Semalam aku ada tengok berita. Sebenarnya aku tak ambil port sangat berita ni tapi ada satu isu yang aku rasa menarik sangat perhatian aku. Isu yang menarik minat aku tu adalah 10 individu terkaya di Malaysia untuk tahun 2015 ni.
Menurut Forbes, seramai 10 individu terkaya di Malaysia ni tersenarai agak berbeza daripada senarai 10 individu terkaya di Malaysia untuk tahun lepas 2014. Sebabnya kejatuhan nilai mata wang RM dan jugak harga minyak jatuh.
10 Individu Terkaya Di Malaysia 2015
Rank | Individu Terkaya Di Malaysia | Nilai Aset 2015 |
---|---|---|
1 | Robert Kuok | US$11.3 billion |
2 | T Ananda Krishnan | US$9.7 billion |
3 | Tan Sri Quek Leng Chan | US$5.6 billion |
4 | Tan Sri Lim Kok Thay | US$5.5 billion |
5 | Tan Sri Teh Hong Piow | US$5.4 billion |
6 | Tan Sri Lee Shin Cheng | US$4.6 billion |
7 | Tan Sri Yeoh Tiong Lay | US$3 billion |
8 | Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary | US$2.9 billion |
9 | Dr Goh Peng Ooi | US$1.55 billion |
10 | Tan Sri Lee Oi Hian & Datuk Lee Hau Hian | US$1.45 billion |
Apa bisnes yang menyebabkan 10 individu terkaya di Malaysia ni diangkat sebagai Top 10 Richest People in Malaysia untuk tahun ni ya? Nak tau?
- Robert Kuok - Menjalankan pelbagai perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan
- T Ananda Krishnan - Taikun komunikasi (Maxis)
- Tan Sri Quek Leng Chan - Pemilik Hong Leong Co, menjalankan perniagaan pelbagai sektor daripada makanan kepada kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G) serta pegangan dalam firma Indonesia Samudra Energy, syarikat Malaysia Scomi Energy Services, Alam Maritim Resources dan firma Singapura, Ezion yang menjadi pembekal sokongan untuk perkapalan dan telaga minyak
- Tan Sri Lim Kok Thay - Taikun kasino (Genting Group)
- Tan Sri Teh Hong Piow - Perbankan
- Tan Sri Lee Shin Cheng - Ketua Esekutif IOI Corporation Berhad (IOI Group)
- Tan Sri Yeoh Tiong Lay - Pengerusi YTL Corporation (syarikat terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam pembinaan, utiliti, hotel, pembangunan hartanah dan teknologi)
- Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary - Pelabur dalam firma perkhidmatan minyak dan gas iaitu SapuraKencana Petroleum
- Dr Goh Peng Ooi - Taikun perisian (Silverlake Axis)
- Tan Sri Lee Oi Hian & Datuk Lee Hau Hian - Menjalankan perniagaan minyak sawit, bahan kimia dan hartanah.
Agak-agaknya bila aku boleh jadi antara 10 orang terkaya di Malaysia eh? Kena kuat usaha dan doa banyak-banyak lah jawabnya. Yang penting kita kena kreatif dalam mencari sumber pendapatan.
0 Comments