Cari Dan Tempah Pakej Perkahwinan Lengkap Di Pameran Pengantin MEFA 2018

November 22, 2018
Cari Dan Tempah Pakej Perkahwinan Lengkap Di Pameran Pengantin MEFA 2018 | Dah nak masuk bulan 12 dah kan kita. Biasanya hujung hujung tahun macam ni, mesti Fadzi dapat banyak jemputan majlis perkahwinan saudara atau pun kawan-kawan. 

Ada sesiapa antara korang yang merancang nak kahwin tak lama lagi? Kalau ada, Fadzi cadangkan korang pergi cari pakej perkahwinan lengkap di Majlis Pameran Pengantin MEFA 2018 nanti. Lagi senang sebab semua benda korang boleh cari bawah satu bumbung je.


Pameran Pengantin MEFA 2018


Cari Dan Tempah Pakej Perkahwinan Lengkap Di Pameran Pengantin MEFA 2018

Fadzi rasa cara paling mudah dan jimat untuk cari dan tempah pakej perkahwinan yang lengkap adalah dengan pergi ke pameran pengantin yang selalunya diadakan pada pertengahan dan  hujung hujung tahun.


Pameran Pengantin MEFA 2018

Fadzi dapat tau yang bulan depan dekat Shah Alam Convention Center (SACC) akan diadakan satu lagi Pameran Pengantin MEFA 2018 pada 7 hingga 9 Disember 2018. Mana Fadzi tau? Mestilah Fadzi tau. Rumah betul betul dekat dengan SACC tu hehehe. 

Rasanya ramai yang tertunggu-tunggu pameran pengantin macam ni kan? Serius boleh jimat banyak sebab waktu ini lah hampir kesemua vendor akan bagi diskaun dan tawaran yang terbaik. 


Pameran Pengantin MEFA 2018


Menarik Di Pameran Pengantin MEFA 2018

Yang menariknya di Pameran Pengantin MEFA 2018 ni nanti, akan ada pelbagai promosi daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti selama 3 hari berturut-turut. 


Vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling best, korang berpeluang untuk dapat pakej bulan madu secara percuma.


Pameran Pengantin MEFA 2018

Antara produk-produk yang korang boleh cari dan tempah di Pameran Pengantin MEFA 2018 nanti adalah:

  • Pakej Perkahwinan Lengkap
  • Dewan Perkahwinan
  • Kad Kahwin
  • Fotografi
  • Videografi
  • Door gift
  • Hantaran
Pameran Pengantin MEFA 2018

Selain itu jugak, korang berpeluang untuk menang cabutan bertuah yang diadakan oleh penganjur. Antara hadiah yang korang boleh menang adalah seperti:

  • Baucer
  • Barangan gadget
  • Pakej bulan madu
  • Wang tunai
  • T-shirt limited addition

Ada lagi tau. Kalau korang adalah pengunjung yang 1000 terawal, penganjur akan sediakan hadiah istimewa. Rugi kalau tak datang awal dan tempah awal. Ada rezeki korang, insyaAllah boleh dapat.


Pameran Pengantin MEFA 2018

Korang jugak berpeluang untuk tengok pertunjukan fesyen dan make up secara LIVE di pentas MEFA selama 3 hari semasa pameran tersebut. Make up LIVE tu pulak akan dilakukan oleh MUA ternama di Malaysia.


Pameran Pengantin MEFA 2018


LIVE Make up - Jumaat dan Sabtu
Pertunjukan Fesyen - Ahad

Kalau korang tengah mencari vendor vendor untuk majlis perkahwinan korang yang akan diadakan tak lama lagi, korang kena pergi ke Pameran Pengantin MEFA 2018 ni. Korang boleh jimat duit, jimat masa dan jugak jimat tenaga. Semua dah ada di bawah satu bumbung.


Pameran Pengantin MEFA 2018


Pameran Pengantin MEFA 2018
Shah Alam Convention Center (SACC)
7 hingga 9 Disember 2018
Jumaat hingga Ahad


Korang boleh tengok video Pameran Pengantin MEFA dekat bawah ni untuk review pameran-pameran yang pernah diadakan sebelum ini. Kira korang boleh bajet lah apa yang korang akan lalui dan jumpa dekat pameran ni nanti.


Untuk maklumat lanjut pasal Pameran Pengantin MEFA 2018 ni nanti, korang boleh tengok dekat:


P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari (012-3871775). Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan korang semua okay.

You Might Also Like

25 comments

  1. memang berbaloi bakal pengantin datang ke sini..semua ada dari baju, pelamin, photography, katering doorgift haish semua serba lengkapla..ada hadiah dan diskaun pulak tu

    ReplyDelete
  2. memang berbaloi la ada event camni, memudahkan bakal pengantin

    ReplyDelete
  3. bakal pengantin mudh nk buat pilihn.. pakej pon byk... terbaik

    ReplyDelete
  4. Menyenangkan bakal pengantin dan keluarga pengantin nak urus perkahwinan kan...senang satu bumbung semua ada...akak suka kalau satu pakej semua ada...tinggal bayar je...

    (Kisah Aneeq tu akak suka baca, sis dah reply komen nanti baca ye hehe)

    ReplyDelete
  5. bagusnya ada pameran macam ni, lain kali suruh buat kat kedah pulak >.< senang nak usha usha semua keperluan kat satu tempat je, jimat masa pastu banyak pulak freegift yang berpeluang nak dapat!

    ReplyDelete
  6. walaupun dah kahwin airah still suka pergi tempat macam ni. survey barang untuk sedara dengan adik2.bila dah tahu harga best nanti senang la nak pilih.pilihan banyak pulak tu memang rambang mata

    ReplyDelete
  7. Wah mefa ada lagi.. Pernah pergi memang best jugak tgk mcm2 pameran.. Paling suka tgk baju pengantin dgn pelamin.. Ada satu pelamin ms kt mefa dulu sampai skg zaza simpan gmbr.. Sbb lawa sgt hehe

    ReplyDelete
  8. Suka pergi pameran penganti. Lepas tu berangan pakai baju cantik-cantik. Sampai sekarang pun walaupun dah kahwin masih suka tengok baju pengantin.

    ReplyDelete
  9. Menarik pakej2 nya...terus akak rasa nak kawen plak...hahahaha....sekarang ni wedding ikut pakej lagi mudah..kalau full package pun bagus cuma sediakan ongkosnya aja ya buk...

    ReplyDelete
  10. waa mcm best jee pameran ni, cantik2 belaka nampak deco and all tu! makanan pon nampak menyelerakan! untunglaa bakal2 pengantin sekarang, mcm2 pilihan yg bagus2 ada kan, siap boleh berpeluang menang macam2 hadiah menarik lagi tu! nicee!

    ReplyDelete
  11. Kita pernah pergi event MEFA ini ok meriah dan cantik semua tapi ia sesuai untuk mereka yang memang nak buat perkahwinan mewah ok lah sebab pakej boleh tahan hehehehe tapi memang tak nafi semua cantik dan meriah...

    ReplyDelete
  12. Wah bestnya MEFA ni. Nak kene pergi since dh ad plan nk kawin. Hahaha. Pakej cabutan bertuah tu nak try. Mana tahu dpt rezeki kan.

    ReplyDelete
  13. Banyak juga pakej perkahwinan yang ada di pameran MEFA ni ya. Bakal pengantin memang recommend nak datang sini. Senang semuanya ada di sini .

    ReplyDelete
  14. Rawlins pernah buka booth kat MEFA dulu masa baru mula meniaga. MEFA dah makin berkembang dan syukur, makin memudahkan bakal pengantin untuk merancang hari bahagia mereka kan

    ReplyDelete
  15. Wawa suka kalau ada pameran pengantin..sebab pakej2 yg ditawarkan boleh tahan jugalah.. So inilah masanya utk grab sebab peluang nk dtg tu bkn selalu .. Dan kita sndri dpt tgk secara live mcm mana hasil sesebuah bridal/katering tu sndri kan..

    ReplyDelete
  16. Bagusnya ada pameran macam ni. Bakal pengantin pun boleh memilih pakej yang mana diorang nak ambil mengikut bajet mereka. Pakej yang ditawarkan pun nampak berbaloi sangat. Nasibla adik kinah dekat Perak kalau tak suruh dia guna pakej ni je senang.

    ReplyDelete
  17. Dulu masa bujang,, memang suka pergi pameran macam ni. lagi2 diorang dari pelusuk malaysia. hehehe boleh cari pakej yang sesuai dan idea untuk majlis untuk kahwin nanti.

    ReplyDelete
  18. Bakal pengantin wajibla pergi sini. Senang nak cari semua dekat satu tempat. Takyah pergi sana sini, buang msa, buangvtenaga, buang minyak. Pergi pameran ni senang. .Tawaran pun hebat, ada hadiah pulak tu

    ReplyDelete
  19. Ohmyyyy cantiknya pelamin yang ditawarkan. Terus teringin nak jadi pengantin balik hahahahha. Dengan harga yang sangat berpatutan memang jimat perbelanjaan

    ReplyDelete
  20. TB dah kahwin pun tapi still suka pi event2 macam ni.. huhu.. sebab busana dia cantik2 rasa macam nak kahwin lagi.. ehhh.. hahahaha.. terasa macam nak rasa bersanding lagi yang benonya.. bila terpandang busana dan hiasan majlis semua..

    ReplyDelete
  21. Senang sapa yang planning nak kahwin tu pergi MEFA ni je dan boleh survey banyak vendor sekaligus kan, tak payah pergi walk-in satu-satu butik pengantin. Jimat masa dan kalau berkenan dengan mana-mana vendor boleh la booking dulu ke apa ke kan.

    ReplyDelete
  22. Berbaloi kalau ke pameran2 sebegini bila nak cari pakej kahwin sebab banyak beza harga pakej kahwin tu. Dan bila buat kat tempat yang besar macam SACC ni, mesti ada macam2 company dan macam2 tawaran hebat lagi untuk bakal pengantin. Cuma bakal pengantin kena buat pilihan yang bijak je.

    ReplyDelete
  23. Wahhh best nyerrr memang suka tengok tempat yang cantik,orang yang cantik..aura cantik tu bleh bagi aura positif. Tengok pengantin teringin nak jd pengantin kikiki

    ReplyDelete