Pancuran Meteor Perseid terjadi daripada serpihan debu ekor komet
109P/Swift-Tuttle yang memasuki atmosfer Bumi pada kelajuan lebih kurang
212,500 kmj dan ia akan menyebabkan serpihan batuan ini terbakar dan
menghasilkan jaluran tahi bintang yang panjang. Diramalkan sebanyak 60
meteor boleh dilihat dalam masa satu jam.
Komet
109P/Swift-Tuttle mengelilingi Matahari pada setiap 130 tahun sekali
ditemui pada tahun 1862 oleh Lewis Swift dan Horace Tuttle dari Amerika.
Kalau korang nak lebih faham lagi apa benda meteor Perseid ni, korang boleh tengok video dekat bawah ni.
Tips Tengok Pancuran Meteor Perseid Di Malaysia
1. Anda tidak memerlukan sebarang peralatan khas untuk melihat pancuran meteor.
2. Lihat dengan mata sahaja walau bagaimanapun anda harus sabar dan peka kerana pancuran meteor sangat laju dan rawak.
3. Waktu terbaik untuk melihat pancuran meteor adalah 8.00 malam hingga awal pagi sebelum Bulan dan Matahari terbit.
4. Pilih lokasi jauh dari pencemaran cahaya eg lampu jalan / bangunan dan sebagainya.
5. Pilih kawasan yang terbuka di mana anda dapat melihat langit luas yang
tidak dihalang oleh bangunan dan pokok. Lokasi terbaik adalah padang
bola, pantai dan kawasan tanah tinggi.
6. Bawa bersama tikar/mat dan juga selimut untuk mengelak dari sejuk dan keselesaan sendiri sepanjang malam di luar.
7. Elak daripada melihat meteor secara bersendirian. Pergi secara
berkumpulan yang pastinya menyeronokkan kerana anda dapat berkongsi
pengalaman dan kebarangkalian untuk melihat meteor agak tinggi kerana
setiap orang dapat melihat langit dengan arah yang berbeza.
8. Maklumkan kepada pihak bertanggungjawab di mana anda akan berada.
Sekurang-kurangnya mereka tidak syak anda melakukan perkara yang
menyalahi peraturan. Mana tahu mereka juga akan turut serta dan
memastikan anda selamat. :)
9. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan (berawan/hujan) anda mungkin TIDAK akan dapat melihat pancuran meteor tersebut.
10. Anda juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman, jumlah meteor, keadaan
cuaca serta gambar anda di media sosial dengan hashtag
#PerseidMeteorShowerMY #PerseidMY
Jangan lupa ambil gambar atau video dan share. Aku nak tengooookkkk! :D
Jangan lupa ambil gambar atau video dan share. Aku nak tengooookkkk! :D
20 Comments
teringinnya nak tgk
ReplyDeleteSyira sempat tengok tak hari tu?
Deleteyeayy tazabaaa.. :D
ReplyDeleteTomomi tengok tak?
Deleteesok kan? boleh laa gi tgk tepi pantai.. hehe
ReplyDeleteWawa umah dekat pantai ke? bestnye!
Deletepernah tengok msa kat matrik kedah dulu..masa tu bomba buat latihan kebakaran dan meteor muncul..
ReplyDeletetapi lepas tu jadi tragedi pulak..huhu
Tragedi ape tu? Suspen je bunyi?
DeleteEh, waw! eksaitednyaaa.. tapi macam mana nak pergi tengok dengan Zuyyin dan Zayra ni hhuhuuh
ReplyDeleteHehhehe saya pun tak tengok sebab ada anak kecik. suami pulak keje malam. teringin sangat nak tengok sebenarnya hari tu
Deletewow! bestbest. hehe
ReplyDeletesinggah sini :) boleh tlg jwb soalan kat --- http://emyyyyemyyyy.blogspot.com/2015/08/saya-ada-soalan-boleh-tolong-jawab.html hehehee mekasih
Kalau boleh nampak memang best sangat :D
DeleteOhhh...harap-harap tak hujan malam ni.
ReplyDeletehttp://alongwawaerna.blogspot.com
Kita nak jemput join segmen kite. http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/08/first-segmen-erna-bloglist-walking-ogos.html
wani dapat tengok tak?
DeleteTeringin sangat nak tengok. Harap dapatlah tengok ...
ReplyDeleteYanie tengok tak?
Deleteharap dapat tgk... =D hi mommylin.com follow here...
ReplyDeleteallene dapat tengok tak hari tu?
DeleteTak ingat pun nak tengok.
ReplyDeleteSaya tak boleh nak tengok sebab tak nak bawak baby keluar malam-malam. lagipun suami kerja malam :(
Delete