Cadangan Berbuka Puasa - "Bazaar Desa" Buffet Restoran Square Di Novotel KL City Centre | Yes, yes. Tak lama lagi bulan Ramadhan akan bermula. Dan akan bermula lah misi mencari tempat berbuka puasa bagi semua orang kan? Ha, meh aku rekemen satu tempat untuk korang pergi berbuka puasa bulan Ramadhan nanti.
Novotel KL City Centre akan kembali dengan buffet makanan untuk iftar bermula 20 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015 nanti. Kalau ikutkan Hotel Novotel ni, korang-korang yang kerja dekat KLCC, Pavilion dan sekitarnya sangat sesuai pergi sebab dekat boleh jalan kaki je.
Antara hidangan buffet, appetizer, dessert, air minuman, main course

Kambing bakar tapi bakar dalam oven je bukan buat macam golek-golek tu.
Sate yang dibakar secara live depan korang
Antara nasi yang disediakan -Nasi putih kukus, nasi tomato dan lontong goreng.

Appertizer - Bawang goreng pedas, Sotong kangkung, tauhu sumbat, paru-paru daging, kerabu, acar, ulam-ulaman, pasembor dan banyak lagi.
Mee - Mee rebus tulang, mee udang, mee laksa dan mee kari.
Lauk-pauk - Daging masak merah, kambing varuval, sotong rendang, ikan asam pedas, ayam masak serai dan banyak lagi.
Ulam-ulaman
Buah-buahan tempatan - rambutan, langsat dan salak.
Aneka buah-buahan - tembikai, naga, tembikai susu, nangka, betik dan oren.
Pelbagai jenis biskut raya.
Aneka jenis kuih muih tradisional dan kek.
Pelbagai jenis kurma
Saranan Menu Wajib Cuba Di "Bazaar Desa" Buffet Restoran Square Di Novotel KL City Centre Daripada Fadzi Razak
Okay, dekat sini aku nak rekemenkan pada korang apa yang aku rasa sedap dalam "Bazaar Desa" Buffet Restoran Square Di Novotel KL City Centre ni. Ini daripada apa yang aku rasa lah.
- Air soya panas
- Jus jagung manis
- Puding (ada 3 jenis (epal, tembikai susu & mangga) - tiga-tiga korang kena rasa)
- Kuih bakar
- Kuih ketayap
- Bubur lambuk
- Penang pasembor
- Rojak buah
- Mee rebus tulang
- Sate ayam & lembu
- Daging masak merah
- Ikan kukus butter
- Ikan asam pedas
Nah orang-orang KL, jangan pening kepala lagi nak cari tempat berbuka puasa dekat mana lagi. Pergi je dekat Restoran Square di Novotel KL City Centre, semua dah lengkap. Kalau korang nak cuba experience makan dekat 3 star hotel, korang boleh cuba dekat Restoran Square di Novotel KL City Centre ni.
Harga buffet ni ada untuk 2 - satu untuk early bird iaitu dari 1 Jun 2015 sampai 19 Jun 2015 dan harga buffet Ramadhan daripada 20 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015. Buffet "Bazaar Ramadhan" Buffet Restoran Square di Novotel KL City Centre ni bermula pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam sahaja.
- 1 jun 2015 - 19 Jun 2015 = RM80 (dewasa) RM40 (kanak-kanak)
- 20 Jun 2015 - 15 Jun 2015 = RM95 (dewasa) RM45 (kanak-kanak)
Kalau korang berminta nak berbuka puasa di Restoran Square ni nanti, korang boleh hubungi:
NOVOTEL HOTEL KUALA LUMPUR
Tempahan hubungi : 603 2147 0888 ext 7668
Email : H6324-FB3@accor.com
Facebook : www.facebook.com/NovotelKL
Tempahan hubungi : 603 2147 0888 ext 7668
Email : H6324-FB3@accor.com
Facebook : www.facebook.com/NovotelKL
0 Comments