Cara Semak Akaun ASB Secara Online | Biasanya bila dah masuk tahun baru, semua yang ada akaun Amanah Saham Bumiputeras (ASB) mesti tak sabar-sabar nak check akaun ASB masing-masing kan?
Kalau sebelum ini cara untuk semak ASB agak mengambil masa sebab kena beratur di ejen-ejen ASB, tapi kali ini korang dah boleh semak akaun ASB secara online. Untuk semak Akaun ASB secara online, korang boleh pergi ke website portal ini - MyASNB.
Tapi sebelum korang boleh check akaun ASB secara online, korang mendaftar di Portal MyASNB dulu.
Cara Daftar Dengan Portal MyASNB
Fadzi kongsikan dengan korang cara-cara untuk mendaftar akaun MyASNB dekat bawah secara ringkas. Mudah saja.
1. Daftar Atau Kemaskini Nombor Telefon
Pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB untuk mendaftar atau untuk mengemaskini nombor telefon terkini. Pastikan juga korang ada dapat nombor ahli yang baru. Nombor ahli yang baru itu ada 12 digit. Nombor telefon korang itu diperlukan masa nak terima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) masa mendaftar dekat website nanti.
Fadzi dah pun daftar dengan portal MyASBN untuk diri sendiri dan untuk Aneeq pada tahun lepas. Fadzi kemaskini nombor telefon melalui ejen ASB Maybank. Kalau korang nak update juga nombor telefon, korang boleh pergi update di mana-mana Cawangan ASNB ataupun Ejen ASB. Atau kalau tak berkesempatan untuk pergi, korang boleh update nombor telefon menggunakan email saja.
2. Daftar Di Portal MyASNB Dan Kemaskini Maklumat
Korang pergi ke lawan web https://www.myasnb.com.my/ dan klik butang "Daftar di sini" Korang dah boleh mula kemaskini segala informasi korang dalam web. Korang kena ingat masa daftar, akan diberi kata laluan sementara. Korang kena ingat atau save kata laluan itu untuk log in kali pertama nanti.
Lepas log in kali pertama, korang kena tukar password sendiri. Jadi, pastikan korang tukar pasword yang betul-betul kuat. Untuk step by step cara daftar di Portal MyASNB beserta dengan gambar, nanti Fadzi update dekat entry yang lain okay?
3. Mula Melabur
Bila dah siap pendaftaran, korang dah boleh mula sama ada nak buat semakan atau pelaburan. Setakat ini segala perkhidmatan yang disediakan di web adalah percuma. Cuma kalau korang beli mana-mana pelaburan yang berkaitan, mungkin akan ada GST. Kena rujuk baliklah terma dan syarat setiap pembelian produk unit amanah saham ASNB.
Antara perkhidmatan yang korang boleh buat melalui Portal MyASNB ini adalah:
1. Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun unit amanah ASNB anda berdasarkan kepada Nilai Aset Bersih (NAB) terkini.
2. Rekod Transaksi – memaparkan butiran-butiran transaksi unit amanah ASNB anda yang dilaksanakan melalui myASNB Portal sepanjang 90 hari yang lalu.
3. Status Transaksi – memaparkan status transaksi-transaksi yang dilaksanakan melalui myASNB Portal sepanjang 90 hari yang lalu.
4. Pelaburan Tambahan – melaksanakan pelaburan tambahan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB secara atas talian.
Tapi perkhidmatan MyASNB tidak termasuk dana Jualan Balik, dana Pemindahan dan dana Penukaran untuk buat masa ini.
Fadzi baru je check akaun ASB secara online pukul 7 pagi tadi. Alhamdullilah. Adalah sikit-sikit untuk tanggung kehidupan Fadzi masa tua nanti. Hehehe.
Semak Akaun ASB Secara Offline
Sebenarnya tak ada masalah pun kalau korang masih tak nak semak akaun ASB secara online. Korang masih lagi boleh check secara offline di mana-mana kaunter ASBN atau ejen-ejen ASBN. Cumanya lepas ini buku akaun pelaburan dah tak dipakai lagi. Korang kena bawa MyKad korang je untuk buat segala urusan berkaitan dengan ASBN.
Bagi Fadzi, check sendiri melalui online lebih senang daripada kita kena beratur panjang-panjang dekat kaunter. Lagipun leceh bagi Fadzi untuk keluar buat urusan macam itu bila Aneeq ada sekali. Jadi memang berbaloi untuk korang daftar dengan Portal ASBN ini. Korang boleh check akaun ASB dekat mana-mana dan bila-bila masa saja.
Tapi kalau untuk buat urusan tambah pelaburan, korang kena buat dalam waktu berikut:
Dana Harga Tetap
Hari: Ahad hingga Jumaat
Masa: 7.00 pagi hingga 6.30 petang
Dana Harga Berubah
Hari: Ahad hingga Jumaat
Masa: 7.00 pagi hingga 4.00 petang
Secara jujurnya Fadzi cakap Fadzi tak faham apa maksud Dana Harga Tetap dengan Dana Harga Berubah. Tapi apa yang Fadzi boleh nasihatkan, kalau korang nak buat apa-apa jenis transaksi, lebih selamat korang buat dalam jangka masa 7.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus call diaorang.
Question of the Day
Korang dah ada akaun ASB? Dah check ke baki dalam akaun ASB korang untuk tahun ini? Atau korang lebih suka invest dalam benda lain selain ABS?
39 Comments
wow memudahkan
ReplyDeleteBetul tu. Lebih mudah bile dah boleh buat online
Deletemacam mana kita nak tahu berapa asb kita
DeleteNanti dia akan tunjukkan dalam website tu. Dekat bawah perkataan Jumlah Nilai Pelaburan
DeleteAkak tunggu Fadzi Share step by step bergambar nanti..last akak pi 2 bulan lepas..mmg x guna dh buku..bleh buang dh katanya
ReplyDeleteOK nanti saya update tau
DeleteZaza pun mmg nak daftar jgk..lama dah tak kemaskini asb. Belum gi bandar lagi nak buat..hehe
ReplyDeleteDaftar jangan tak daftar. Lagi senang daripada beratur panjang2 tiap kali nak check
DeleteTerima kasih atas infonya. Kita blom buat asb lg. Huhu
ReplyDeleteSalah satu investment untuk kite ni. Jom buat
DeleteYey..tahun ni dah tak perlu beratur untuk check baki terkini atau total dividen yang dapat. just klik-klik di rumah. lagi bagus, bila nak keluarkan, terpaksa beratur di kaunter, jadi jarang la withdraw drp ASB..lagi lama simpan, lagi syok la tgk baki kan
ReplyDeleteTu la kan. Bila leceh sikit nak withdraw secara online, selamat sikit duit kite dalam tu
DeleteThanks fadzi for sharing...
ReplyDeleteNnt kena pi maybank lah utk daftar num fon...
Thanks again
NO problem. Happy to help :)
DeleteTq Fadzi...K.Sal baru je semak ni...tak sempat lagi dari haritu sbb urus anak sekolah...huhuhu
ReplyDeleteSama sama. Happy to help :)
DeleteBagusnye makin mudah orang nak check baki. Thanks sharing info ni Fadzi
ReplyDeleteKan lagi mudah kalau check online je
Deletememang nak buat..tapi tak pergi-pergi lagi
ReplyDeleteBetter buat je terus nad. Leceh nak beratur panjang tiap kali nak semak nanti
DeleteTula minggu depan nak pergi keluarkan ASB.. hehe.. memang xtahu amount. Tp lg senang ada sistem cmni kan.. tq info. Xperlulah beratur lama lgi.
ReplyDeleteEna nak beli ape tuuuu ahahahha
Delete,enarik perkongsian ni. senang online je kan..tak payah beratur lama hehe. ok lah nak check akaun sendiri pulak ;)
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Heheheh go go check :D
DeleteGud info.. lepas ni takde la nak susah g beratur semata nak tau amaun dalam tu. Kerja kita pun lebih mudah
ReplyDeleteKan. Lagi senang kalau buat online macam ni. jimat masa kita
DeleteYe...awal-awal tahun ni memang jadi kebiasaan lah menyemak akaun pelaburan. Sekarang sudah ada online amat memudahkan.
ReplyDeleteBetul tu. Awal-awal tahun ni msti ramai orang yang check
DeleteSekarang ni semua senang ja nak semak. Pakai online je. semua dihujung jari. Thanks Fazdi share info berguna ni
ReplyDeleteNo problem lia. Hope this helps :)
DeleteABS tu apa?
ReplyDeletecamana nk view akaun anak yee
ReplyDeleteUntuk akaun anak, kita register sekali dekat ejen ASB. Nanti dia akan masuk under akaun kita jugak. Dalam website ASB tu nanti akan jadi macam ni - akaun kita akaun utama, boleh tenogk belah atas. Akaun anak jadi secondary account, boleh tengok belah bawah
DeleteAda cara tak untuk transfer duit dlam asb ke bank cimb melalui atas talian?
ReplyDeleteGuna CIMB saya tak pasti. Rasanya boleh sebab guna Maybank pun boleh.
Deletehabis kalau dari akaun remaja nak ke akaun dewasa macam mana ?sebelum ni nak buat orang pos cakap suruh buat online ..masalahnya nombor lama dah tak aktif ..
ReplyDeleteSaya sebelum ni pun akaun remaja tapi tak ada buat perubahan apa apa pun untuk ke akaun dewasa. Maksud nombor lama dah tak aktif tu nombor ape ye?
Deleteawak, kiranya jumlah nilai pelaburan tu ke jumlah baki kite?
ReplyDeleteHi Shalina,
DeleteJumlah nilai pelaburan tu total semua pelaburan yang kite ada. contohnya kalau kite ada pelaburan untuk asb, asm dan asn, jumlah daripada ketiga tiga akaun ni akan ditunjukkan dekat jumlah nilai pelaburan tu