Nota: Entri mak mak. Hahahah. Beberapa bulan yang lepas aku ada join satu Facebook Group pasal homeschooling. Selama ni aku ingat homeschooling belajar ABC, 123, kemahiran hidup dan latih motor skill semua. Tapi aku lupa yang pentingnya nak ajar anak cara membaca al-Quran dengan betul. Jadi disebabkan aku nak yang terbaik untuk Aneeq, aku pun gigih mencari macam mana nak ajar anak bacaan al-Quran yang betul dan lalu aku berjumpa dengan cara mudah membaca al-Quran dengan Iqra'Bina.
Alat Bantuan Pembelajaran & Pengajaran Al-Quran Dengan Pen Digital Iqra'Bina
Kalau korang tengah tercari-cari alat bantuan yang membolehkan korang atau anak-anak korang belajar membaca Al-Quran dengan betul, aku rasa Iqra'Bina ni memang bagus untuk korang. Program Qalam Bersuara Iqra Bina ni merupakan gabungan set lengkap 10 buah buku serta Qalam bersuara. 10 jilid buku yang aku cakap tu merangkumi panduan pembelajaran asas bacaan al-Quran dalam 3 peringkat.Peringkat Pertama:
Buku 1 - Mengenal & Menyebut Huruf Hijaiyyah (Part 1)Buku 2 - Mengenal & Menyebut Huruf Hijaiyyah (Part 2)
Buku 3 - Mengenal & Menyebut Huruf Hijaiyyah (Part 3)
Peringkat Kedua:
Buku 4 - Rumusan TajwidPeringkat Ketiga:
Buku 5 - Panduan Bertarranum Secara MurattalBuku 6 - Riwayat Hafs An Asim & Toriq Syatibiyah
Buku 7 - Terjemahan Surah-surah Pilihan
Buku 8 - Asas Tarannum
Buku 9 - Panduan Khatam Al-Quran
Buku 10 - Surah Yasin & Terjemahan
Inilah apa yang korang akan dapat kalau korang beli set Iqra'Bina ni. Ada 10 jilid buku dan pen digital. Dalam pakej ni jugak korang akan dapat charger bateri, USB dan earphone.
Kotak packaging Iqra'Bina - Cara Membaca Al-Quran dengan mudah
Video ringkas pasal Iqra'Bina
Dalam group Facebook Homeschooling yang aku join tu, mak mak dieorang buat kad DIY untuk anak belajar huruf Hijaiyyah. Aku pun macam nak buat jugak kad DIY tu tapi serius tak sempat nak buat. So, pakai buku Iqra'Bina ni dah cukup untuk ajar anak aku huruf Hijaiyyah tu.
Contoh Iqra'Bina - huruf hijaiyyah
5 Sebab Iqra'Bina Sesuai Untuk Belajar Dan Mengajar Membaca Al-Quran
- Suara bacaan al-Quran oleh juara tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
- Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa
- Sesuai untuk orang yang baru nak mengenal al-Quran atau yang dah lama membaca Al-Quran
- Pembelajaran secara berperingkat dan mengikut kemampuan diri sendiri
- Menggunakan kaedah 3M - Melihat, Mendengar dan Menyebut
Selain daripada untuk ajar Aneeq belajar huruf-huruf hijaiyyah tu, aku pun boleh jugak guna Iqra'Bina ni untuk belajar dan mantapkan bacaan al-Quran aku. Aku pun dah lama tak bertarranum. Huhuh.
Kalau korang nak beli atau nak dapatkan maklumat lanjut pasal membaca Al-Quran dengan Iqra'Bina ni, korang boleh tengok melalui:
Whatsapp:
0132519071/0195711985
Alamat:
N0 12A & 12A-1,
Jalan Rampai Niaga 2,
Rampai Business Park,
53300 Kuala Lumpur
0132519071/0195711985
Alamat:
N0 12A & 12A-1,
Jalan Rampai Niaga 2,
Rampai Business Park,
53300 Kuala Lumpur
0 Comments