Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub Review | First time aku pakai Neutrogena masa aku kecik-kecik dulu. Waktu tu curi-curi pakai kakak punya yang jenis pam tu sebab masa tu kecik kan, tak ada duit nak beli sendiri. Sekali je pakai, terus jatuh cinta. Sekarang ni sejak Neutrogena ada keluarkan Neutrogena Deep Clean Series yang baru, aku dah melekat dengan Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub dia pulak.
Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ini adalah scrub yang mampu membantu untuk menghilangkan bintik hitam pada wajah dengan sekali penggunaan dan menghalang bintik hitam baru datang.
Fungsi Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Fungsi utama Blackhead Eliminating Daily Scrub ni obviously ikutkan nama untuk hilangkan bintik hitam dan menghalang bintik hitam tu datang semula. Bukan tu je, scrub ni pun boleh masuk jauh ke liang-liang pada muka untuk kurangkan lebihan minyak dan menanggalkan sisa-sisa kulit mati. Bila minyak berlebihan dah tak ada pada wajah, senang lah nak hilangkan kesan bintik hitam yang degil.
Mula-mula aku rasa agak tak percaya yang scrub ni boleh hilangkan blackheads dengan cucian pertama. Tapi aku cuba je lah jugak. Bila aku cuba, apa yang aku boleh cakap, some of the blackhead hilang tapi tak semua hilang pada cucian pertama.
Sebelum aku cuci muka guna scrub Neutrogena. Kalau korang boleh nampak dengan jelas blackhead dekat hidung aku terutamanya dekat hujung hidung tu. Atas batang hidung pun ada. Korang boleh klik gambar atas ni untuk tengok dengan lebih jelas.
Pada aku, betul apa yang Neutrogena claim yang scrub ni boleh hilangkan bintik hitam pada cucian pertama tapi tak semua blackhead korang boleh hilang. Untuk betul-betul hilang kita kena pakai scrub ni secara konsisten setiap hari.
Tekstur, Bau Dan Warna Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Scrub Neutrogena ni datang dalam bentuk lebih kurang macam losyen cair berwarna off white dengan microbeads berwarna oren dan juga putih. Scrub ni tak rasa macam bersabun sangat tapi lebih pada rasa seperti krim cair. Bila sapu pada muka, tekstur base dia agak licin tapi masih boleh terasa ketulan kecil microbead tu. Microbeads tu bila kena pada muka, rasa lembut dan tak sakit. Buihnya pula tak terlalu banyak which is aku suka lagi macam tu. Nak bilas pun senang.
Baunya pula agak wangi tapi tak terlalu kuat. Kadang-kadang aku terasa macam bau lembut buah citrus pun ada.
Harga Dan Packaging Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Harga untuk scrub ni adalah RM23.70. Packaging scrub ni datang dalam bentuk tube dengan saiz 100g. Pada aku harganya berbaloi dengan kualitinya. Neutrogena ni memang aku suka kualitinya dari dulu lagi. Bukan aku seorang saja yang cakap tau. Bila aku tweet yang aku tengah pakai Neutrogena sekarang ni, kawan-kawan aku pun setuju Neutrogena ni bagus untuk kulit dieorang.
First time aku pakai @neutrogena masa aku kecik-kecik dulu— Fadzi Razak (@fadzirazak) April 11, 2017
Waktu tu curi-curi pakai kakak punya yang jenis pam tu… https://t.co/Mu674JBXen pic.twitter.com/ShmeOigeOq
Tweet Seri Idayu - BFF paling bengong aku ada hahahha
Tweet Farrah Ermilda - bakal besan
See, nampak tak betapa terbuktinya Neutrogena ni memang berkesan untuk mengatasi masalah-masalah kulit muka.
Antara banyak-banyak produk rangkaian Neutrogena Deep Clean ni, aku paling suka Blackhead Eliminating Daily Scrub sebab bila aku dah cuba semua set normal Neutrogena Deep Clean - foaming cleanser, cleansing oil to foam dan scrub, aku rasa kulit aku lebih fresh bila guna scrub.
Lagipun, tak ada masalah nak pakai scrub ni hari-hari sebab dia agak lembut pada wajah. Bila pakai scrub ni aku rasa macam muka aku betul-betul bersih sebab microbeads dia masuk sampai ke liang muka untuk cuci segala make up yang tersekat, minyak yang berlebihan, sel sel kulit mati dan bintik hitam yang degil. Korang boleh tengok video review dekat bawah.
Sesiapa yang ada masalah specific dekat blackhead tu, aku rekemen sangat korang cuba Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ni. InsyaAllah masalah blackhead korang tu akan berkurang.
Untuk maklumat lanjut pasal Set Neutrogena Deep Clean ni, korang boleh tengok Facebook dan Instagram Neutrogena.
5 Comments
bagusnyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteHaaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..
ReplyDeleteassalamualaikum.. nak tny, kamu guna scrub ni sekali dgn deep clean foaming cleanser dia setiap hari ke ?
ReplyDeleteWaalaikumusalam. Sekarang saya pakai die punye scrub je. Saya pakai tiap tiap hari tapi sekali je sehari waktu pagi. waktu lain saya pakai pencuci muka biasa je
DeleteThanks sis..mmg byk jugk mmber yg recommend neutrogena nii utk ilangkan blackhead..
ReplyDelete