Satu Malam Di Qas Hotel Jeli Kelantan | Waktu aku google untuk cari hotel dekat Jeli Kelantan, memang susah nak cari. Tak jumpa. Last-last kiteorang main redah je pergi ke Jeli dan tengok kiri kanan jalan. Akhirnya kiteorang jumpa jugak hotel yang nampak agak selesa iaitu Qas Hotel.
Parking Qas Hotel
Parking untuk Qas Hotel ni ada di belakang bangunan hotel. Masa nak check in tu Zul parking depan hotel je dulu. Dah masuk bilik semua, baru Zul bawak kereta ke parking belakang. Zul kata parking dekat belakang gelap dan rasa macam tak selamat pun ada. Tapi selama kiteorang duduk satu malam tu, Alhamdullilah tak ada apa pun yang jadi.

Servis Kaunter Depan Qas Hotel
Yang jaga dekat kaunter ni bergilir-gilir. Malam kiteorang sampai tu perempuan. Besok paginya lelaki. Servis ok saja. Tak ada masalah.
Yang jaga dekat kaunter ni bergilir-gilir. Malam kiteorang sampai tu perempuan. Besok paginya lelaki. Servis ok saja. Tak ada masalah.
Harga Bilik Qas Hotel
Harga untuk bilik yang kitaorang ambil ni RM105. Sepatutnya kitaorang nak ambil bilik yang lebih murah sedikit tapi bilik tu dah habis pulak. So, kitaorang teruskan saja lah untuk ambil bilik ni. Bilik yang kiteorang ambil Medium Room untuk 3 orang maksimum termasuk breakfast.

Bilik Qas Hotel
Jujur aku cakap, bilik Medium Room ni memang besar. Cukup luas untuk Aneeq main lari-lari dalam bilik tu. Selesa pun selesa. Dalam bilik ada katil queen dengan bedside table kiri dan kanan. Lampu tidur pun ada di kiri dan kanan katil. Tapi katil dan tilam mungkin jenis lama sebab masa kiteorang nak naik katil tu, bunyi keriuk keriuk dan tilam macam lendut je.
Jangan memain. Dekat dalam bilik ni siap ada set kerusi lagi untuk lepak-lepak. Nampak tak tingkap belakang kerusi tu. kiteorang punya bilik ni dekat tingkap ground floor. Dekat belakang tingkap tu, kadang-kadang boleh dengar orang bising sikit sebab dapur diaorang dekat je.
Dalam bilik ni jugak dieorang sediakan almari pakaian untuk letak beg korang. Sebelah almari pakaian tu ada lah gelas, botol air masak, tisu dan instant kopi.
Dalam bilik ni ada sekali meja dan TV. Tapi jangna lah berharap sangat TV tu dapat channel best-best. Line pun tak berapa clear. Kiteorang tak kisah pun sebab datang sini just nak tidur je. Tak larat nak tengok TV pun.
Perempuan dengan cermin memang tak dapat nak dipisahkan. Betul tak. Hahahha. Asal jumpa cermin dalam hotel je mesti nak ambil tengok, nak ambil gambar. Sabar je lah.
Tandas Qas Hotel
Tandas dekat sini besar. Selesa tapi lantai dia agak licin. Risau jugak bila nak mandikan Aneeq. Satu lagi bau toilet ni agak berbau. Masa kitaorang mula-mula masuk memang bau wangi spray. Tapi bila lama-lama, bau macam berkepam.

Wifi Qas Hotel
Dekat sini pun memang disediakan wifi percuma. Tapi macam biasalah. Aku memang tak pakai wifi hotel pun. Cukup dengan data plan yang aku ada.
Dekat sini pun memang disediakan wifi percuma. Tapi macam biasalah. Aku memang tak pakai wifi hotel pun. Cukup dengan data plan yang aku ada.
Instant coffee, teh, krimer dan gula. Cukuplah untuk minum 2 hari. Tapi air panas korang kena ambil dekat luar bilik, dekat area kaunter. Diaorang tak sediakan kettle dalam bilik.
3 Comments
good sharing
ReplyDeletekemas dan bersih hotel nya. selesa!
ReplyDeletebestnya
ReplyDelete