Perut Penuh Makan Di Big Brother Seksyen 7 Shah Alam

Weekend lepas, macam biasa lah. Aktiviti hujung minggu aku, Zul dan Aneeq. Jalan-jalan cari makan tempat baru di Shah Alam ni. Sebenarnya kiteorang tak ada idea pun nak makan dekat mana waktu tu. Niat asalnya nak pergi beli baby dishes and utensil untuk Aneeq sebab nak prepare dia makan solid food next month. Tapi kedai baby dah tutup waktu tu. So, kiteorang pun cari lah kedai makan yang terdekat. Kedai makan yang terdekat tu pulak Big Brother, so pergi je lah makan dekat situ.

Big Brother Seksyen 7 Shah Alam
 
Masuk-masuk je restoran Big Brothers ni, apa yang aku perasan, agak lengang sikit. Orang tak ramai. Dan dekorasi kedai dia pun tak banyak. Simple sangat. Cuma dinding dicat warna merah dan ada gambar-gambar dalam frame and that's it. 

Ruang makan dia besar jugak. Dia macam ambil 2 lot kedai. Ada 2 bahagian tempat makan, satu open air, satu lagi air cond. Ruang air-cond lebih besar daripada ruang open air. 

Okay now, sampai tang review makanan. Kali ni datang bertiga je dan makna berdua je lah. Sebab Aneeq kan baby lagi. Heeee. Menu kiteorang hari tu.

Big Brother Seksyen 7 Shah Alam
Big Brother Fries (RM6.90)
Ala-ala appertizer katanya. Sebenarnya Zul tengah rasa nak mengunyah. Sebab tu order fries ni. Rasa dia biasa saja. Macam fries dekat kedai-kedai lain. Tak ada special sangat. Tapi memang banyak pun portion fries yang dieorang bagi ni.

Big Brother Seksyen 7 Shah Alam
Chicken Puttanesca Spageti (RM20.90)
Ni apa yang Zul order. Jujur aku cakap, waktu makanan ni sampai aku terkejut gila. Sebab pinggan yang dieorang pakai besarrrrrrrr. Besar serius besar. Besar muka korang kot. Hahahha. Portion dia pun banyak gila sampai Zul pun termengah nak habiskan.  Kalau kedai lain, sos dia macam plain kan? Ni ha dekat Big Brother, sos dia saja boleh buat orang kenyang sebab dia campur dengan daging cincang banyak.

Big Brother Seksyen 7 Shah Alam
Chicken Baked Rice (RM15.90)
Ini pulak apa yang aku order. Aku memang suka makanan yang bercheesy. Tapi, this, sorry. Aku rasa tak kena dengan tekak aku. Sebenarnya bawah lapisan cheese ni nasi tau. Bukan lasagna biasa tu. Aku cuba untuk makan dengan sos spageti Zul tu tapi rasa dia still tak kena dengan tekak aku.
Nasi dia rasa macam nasi goreng dengan marjerin tapi tawar. Bila makan dengan cheese pun aku rasa memang tak kena. Nasib baik penyelelamat makanan ni ayam dia. Kalau tak makan nasi dan cheese ni dengan ayam tu, aku rasa aku memang tak boleh nak habiskan. Bagi aku resepi ni mungkin nak tonjolkan kelainan pada Big Brother sebab guna nasi tapi bagi aku, memang tak kena. Huhuhu. Last-last aku makan lapisan cheese dekat atas tu dan ayam. Nasi aku tinggalkan tak habis.
Oh, in case korang nak rasa jugak menu yang ni, aku sarankan bila korang dah dapat makanan ni, korang cucuk sikit dekat tengah-tengah cheese tu untuk bagi kepanasan dia keluar. Aku makan ni hari tu, memang panas gila. Hahaha. So be careful okay?
Big Brother Seksyen 7 Shah Alam
Oreo Milk Shake (RM10.90)
Untuk pengetahuan korang, aku ni memang gila oreo. Tak kisah lah biskut oreo atau oreo smoothies atau oreo milk shake. So, bila kedai tu ada oreo milk shake of course aku nak cuba. Oreo Milk Shake dekat Big Brother ni bagi tekak aku dan Zul, agak tawar. Kau bayangkan, Zul yang memang tak makan manis sangat dan tak makan masin sangat pun boleh cakap tawar, ape tah lagi aku yang kaki manis potong kaki. Huuu, sedih aku. 
Disebabkan hari tu Zul dah minum banyak air sejuk, so dia order air masak je. Air masak dekat sini RM0.50 ye. Huhu~
Oh, Big Brother selain cas GST 6%, dieorang pun ada cas SERVICE CHARGE 10%. Jangan terkejut. Saja nak bagitau awal-awal. Okay sekarang aku nak bagi point apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka dekat Restoran Big Brother ni.

Apa yang aku suka:

  • Portion besar - Kalau korang jenis yang makan banyak, memang berbaloi lah nak makan dekat sini sebab portion dia memang besar.  Tapi harga die pun besar jugak la.
  • Staff friendly - Waktu aku datang sini hari tu, staff yang ambil order dan hantar order semua muka senyum. Alhamdullilah. Dan 2 3 staff jugak datang nak offer kerusi baby dekat Aneeq tapi Aneeq tak boleh duduk lagi.
  • Servis cepat - Kiteorang tak payah nak tunggu lama-lama untuk dapat kan makanan. Waiting time dia acceptable la.
  • Ruang makan - Aku suka bila dieorang buat dua ruang makan. Satu yang open air satu lagi yang air cond. So, kalau korang nak merokok atau vape, sila buat dekat bahagian open air okay.
 

Apa yang aku tak suka:

  • Deko simple sangat - Hahahha, melampau betul. Ada je aku nak cari salah orang kan? Tak la. Betul la, deko dia simple sangat. Tak sedap jugak mata memandang.
  • Cas service charge - Alaaaaa, dah ade GST kenapa nak cas Service Charge lagi kannnnn? 


Big Brother Seksyen 7 Shah Alam

Okay dah siap makan, dah siap bayar. Kite ambik gambar tanda "Fadzi wuz ere" kejap. :D

Post a Comment

20 Comments

  1. Replies
    1. Kak Suria, GST tu memang confirm dieorang ambil tapi service tax tu saya perasan tak semua kedai atau restoran pun yang ambil

      Delete
  2. Makanan yang kau punya tu kan... aku tengok pun tak tempting and muak... hahahhaa kalau bagi adik aku dia suka laaa kot.... aku puas bayangkan nasi dengan cheese... apsal ntah macam tak teruja.....

    Dah ada GST... Service Charge lagi?? kk aku baca entri je... sebab aku kedekut... lalalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah ikut kan aku pun kedekut jugak. Tapi tang makanan aku tak berkira sangat :D

      Delete
  3. wuhuuu sedapnya oreo milk shake tu :D menggoda tekak kiteww . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huu memang menggoda tapi tak cukup manis

      Delete
  4. Fadzi. Try mc ggoo deli 0320784912. Aku suke set lunch spaggeti and air kopi ais. Phewww. Sje share. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berpeluh aku cari mv ggoo deli. Dieorang tad ada official websites eh

      Delete
  5. sedap air milk shake tu. nyummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oreo milk shake. Tapi kurang manis huhuu

      Delete
  6. Ada deko yang cantik dan kreatif, tapi makanan pulak tak best, kadang2 kecewa, pergi kedai cantik tapi tak best. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan. Rasa tertipu dengan deko hahahaha

      Delete
  7. Nice blog sis.. clean cantik!

    ReplyDelete
  8. Terbaik review... Rajin buat review menyeluruh camni... Mudah orang nak cari tempat makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Maria. Hopefully bila saya buat macam ni, orang boleh tahu expectation dekat sini :D

      Delete
  9. Wahhh ... Cam sedap, leh try nnt, tp tak tau lah bila ...

    ReplyDelete
  10. Terbaik preview dari admin..kipidap

    ReplyDelete