Kulit Bebas Minyak Dan Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis Oxywhite

Kulit Bebas Minyak Dan Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis Oxywhite | Aku ingat lagi zaman-zaman aku sekolah menengah dulu, rajin betul aku bersukan. Bila dan bersukan tu, ya Rabbi muka gelap sebab burn, lepas tu memang berminyak teruk. Dulu tak ada banyak produk sangat yang boleh membantu untuk mencerahkan muka dengan sempurna dan mengawal minyak pada bahagian muka. Sekarang ni dah banyak pilihan dan salah satu daripadanya adalah Set Safi Balqis Oxywhite.

Safi Balqis Oxywhite

Rangkaian Set Ayu Safi Balqis Oxywhite

Dalam Set Ayu Safi Balqis Oxywhite ini ada 3 produk yang boleh membantu untuk mengawal minyak pada wajah dan dalam masa yang sama mencerahkan kulit muka dengan sekata iaitu:

Safi Balqis Oxywhite Pembersih Muka

1. Safi Balqis Oxywhite Pembersih Muka

Safi Balqis Oxywhite Pembersih Muka ini datang dalam dua saiz iaitu 50g (RM7.30) dan 100g (RM12.30). Tekstur pembersih muka Safi Balqis Oxywhite ini lembut berwarna putih serta berbau wangi. Ianya mudah berbuih dan senang juga untuk dibilas. Pembersih muka ini akan bersihkan kulit wajah secara mendalam, menyerap lebihan minyak dan dalam masa yang sama boleh mengawal pembentukan jerawat. Ianya sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Safi Balqis Oxywhite Pelembap Gel

2. Safi Balqis Oxywhite Pelembap Gel

Oxywhite Safi Balqis Oxywhite Pelembap Gel pula datang dalam saiz pek 45g berharga RM20.20. Aku suka sangat tekstur pelembap gel ni. Dia tak macam krim. Tekstur dia licin dan warnanya macam kebiru-biruan separa jernih. Bau dia wangi, tak berminyak, cepat meresap dan tak melekit. Pelembap gel ini membantu mencerahkan dan memberi tona kulit muka yang serata. Dalma masa yang sama ia akan memberikan kelembapan sepanjang hari. Ianya sesuai untuk kombinasi kulit berminyak, siang atau malam.  

Safi Balqis Oxywhite Penyegar

3. Safi Balqis Oxywhite Penyegar 

Safi Balqis Oxywhite Penyegar hanya terdapat satu saiz pek iaitu 100ml dengan harga RM10.90. Dalam Set Safi Balqis Oxywhite ni, aku dapat penyegar ni secara percuma 80ml. Safi Balqis Oxywhite Penyegar ini membantu untuk mengecilkan liang pori, beri kesegaran pada muka dan menyediakan kulit wajah sebelum pakai produk-produk lain. Yang bestnya tentang penyegar ni, bila pakai tak ada kesan meleit dan bebas alkohol.  

Ada 10 lagi produk yang ada bawah rangkaian Safi Balqis Oxywhite ini termasuklah:

4. Safi Balqis Oxywhite Krim Scrub (100g RM12.90)
5. Safi Balqis Oxywhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1 (150ml RM17.40)
6. Safi Balqis Oxywhite Esen Pencerah (20ml RM28.10)
7. Safi Balqis Oxywhite Krim CC SPF25PA++ (20g RM21.70)
8. Safi Balqis Oxywhite Krim Pelembap Sianf SPF20PA++IR (45g RM20.20)
9. Safi Balqis Oxywhite Krim Pencerah Lengkap SPF15 (40g RM14.90)
10. Safi Balqis OxywhiteKrim Kecantikan (16g RM8.60)
11. Safi Balqis Oxywhite Pembersih Solekan (200ml RM17.40)
12. Safi Balqis OxywhitePembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat (50g RM7.30/100g RM12.30)
13. Safi Balqis Oxywhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1 (150ml RM17.40)
14. Safi Balqis Oxywhite Krim Anti Jerawat (15g RM11.90)


Safi Balqis Oxywhite

Aku suka dengan produk terbaru Safi Balqis Oxywhite ni sebab ia adalah salah satu jenama Halal di Malaysia, ada banyak variasi produk yang memenuhi keperluan kulit wajah yang berbeza dan reka bentuk packaging yang lebih menarik

Safi Balqis Oxywhite ini diformulasi dengan 2 teknologi baru iaitu Nano Oxygen dan Nano BioWhite. Teknologi Nano Oxygen akan membebaskan oksigen tambahan ke dalam bahagian kulit supaya lebih segar, bermaya dan berseri. Teknologi Nano White pula membantu untuk mempercepatkan proses pencerahan secara efektif dengan cara memperlahankan kesan pembentukan melanin yang menjadi punca kulit gelap sambil memastikan tona kulit sama rata.  

Rangkaian Set Safi Balqis Oxywhite senang saja untuk dicari. Korang boleh beli kesemua produk dekat atas ni di pasarayan dan pasaraya hiper utama di seluruh Malaysia. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal produk-produk Safi Balqis Oxywhite ni, korang boleh tengok Facebook, Instagram dan Youtube Safi Malaysia.


Sebelum ni aku pernah juga review beberapa produk Safi yang lain. Korang boleh baca dekat sini - Safi Shayla Itch-Kontrol - Shampoo Untuk Wanita Bertudung dan Set Rangkaian Produk SAFI Rumusan Bahan Semula Jadi Dan Habbatus Sauda.


Post a Comment

2 Comments

  1. pelembab gel tu macam dah curi hati sha je hahaha ><

    ReplyDelete
  2. antara produk yang terbaik jugak ni

    ReplyDelete