Makan Kali Keempat Di D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam | Assalamualaikum korang semua. Eh teralim pulak entry kali ni start dengan Assalamualaikum. Hahhaha. Kali ni aku nak cerita aku makan dekat D'Kayangan Steamboat & Grill untuk kali KEEMPAT!
Sebelum ni pun aku ada cerita jugak pasal aku pergi makan dekat sini. Sekali aku pergi dengan kakak-kakak aku. Sekali lagi masa lepak dengan member. Dan satu lagi aku tak cerita dalam blog tapi aku pergi dengan Aneeq dan Huda, member aku.
Kali ni aku pergi dengan Zul dan Aneeq je. Family time pulak lah kan. Tu pun sebab D'Kayangan sekarang tengah buat promosi best. Kiteorang pun pergi je la kan.
Dekat sini adal lebih kurang 199 jenis hidangan yang korang boleh pilih dari hidangan steamboat, grill, nasi, mee, sayur-sayuran dan kambing golek. Ada dua pilihan kuah yang korang boleh cuba iaitu tomyam atau pun sup ayam. Aku pilih tomyam je hari tu.
Antara minuman yang ada dekat sini. Oren, sirap, mangga, air kosong dan teh o limau. Tips aku untuk makan buffet, jangan minum air banyak-banyak. Nanti kembung.
ABC pun korang boleh buat sendiri dekat sini. Ada kacang, selasih, jagung dan cincau.
Kambing golek yang dah siap-siap potong dengan kuah blackpepper.
Dekat sini pun ada pilihan mee atau nasi untuk korang makan kalau korang ni jenis yang tak boleh tinggal karbo.
Favourite aku dekat sini. Hehehe. Ais kepal. Paling sedap vanila dengan coklat dan asam boi.
Banyak gila buah-buahan yang diaorang sediakan. Nak buat rojak pun boleh.
Kek sebagai pencuci mulut.
Sos yang disediakan pun macam-macam ada - Soso Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam dan Sos Yong Tau Fu.
Ini pulak antara menu steamboat dan grill yang ada. Penuh kiri kanan bekas tu. Kalau kira ni, dah ada 48 menu steamboat dan grill je dalam gambar atas ni. Ni belum lagi masuk menu-menu lain.
Menu untuk yang grill ni special sikit. Diaorang perap dengan cili giling, lada hitam, bawang putih dan rempah ratus. Antara menu yang ada - Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry.
Antara menu steamboat dan grill yang aku ambil hari tu. Aku ni jenis suka mencuba semua benda. So, setiap satu menu tu aku ambil sebiji untuk rasa.
Tukang masak of the day - Zul. Sebab aku kena jaga Aneeq. Hehehhe. Waktu ni Aneeq tengah cranky sebab panas kot. Kiteorang dapat meja dekat luar sebab dalam dah penuh. Waktu tu pulak hujan. Tu berkuap sikit rasa duduk bawah khemah ni.
Tukang makan of the day. Aneeq lah, bukan aku. Tengok dalam tempat grill tu, cantik je Zul susun. Dalam tempat steamboat pun penuh dengan makanan. Puas hati makan hari tu. Balik rumah kenyang terbungkang.
Korang nak tau tak sekarang ni D'Kayangan Steamboat & Grill tengah buat promosi Sunday Lunch. Korang just kena bayar RM9.90 untuk kanak-kanak dan RM22.90 untuk dewasa. Kalau hari biasa, RM18+ untuk kanak-kanak dan RM33+ untuk dewasa. Nak lagi best, ada promosi hari biasa, budak-budak boleh just kena bayar RM5 je dan boleh makan semua benda. Tapi yang RM5 tu valid hanya sampai 31 Januari 2017 ni je.
Dah lama tak makan steamboat dan grill? Datang je dekat sini :) Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal promosi tu, korang boleh tengok Facebook atau Instagram D'Kayangan Steamboat & Grill.
2 Comments
wow banyak sgt menu tu
ReplyDeletebestnyaa..terliur tengok! kena try nih..hehe
ReplyDelete