Buffet Ramadan Selera Serantau Capri by Fraser | Capri by Fraser ni letaknya tak jauh dari rumah family aku. Boleh jalan kaki je. Dan dalam masa yang sama, ia terletak betul-betul di tengah-tengha bandar yang makin membangun.
Buffet Ramadan Selera Serantau Capri by Fraser
Bersempena dengan bulan Ramadan yang dah tak lama dah nak tiba ni, Capri by Fraser pun tak ketinggalan untuk mengadakan buffet Ramadan untuk korang semua.
Antara menu yang korang kena cuba dekat sini adalah Ayam Panggang Madu, Ketam Lemak Chili Padi, Mee Rebus Tulang, Bubur Lambuk, Nasi Kerabu, Kambing Panggang, Pecal dan Laksa Sarawak. Itu menu yang dihighlight kan dalam Selera Serantau ni.
Tapi, korang jangan fikir itu je yang ada dekat sini. Banyak weh yang korang boleh dapat cuba masa berbuka puasa di Capri by Fraser bulan Ramadan nanti. Ada macam-macam jenis pembuka selera, menu utama lauk pauk dan jugak pencuci mulut.
Sebagai pembuka selera, korang boleh cuba aneka salad yang ada di sini. Kalau tak suka salad, tak ada masalah pun. Korang boleh cuba roti John, pecal dan murtabak.
Untuk menu berat pulak, korang boleh pilih lebih daripada 10 jenis lauk pauk yang ada di sini. Sate, Kambing Bakar, aneka jenis mee, ketupat, lemang, ubi kayu, ikan bakar dan serunding pun ada. Kalau korang tengok sambal yang ada, mesti korang terliur sebab banyak betul sambal yang dieorang sediakan.
Untuk pencuci mulut pulak, korang boleh pilih sama ada nak makan bubur, kuih-muih tradisional, puding, biskut raya, kek, ais krim, cendol, buah-buahan atau pengat. Memang banyak pilihan pencuci mulut dekat sini. Mesti korang rambang mata.
So, apa lagi. Kalau korang duduk berdekatan dengan Capri by Fraser atau kebetulan akan duduk di sane waktu bulan Ramadan nanti, bolehlah booking awal-awal supaya nanti tak lah kecewa kalau penuh kan.
Selera Serantau
Capri by Fraser
29 Mei 2017 - 23 Jun 2017
6.30 petang hingga 10 malam
Harga (Pre Sale)
RM73.50 nett
Pembelian bermula 8 - 26 Mei 2017
Harga (Early Bird)
RM78.40 nett
Pembelian bermula 29 Mei -4 Jun 2017
Harga (Biasa)
RM98 nett
Kalau korang ada di area Bangsar South, korang bolehlah datang dan cuba berbuka puasa di sini. Kalau korang nak buat tempahan, korang boleh call atau email nombor dan email di bawah
+603 2386 0888 | Email FNB.Supervisor@capribyfraser.com
Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok website, Facebook ata Instagram dieorang.
1 Comments
wow bestnyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDelete