Majlis Pelancaran Produk STEA - Be Gorgeous & Healthy Everyday | Semua orang nak cantik dan sihat sekarang ni kan? Disebabkan itu juga banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan yang ada di pasaran sekarang ni. Cuma kita yang kena pandai pilih yang mana betul-betul sesuai dengan diri kite sendiri.
Majlis Pelancaran Produk STEA
Baru-baru ini Fadzi diperkenalkan dengan satu jenama produk untuk kecantikan serta kesihatan dalam satu Majlis Pelancaran Produk iaitu STEA. Majlis Pelancaran Produk STEA telah pun diadakan di Hotel Concorde Shah Alam pada 6 Januari 2018.Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengasas Jenama STEA, tetamu VIP serta artis jemputan yang juga merupakan pengguna produk STEA, Amylea Azizan.
Pengasas STEA - Puan Mastura Shah
Puan Mastura Shah adalah Pengasas STEA Teh Hijau. Pada asalnya Puan Mastura menghasilkan STEA Teh Hijau untuk kegunaan sendiri. Tapi disebabkan oleh keberkesanannya untuk menurunkan berat serta menguruskan badan, produk ini telah mendapat sambutan.Tayangan Video Montaj Dan Pelancaran Produk
Dalam majlis yang sama, satu tayangan video montaj testimoni berkenaan dengan produk telah disediakan. Dan Fadzi nampak memang banyak testimoni pengguna-pengguna STEA Teh Hijau serta STEA Beauty ini termasuklah Puan Mastura sendiri.
Persembahan Nyanyian Amylea Azizan
Siapa yang tak kenal penyanyi yang dilahirkan daripada program Akademi Fantasia Musim Ketiga. Dalam Majlis Pelancaran Produk STEA itu, Amylea telah dijemput untuk menghiburkan kami semua dengan suaranya yang memang sangat sedap. Macam telan CD orang kata. Serius suara dia memang sedapppp.
Dalam masa yang sama, Amylea ada berkongsi yang dia juga mengamalkan produk STEA ini.
Majlis hari tersebut memang meriah. Daripada EMCEE yang kuat menyakat orang, dengan crowd yang memang supportive hingga ke produk-produk STEA yang menarik.
Yang lebih menarik, Fadzi berjaya menang hadiah daripada kuiz iaitu sekotak STEA Teh Hijau. Fadzi pun nak kurus juga hehe. Fadzi juga dapat sekotak STEA Beauty untuk dicuba sendiri keberkesanannya nanti.
Sempat juga Fadzi ambil gambar beramai-ramai dengan Puan Mastura, tetamu-tetamu VIP, stokis-stokis STEA dan juga rakan-rakan blogger yang lain.
Jenama STEA
STEA adalah satu jenama yang tak asing lagi di pasaran produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia. STEA disebut sebagai "es-ti". Jenama ini dah ada dalam pasaran sejak tahun 2014 lagi. Terdapat dua produk yang dihasilkan di bawah jenama STEA iaitu STEA Teh Hijau dan STEA Beauty.STEA Teh Hijau
STEA Teh Hijau adalah minuman teh hijau yag dihasilkan dariapda daun teh yang diperoleh daripada sumber berkualiti tinggi dari Jepun. Setiap daun teh hijau dipilih secara teliti untuk pastikan rasanya yang luar biasa dan segar.
Dalam satu kotak STEA Teh Hijau ini ada 28 sachet. Setiap sachet beratnya 2 gram. Korang cuma perlu masukkan uncang ke dalam cawan dan isikan dengan air panas. Biarkan selama 3 hingga 5 minit dan dah pun boleh diminum.
Harga bagi sekotak STEA Teh Hijau adalah RM60.
Antara kelebihan STEA Teh Hijau ini adalah untuk kuruskan badan, mempercepatkan pembakaran lemak, melawaskan sistem pencernaan, kawal selera makan, anti oksidan, menambah tenaga dan buang segala toksin dalam badan.
STEA Teh Hijau sesuai diminum untuk setiap golongan. Tapi kalau korang ni ibu-ibu yang mengandung, lebih baik minum masa kandungan dah mencapat 5 bulan ke atas sebab kandungan 'matcha' dalam produk ini sedikit kuat. Takut sembelit pulak nanti. Ibu mengandung boleh amalkam STEA Teh Hijau ini dalam seminggu sekali.
Untuk ibu menyusukan bayi pula, tak ada masalah untuk minum setiap hari. Malah ada antara pengamal STEA Teh Hijau kata produk ini menambah susu badan.
STEA Beauty
Untuk STEA Beauty pula, satu kotak mengandungi seketul sabun dan sebotol serum untuk yang mampu untuk merawat masalah kulit wajah korang.Sabun STEA dirumus khas dengan serat daun teh hijau yang bertindak sebagai scrub setiap kali korang cuci muka.
Serum STEA pula diformulasi daripada ekstrak teh hijau yang bertindak sebagai agen merawat kulit wajah yang rosak. Kandungan bahan lain yang terdapat dalam serum ini adalah aloe vera, kolagen dan stem cell apple. Teksturnya yang berbentuk jeli, tidak melekit dan menyejukkan memberi kesegaran pada wajah.
Satu set STEA Beauty berharga RM89.
Antara kelebihan set STEA Beauty ini adalah sebagai anti oksidan, mengecutkan jerawat, menganjalkan kulit wajah, menghilangkan white heads dan black heads serta melembapkan kulit.
Dari apa yang Fadzi tahu, Puan Mastura bercadang untuk menghasilkan satu lagi produk di bawah jenama STEA. Fadzi tak sabar nak tahu sebab produk terbaru itu mesti ada kandungan dan khasiat terbaik daripada teh hijau. Kalau korang pun nak tahu pasal produk terbaru STEA atau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan produk STEA Teh Hijau dan STEA Beauty, korang boleh follow diaorang rapat-rapat di:
24 Comments
a big congrats
ReplyDelete:) :)
Deletekolin suka sabun n serum tu. Muka sedap aje bila pakai..
ReplyDeleteSaya tak cuba lagi yang serum dan sabun tu. Nak kene detox dulu dari produk yang tengah pakai sekarang ni
DeleteMenariknya produk ni. Boleh cari nanti....
ReplyDeleteBetul memang menarik. Nanti cuba tau
DeleteBaguslah Teh Hijau STEA tu ada anti oksidan tinggi. Nak amalkan pun mudah sama juga dgn STEA Beauty tu. Boleh guna setiap hari.
ReplyDeleteSaya baru guna STEA Teh Hijau. STEA Beauty tak cuba lagi
DeleteMalang bagi akak sebab akak tidak boleh minum teh. Tiada rezeki mencuba.
ReplyDeleteEh kenapa ya akak tak boleh minum teh?
DeleteMacam-macam produk baru sekarang kan. Berpatutan jugak harga stea ni.
ReplyDeleteMemang banyak produk kesihatan dan kecantikan yang ada di pasaran sekarang
DeleteMenarik. Mmg sedang cari teh hijau nak ganti habit yg suka minum teh tarik ni. Huhuu
ReplyDeleteTeh tarik pun best jugak hahaha
DeleteNak cuba tea dari STEA ni banyak khasiat dan memang sesuai untuk dalaman badan.
ReplyDeleteBetul tu. Menarik sebab green tea ni banyak khasiat
Deletesuka dengan produk kecantikan STEA Beauty tu. rasa nak try je. mesti best dapat guna ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Saya tak cuba lagi yang STEA Beauty tu. Nak kena detox produk yang tengah pakai sekarang dulu
Deletelps ni bole try teh hijau ni sebelum ni minum teh biasa je
ReplyDeleteHa nanti try. Green tea lebih banyak khasiat dia
DeleteThis looks interesting, plus the extract contains a lot of benefits too. Maybe I should give it a go soon.
ReplyDeleteYes, the product is full of good ingredients
DeleteBagus juga produk dari STEA ni kan. Qiss pun nak cuba STEA Beauty tu. Nak juga cantik sambil rawat kulit muka ni.
ReplyDeleteBoleh boleh. Cuba lah
Delete