Mati tu bila-bila je boleh datang pada kita. Sedia tak sedia, kita tak boleh cakap "Jangan, jangan! Aku tak sedia nak mati lagi." Tapi, korang tau tak, nak uruskan kematian dan pengebumian pun, ada cas-cas dia? Ingat lagi tak pasal ada satu kes yang mana kos pengebumian Islam sampai cecah RM4735? Walaupun sebenarnya ada sedikit kekeliruan di situ dan kos sebenarnya adalah hanya sekitar RM1200, kos itu pun dah dikira mahal bagi keluarga yang kurang berkemampuan.
Agak-agak mana nak cekau duit kalau dalam sebulan ada 2 3 orang ahli keluarga yang meninggal? Bagi penduduk tetap Selangor, korang tak perlu risau sangat sebab kerajaan Selangor ada sediakan manfaat khairat kematian bernilai RM 2,500 untuk warga emas/OKU yang layak. Manfaat ni dinamakan Skim Mesra Usia Emas. SKIM
MESRA USIA EMAS ini adalah salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi
Negeri Selangor (MES).
Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira:
- Jantina
- Kaum
- Agama
- Fahaman politik
- Status ekonomi
- Tahap sosial
Skim ini merupakan pemberian
percuma kerajaan Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Kiranya bila ahli yang mendaftar tu meninggal dunia, penama boleh lah tuntut sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak
RM2,500 dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan.
Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati -- pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.
Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati -- pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.
Untuk memastikan korang atau saudara-saudara korang layak untuk memohon SKIM MESRA USIA EMAS ni, korang boleh tengok dekat Syarat Memohon SKIM MESRA USIA EMAS Kerajaan Selangor.
Untuk mendaftar SKIM MESRA USIA EMAS ni, korang boleh mendaftar dekat pusat-pusat pendaftaran sah:
1. Pusat Khidmat DUN seluruh Selangor & Parlimen WPKL
2. Pejabat Tanah / Daerah Seluruh Selangor (Muat turun senarai)
3. Pihak Berkuasa Tempatan (Muat turun senarai)
4. Rantaian Mesra Sdn. Bhd.
2. Pejabat Tanah / Daerah Seluruh Selangor (Muat turun senarai)
3. Pihak Berkuasa Tempatan (Muat turun senarai)
4. Rantaian Mesra Sdn. Bhd.
Untuk prosedur pendaftaran SKIM MESRA USIA EMAS, korang boleh baca dekat Prosedur Pendaftaran SMUE.
Untuk semak sama ada permohonan korang dah diluluskan atau tidak, korang boleh semak dekat Semakan Keahlian MESRA USIA EMAS.
Untuk maklumat lanjut pasal SKIM MESRA USIA EMAS, korang boleh tengok laman web SMUE dan jugak Facebook SMUE. Semoga maklumat ni boleh sedikit sebanyak membantu korang atau saudara-saudara korang menguruskan kematian dan pengebumian saudara korang.
Tolong LIKE dan SHARE untuk manfaat semua orang ya. Terima kasih.
0 Comments