emel terima kasih.
Contoh emel terima kasih selepas temuduga kerja dalam bahasa Melayu.
Subjek: Terima Kasih Untuk Sesi Temuduga {Jawatan} pada {Tarikh}
Tuan/Puan {Nama Penemuduga},
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu saya pada {Tarikh}. Saya sangat teruja berbincang tentang {Nama Syarikat} serta {Jawatan} tersebut.
Saya sangat berharap agar diberikan peluang untuk berkhidmat dengan {Nama Syarikat} dan sama-sama membantu {Apa Yang Korang Boleh Bawa Ke Dalam Syarikat}.
Terima kasih.
Sekian,
{Nama korang}
Contoh emel terima kasih selepas temuduga kerja dalam bahasa Inggeris.
Subject: Thank You For The {Position Role} Interview on {Date}
Hi {Interviewer Name},
I’m very excited about the opportunity to join {Company Name} and help {What Can You Bring To The Company} with your team.
I look forward to hearing from you about the next steps in the hiring process. Do let me know if I can provide additional information.
Best regards,
{Your Name}
Dah siap. Buat pendek-pendek saja. Asalkan mesej yang kita nak bagi sampai.
Mesej yang kita nak bagitahu - hey, sila ingat nama saya. Saya berminat sangat nak bekerja dengan company kamu.
Ha, gituh!
2. Tanya maklumbalas sama ada dapat perkerjaan tu atau tidak.
Buat susulan sewajarnya.
Kadang-kadang masa temuduga, interviewer akan bagitahu yang diaorang akan inform korang keputusan interview. Tapi ada jugak yang tak.
Jadi, ambil masa untuk follow up dan tanya keputusan interview tersebut.
Paling tak pun, korang akan tahu jawapannya. kalau terus tunggu sampai sudah syarikat tak bagitau, membazir masa kan.
Tak ada waktu yang tetap untuk buat follow up. Cumanya, kita tak bolehlah gelojoh sangat sampai nampak gelabah sangat. Dan tak boleh lambat sangat.
Korang boleh cuba ikut jangka masa seperti di bawah ini untuk follow up:
- Sehari selepas interview - hantar emel terima kasih
- 2 minggu selepas interview - follow up kedua
- 4 minggu selepas interview - follow up terakhir
Kalau tak ada reply, boleh move on dari syarikat tersebut.
3. Doa, doa, doa dan tawakal.
Rezeki tu datang dari Allah. Kalau Dia nak bagi kita kerja tu, dapat lah.
Kalau tak, Dia ada rancang sesuatu yang lebih baik untuk korang.
Jadi, banyak-banyak berdoa Allah berikan yang terbaik untuk korang.
Antara doa specific yang korang boleh gunakan ketika mencari kerja:
4. Post morterm prestasi ketika temuduga
Selepas habis interview, buat post morterm sikit.
Tengok balik apa yang korang perform bagus masa interview. Buat perkara yang sama untuk interview seterusnya.
Contohnya, korang bercakap dengan penuh keyakinan. Lontaran suara kuat dan jelas.
Bagus. Teruskan apa yang elok.
Lepas itu, tengok juga apa yang boleh diperbaiki. Temuduga seterusnya, buat yang lebih baik.
Mungkin interview sebelum ini korang terlupa nak bagitau perkara-perkara penting.
Macam korang ada join kursus skill atau ada sijil yang berkaitan dengan jawatan yang korang mohon.
Tapi korang terlupa nak sebut. Temuduga selepas ini, boleh selitkan sekali.
Semoga Berjaya Mendapat Kerja
Saya doakan korang yang sedang mencari kerja sekarang dipermudahkan segala urusan dan dapat kerja yang baik-baik.
InsyaAllah, kalau kita berusaha, Allah mesti bagi rezeki yang berbaloi.
Saya harapkan tips temuduga kerja yang saya berikan sedikit sebanyak boleh membantu urusan korang mencari kerja.
Good luck!
0 Comments