Jerebu. Kes yang sama lagi. Kes pembakaran terbuka yang berlaku di Indonesia dan menyebabkan jerebu sampai ke negara-negara sekeliling termasuklah Malaysia. Dalam FB banyak aku nampak kawan-kawan share tahap jerebu dekat tempat dieorang dan KL pun nampak teruk jugak. Shah Alam pun sama. Aku nak keluar bawak Aneeq pun tak sampai hati takut Aneeq tak selesa.
Banyak jugak sekolah yang tutup disebabkan jerebu ni. Dan kesemua sekolah ni hanya akan dibuka bila tahap jerebu dah turun ke paras yang selamat. Dan untuk kesihatan dan keselamatan korang, aku sarankan korang semak Indeks Pemcemaran Udara (IPU) ni sendiri. Untuk kemudahan kite semua, dah banyak cara nak semak Indeks Pencemaran Udara. Antaranya macam yang aku senaraikan dekat bawah ni.
Cara Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia
1. Laman Web Department of Environment
Korang boleh check IPU tempat korang masing-masing melalui website Department of Environment Malaysia dekat SINI. Nilai bacaan IPU ni akan dikemaskini setiap jam. Kiraan nilai adalah berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti udara automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote).
2. Aplikasi Malaysian Air Pollution Index
Korang boleh semak jugak IPU kawasan masing-masing menggunakan aplikasi Malaysia Air Pollution Index.
- Untuk Android - Download SINI
- Untuk iOS - Download SINI (Aplikasi lain daripada Android punya)
3. Website aqicn.org
Website aqicn.org ni ada banyak negara. Make sure korang pilih negara Malaysia. Update dekat website ni real-time. Maksudnya, apa nilai kualiti udara sekarang ni, itulah yang korang boleh nampak. Korang boleh tengok dekat SINI.
Hujan yang turun satu hari pun masih tak dapat nak hilangkan jerebu ni. Mohon semua doa banyak-banyak supaya jerebu cepat pergi ya. Susah lah bila jerebu ni. Macam-macam masalah timbul. Semoga jerebu cepat hilang dan Malaysia sihat balik.
0 Comments