Hari Khamis lepas, kakak sulung aku ajak lepak sama-sama sambil-sambil nak meraikan hari lahir kakak aku yang kedua. Tapi, kakak aku yang ketiga tak dapat ikut. --> Motif perenggan pertama ni sebenarnya nak bagitahu aku ada tiga orang kakak. Hakhakhak.
Kakak sulung aku ni jenis yang suka pergi buat aktiviti-aktiviti outdoor dan mengembara jadi banyak jugak lah tempat yang menyeronokkan yang dia tahu. Jadinya, Khamis lepas dia bawak kiteorang pergi main lompat-lompat dekat Jump Street Trampoline Park.
You jump, I jump orang putih kata. Bagi yang tak tahu lagi kewujudan tempat ni, Jump Street ni terletak dekat Petaling Jaya dan akan datang dekat Penang pulak. Tempat ni memang cool gila, rugi kalau korang tak cuba pergi. Boleh buat apa dekat sini?
Sebelum apa-apa, apa kata korang tengok dulu video dekat bawah ni. Lepas tu, mesti korang terus rasa nak pergi sekarang jugak. Hahahaha.
Basically, semua aktiviti dekat sini akan menggunakan trampolin untuk melompat. Tapi, bukan melompat saja-saja je yang korang boleh buat.
Lokasi Jump Street Asia
No 8A Jalan 13/6 Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor, MalaysiaWaktu operasi
Isnin -- 10 pagi hingga 9 malamSelasa -- 10 pagi hingga 9 malam
Rabu -- 10 pagi hingga 9 malam
Khamis -- 10 pagi hingga 11 malam
Jumaat -- 10 pagi hingga 12 tengah malam
Sabtu -- 9 pagi hingga 12 tengah malam
Ahad -- 9 pagi hingga 9 malam
Aktiviti yang boleh dilakukan
Jump School (Introduction to Trampolining & Gymnastics)
Korang akan diajar skill melompat menggunakan trampolinDodgeball League
Pernah tengok filem DodgeBall: A True Underdog Story? Ha, kalau korang berminat nak main dodge ball, ini lah peluang terbaik korang.Jump Aerobics
Bosan dengan senaman aerobik biasa? Apa kata korang join jump aerobik ni. Memang lencun baju korang dengan peluh nanti.Jenis-jenis gelanggang yang ada di Jump Street
Kemudahan yang disediakan di Jump Street
- Tandas
- Surau
- Cafe
- Loker besi berkunci
- Private party room
Harga
GENERAL ADMISSION
Jam Pertama | Jam Kedua | |
Off- Peak | RM20 | RM17 |
Peak | RM25 | RM22 |
MULTI-VISIT PASSES
5 x 1 Jam Permainan | 10 x 1 Jam Permainan | |
Off- Peak | RM90 | RM170 |
Any time | RM112 | RM212 |
- Sesi "Off-Peak" : Isnin, Selasa dan Rabu (kecuali cuti umum)
- Sesi "Peak" : Khamis, Jumaat, SAbtu, Aha dan cuti umum (Malaysia, Kuala Lumpur dan Selangor)
- Setiap multi visit pass tu boeh digunakan dalam masa 12 bulan dan termasuk harga stokin
Stokin grip Jump Street RM 4.50
Stokin ni kena pakai setiap kali nak main. Beli sekali saja lepas tu pasti kan korang bawak setiap kali korang datang main dekat sini.
Heh, cukuplah kot aku duk membebel pasal Jump Street ni. Kalau aku bebel panjang-panjang pun, korang tak pergi, penat jugak aku. Hewhewhew. Kalau korang berminat nak pergi, aku cadangkan korang pergi waktu off peak yakni ISNIN, SELASA dan RABU atau pergi belah pagi dan petang kecuali hari Sabtu dan Ahad. Sebabnya orang ramai gila waktu malam Khamis, Jumaat malam dan sepanjang hari Sabtu dan Ahad.
Untuk pasti kan korang tak datang sia-sia sebab slot dah penuh, sila lah booking secara online dulu sebelum pergi. Go and have fun! Jangan cederakan diri sendiri. Datanglah ramai-ramai dengan family ke dengan kawan ke dengan budak-budak ofis. Lagi seronok.
2 Comments
I absolutely enjoyed reading it all. Kudos meant for ad at this point with us. Always keep posting even more.
ReplyDeleteThank you :D
Delete