Kalau korang semua perasan dulu ada satu kontest yang dianjurkan oleh Blogr iaitu Kontest Teroka Perspektif. Aku tak pastilah ramai ke tak yang join kontest tu. Tapi aku adalah salah seorang yang semangat nak join sebab hadiah dia memang best. Tapi untuk hadiah tempat pertama dan tempat kedua sajalah.
Bagi aku, kontest yang dianjurkan oleh Blogr ni agak susah sebab kena tulis satu artikel bebas sekreatif mungkin menggunakan 3 petunjuk yang telah disediakan. Tiga petunjuk tersebut adalah:
- Biru
- Biru
- Buru
Ha, kan susah nak buat satu artikel yang boleh mengaitkan ketiga-tiga petunjuk yang disediakan tu kan? Puas aku fikir nak buat artikel pasal apa akhirnya aku buat satu artikel berkenaan dengan tips iaitu 3 Tips Untuk Memulakan Bisnes Online.
Dan Alhamdullilah, dengan artikel tersebut aku berjaya menjadi salah seorang pemenang saguhati daripada 6 orang yang terpilih. Aku dapat saguhati je lah, tak dapat hadiah utama pun. Kecewa pun agak kecewa sebab aku join mana-mana kontest memang untuk menang pun. Tapi, rezeki aku setakat hadiah saguhati tu, Alhamdullilah aku bersyukur sangat. Dekat bawah ni aku ada senaraikan pemenang-pemenang untuk Kontest Teroka Perspektif anjuran Blogr.
Senarai Pemenang Kontest Teroka Perspektif
Hadiah Utama:
Artikel: Baru, Biru dan Buru
Blogr: Encik Titan
Blog: ahmadfaizal.com
Naib Johan:
Artikel: Tips Buat Blogger Baru
Blogger: Blogger Lelaki
Blog: bloggerlelaki.com
Saguhati:
Blogr: Hanif bin Idrus
Blog: hanifidrus.blogspot.com
Blogr: Bin Muhammad
Blog: relakssminda.blogspot.com
Blogr: Murni Mohd Yusof
Blog: murnimohdyusof.blogspot.com
Blogr: Ejam Othman
Blog: ejamothman.com
Blogr: Fadzi Razak
Blog: fadzirazak.blogspot.com
Blogr: Broframestone
Blog: www.broframestone.com
Tahniah untuk kesemua pemenang. Selamat menghadiri majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan hari Ahad ni. Aku tak dapat nak join majlis penyampaian hadiah sebab ada buat majlis aqiqah untuk baby Aneeq dekat kampung.
0 Comments