Petua Elak Sembelit Selepas Bersalin

Perkara pertama yang aku paling takut lepas bersalin adalah sembelit. Lepas sembelit, buasir. Kenapa aku takut sembelit dulu baru buasir? Sebab kalau sembelit, teran punya teran nak keluarkan apa yang patut, tiba-tiba jadi buasir. Betul tak? Ada tak mak-mak yang mempunyai perasaan sama macam aku? 

Sembelit

Kalau korang rasa artikel ni macam jijik sikit, tak apa. Korang boleh abaikan saja entri ni. Tak payah baca. Tapi, aku rasa, bagi mak-mak yang bakal bersalin tak lama lagi atau mak-mak yang sedang berpantang dan risau pasal sembelit ni, meh la baca sikit. Mana tahu berguna untuk korang ke kan.

Untuk pengetahuan korang, aku baru saja bersalin pada 21 Mac yang lepas. Dan sekarang aku tengah dalam pantang. Aku tak ada lah pantang beria sangat. Cuma makan tu beringat, tak angkat benda-benda berat, berurut bertungku tiga hari dan pakai stokin. Dan, ini pengalaman aku sendiri lah. Aku bila masuk tandas, lawas tak lawas sangat.

Apa maksud aku lawas tak lawas sangat tu. Maksudnya bila buang air besar tu, separuh boleh dibuang, separuh lagi tak nak keluar. Stress jugak bila jadi macam tu. Sampai satu hari tu, bila aku mengadu pada mak aku, mak aku bagi satu petua untuk elakkan sembelit selepas bersalin.

Petua Elak Sembelit Selepas Bersalin

Petua Elak Sembelit Selepas Bersalin

Ambil seketul sabun. Potong kecil-kecil. Elakkan daripada potong sampai ada bucu yang tajam. Setiap kali nak ke tandas untuk buang air besar, sapu sabun tu pada bahagian lubang rektum (aku sedang cuba mencari perkataan yang lebih sedap bunyinya daripada lubang pungkok) dan masukkan jugak ke dalam rektum tu. Tapi, jangan lah sampai masuk habis. Tak pasal-pasal kau cari pasal lain pulak. Tujuan utama dekat sini adalah untuk melicinkan bahagian tu supaya bahan nyahtinja tu mudah keluar. Lepas tu, tunggu bowel movement korang. insyaAllah, senang nak buang segala yang termaktub dalam rektum korang tu.

Masa mak aku bagi petua ni, aku dah buat muka. “Really mak? Guna sabun?” Memang mati-mati aku tak nak buat pada awalnya. Tapi, bila kau dah terdesak kan, apa pun korang akan buat. Jadi, kalau korang rasa macam ada tanda-tanda nak sembelit tu, bolehlah cuba petua ni. Selamat mencuba.




Post a Comment

0 Comments